Prinsip prinsip pengumpulan data

1
D A L A M P E R K H I D M A T A N A W A M PRINSIP-PRINSIP PENGUMPULAN DATA Dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang berasaskan standard MS ISO 9001:2000, data-data perlu dikumpul untuk mengukur proses-proses dalaman yang terlibat bagi tujuan pencegahan dan penambahbaikan. Semasa menjalankan aktiviti pengumpulan data, beberapa prinsip-prinsip pengumpulan data mesti diambilkira iaitu: ¾ Mudah Direkod o Teknik dan cara data-data direkod mestilah mudah, ringkas serta cepat, bagi mengelakkan kelambatan dan kekeliruan semasa analisis dibuat ¾ Tidak menimbulkan kesangsian (non-threatening) o Hasil data-data yang dikutip tidak akan menimbulkan rasa sangsi atau bimbang dikalangan individu. Individu tidak akan merekodkan data dengan tepat sekiranya mereka merasa tidak selamat atau terancam. ¾ Mudah ditafsir o Hasil data-data yang dikumpulkan mestilah mudah ditafsir dan dianalisis. Ini bertujuan supaya semua peringkat anggota organisasi yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti mudah memahaminya. ¾ Tujuan pengumpulan data yang jelas iaitu: o untuk memberikan bukti-bukti yang objektif. Manusia sering menganggap mereka tahu adanya masalah, dan kenapa ianya wujud. Dengan data-data yang dikumpul, bukti kukuh dapat diperolehi untuk mengambil tindakan sewajarnya. o untuk mengesan pola dan trend. Masalah dalam proses mungkin wujud pada waktu-waktu tertentu sekiranya ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Data-data yang dikumpul akan dapat mengesan pola atau trend bahawa contohnya, terdapat lebih ramai pelanggan pada waktu pagi daripada waktu petang, atau barangan dari pembekal A lebih tahan lama daripada pembekal B. o untuk memberikan asas bagi membuat penambahbaikan. Data-data yang dikumpul semasa masalah dihadapi dan sesudah tindakan pembetulan diambil akan memberikan gambaran sama ada penambaikan telah berlaku.

Transcript of Prinsip prinsip pengumpulan data

Page 1: Prinsip prinsip pengumpulan data

D A L A M P E R K H I D M A T A N A W A M

PRINSIP-PRINSIP PENGUMPULAN DATA Dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang berasaskan standard MS ISO 9001:2000, data-data perlu dikumpul untuk mengukur proses-proses dalaman yang terlibat bagi tujuan pencegahan dan penambahbaikan. Semasa menjalankan aktiviti pengumpulan data, beberapa prinsip-prinsip pengumpulan data mesti diambilkira iaitu: Mudah Direkod

o Teknik dan cara data-data direkod mestilah mudah, ringkas serta cepat, bagi mengelakkan kelambatan dan kekeliruan semasa analisis dibuat

Tidak menimbulkan kesangsian (non-threatening) o Hasil data-data yang dikutip tidak akan menimbulkan rasa sangsi atau

bimbang dikalangan individu. Individu tidak akan merekodkan data dengan tepat sekiranya mereka merasa tidak selamat atau terancam.

Mudah ditafsir o Hasil data-data yang dikumpulkan mestilah mudah ditafsir dan dianalisis.

Ini bertujuan supaya semua peringkat anggota organisasi yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti mudah memahaminya.

Tujuan pengumpulan data yang jelas iaitu: o untuk memberikan bukti-bukti yang objektif. Manusia sering

menganggap mereka tahu adanya masalah, dan kenapa ianya wujud. Dengan data-data yang dikumpul, bukti kukuh dapat diperolehi untuk mengambil tindakan sewajarnya.

o untuk mengesan pola dan trend. Masalah dalam proses mungkin wujud pada waktu-waktu tertentu sekiranya ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Data-data yang dikumpul akan dapat mengesan pola atau trend bahawa contohnya, terdapat lebih ramai pelanggan pada waktu pagi daripada waktu petang, atau barangan dari pembekal A lebih tahan lama daripada pembekal B.

o untuk memberikan asas bagi membuat penambahbaikan. Data-data yang dikumpul semasa masalah dihadapi dan sesudah tindakan pembetulan diambil akan memberikan gambaran sama ada penambaikan telah berlaku.