Program Kelas Intervensi Awal

16
PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL (KIA 2M) DISEDIAKAN OLEH : ATIQAH BT SABRI HANIZA BT ZAKARIA ROSNIWATI BT MOHAMAD NOR BAZLIN BT MOHAMMAD NOOR HIDAYU BT MOHD RAHIM

description

Program Kelas Intervensi Awal

Transcript of Program Kelas Intervensi Awal

  • PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL(KIA 2M)DISEDIAKAN OLEH :ATIQAH BT SABRIHANIZA BT ZAKARIAROSNIWATI BT MOHAMADNOR BAZLIN BT MOHAMMADNOOR HIDAYU BT MOHD RAHIM

  • Pendahuluan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

  • TujuanMenggalak dan meningkatkan perkembangan kanak-kanak.Mengurangkan perbelanjaan pendidikan dalam pendidikan khas apabila masalah dapat dikurangkan melalui intervensi awal.Mengurangkan keperluan kepada pusat penjagaan dan menggalakkan kehidupan berdikari.Meningkatkan kemampuan dan kemahiran keluarga dalam memenuhi keperluan kanak-kanak berkenaan.

  • Fokus Strategi Pengajaran dan PembelajaranStrategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

    PencalonanUjian penapisanPerancanganPengajaranpenilaianTindakan susulan

  • Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing.

  • a. Berpusatkan GuruGuru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.b. Berpusatkan MuridMurid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.c. Berpusatkan BahanBahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

  • Pendekatan Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

  • b. Pendekatan secara berkumpulanKonsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan muridKumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.c. Pendekatan secara individuGuru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

  • Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:teknik berceritateknik latih tubiteknik tunjuk carateknik bersoal jawabteknik main perananteknik menyanyiteknik lakonanteknik kuiz

  • Bahasa Melayu Merentas KurikulumFokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu

  • Pendidikan Jasmani Kesihatan: 1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

  • Pendidikan Muzik 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.2. Pergerakan berirama3. Bunyi-bunyian berirama

  • Pendidikan Seni 1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.3. Capan - mengecap bentuk.4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

  • KESANSebagai perkhidmatan untuk kanak-kanak dan keluarga bagi mengurangkan kesan daripada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.Sebagai tindakan mencegah atau pemulihan: memulihkan masalah sedia ada dan mencegah daripada berulang atau masalah baru.Dilaksanakan terhadap kanak-kanak dalam umur persekolahan atau lebih mudaSebaik-baiknya dilaksanakan di peringkat yang paling awal.Dilaksanakan dalam pelbagai setting sama ada di pusat khusus, di rumah, di hospital atau secara kombinasi tempat.

  • Kesimpulan Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

  • TAMAT