Pro Forma SKMB2113(Pjj)
-
Upload
reduan-md-isa -
Category
Documents
-
view
19 -
download
1
description
Transcript of Pro Forma SKMB2113(Pjj)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROFORMA KURSUS PRASISWAZAHPROGRAM PENGAJIAN BERTERUSAN JARAK JAUHSEMESTER __II____ SESI _2010/2011_____________
1. Pusat Pengajian: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
2. Program Pengajian: Pengajian Bahasa Melayu
3. a. Kod Kursus: SKMB2113 b. Bilangan Kredit: 3 Unit
4. Tajuk Kursus: Analisis Wacana Bahasa Melayu
5. Tahap Kursus: Wajib Program Wajib Fakulti/ Pusat/Program/Elektif
6. Hari/Masa
Kuliah: 3 Oktober 2010Tutoran: 3 Oktober 2010
Bilik : 3A.429Bilik : 3A. 429
7. Pengajar I: Dr. Shahidi A. Hamid
Hari/Masa Untuk Pertemuan:
Tel: 03-89215652/5265 E-mel: [email protected] : 3A-521
8. Objektif Kursus dan Hasil Pembelajaran: Hasil Pembelajaran:
i. Menyatakan takrif, skop, dan menamakan pelbagai pendekatan analisis wacana.ii. Memerikan pendekatan teori lakuan, sosiolinguistik interaksi, etnografi komunikasi,
pragmatik, analisis perbualan analisis variasi. iii. Menghuraikan prinsip analisis wacana dalam konteks bahasa Melayu selaku interaksi
sosial.
9. Sinopsis kandungan kursus (seperti dalam buku panduan dan tambahan):
Kursus ini membicarakan penghuraian, penerapan dan perbandingan pendekatan utama dalam bidang analisis wacana. Pendekatan daripada pelbagai disiplin akan digemblengkan untuk menjawab soalan bagaimana manusia Melayu mengorganisasikan bahasa dalam bentuk wacana, untuk menyampaikan informasi tentang dunia, diri mereka dan hubungan sosial sesama rakyat Malaysia dalam kehidupan sosial mereka.
10. Bahan Pengajaran/Peralatan:
Buku rujukan; Komputer dan projector LCD
FSSK/UPS/4/1/06
11. Bahan Rujukan (seperti dalam buku panduan dan tambahan):
Idris Aman. 2006. Bahasa dan kepimpinan analisis wacana Mahathir Mohamad. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Leenwen, T.V 2008. Discourse and practice. London: Oxford University Press.Montgomery, M. 2008. The discourse of broadcast news. London: Routledge.Sanat M.Nasir. 2002. Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Schiffin, D. et al. 2001. Handbook of discourse analysis. Oxford: Blackwell.
12. Kaedah Pengajaran/Pembelajaran (kuliah, tutoran, kerja kumpulan, kerja lapangan dan lain-lain):
- Kuliah- Kerja Kursus
13. Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal (pertengahan/akhir) dengan perinciannya)
Peperiksaan : 50% Esei (2 X 25) : 50%
14. Tarikh-tarikh penting (tentatif):*
Penyerahan kerja kursus (esei) dua minggu sebelum final exam.
2
15. Jadual Pengajaran*
Minggu Tajuk Catatan
1. Pengenalan Membincangkan skop kursus Analisis Wacana Bahasa Melayu.
2. Susur galur analisis wacana
Memperkenalkan ahli-ahli teori analisis wacana yang terkemuka dan menjelaskan perkembangan analisis wacana Eropah dan Amerika.
3. Konsep-konsep dasar wacana Menjelaskan takrif wacana, data wacana, perbezaan antara wacana dan teks, dan konsep tekstur.
4. -sambunganMenghuraikan persoalan Analisis Wacana vs. Analisis Teks, Analisis Wacana vs. Pengajian Wacana.
5. Kategori wacana Menghuraikan wacana berasaskan kategori tertentu misalnya genre, bentuk dan ciri keinteraktifan.
6. -sambungan Menghuraikan wacana berasaskan kategori tertentu.
7. Elemen-elemen kewacanaan
Membincangkan elemen-elemen penting yang wujud dalam sesebuah wacana iaitu kepautan (cohesion), kesinambungan (coherence), keniatan (intention), kebolehterimaan (acceptable), informatif (informative), konteks (contexts/situational), kejalinan (intertextual) dan kepadaan (adequacy).
8. Struktur wacana
Membincangkan komponen-komponen linguistik yang menjadi binaan sebuah wacana. Menjelaskan kewujudan struktur makna dan struktur bentuk (form) dalam wacana/teks.
9. -sambungan Menjelaskan konsep makrostruktur dan superstruktur dalam wacana/teks berasaskan ilmu analisis wacana.
3
10. Kepautan kenahuan dalam wacana Melayu
Menghuraikan konsep kepautan dalam wacana dan teori kepautan yang dikemukakan oleh Halliday & Hasan (1976); iaitu kepautan sebagai peralatan kenahuan dan kepautan sebagai peralatan leksikal. Selanjutnya kuliah ini akan menjelaskan elemen-elemen kepautan kenahuan dalam wacana iaitu rujukan, penggantian, penghilangan, dan penghubung. Menganalisis kepautan kenahuan ini berasaskan teks bahasa Melayu.
11. Kepautan leksikal dalam wacana Melayu
Menjelaskan elemen-elemen kepautan leksikal dalam wacana iaitu pernyataan semula leksikal dan kolokasi. Menganalisis kepautan leksikal ini berasaskan teks bahasa Melayu.
12. Analisis Nahu Wacana
Memperkenalkan dasar Analisis Nahu Wacana, konsep konteks (peka konteks vs. bebas konteks), kepentingan Analisis Nahu Wacana dalam kajian nahu bahasa Melayu dan perkembangan Analisis Nahu Wacana bahasa Melayu.
13. -sambungan Membincangkan kepentingan dan perkembangan Analisis Nahu Wacana bahasa Melayu.
14. Rumusan
Membincangkan sumbangan analisis wacana dalam ilmu sains sosial khususnya disiplin linguistik dan merumuskan kuliah Analisis Wacana Bahasa Melayu.
* Catatan: Tertakluk kepada perubahan.
4
16. Disediakan oleh: Dr. Shahidi A.Hamid
Tandatangan: ________________
Diperakukan oleh: _____________________ Tandatangan: ________________
Tarikh: __________________