Profesional Development Aktiviti 2 Oll

download Profesional Development Aktiviti 2 Oll

of 15

Transcript of Profesional Development Aktiviti 2 Oll

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    1/15

    1

    PERKEMBANGAN PROFESIONAL KE ARAH

    PEMBANGUNAN MODAL INSAN GURU

    Nor Hasnida Che Md Ghazali

    Effandi H j Zakaria

    [email protected]

    Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abstrak

    Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan cabaran-cabaran yang menyebabkan gurulemah dalam perkembangan profesional mereka. Definisi perkembangan profesionalisme dan

    pembangunan modal insan dijelaskan diikuti ciri-ciri guru profesional juga dikupas terlebih

    dahulu sebelum menyentuh aspek cabaran yang mempengaruhi guru dalam perkembangan

    profesionalisme mereka. Kemudian, ia diikuti dengan cadangan dalam membangunkan

    profesionalisme guru. Di antara strategi khusus yang telah diutarakan seperti mengadakan sistempementoran di sekolah, konsep belajar seumur hidup, mengadakan program perkembangan staf,mengadakan aktiviti dalam Lesson Study, menggalakkan amalan reflektif, mengaktifkan

    program Bimbingan Rakan Sekerja, menggalakkan kerja berkumpulan dan lain-lain.

    Perkembangan profesional guru juga dilihat dari perspektif Islam untuk membangunkan hakikat

    diri guru itu sendiri iaitu rohnya (spiritual science). Perkembangan ini akan melahirkan guru-

    guru yang seimbang pembangunan akal, roh dan nafsunya. Adalah diharapkan kertas konsep ini

    akan dijadikan panduan kepada semua pihak dalam memastikan pendidikan menjadi lebih

    berkesan. Harus diingat bahawa pendidikan itu ialah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa

    dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan ertinya pendidikanlah yang akan

    menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut,

    bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah

    yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi

    satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan dirisendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya.

    Kata Kunci: Pembangunan modal insan, perkembangan profesional, guru, sistem pementoran,

    program perkembangan staf, amalan reflektif

    PENGENALAN

    Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang profesional.

    Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk

    mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai

    peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telah

    dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara

    bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat seperti di zaman

    datuk nenek kita dahulu.

    Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan

    dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk

    memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya

    pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    2/15

    2

    perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang telah menyempurnakan latihan

    samada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggap

    proses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar.

    Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk

    memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal,

    informal atau nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar

    profesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai

    teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapi

    perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani

    Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).

    Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan pendidikan

    di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru

    terutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lama

    dalam mengajar, misalnya. Borko (1998) menyatakan bahawa guru-guru yang telah lama mengajar

    lebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan kurang memberi fokus

    kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana dari penyelesaian masalah dalam subjek tersebut.

    Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan

    penglibatan pelajar dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Sebagai contoh, untuk

    pengajaran matematik misalnya, perlulah memasukkan lebih penyelesaian masalah dalam matematik,

    lebih komunikasi antara guru matematik dengan pelajar dan mencari hubungkait antara idea

    matematik dan aplikasi. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana ahli jabatan di universiti

    perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmu

    dan kerajaan negeri mestilah berusaha keras dalam menjalankan satu usaha yang sistematik untuk

    mengembangkan pembangunan profesional para guru (Wu, 1999).

    Hasil membangunkan profesional guru, kelak kita akan dapat membina kemahiran,

    pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk berurusan

    dengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Mungkinkah profesional guru boleh terbangun?

    Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi Kementerian Pendidikan,sehingga itulah kita tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi semua pelajar (NJCLD, 2000).

    Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru yang terlibat tetapi juga sepatutnya

    melibatkan banyak pihak termasuk pentadbir di jabatan pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf

    sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah dianggap tanggungjawab bersama dalam mendidik

    anak bangsa kita.

    Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah sebagaimana yang disarankan

    oleh Anna Cratt (1996) ialah ia dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki ketrampilan,

    menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya atau untuk naik pangkat, membina pengetahuan

    profesional dan pemahaman seorang guru, meningkatkan peribadinya, menghargai sumbangan guru,

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    3/15

    3

    memberi kepuasan dari segi ikhtisas, meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangka

    dan bersedia untuk berubah dan memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru. Untuk

    membangunkan profesional guru perlu dibuat dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana,

    kita tidak mahu usaha kerajaan yang mengguna dana yang banyak tidak mendapat hasil yang

    sepatutnya.

    TUJUAN KERTAS KONSEP

    Tujuan kertas konsep ini ialah untuk melihat cabaran-cabaran yang menyebabkan guru lemah dalam

    perkembangan profesionalisme dan cadangan untuk meningkatkan perkembangan profesional guru.

    Ini adalah penting memandangkan perkembangan profesional seseorang guru itu sangat berpengaruh

    dalam pembinaan kemahiran, pengetahuan, strategi pengajaran dan pembelajaran dan ketrampilan

    guru yang lebih baik.

    OBJEKTIF KERTAS KONSEP

    Objektif kertas konsep ini ialah untuk :

    1. Melihat cabaran-cabaran yang dihadapi guru-guru sehingga mempengaruhi perkembanganprofesional mereka.

    2. Memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan perkembangan profesional dalamkalangan guru.

    PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURU

    Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Ia

    melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif,

    perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempat

    atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihandalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day

    (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan

    tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula,

    pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan

    pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan

    sistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner,

    1985). Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yang

    membawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    4/15

    4

    Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan yang

    membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia juga

    membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di luar

    sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang membanggakan

    (AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru

    dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai

    ahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan

    masyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesional

    guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.

    Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diri

    guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini

    pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan

    menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980).

    Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif, berterusan

    dan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah.

    Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk

    meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini

    diharap dapat meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.

    PEMBANGUNAN MODAL INSAN

    Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu menyumbang

    secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara (Khalijah Mohd Salleh,

    2007). Bahkan, menurut Al-Namiy (1994), manusia sebagai insan yang disempurnakan sifatnya

    dengan akal, potensi diri dan kemahiran bertujuan untuk memahami, menguasai ilmu dan

    menonjolkan keupayaan seseorang serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan mara

    bahaya dari menimpanya. Mendapatkan modal insan yang berkualiti sangat diperlukan oleh negara

    dalam mencapai matlamat negara maju sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Dato SeriAbdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006 sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan:

    Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu

    kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan

    memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran

    serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian

    meningkat.

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    5/15

    5

    Kalau dilihat sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah berjaya direalisasikan oleh

    baginda Nabi s.a.w dalam membentuk ummah dan negara. Pembangunan ini telah dimulakan dengan

    revolusi ilmu yang mencorakkan cara berfikir, tingkah-laku, akhlak, hukum agama, undang-undang

    dan aturan hidup. Secara kesimpulannya bolehlah dinyatakan bahawa modal insan yang berdaya maju

    dan mempunyai semangat juang yang tinggi memerlukan kekuatan rohani dan jasmani yang dilandasi

    kepintaran akal.

    CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

    Seorang guru yang profesional seharusnya seorang guru yang berilmu (content knowledge),

    mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical

    knowledge and pedagogical content knowledge), mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh

    teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Diantara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh

    seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa

    sahaja program (Md Sani et al., 2008) seperti yang ditunjukkan didalam Rajah 1 dibawah.

    RAJAH 1: MODEL GURU YANG PROFESIONAL

    Bahkan guru yang profesional juga seharusnya mempunyai enam konsep berikut iaitu berkemampuan

    terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah, melaksanakan amalan profesional di sekolah,bertingkahlaku secara profesional di dalam bilik darjah dan sekolah, bertanggungjawab untuk

    meningkatkan profesion, menerima latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan

    bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002).

    CABARAN YANG MEMPENGARUHI GURU DALAM PERKEMBANGAN

    PROFESIONALISME.

    Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat

    anjakan paradigma yang menyeluruh. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    6/15

    6

    setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat

    dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Mengikut

    Sufean Husin (2008) cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dikategorikan

    kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran untuk memenuhi harapan

    dan jangkaan ibu bapa, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan negara, cabaran untuk

    memenuhi tuntutan perubahan masa dan cabaran dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion

    keguruan.

