Proposal

download Proposal

of 24

Transcript of Proposal

KESAN

PEMBANGUNAN SEKITAR.

PERINDUSTRIAN KAJIAN:

TERHADAP KAWASAN

SOSIOEKONOMI PERINDUSTRIAN

PENDUDUK

KAWASAN

PENGKALAN CHEPA.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pembangunan perindustrian adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kepesatan pembangunan perindustrian ini telah meningkatkan kemajuan dalam guna tanah di Malaysia. Seperti yang kita tahu, perindustrian dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu industri ringan, industri sederhana, industri berat, industri khas dan industri kecil dan sederhana (IKS). Pembangunan kawasan perindustrian memberi kesan sama ada secara langsung dan tidak langsung terhadap kawasan sekitarnya. Kesannya adalah berbentuk positif atau negatif adalah dari segi sosial, ekonomi dan masalah persekitaran. Menurut Hirscham (1995), pembangunan industri dapat menjanakan perkembangan sektor ekonomi yang lain dan seterusnya memberi kesan kepada perubahan guna tanah. Kawasan perindustrian bukan sahaja tertumpu di kawasan bandar tetapi di kawasan yang dikatakan agak mundur seperti di kawasan perkampungan atau pekan. Menurut Abdullah (2006), pembangunan kampung perlu diperkasakan sehingga tahap terbilang dan tidak tercicir atau terpinggir daripada arus kemajuan negara. Hal ini bermaksud, kawasan ini juga perlu di majukan dan setaraf dengan kawasan yang lebih membangun seperti menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan meningkatkan pembangunan perindustrian di kawasan seperti ini. Contohnya, pembangunan perindustrian di kawasan Pasir Gudang yang ditekankan oleh kerajaan sejak tahun sejak tahun 1970an lagi yang berasaskan buruh dan eksport yang bertujuan untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi dan taraf hidup penduduk.

Oleh itu, kajian terhadap kesan pembangunan perindustrian harus dilakukan bagi mengetahui kesan-kesan terhadap sosioekonomi penduduk di kawasan sekitar. Di Malaysia, sejak tahun 1980, galakan kepada pembangunan perindustrian telah diutamakan terutamanya industri berat bagi memperkukuhkan asas-asas perindustrian negara dan meningkatkan teknologi dalam kalangan rakyat. Pembangunan perindustrian dianggap matlamat jangka panjang kerajaan untuk negara.

1.2

Latar Belakang Kajian

Dalam tahun 1970, kerajaan telah menggalakkan pertumbuhan perindustrian bagi menampung keperluan negara untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Tumpuan yang diberikan adalah kepada aktiviti industri yang berasaskan buruh dan eksport. Mulai tahun 1980an, pembangunan perindustrian pula adalah lebih kepada kemasukan teknologi maklumat dan memberikan kepakaran kepada rakyat. Sektor perindustrian merupakan rancangan jangka panjang kerajaan dan pelbagai strategi yang diwujudkan dalam sektor perindustrian negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah menggubal Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP 1) bermula tahun 1986 hingga 1995. Penggubalan dasar ini adalah untuk mengukuhkan lagi keazaman kerajaan dalam sektor perindustrian negara. Melalui PIP 1, nilai eksport sektor perkilangan bertambah dan jumlah peluang guna tenaga juga akan bertambah daripada 758,500 dalam tahun 1985 kepada 1,463,900 dalam tahun 1995. Pembangunan perindustrian bukan sahaja dapat menyumbangkan pendapatan negara dan rakyat namun meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai teknologi yang masuk ke dalam negara kita. Perancangan pembangunan kawasan perindustrian perlu dilihat kepada beberapa komponen utama untuk mengelakkan pelbagai masalah yang timbul iaitu perancangan tapak dan pengezonan, keluasan dan saiz minimum lot, susunan lot, anjakan bangunan, had ketinggian bangunan, ruang untuk pemunggahan barang, tempat letak kereta, tempat letak lori dan treler, sistem jalanraya, tempat pelupusan sisa toksid, zon penampan dan pusat peniaga kecil.

