Program Keusahawanan

6
KERTAS CADANGAN TAJUK : PROGRAM KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS LOKASI : PERKARANGAN PPKI, SK KEPIS FELDA TARIKH: 3 MEI 2010 14 MEI 2010 ANJURAN: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEK. KEB. KEPIS FELDA DISEDIAKAN OLEH : PN. NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK GURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERASI (PPKI) SEK. KEB. KEPIS FELDA 1.0 PENDAHULUAN Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,

Transcript of Program Keusahawanan

Page 1: Program Keusahawanan

KERTAS CADANGAN

TAJUK :PROGRAM KEUSAHAWANAN

PENDIDIKAN KHAS

LOKASI :PERKARANGAN PPKI, SK KEPIS FELDA

TARIKH:3 MEI 2010 – 14 MEI 2010

ANJURAN:PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEK. KEB. KEPIS FELDA

DISEDIAKAN OLEH :PN. NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK

GURUPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERASI (PPKI)

SEK. KEB. KEPIS FELDA

Page 2: Program Keusahawanan

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas.

Penyertaaan murid sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid yang berupaya berdikari, mempu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran yang dimuridi di dalam menguruskan kehidupan.

1.1 PROGRAM KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif. Program keusahawanan ini merupakan satu medium pendidikan yang diharapkan dapat memberi murid-murid pelbagai aktiviti di luar bilik darjah. Memandangkan mereka ini kurang berpotensi dalam bidang akademik, maka satu pendekatan lain perlu dilaksanakan dalam membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri dalam usaha menyesuaikan diri dalam keadaan sebenar kehidupan.

Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi reputasi PPKI khususnya di SK Kepis Felda.

2.0 RASIONAL

Program ini dapat membuka mata murid-murid Pendidikan Khas tentang keupayaan dan kebolehan mereka setanding murid-murid normal. Ini kerana sifat rendah diri sentiasa membelenggu diri mereka. Selain itu, program ini juga dapat membentuk satu pasukan kerjasama yang utuh dan mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru Pendidikan Khas.

Page 3: Program Keusahawanan

3.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan kepercayaan di dalam diri para murid istimewa bahawa mereka mempunyai hak yang sama untuk berjaya dalam hidup seperti murid-murid normal yang lain.

ii. Dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan masyarakat luar.

iii. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid seperti bekerjasama, bertolak-ansur, rajin dan bertanggungjawab kepada ahli kumpulan.

iv. Dapat menanamkan kepercayaan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka boleh berdikari dan tidak perlu dikongkong.

v. Memberi pendedahan tentang kepentingan mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Seni dalam kehidupan seharian.

4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menarik kerana hampir keseluruhan murid mempunyai kekurangan dari segi kemahiran dan peluang untuk melakukan aktiviti jualan hasil ciptaan mereka.

Tambahan lagi, hasil tangan murid-murid ini adalah hasil dari pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Seni. Apabila hasil tangan ini dijual, murid-murid akan mendapat kesedaran tentang kepentingan dan kaitan mata pelajaran Pendidikan Seni dalam kehidupan sebenar. Semasa menjalankan program ini, murid-murid juga akan menyedari kepentingan penggunaan mata pelajaran Matematik semasa proses jual beli dijalankan.

5.0 SASARAN

Semua murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi di SK Kepis Felda, Negeri Sembilan.

KATEGORIBIL NAMA MURID BP BD DS    L P L P L P1 NUR FATIHAH BINTI HASHIM          

2 MOHD.ASRUL HAFIZI BIN MOHD.HASLAN         

3 MOHD. ZULHILMI BIN MUSTAFA      4 NURUL SYUHAIDAH BINTI ABDULLAH  5 ALIFF FIKRI BIN ALI ASAN  6 MUHAMMAD HAZIQ FIKRI BIN HAKIM  7 MUHAMMAD AIMAN HAFIZ BIN AKMAR  

JUMLAH MENGIKUT KATEGORI 3 2 1 1JUMLAH MURID KESELURUHAN 7

BP = BERMASALAH PEMBELAJARANBD = BERMASALAH PENDENGARAN

Page 4: Program Keusahawanan

DS = DOWN SYNDROM

6.0 PELAN PELAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan pelaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANANPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS FELDA

Pengerusi : Pn. Hodijah Binti Johari(Guru Besar SK Kepis Felda)

Naib Pengerusi: Pn. Hasnah Binti Abd. Ghani(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Setiausaha : Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok(Guru PPKI SK Kepis Felda)

Bendahari : Pn. Ruzielawati Bt. Harun(Penyelaras PPKI SK Kepis Felda)

AJK : Pn. Isdanita Binti Ismail (PPM PPKI)Nur Fatihah Binti Hashim (Murid PPKI)Mohd. Asrul Hafizi Bin Mohd. Haslan (Murid PPKI)Mohd. Zulhilmi Bin Mustafa (Murid PPKI)Nurul Syuhaidah Binti Abdullah (Murid PPKI)Aliff Fikri Bin Ali Asan (Murid PPKI)Muhammad Haziq Fikri Bin Hakim (Murid PPKI)Muhammad Aiman Hafiz Bin Akmar (Murid PPKI)

7.0 JADUAL PROGRAM

Setiap hari (3 Mei 2010 hingga 14 Mei 2010 - waktu persekolahan)

8.0 MASA

Pada pukul 10.20 hingga 10.40 pagi.

Page 5: Program Keusahawanan

9.0 CARTA TINDAKAN

Cenderahati yang akan dijual akan dihasilkan oleh murid-murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.

Bulan Barang Jualan BilanganFebruari Cenderahati balang bintang

Cenderahati wau77

Mac Cenderahati bunga ros 20

April Kad ucapanPenanda buku

3020

Mei Cokelat 15

10.0 HARAPAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan diri mereka. Semoga program ini dapat diteruskan dengan sokongan padu terutamanya dari segi kewangan, masa dan tenaga semua pihak yang terlibat. Dengan adanya sokongan ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang positif terhadap keupayaan murid-murid istimewa ini. Selain daripada itu, ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk murid-murid kurang upaya ini.

Diharapkan juga ibu bapa akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada guru-guru Pendidikan Khas bagi menjayakan aktiviti-aktiviti seperti ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………… ……………………………..........

;Disahkan oleh :

………………………………………

Page 6: Program Keusahawanan