Program Yang Mencapai perpaduan kaum

9
BAHAGIAN B PROGAM YANG DAPAT MENCAPAI PERPADUAN DALAM KALANGAN KOMUNITI SEKOLAH Program 1 Program Pesta Makanan Satu Malaysia Malaysia merupakan satu negara besar yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Maka, kepelbagaian makanan di Malaysia juga merupakan satu keistimewaan yang unik di dunia dan sebagai titik menarik orang asing untuk melancong di negara kita. Oleh itu, saya agak percayai ia juga akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan dapat memupuk semangat perpaduan. Melalui proses asimilasi, masyarakat yang pelbagai kaum mula menerima budaya antara satu sama lain terutamanya makanan. Contohnya, orang Melayu mula makan Cha Koey Teow iaitu makanan orang Cina, orang Cina juga makan Tosei iaitu makanan orang India, manakala orang India juga makan Asam Pedas iaitu makanan orang Melayu. Melalui fenomena ini, kita dapat melihat masyarakat di Malaysia semakin rapat dan harmoni. Justeru, saya berasa Program Pesta Makanan Satu Malaysia adalah berkesan dan patut diadakan di sekolah sebagai satu program perpaduan. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menyerapkan pengajaran budaya pelbagai kaum kepada 6

description

harap membantu...

Transcript of Program Yang Mencapai perpaduan kaum

Page 1: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

BAHAGIAN B

PROGAM YANG DAPAT MENCAPAI PERPADUAN DALAM KALANGAN

KOMUNITI SEKOLAH

Program 1

Program Pesta Makanan Satu Malaysia

Malaysia merupakan satu negara besar yang terdiri daripada pelbagai kaum,

agama dan budaya. Maka, kepelbagaian makanan di Malaysia juga merupakan satu

keistimewaan yang unik di dunia dan sebagai titik menarik orang asing untuk melancong

di negara kita. Oleh itu, saya agak percayai ia juga akan dapat mengeratkan hubungan

antara kaum dan dapat memupuk semangat perpaduan.

Melalui proses asimilasi, masyarakat yang pelbagai kaum mula menerima budaya

antara satu sama lain terutamanya makanan. Contohnya, orang Melayu mula makan ‘Cha

Koey Teow’ iaitu makanan orang Cina, orang Cina juga makan ‘Tosei’ iaitu makanan

orang India, manakala orang India juga makan ‘Asam Pedas’ iaitu makanan orang

Melayu. Melalui fenomena ini, kita dapat melihat masyarakat di Malaysia semakin rapat

dan harmoni.

Justeru, saya berasa Program Pesta Makanan Satu Malaysia adalah berkesan dan

patut diadakan di sekolah sebagai satu program perpaduan. Program ini adalah bertujuan

untuk mengeratkan hubungan dan menyerapkan pengajaran budaya pelbagai kaum

kepada murid-murid. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan satu budaya atau ciri

6

Page 2: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

persamaan yang baru kepada murid-murid supaya mereka tidak berasa mempunyai

perbezaan yang banyak antara satu sama lain.

Sehubungan itu, program ini bukan sahaja untuk murid-murid, manakala, guru-

guru dan ibu bapa juga digalakkan untuk terlibat diri dalam program ini. Jika boleh,

program ini diadakan secara terbuka kepada orang luar untuk menghayatinya merasai

keistimewaan makanan Malaysia dengan bersama-sama. Namun, setiap makanan yang

diadakan di pesta makanan perlu disediakan dengan mengikuti budaya kaum masing-

masing seperti semua makanan perlu berhala dan tidak mengandungi daging lembu.

Pertimbangan ini akan memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin

dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing.

Selain itu, Pesta Makanan mungkin bukan sahaja untuk memberi peluang kepada

guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk merasai keseleraan makanan tradisi kaum

masing-masing. Ia juga boleh mengadakan sesi pengajaran tentang resipi makanan-

makanan kaum masing-masing supaya dapat memperlajari dan mengamalkan makanan

kaum lain dalam makanan seharian diri sendiri. Oleh itu, komunikasi dua hala antara

kaum juga dapat diwujudkan.

