projek khidmat masyarakat sivik

10
SEKOLAH MENENGAH ST. DOMINIC LAHAD DATU, SABAH Laporan Khidmat Masyarakat Tema: Malaysia Negara Berdaulat Tajuk Projek 10 Tahun Sebelum Merdeka Nama Ahli Kumpulan Yap Xien Yin (Pengerusi) Clarissa Patrick Balinu (Setiausaha) Connelia Augustine (AJK) 4E (Science) Enosnitha Daini (AJK) Ho Kiet Yung (AJK) Nama Guru Cik Fauziah Deraman T.T:

description

folio ini tidak disiapkan selengkapnya, tetapi anda boleh mengambilnya sebagai contoh untuk projek anda... sorry sebab ayat2 dalam folio ini tidak semuanya betul, malah agak lucu...^^...kami tidak kisah, kerana guru kami pun sporting jugak...

Transcript of projek khidmat masyarakat sivik

Page 1: projek khidmat masyarakat sivik

SEKOLAH MENENGAH ST. DOMINIC

LAHAD DATU, SABAH

Laporan Khidmat Masyarakat

Tema: Malaysia Negara Berdaulat

Tajuk Projek

10 Tahun Sebelum Merdeka

Nama Ahli Kumpulan

Yap Xien Yin (Pengerusi)Clarissa Patrick Balinu (Setiausaha)Connelia Augustine (AJK) 4E (Science)Enosnitha Daini (AJK)Ho Kiet Yung (AJK)

Nama Guru

Cik Fauziah Deraman

T.T:

( CLARISSA PATRICK BALINU ) ( CIK FAUZIAH DERAMAN )

Senarai Kandungan

Page 2: projek khidmat masyarakat sivik

Isi KandunganIsi Kandungan

Pengenalan

Objektif

Lokasi

Rancangan Pelaksanaan

Senarai Tugas Jawatankuasa

Jadual Pelaksanaan Projek

Masalah-masalah Pelaksanaan

Kos Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan

Penghargaan

Kesimpulan

Lampirana) Gambarb) Surat Kebenaran Melaksanakan Projekc) Borang Refleksi Diri Murid

PengenalanPengenalan

Page 3: projek khidmat masyarakat sivik

Saya, Clarissa Patrick Balinu ialah pelajar Tingkatan 4 Science di Sekolah Menengah St. Dominic, Lahad Datu, Sabah. Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Yap Xien Yin, Connelia Augustine, Enosnitha, dan Ho Kiet Yung telah menjalankan projek Khidmat Masyarakat (Penyampaian Dokumentasi Berunsur Patriotik) yang bertajuk “10 Tahun Sebelum Merdeka”. Dokumentasi ini disampaikan melalui penyampaian video kepada para pelajar.

Kami memilih tajuk tersebut kerana semangat cinta kami terhadap Negara, lantas ingan memupuk perasaan yang sama dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa. Tambahan pula, kami kagum dengan perjuangan beberapa orang rakyat Malaysia yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan nyawa demi tanah air yang tercinta.

Secara tidak langsung, persembahan video dokumentasi tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal ini dapat menjadi teladan kepada pelajar yang lain dan menaikkan semangat mereka untuk ikut menurut jejak rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia.

Penyampaian video klip ini kami dapati daripada internet iaitu Youtube. Jelasnya, tanpa mengira bidang apa-apa pun yang diceburi, rakyat Malaysia wajar menunjukkan semangat cinta kepada Negara.

Objektif ProjekObjektif Projek

Page 4: projek khidmat masyarakat sivik

Antara objektif projek ini termasuklah untuk:

a) Mengenal pasti perjuangan rakyat dalam mengaharumkan nama negara

b) Memupuk semangat cinta kepada Negara dalm kalangan rakyat Malaysia

c) Menyebarkan kisah pengorbanan rakyat Malaysia dalam perjuangan

mengharumkan nama Negara kepada warga sekolah

d) Menghargai perjuangan individu tertentu dalam perjuangannya

mengharumkan nama Malaysia

e) Menjadi warganegara yang patriotic dan bertnaggungjawab dalam usaha

meningkatkan maruah dan imej negara

Lokasi ProjekLokasi Projek Kami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan maklumat

tertentu melalui internet, dan buku teks pendidikan sivik dan kewarganegaraan

tingkatan 4. Selain itu, kami turut berkumpul di rumah Enosnitha untuk

berbincang tentang projek ini.

Setelah segala maklumat telah dikumpulkan, video tersebut ditayangkan

kepada pelajar tingkatan 3 di makmal sekolah.