    Cabaran Daripada Pihak SekolahCabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Sistem

    pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi

    peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik dalam

    kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru

    mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah

    bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi untuk menjana kecemerlangan

    murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban

    tugas mereka. Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai, maka guru akan dianggap

    sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya. Selain daripada itu, masalah kekurangan guru,

    kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah

    sekolah turut memberikan tekanan kepada guru. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia

    ada terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan

    opsyennya. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat

    persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya.

    Bilangan murid yang ramai, keadaan bilik darjah yang sesak memburukkan keadaan.

    Cabaran Daripada MuridPengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. Pelbagai

    kerenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan

    kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Kewujudan keperluan yang berbeza

    dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripadapihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal

    ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid

    serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan

    pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin

    dalam kalangan murid. Disamping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak minat

    untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan masalah yang perlu ditangani

    oleh guru secara berkesan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, implikasi terhadap

    murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius. Dalam hal ini, sokongan daripada ibu

    bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul. Masyarakat dan

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    7/15

    7

    ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan aktiviti anak-anak mereka di rumah. Kolaborasi di

    antara pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan

    masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

    Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa.Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab mendidik

    seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak ibu bapa yang mahukan guru

    mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak

    mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat bagi guru. Ibu bapa juga cepat

    menyalahkan dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang

    kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Suatu perkara yang amat penting bagi

    guru ialah mesti mengetahui latar belakang murid dan keluarga, matlamat dan aspirasi ibu bapa

    terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh

    keyakinan. Selain dari itu, perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa

    dan sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan

    kurang memberikan tekanan kepada guru.

    Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan NegaraGuru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal insan demi

    kemajuan negara di masa hadapan. Peranan guru dalam merealisasikan misi dan visi negara tertakluk

    kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, guru

    perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara terhadap golongan guru. Dasar PendidikanKebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan

    antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat

    negara melalui proses pembinaan modal insan. Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek

    intelek, jasmani, rohani dan emosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Cabaran

    yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan

    keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan

    melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanankepada guru.

    Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan SemasaCabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam menghadapi era

    globalisasi dan k-ekonomi. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dalam era k-

    ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk

    merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya; 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari

    ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi; dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk

    memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. Dalam hal ini,

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    8/15

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    9/15

    9

    Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam

    membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan

    dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan

    profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat

    Kegiatan Guru.

    Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistempementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang

    lebih berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing kepada guru

    lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan

    peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang

    waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan,

    memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih

    berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan

    profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru

    tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang

    mentor untuk membimbingnya.

    Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuatpenyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan

    profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia

    bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalahmanusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang

    semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet

    memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu

    sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat

    sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris

    sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual

    TeacherEducation Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme

    mereka.

    Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan olehperkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan

    dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran

    dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan

    keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan

    staf. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa

    penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    10/15

    10

    memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little,

    1982).

    Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baikmestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun

    satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti

    Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan

    didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran,

    memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah

    menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan

    latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan

    dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan

    sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan

    kaunseling.

    Aktiviti-aktiviti dalam Lesson Study melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalampembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan

    silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan

    pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, Lesson Studydibuat dengan guru

    membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik.

    Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan

    matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segipengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah

    yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu

    mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan

    bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan

    pendidikan lebih efisien.

    Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah.Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai guru tahu apa yang

    dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan. Selain itu

    guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam

    membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari

    semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin

    tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru

    yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.

    Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalahsatu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    11/15

    11

    pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan

    perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan

    profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru

    berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil

    pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia

    juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang

    guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan

    meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia

    dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang

    berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil

    bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau

    profesional.

    Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing.Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang,

    melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru

    dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan

    tahap pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap

    ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya

    tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih

    daripada seorang guru boleh membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran juga akan

    menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Kajian

    mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam

    pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).

    Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalammeningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar

    negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita. Contoh

    yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam model ini terdapat 3

    bengkel yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik.Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik untuk berkongsi

    pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru juga akan memikirkan

    secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan dalam matematik. Guru dan

    fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan

    profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi yang

    baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru. Ini

    adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang

    semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan.

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    12/15

    12

    Ilmu tentang matematik sangat besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan

    datang.

    Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guruialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh

    dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan

    nilai organisasi masing-masing.

    KESIMPULAN

    Perkembangan profesional guru dilihat dari persepsi Islam ialah satu pembangunan yang dilaksanakan

    untuk membangunkan hakikat diri guru itu sendiri iaitu rohnya (spiritual science). Ia merupakan

    didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu, roh dan fizikal

    manusia. Perkembangan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan perkembangan profesional

    di Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah

    guru-guru yang tidak seimbang antara pembangunan akal, fizikal, roh dan nafsunya. Kesan daripada

    didikan yang tidak seimbang, realiti berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan

    oleh sejarah. Bagi orang-orang dahulu, roh dan akal mereka turut dewasa bersama fizikalnya. Sebagai

    contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya 18 tahun.

    Hasan Al-Basri, pada usia mudanya, iaitu 10 tahun, telah diiktiraf oleh Sayidina Ali untuk mengajar

    ulama dan Sahabat dalam tafsir, fekah, tasauf dan lain-lain sedangkan beliau dari tabiin. Imam As-

    Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia 15 tahun. Oleh itu, negara perlu

    merancang untuk membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal guru sehingga

    boleh melagang sistem pendidikan dengan berkesan. Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan

    sekarang supaya menjadi role model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk

    diketengahkan. Mari kita ulang sejarah Muhammad Al-Fateh yang ketika umurnya 21 tahun di Turki

    telah mampu membina empayar yang menundukkan kuasa besar di kota Konstantinopel. Inilah bukti

    kebenaran yang dibawa oleh sistem pendidikan yang mendewasakan roh dan akal selari dengan

    kedewasaan fitrah dan fizikal manusia. Kalaulah di usia muda manusia mampu melakukantanggungjawab yang besar, apatah lagi jika mereka telah mencapai usia yang lebih dewasa. Sudah

    tentulah berbagai kejayaan lagi dapat mereka cetuskan. Perkembangan profesional guru ini sangat

    penting kerana gurulah yang mendidik anak bangsa kita. Harus diingat bahawa pendidikan itu adalah

    nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh

    pendidikan. Ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa,

    bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada

    cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah

    negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang

    individunya memikirkan diri sendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya. Perkembangan

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    13/15

    13

    profesionalisme guru secara berterusan adalah aspek yang tidak patut diabaikan oleh pentadbir

    institusi pendidikan termasuk sekolah. Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk

    menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ia

    akan menjejaskan profesion perguruan. Di Malaysia, program perkembangan profesionalisme untuk

    guru-guru belum lagi merupakan program yang telah diinstitusikan diperingkat sekolah. Kegagalan

    dalam perkembangan profesional mendatangkan banyak kelemahan seperti kekurangan kemahiran

    yang nanti akan mempengaruhi pengajaran guru. Diharapkan kajian ini dapat memberikan sedikit

    gambaran tentang langkah-langkah yang dapat diambil oleh semua pihak dalam meningkatkan

    perkembangan profesionalisme para guru.

    RUJUKAN

    Abdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kea rah melahirkan modal insan

    terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu, 21

    September 2006.hal 40.

    Anderson, E.M and Lucasse Shannon A. (1995). Towards a conceptualization of mentoring in

    Issues in Mentoring, London: Routledge,Open University.

    Atkinson,T. (1996). Teacher mentors and student-teachers: what is transmitted? in Claxton,G.

    Liberating the Learner-Lessons for Professional Development in Education, London:

    Routledge.

    Baero,P. (1996).Didactics of Mathematics And The Profesional Knowledge of Teachers. Netherlands:

    Kluwer Academic Publisher, 1097-1121.

    Boon, P. Y. (2002). Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Journal IPBA/Jilid 3 :

    Bil 2.

    Borko, H & Putnam, R. (1998). Profesional development and reform-based teaching. Teaching and

    Teacher Education, 14(1), 1-3.