1.3

Penyataan Masalah

Dewasa ini, pembangunan perindustrian telah menjadi nadi utama dalam sektor ekonomi Malaysia. Peranan pelbagai industri telah menyumbangkan pendapatan yang utama seiring dengan sumber ekonomi lain di negara ini. Semenjak pembangunan pesat di kawasan Perindutrian Pengkalan Chepa sekitar tahun 1990an , telah wujud pelbagai impak sama ada positif atau negatif terutama kepada sosioekonomi iatu daripada segi sosial seperti masalah akibat kemasukan pendatang asing, pengwujudan peluang pekerjaan yang membawa kepada taraf hidup penduduk serta dari segi alam sekitar berlakunya pencemaran udara dan pencemaran air. Memamg tidak dapat dinafikan pembangunan perindustrian lebih memberikan pelbagai kebaikan namun, terdapat juga masalah yang terjadi akibat pembangunan perindustrian di kawasan ini yang dapat dikenalpasti mengganggu kesejahteraan penduduk dengan adanya kemasukan pekerja asing yang menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti kecurian, pecah rumah, pergaduhan, mengganggu penduduk dan masalah pencemaran seperti pencemaran udara, pencemaran air yang wujud daripada pelbagai kilang di kawasan ini.

1.4

Matlamat Kajian

Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana perhubungan diantara pembangunan perindustrian di Pengkalan Chepa telah memberikan impak atau kesan terhadap sosioekonomi dan keadaan fizikal persekitarannya terhadap penduduk skitarnya. Kajian yang perlu dijalankan juga bagi mencapai matlamat ini adalah dengan mengkaji dan menganalisis sejauh mana keadaan pembangunan perindustrian ini dapat membawa kepada pertumbuhan ekonomi penduduk dan mewujudkan kawasan perindustrian yang mampan dimana terdapatnya perhubungan di antara kemanusiaan dan fizikal di kawasan tersebut.

1.5

Objektif Kajian

Bagi mencapai matlamat kajian, beberapa objektif telah dibentuk seperti berikut :i)ii)

Mengetahui perkembangan kegiatan perindustrian di Pengkalan Chepa. Mengenal pasti sejauh mana pembangunan sesebuah kawasan perindustrian

dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat dan sekitar seperti kewujudan peluang pekerjaan dan perniagaan yang membawa kepada peningkatan taraf hidup.iii)

Mengkaji kesan sosial seperti kesejahteraan hidup akibat kemasukan pekerja

asing dan masalah fizikal iaitu pencemaran.

1.6

Skop dan batasan kajian

Kajian ini adalah dijalankan dalam skop kajian bagi mengetahui mengenai hubungan di antara pembangunan perindustrian yang terdapat di kawasan kajian iaitu Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dengan kesan kepada sosioekonomi daripada aspek sosial , ekonomi dan persekitaran penduduk. Populasi yang dipilih ialah penduduk yang mendiami sekitar kawasan ini sebagai fokus utama kajian. Kajian ini hanya dibataskan atau fokus kepada kawasan pembangunan perindustrian di Pengkalan Chepa. Keseimbangan antara pembangunan kemanusiaan dengan fizikal adalah amat penting dalam mencapai pembangunan yang tersusun. Skop kajian ini dijalankan dengan memberikan soalan soal selidik meliputi aspek sosioekonomi penduduk iaitu sejauh mana pembangunan perindustrian ini dapat memperbaiki dan meningkatkan ekonomi atau pendapat penduduk dan corak hidup mereka seperti keselesaan hidup. Skop kajian ini juga meliputi kajian terhadap kewujudan permintaan tinggi kepada tenaga kerja dan ia menyebabkan kemasukan pekerja asing dan kesan kepada penduduk sekitarnya. Seterusnya, kajian ini juga membataskan untuk mengenal pasti hubungan diantara pembangunan perindustrian di kawasan ini dengan masalah fizikal iaitu pencemaran.

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan sektor perindustrian di Pengkalan Chepa dan fungsinya kepada penduduk setempat. Kebanyakan kajian terdahulu dijalankan adalah untuk mengetahui mengenai kepentingan perindustrian, pengeluaran perindustrian namun, kurang menekankan aspek kesan kepada penduduk setempat akibat daripada pembangunan perindustrian ini sama ada kesan positif atau negatif. Kajian ini juga sangat penting sebagai satu panduan untuk penduduk untuk mengetahui mengenai hala tuju dan perkembangan kawasan kajian hasil daripada perkembangan perindustrian ini. Melalui kajian ini juga penting untuk menyedari masalah yang timbul ekoran perindustrian ini dan langkah-langkah yang perlu diambil pada masa hadapan.

1.8

Kerangka konseptual

Pembangunan perindustrian di Pengkalan Chepa.

Peningkatan ekonomi dan taraf hidup penduduk.

Kesan kepada sosioekonomi penduduk.

Kesan kemasukan pekerja asing.

Fizikal (Pencemaran).

Hipotesis Kajian Kesan pembangunan perindustrian kepada sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk.

