Prinsip Asas Intervensi

2
Dalam melakukan intervensi bahasa terhadap sample kajian ataupun kepada semua murid yang mengalami masalah yang sama, sebagai seorang guru kita harus mengikuti kronologi intervensi bahasa sedari peringkat awal hingga peringkat murid dapat menguasai kemahiran berbahasa seperti mana yang diharapkan. Terdapat beberapa peringkat dalam prinsip asas intervensi ba yang harus dititikberatkan oleh pendidik agar objektif yang diharapkan murid boleh dicapai. Prinsip-prinsip tersebut, yang pertama adalah dengan cara guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengik urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebi sukar. ni bertepatan dengan pandangan !l-"ha#ali seorang tokoh pemikir Tamadun slam telah memperkenalkan beberapa metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan prinsip moral, metodologi, disiplin d beberapa perkara penting iaitu di antara yang dikatakan ialah $pembelaj haruslah dimulai daripada yang mudah kepada yang lebih sukar dan komplek Prinsip intervensi yang kedua adalah dengan cara guru mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada ban %ontohnya, guru mengajari murid dengan perkataan seperti $bola,ayam,baju %ontoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka. Prinsip asas intervensi bahasa yang ketiga pula adalah dengan cara guru menggunakan kosa kata yang diketahui atau biasa pada murid untuk mengaja struktur ayat yang baru. "uru boleh menggunakan perkataan $bola$ untuk membina ayat seperti& $!li bermain bola$. Prinsip yang keempat pula adalah dengan cara guru meminimumkan jumlah perkataan, frasa dan klausa dalam setiap ayat. 'urid bermasalah dalam ba memerlukan peneguhan dari guru daripada ayat yang mudah kepada yang kompleks. (leh yang demikian, guru harus bijak dalam membina ayat-ayat mudah agar murid dapat memahami sekali gus menguasai kemahiran berbahasa Prinsip asas yang kelima dalam intervensi bahasa ialah dengan cara guru menggunakan gambar )pictoturial representation* untuk mewujudkan gambara dalaman )internal images* pada diri murid. Prinsip asas intervensi bahasa yang keenam adalah dengan cara guru memperkenalkan perkataan baru, menghubungkaitkan atau membentuk sekurang-kurangnya dalam + konteks yang berbe#a. Peringkat ini digunaka

Transcript of Prinsip Asas Intervensi

Dalam melakukan intervensi bahasa terhadap sample kajian ataupun kepada semua murid yang mengalami masalah yang sama, sebagai seorang guru kita harus mengikuti kronologi intervensi bahasa sedari peringkat awal hingga ke peringkat murid dapat menguasai kemahiran berbahasa seperti mana yang diharapkan. Terdapat beberapa peringkat dalam prinsip asas intervensi bahasa yang harus dititikberatkan oleh pendidik agar objektif yang diharapkan ke atas murid boleh dicapai.

Prinsip-prinsip tersebut, yang pertama adalah dengan cara guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar. Ini bertepatan dengan pandangan Al-Ghazali seorang tokoh pemikir dalam Tamadun Islam telah memperkenalkan beberapa metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan prinsip moral, metodologi, disiplin dan beberapa perkara penting iaitu di antara yang dikatakan ialah pembelajaran haruslah dimulai daripada yang mudah kepada yang lebih sukar dan kompleks.

Prinsip intervensi yang kedua adalah dengan cara guru mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak. Contohnya, guru mengajari murid dengan perkataan seperti bola,ayam,baju. Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka.

Prinsip asas intervensi bahasa yang ketiga pula adalah dengan cara guru menggunakan kosa kata yang diketahui atau biasa pada murid untuk mengajar struktur ayat yang baru. Guru boleh menggunakan perkataan bola untuk membina ayat seperti; Ali bermain bola.

Prinsip yang keempat pula adalah dengan cara guru meminimumkan jumlah perkataan, frasa dan klausa dalam setiap ayat. Murid bermasalah dalam bahasa memerlukan peneguhan dari guru daripada ayat yang mudah kepada yang kompleks. Oleh yang demikian, guru harus bijak dalam membina ayat-ayat mudah agar murid dapat memahami sekali gus menguasai kemahiran berbahasa. Prinsip asas yang kelima dalam intervensi bahasa ialah dengan cara guru menggunakan gambar (pictoturial representation) untuk mewujudkan gambaran dalaman (internal images) pada diri murid. Prinsip asas intervensi bahasa yang keenam adalah dengan cara guru memperkenalkan perkataan baru, menghubungkaitkan atau membentuk sekurang-kurangnya dalam 10 konteks yang berbeza. Peringkat ini digunakan guru pada peringkat yang terakhir setelah murid dapat menguasai lima peringkat intervensi bahasa yang terawal.