    Desimone, L; Porter, L, Garet, M. (2001).Features of profesional development that improveteachers

    instruction: Results from a 3-year longitudinal study, U.S Department of Education: US.Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes. Journal Akademik,

    Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.

    Edward, A and Collison, J.(1996). Mentoring and Developing Practice in Primary Schools.

    Buckingham: Open University Press.

    Effandi Zakaria, Norazah Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran danpembembelajaran

    matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

    Fullan,M . (1982). The meaning of educational change. New York. Teachers College Press.

    Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al-Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    14/15

    14

    H,Wu. (1999). Profesional Development of Mathematics Teacher, Vol 46, Number 5

    http://math.berkeley.edu/-wu-

    Ishak Saat. (2009).Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

    Kathryn Chuah. (2008). Science & Mathematics Teachers Experiences, Needs and Expectations.

    Eurasia Journal of Mathematics, Science & Teaching Education, 4(1), 31-43

    Kelchtermans,G. (1993). Teachers and their career story: a biographical perspective in professional

    development in Christopher, D. Research On Teacher Thinking : Understanding

    Professional Development,London: The Falmer Press (198-217).

    Khalijah Mohd Salleh. (2007). Pemikiran dalam pembangunan modal insane. Kertas kerja wacana

    Hadhari siri kedua. Anjuran Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,

    20 November 2007.

    Laila Hairani. (1998). The Roles of English Language College Tutors In the School-Based Teaching

    Practicum : A Case Study in Malaysia, unpublished M.Ed.dissertation,University of Bristol.

    Laila Hairani. (2000). The impact of mentoring on teachers professional development. Journal

    Pendidikan Tiga ENF, Jilid 2: Bil 4.K.L: Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa.

    Leikin,R & Winicki-Landman, G. (2001). Defining as a vehicle for professional development of

    secondary school mathematics teachers, Mathematics Teacher Education &Development,

    3,62-73.

    Little, J.W. (1982). Norms of Collegiality and Experimentation: Workplace conditions of school

    success.Educational Research Journal, 19, 3 pg 325-340.

    Marsigit. (2007). Mathematics Teacher Profesional Development Through Lesson Study in Indonesia.

    Eurasia of Jounal of Mathematics, Science & Teacher Education, 3(2), 141-144.

    Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu tuntutan dan satu

    kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC 2002.

    Mogana Dhamotheran .1996. Open learning system for the continuing education of teachers in

    Malaysia.Journal Pendidikan Universiti Malaya. No 17, 65-79.

    National Joint Committee on Learning Disabilities .2000. Profesional Development for Teachers.

    ASHA Supplement, 20, 37-41. Rockville, MD: America Speech Language HearingAssociation.

    National Joint Committee on Learning Disabilities. (2000). Learning Disabilities: Preservice

    Preparation of General and Special Education Teachers.

    Nik Azis Nik Pa. (2008).Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. K.L: Penerbit UM.

    Ramaiah, A.L. (1992).Kepimpinan pendidikan cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

    Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan.

    Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, UKM.

    Sabri Ahmad, T. Zawawi T. Zainal & Aziz Omar. (2006). Isu Dalam Pendidikan Matematik. K.L :

    Utusan Pub.

    http://math.berkeley.edu/-wu-http://math.berkeley.edu/-wu-http://math.berkeley.edu/-wu-
  • 8/12/2019 Profesional Development Aktiviti 2 Oll

    15/15

    15

    Siemon, D.E. (1989). School Mathematics: The challenge to change. Geelong, Victoria

    Australia : Deakin University Press.

    Suffean Husin. (2008).Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem, dan falsafah. Edisi 2. Kuala Lumpur

    : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Tajul Ariffin & Noraini Dan. (2002).Pendidikan dan pembangunan manusia: pendekatan bersepadu.

    Selangor: Penerbit As-Syabab Media.

    Tan, Parsons, Hinson & Sardo-Brown. (2003). Educational Psychology : A Practitioner Reseacher

    Approach. United Kingdom: Thompson.

    Yin Cheong Cheng. (1996). School Effectiveness and School Based Management: a mechanism for

    development. London: The Falmer Press.