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual

1.9

Organisasi penulisan laporan.

Organisasi penulisan laporan ini menggambarkan mengenai perkara dan bab-bab yang akan dikemukakan oleh pengkaji untuk mnyiapkan keseluruhan kajiannya. Dalam bab pertama organisasi ini adalah mengenai latar belakang kajian, penyataan masalah, matlam dan objektif, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, kerangka konseptual dan organisasi penulisan. Dalam bab dua, ia mengenai ulasan literature atau kajian yang lepas yang melibatkan tajuk kajian melalui pembacaan buku, kertas kerja, jurnal. Seterusnya, bab tiga pula adalah mengenai metodologi dan kawasan kajian. Manakala bab empat mengenai hasil kajian kseseluruhan dan bab terakhir iaitu bab lima mengenai kesimpulan mengenai kajianndan cadangan-cadanagn yang di buat. Carta alir di bawah ini adalah organisasi penulisan laporan.

BAB 1 PENGENALAN

BAB 2 LITERATURE REVIEW

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 4 HASIL KAJIAN

BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN

2.0

Kesimpulan

Kajian mengenai pembangunan perindutrian ini adalah merangkumi pelbagai bidang yang sangat luas dan pelbagai aspek yang dapat dikaji mengenai pembangunan perindustrian ini. skop kajian yang terperinci perlu dilaksanakan dalam pelbagai aspek untuk mnegetahui sesuatu mengenai pembangunan perindustrian ini terutamanya seperti dalam kajian ini adalah untuk mnegetahui mengenai kesan atau impak pembangunan perindustrian kepada sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat.

BAB 2

ULASAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Ulasan literatur ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan memberi gambaran serta kefahaman asas dalam bidang dan skop penyelidikan daripada sudut teori, empirikal dan praktis bagi memandu penyelidik berhubung dengan kesan pembangunan perindustrian terhadap kualiti dan kesejahteraan penduduk. Dalam kajian yang ingin dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengetahui mengenai kesan atau impak yang terjadi akibat daripada pembangunan perindutrian di kawasan Pengkalan Chepa. Kesan yang dapat dilihat adalah berdasarkan aspek sosioekonomi yang dapat dilihat daripada segi peningkatan ekonomi serta taraf hidup dan sosial penduduk daripada segi kesejahteraan penduduk daripada kesan kemasukan pekerja asing dan masalah pencemaran yang mengganggu kesejahteraan penduduk sekitarnya. Kawasan perindustrian Pengkalan Chepa ini sebenarnya telah membangun sejak tahun tahun 1990an lagi. Pada asalnya, kawasan ini sebenarnya merupakan kawasan hutan yang sangat tebal dan dibangunkan sebagai satu kawasan perindutrian yang utama di Kelantan sehingga kini. Namun, pembangunan yang pesat ini memberikan pelbagai kesan atau impak sama ada positif atau negatif kepada penduduk sekitarnya.

2.2

Kesan pembangunan perindustrian terhadap sosioekonomi penduduk.

2.2.1

Konsep asas sosioekonomi.

Sosioekonomi merupakan satu kaitan yang sangat rapat diantara aktiviti ekonomi dan cara hidup masyarakat. Kebiasaanya, ia diwakilkan dengan tingkahlaku yang pelbagai, menggunakan teori dan keadah daripada segi sosiologi, ekonomi, sejarah. Dalam kajian ini, fokus sosioekonomi adalah kepada kesan terhadap perubahan ekonomi dan cara hidup penduduk sekitarnya. Tujuan kajian ini mengenai kesan pembangunan perindustrian terhadap sosioekonomi di Pengkalan Chepa adalah untuk membawa kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi penduduk. Kebiasaanya, daraipada aspek peningkatan dalam pengukuran seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perkembangan taraf hidup, tahap pengangguran, peningkatan ekonomi. Pemboleh ubah yang biasa digunakan dalam bagi mnegetahui indeks sosioekonomi adalah seperti bilangan isi rumah yang bekerja dan anak-anak yang masih bersekolah, kemudahan asas, pemilikan kenderaan sendiri. Kesan sosial merupakan satu kajian yang meluas berbanding kesan tempatan terhadap sesuatu komuniti dan perubahan masyarakat. Dalam kajian ini, kesan mengenai sosial penduduk dilihat daripada segi aspek masalah akibat pendatang asing dan masalah alam sekitar akibat daripada perkembangan perindustrian ini. Matlamat kajian sosooekonomi adalah untuk membawa kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi. Perbandingan setiap aspek ini dilihat berdasarkan data-data yang dikumpul dan dianalisis.