Akhirnya, dengan program ini, murid-murid yang diiktirafkan sebagai generasi

muda akan lebih memahami tentang budaya dan adat kaum masing-masing. Di samping

itu, semangat cinta akan negara untuk mempertahankan keistimewaan budaya Malaysia

juga dapat dipupukkan oleh murid-murid secara tidak langsung. Apabila wujudnya rasa

7

Page 3: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

cintakan negara dalam murid-murid, perpaduan kaum dan integrasi nasional saling

kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai

satu matlamat, iaitu melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Maka,

saya agak berasa Program Pesta Makanan Satu Malaysia boleh dapat mencapai

perpaduan dan perlu diadakan di sekolah masing-masing.

8

Page 4: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

Program 2

Program Wartawan Murid Sekolah

Pada era globalisasi ini, perkembangan media elektronik terutamanya radio,

televisyen, akhbar dan majalah telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di

negara kita termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman. Dengan ini, media

massa boleh memainkan peranan yang sangat penting lagi berkesan untuk membantu

memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan

pandangan rakyat dan penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat

perpaduan. Memang tidak dapat dinafikan, memupuk perpaduan di kalangan komuniti

sekolah melalui media massa juga adalah satu cara yang berkesan dan menarik.

Aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan

Malaysia. Malah, generasi muda akan menjadi kunci yang terpenting untuk

merealisasikannya. Maka, program wartawan murid sekolah iaitu penubuhan Kelab

Wartawan adalah satu program yang boleh dilaksanakan di semua sekolah. Kelab ini

ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap

diskriminasi. Ahli-ahli Kelab Wartwan perlu terdiri daripada murid yang pelbagai kaum

iaitu Melayu, Cina dan India supaya murid-murid lain dapat dirangsangkan dengan cara

dan pandangan yang pelbagai dan sesuai berdasarkan kaum masing-masing.

Oleh sebab, banyak murid masih mempunyai kesedaran yang kurang tentang

kepentingan perpaduan dalam membangunkan negara. Justeru, Kelab Wartawan

9

Page 5: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan mesej tentang perpaduan kepada

murid-murid di sekolah. Kelab Wartawan juga boleh menerbitkan sebuah majalah

bulanan yang mengandungi tentang berita aktiviti perpaduan sekolah, artikel tentang adat,

budaya dan perpaduan kaum serta hasil temubual antara wartawan murid dengan murid

yang tentang pandangan, hubungan murid atau isu perpaduan di sekolah. Melalui majalah

ini, murid-murid akan dapat dirangsang dan lebih jelas tentang adat, budaya dan

kepentingan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia dengan secara

langsung.

Di samping itu, wartawan murid juga boleh menyampaikan mesej atau artikel

tentang pengetahuan perpaduan dan sebagainya melalui media elektronik seperti laman

web sekolah, blog, twitter atau facebook. Sebabnya, banyak murid zaman sekarang lebih

suka dan mudah berdekat dengan media elektronik jika berbanding dengan media cetak.

Oleh itu, melalui pelbagai arah ini, murid-murid sekolah lagi mudah dirangsang dengan

maklumat perpaduan dan memupuk semangat cinta akan negara. Di samping itu, aktiviti

perpaduan sekolah juga boleh dipromosi melalui majalah dan media elektronik supaya ia

dapat disambutkan dengan meriah oleh murid-murid.

Walaubagaimanapun, proses penyunting juga perlu ditimbangkan dengan betul

dan sesuai supaya dapat mengelakkan berlakunya kesilapan dalam menyampaikan mesej

atau perkara yang boleh menimbulkan salah faham antara kaum dan menjejas perpaduan

dan perhubungan antara kaum dan agama. Wartawan murid harus memastikan mesej

yang disampaikan tidak menyentuh isu perkauman yang akan menyingguh perasaan

10

Page 6: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

murid-murid. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara-perkara ini berlaku, semua maklumat

yang ingin disampaikan kepada murid-murid di sekolah perlu ditapiskan atau disemakkan

oleh guru penasihat Kelab Wartawan terlebih dahulu.

Akhirnya, pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dalam

kalangan komuniti sekolah adalah sangat penting untuk mewujudkan keharmonian

negara. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari masa rebungnya’, maka,

kesedaran perpaduan harus dipupuk seawal-awal bagi generasi muda negara yang akan

datang. Malahan, saya amat berasa sekolah adalah satu tempat yang paling sesuai untuk

menyunting semangat perpaduan dan Kelab Wartawan adalah sebagai agen perpaduan

kepada murid-murid di sekolah.

