Proposal 2

6
Emosi Mempengaruhi Lukisan Kanak-Kanak di Tadika NurHidayah Abdul Rahman Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 1.0 Pengenalan Sejak lahir kanak-kanak memiliki kreativiti secara semulajadi. Kanak-kanak akan menilai dan belajar benda yang ada di sekelilingnya. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi melalui proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukisan yang dihasilkan mereka berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Perkembangan seni kanak-kanak dapat dilihat dari aspek perkembangan kemahiran dan kebolehan dalam bahasa tampaknya. Lazimnya kanak- kanak melukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka. Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat mengembangkan bakat. Menerusi idea dan imaginasi, kanak-kanak dapat menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jika diberi perhatian ia dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak- kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika.Lukisan merupakan simbol grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Dengan itu ia membolehkan kanak-kanak menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan. Selain daripada itu, seni lukis juga dapat meningkatkan daya penguasaan kendiri kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan

Transcript of Proposal 2

Emosi Mempengaruhi Lukisan Kanak-Kanak di TadikaNurHidayah Abdul RahmanFakulti Pendidikan Dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

1.0 Pengenalan Sejak lahir kanak-kanak memiliki kreativiti secara semulajadi. Kanak-kanak akan menilai dan belajar benda yang ada di sekelilingnya. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi melalui proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukisan yang dihasilkan mereka berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Perkembangan seni kanak-kanak dapat dilihat dari aspek perkembangan kemahiran dan kebolehan dalam bahasa tampaknya. Lazimnya kanak-kanak melukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka. Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat mengembangkan bakat.Menerusi idea dan imaginasi, kanak-kanak dapat menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jika diberi perhatian ia dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika.Lukisan merupakan simbol grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Dengan itu ia membolehkan kanak-kanak menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan. Selain daripada itu, seni lukis juga dapat meningkatkan daya penguasaan kendiri kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis juga, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Kanak-kanak prasekolah merupakan golongan yang begitu sinonim dengan aktiviti seni seperti melukis dan mewarna. Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak boleh dididik untuk mengawal perasaan dan meluahkan ekspresi diri mereka secara terkawal dan tersusun. Oleh yang demikian, melukis adalah salah satu medium dimana kanak-kanak dapat menterjemahkan emosi, perasaan, pemikiran dan imaginasi mereka kepada orang sekeliling.

2.0 Sorotan LiteraturHasil kajian daripada beberapa orang penyelidik, mendapati bahawa menerusi aktiviti seni atau hasil karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan penyataan diri dan ianya boleh dijadikan sebagai panduan untuk melihat serta mengikut perkembangan sosial, fizikal, mental, emosi, pertumbuhan sahsiah serta perkembangan dan kebolehan representasi kanak-kanak (Helga Eng;1930an; Lowenfeld,1939: Nagey,1947; Herbert Read,1958; Lanier,1975; Mc Fee Dan Degge,1977: Chapman,1978). Menerusi kajian yang dibuat oleh Cizek seorang rakyat Australia, aktiviti seni dalam lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak antara tahun 1897-1938, mendapati bahawa terdapat asas yang berbeza dari segi sifat hasil seni secara sukarela dan yang dilakukan mengikut kehendak guru dan ibu bapa. Beliau juga merumuskan bahawa tingkah laku kanak-kanak turut mempengaruhi penghasilan karya seni mereka. Malah menerusi kajiannya, Cizek berjaya mengkaji tentang sifat dan ciri-ciri ekspresi kreatif seorang kanak-kanak menerusi karya beliau. Beliau mendapati bahawa melalui penghasilan karya seni akan dapat membantu untuk menghilangkan tekanan perasaan disamping dapat memberi kebebasan meluahkan perasaan atau emosi dalaman mereka. Manakala Qoodnow, J. (1977) pula menjelaskan drawing can tell us something not only about children but also about nature of thought and problem solving among both children and adults. Manakala The National Art Education Association(2001) mendapati bahawa lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak berupaya membantu memperkembangkan diri kanak-kanak terutamanya dari segi emosi mereka dan merupakan media luahan dan penyataan perasaan.