Masalah Ketika Pelaksanaan Projek

Page 5: projek khidmat masyarakat sivik

Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek ini.

Pertama, kami sukar mengambil masa untuk membuat perbincangan secara

berkumpulan kerana pelajar sering sibuk tentang pelajaran masing-masing

kerana musim ujian yang semakin dekat. Selain itu, kami juga mempunyai

masalah dalam memuat-turun (download) video klip yang dibuntuhkan kerana

perkara ini memakan masa yang lama untuk menunggu supaya video tersebut

siap dimuat-turun.

Masalah seterusnya yang kami hadapi ialah lebihan masa perlaksanaan

ketika penyampaikan video tersebut. Akibat kurang maklumat dari guru mata

pelajaran sivik, kami telah menggunakan masa yang terlalu panjang untuk

menayangkan video. Hal ini menyebabkan guru lain marah kerana terdapat ahli

kumpulan lain yang tidak sempat menyampaikan projek mereka kepada

penonton (pelajar tingkatan 3).

Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana berkat kesabaran kami,

akhirnya kami berjaya juga mengadakan dan melaksanankan projek tersebut.

Kos PelaksanaanProjek yang kami jalankan hanya melibatkan kos untuk menghasilkan folio dan

kos tersebut tidaklah begitu tinggi. Kos ini termasuklah juga memprosses

semua gambar foto aktiviti yang diambil sebelum dan semasa melaksanakan

projek. Kami telah berkongsi untuk menanggung kos tersebut. Manakala kos

pengangkutan tidak dikeluarkan kerana kami telah dihantar oleh ibu bapa kami

yang sanggup menghantar kami ke rumah Enosnitha untuk membuat

perbincangan. Internet yang kami gunakan adalah daripada internet di rumah

kami masing-masing.

Page 6: projek khidmat masyarakat sivik

Tempoh Pelaksanaan ProjekKerja projek dimulakan pada 29 Mac 2010 yang bermula dengan sesi

perbincangan di kelas bersama guru. Kami mengambil masa selama satu

minggu untuk menentukan aktiviti yang dilaksanakan. Kami mengambil masa

selama dua minggu untuk mengumpul semua maklumat termasuk video klip

serta pengajaran yang didapati dari video tersebut. Tempoh kami

menyampaikan video tersebut adalah selama 30 minit. Manakala masa untuk

membuat folio adalah selepas penyampaian video tersebut yang memakan

masa selama seminggu pada minggu musim peperiksaan.

PenghargaanKeseluruhan rpojek dapat dilaksanakan dengan lancer dan sempurna kerana

mendapat bantuan, sokongan, dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya

ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada:

a) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya, iaitu Cik Fauziah

Deraman yang sentiasa memberikan bimbingan dan menguatkan semangat

kami sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.

b) Ibubapa kami yang telah memberiakn kebenaran dan sokongan dari mula

hingga akhir pelaksanaan projek ini, termasuk meluangkan masa untuk

menghantar dan mengambil kami ketika membuat perbincangan kumpulan

di rumah saudari Enosnitha.

c) Tuan Pengetua, Encik Ganasan a/l Ramasamy, yang telah memberikan

kebenaran kepada kami untuk menjalankan projek ini.

d) Cik Enosnitha, kerana membenarkan membuat perbincangan di rumahnya.

e) Pihak sekolah, kerana membenarkan kami menggunakan makmal sekolah

untuk menggunakan LCD.

Page 7: projek khidmat masyarakat sivik

f) Terima kasih juga kepada guru-guru, seperti Puan Kamsiah dan Encik Mohd

Shoffian serta rakan-rakan yang sudi berkongsi bahan atau maklumat dan

memberikan bantuan ketika kami ingin menggunakan LCD.

Akhir sekali kepada semua ahli kumpulan yang bersemangat dan

berkomitmen penuh dalm menjayakan projek ini.

KesimpulanKesimpuannya, kami telah Berjaya menyampaikan video kepada para pelajar. Diharapkan pelajar-pelajar akan menghayati mesej yang terdapat dalam video tersebut dan menjadikan tokoh-tokoh yang berkenaan sebagai idola untuk dijadikan teladan.

Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semagat setia kawan dalam

menjayakan projek ini. Kami memperoleh dan berkongsi maklumat yang

berharga dengan warga sekolah, khususnya dengan rakan-rakan yang lain.

Melalui pelaksanaan projek ini, saya dan ahli kumpulan beroleh kesedaran

Khidmat Masyarakat dapat dijadikan suatu amaln yang sungguh murni.

Page 8: projek khidmat masyarakat sivik

Lampiran

a)