11

Page 7: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

Program 3

Program Pertandingan Rakaman Video Pendek Perpaduan

Generasi muda sekarang seperti murid-murid di sekolah, banyak tidak suka lagi

menerima apa-apa pengajaran yang diberitahu atau diajarkan oleh guru-guru ataupun

orang-orang tua dengan secara langsung seperti pengajaran langsung. Mereka lebih suka

dan mudah dirangsangkan dengan cara pembelajaran yang lebih kreatif seperti

pengajaran melalui permainan, alat bantu mengajar dan sebagainya.

Oleh itu, jika ingin mencapai perpaduan dalam kalangan komuniti sekolah

dengan lebih berkesan dan secara langsung, pihak sekolah perlu menggunakan cara yang

lebih mudah disukai dan menarik minat murid supaya mereka dapat pengalaman secara

langsung. Salah satu cara atau program yang saya rasa sesuai dilaksanakan di sekolah

adalah pertandingan rakaman video pendek perpaduan. Pertandingan rakaman video

pendek perpaduan ini perlu digalakkan kepada semua murid yang berbilang kaum di

sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pertandingan ini. Manakala, hadiah

yang lumayan juga boleh disediakan supaya penglibatan murid lagi berkesan.

Di samping itu, guru-guru juga boleh mencadangkan atau menggalakkan anak

murid mereka yang mempunyai potensi menyertai pertandingan rakaman video ini. Guru

perlu memainkan peranan sebagai guru penasihat dalam merancang dan memberi idea-

idea yang berkesan dalam membantu proses rakaman video murid. Tajuk atau isi video

tidak ditentukan, sekiranya ia ada berkaitan dengan budaya dan adat resam kaum, atau

12

Page 8: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

cerita ciptaan yang boleh memupuk semangat cinta akan negara dan perpaduan dengan

cara rakaman kreativiti masing-masing, tetapi dengan syarat melibatkan pelbagai kaum

murid dalam video. Maka, murid-murid yang terlibat perlu selalu berbincang dengan

guru-guru yang tertentu supaya tajuk atau isi video menepati dan tidak membangkitkan

isu sensitif dalam kalangan sekolah. Pihak sekolah juga perlu memberi masa dan

kerjasama yang secukupnya kepada murid-murid yang terlibat dalam pertandingan ini

sama ada meminjam tempat, alat dan sebagainya yang diperlukan.

Selepas tarikh hantar hasil rakaman, guru-guru yang bertanggungjawab dengan

program ini akan menyemakan semua video hasilan murid-murid adalah ia sesuai

ditanding dan ditayangkan kepada semua murid di sekolah supaya mengelakkan

menimbulkan isu yang tidak baik. Semua video boleh ditayangkan semasa waktu rehat

dan waktu habis sekolah di kantin dan dewan kepada guru-guru dan murid-murid yang

lain untuk membuat undian terhadap video yang terbaik. Semua video hasilan juga boleh

dimuat naik di laman web atau facebook sekolah supaya murid-murid lagi mudah untuk

menghayatinya dan membuat undian.

Sehubungan itu, video terbaik yang dipilih juga akan mewakili sekolah untuk

bertanding dengan sekolah lain iaitu pertandingan ini boleh dilaksanakan dalam tiga

peringkat sama ada peringkat sekolah, negeri dan negara. Oleh itu, semua sekolah perlu

melibatkan diri dengan sempurna dalam pertandingan ini. Video-video pendek hasilan

murid dari semua sekolah juga boleh dikumpul dan dicetakan dalam CD kepada setiap

13

Page 9: Program Yang Mencapai perpaduan kaum

sekolah sebagai satu rujukan kepada murid-murid untuk menghayati dan membuat

banding beza tentang kekuatan dan kelemahan video hasilan sekolah masing-masing.

Pertandingan ini telah mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan

semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu,

murid-murid yang terlibat dalam pertandingan ini akan dirangsangkan dengan semangat

perpaduan melalui pengalaman secara langsung. Manakala, murid-murid yang lain di

sekolah juga akan membangkitkan semangat dan pengetahuan terhadap perpaduan

dengan secara tidak langsung semasa menonton video-video untuk membuat undian.

Memang tidak dapat dinafikan, pengajaran yang dilaksanakan dengan pengalaman secara

langsung akan dikekalkan dengan lebih lama. Maka, pertandingan rakaman video pendek

perpaduan adalah satu cara yang berkesan dalam mencapai perpaduan dalam kalangan

komuniti sekolah dan harus dilaksanakan oleh setiap sekolah.

14