3.0 Penyataan MasalahDalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tentang emosi mempengaruhi lukisan kanak-kanak di tadika. Kanak-kanak melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri di mana melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan juga, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Jika dilihat pada lukisan kanak-kanak, ianya mempunyai makna tersendiri. Kanak-kanak dipengaruhi oleh pengalaman kehidupan seharian mereka dan ianya telah diterjemahkan ke dalam bentuk simbol di atas sekeping kertas atau sinonimnya disebut lukisan. Bagi kanak-kanak yang berumur 6-9 Tahun, mereka dalam fasa membuat simbol dimana mereka sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Secara psikologinya, kanak-kanak pada peringkat ini tidak mempunyai keyakinan diri untuk mengatakan sesuatu yang telah berlaku dalam kehidupan mereka. Perbendaharaan kata mereka juga terhad. Oleh itu melalui aktiviti melukis, kanak-kanak diberi peluang untuk mengekspresikan diri atau meluahkan emosi yang mereka alami secara bebas. Maka, kajian ini bertujuan untuk mendalami emosi yang dialami kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka melalui aktiviti melukis yang merupakan satu medium untuk mereka berinteraksi dengan orang sekeliling. 4.0 Objektif KajianI.Untuk mengenalpasti peranan lukisan dalam kehidupan kekeluargaan kanak-kanak II.Untuk mengetahui emosi kanak-kanak berdasarkan lukisan yang dilukis oleh merekaIII.Untuk mengetahui keupayaan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu lukisan melalui kehidupan seharian mereka 5.0 Soalan KajianI.Apakah peranan lukisan dalam kehidupan kekeluargaan kanak-kanak?II.Bagaimana untuk mengetahui emosi kanak-kanak melalui lukisan yang dihasilkan oleh mereka?III.Bagaimana tahap keupayaan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu lukisan melalui kehidupan seharian mereka6.0 Metodologi6.1 Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan kajian kuantitatif dan di bawah reka bentuk kajian lapangan. Kajian ini akan menggunakan borang soal selidik mengenai demografi responden dan kaedah pemerhatian berdasarkan 3 hasil kerja lukisan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat tentang kesan emosi yang dapat mempengaruhi lukisan kanak-kanak di tadika.6.2 Populasi KajianSubjek kajian terdiri daripada 5 orang kanak-kanak tadika yang berumur 5 tahun. Lokasi kajian adalah sebuah tadika di sekitar Tanjung Malim. Sampel ini dipilih berdasarkan kepada masa, kemudahan dan keupayaan pengkaji.6.3 Instrumen KajianKajian ini akan menggunakan beberapa instrumen untuk mendapatkan maklumat. Antara instrumen yang akan digunakan ialah:a) Borang soal selidikBorang ini akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang responden bagi membuat bandingan antara seorang responden dengan responden yang lainb) Senarai semak Senarai semak akan digunakan semasa membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak melalui 3 jenis aktiviti melukis yang dilakukan oleh mereka. Senarai semak ini mengandungi spesifikasi item yang berkaitan dengan emosi yang dialami kanak-kanak semasa melukis seperti kesesuaian/realistik, penggunaan warna dan tahap keupayaan/kreativiti. 6.4 Analisis dan Persembahan DataData dan maklumat akan dikumpulkan hasil soal selidik dan pemerhatian yang dilakukan di tadika berkenaan. Borang soal selidik diberi kepada setiap responden dengan soalan yang sama bagi mengumpul data kajian dan akan dianalisa dalam bentuk SPSS. Bagi kaedah pemerhatian pula, maklumat akan diperolehi daripada senarai semak yang telah dispesifikasikan dalam item-item tertentu. Data yang diperolehi daripada senarai semak akan dipamerkan dalam bentuk jadual yang bersesuaian.

6.5 Prosedur KajianKajian ini akan dijalankan dengan mengambil beberapa langkah bagi memastikan setiap prosedur yang telah diatur berjalan lancar. Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan ialah:I.Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.II.Mendapatkan borang penyelidikan daripada Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaIII.Menyediakan kertas cadangan dan instrumen yang akan digunakan dalam kajianIV.Mengadakan perbincangan bersama penasihat kajian iniV.Meminta kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pengurus dan pentadbir tadika

6.6 Batasan KajianKajian ini hanya difokuskan kepada emosi mampu mempengaruhi lukisan kanak-kanak di tadika dan dibataskan kepada 5 orang kanak-kanak sahaja sebagai subjek kajian untuk diperhatikan semasa mereka membuat 3 aktiviti melukis yang disediakan. Selain itu, kajian ini akan dijalankan dalam masa yang singkat, iaitu selama 2 minggu dan hanya akan dijalankan di dalam kelas tadika sahaja.

RujukanAngela Anning and Kathy Ring. (2004). Making Sense of Childrens Drawings. Open University PressChapman, Laura (1978). Approaches to Art in EducationDiane Mavers (2011). Childrens Drawing and Writing. Routledge Taylor & Francis Group New York LondonJamilah Binti Omar (2004). Kreativiti Lukisan Kanak-kanak Prasekolah Suatu Kajian Perbandingan. Universiti Pendidikan Sultan IdrisQoodnow, J. (1977). Children Drawing. Cambridge MA: Havard University Press