Menurut Zaliah (1993), pembangunan sektor perindustrian boleh membawa kepada perubahan struktur guna tanah, sekitar, meningkatkan keadaan sosioekonomi, menyediakan peluang pekerjaan dan dapat mengurangkan jurang antara kawasan yang maju dengan kawasan yang mundur dari segi ekonomi, di mana pembangunan perindustrian mendapat kelebihan daripada kedudukannya yang berhampiran denagn kawasan maju. Hal ini beerti pembangunan perindustrian di sesuatu kawasan akan menjadi penyumbang besar terhadap sosioekonomi penduduk sekitarnya.

Kesan pembangunan perindustrian juga akan menyumbang kepada pembangunan daerah serta mempengaruhi perkembangan ekonomi di sektor pekerjaan. Faktor utama yang menjadikan sesuatu kawasan perindustrian itu berkembang adalah akibat daripada tarikan kepada pembangunan kemudahan asas yang disediakan dan secara langsung akan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk ini. Kesan sosioekonomi ini juga dapat dilihat di sesuatu kawasan pembangunan perindustrian berdasarkan lokasi letakannya. Terdapat industri yang ditempatkan di kawasan pinggir bandar atau di pusat bandar. Dalam hal ini, jalan pengangkutan yang baikadalah sangat penting untuk memastikan perkembangan perindustrian ini. pada asasnya, kawasan perindustrian sepatutnya ditempatkan jauh dari pusat bandar tetapi berhampiran dengan kemudahan asas. Perletakan kawasan perindustrian Pengkalan Chepa adalah jauh daripada pusat bandar tetapi mempunyai kriteria yang cukup sebagai kawasan industri kerana mempunyai jalan masuk kepada perhubungan yang baik dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

2.2.2

Kesan pembangunan perindustrian terhadap ekonomi.

Sektor perindustrian negara , taraf hidup penduduk (peluang pekerjaan), taraf hidup meningkat,

2.2.3

Kesan pembangunan perindustrian terhadap sosial penduduk.

Bincang psl pekerja asing n pencemaran.

BAB 3

METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi merupakan satu cara atau kaedah untuk menentukan bagaimana kajian ini dijalankan supaya keputusan pada akhir kajian dapat diperolehi dengan hasil yang memuaskan. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian agar tujuan dan keperluan kajian dapat diperolehi bagi dapat memenuhi kehendak dan objektif kajian. Kaedah kajian yang dijalankan perlu mencapai objektif kajian yang dinyatakan. Sampel yang dipilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk perumahan di Taman Desa Kemumin. Sampel dipilih secara rawak daripada senarai populasi penduduk di taman perumahan ini dan teknik yang digunakan adalah random sampling. Seramai 80 orang responden dipilh secara rawak di taman perumahan ini. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan data primer. Seramai 80 orang responden dipilih secara rawak dan ditemu bual secara bersemuka berdasarkan satu set soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Dalam kajian ini, data sekunder pula akan diperolehi daripada sumber yang tersimpan di perpustakaan, daripada majalah, buku dan jurnal. Data yang dikumpulkan akan diproses menggunakan program SPSSdan dianalisis berdasarkan teknik kolerasi tertentu. Hubungan yang diperolehi adalah positif atau negatif pada aras signifikan 0.05 dan 0.01. jika hubungan akhirnya positif maka menunjukkan adanya hubungan yang saling kuat antara pemboleh ubah dan sebaliknya jika hubungan yang ditunjukkan negatif.

3.2

Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan perindutrian utama di Kelantan iaitu di Pengkalan Chepa. Kawasan perindustrian Pengkalan Chepa adalah berada hampir dengan pusat Bandar Kelantan iaitu Kota Bharu. Jarak kawasan ini ke Kota Bharu adalah sejauh 7 kilometer. Kawasan Perindutrian Pengkalan Chepa juga berada hampir dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra iaitu hanya 3 kilometer dari kawasan ini. Kawasan perindustrian Pengkalan Chepa terletak berhampiran dengan kawasan perumahan. Kilang yang terletak di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dirangkumi oleh sektor perindustrian elektronik, sektor perindustrian elektrik, sektor perindustrian plastik dan produk plastik, sektor perindustrian berasaskan bahan kimia, sektor perindustrian pembuatan makanan dan minuman, karbonat bahan organik seperti racun serangga, bahan kimia industri dan bahan radioaktif. Pembangunan perindustrian di kawasan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat.

3.2.1

Lokasi Kajian

Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

Rajah 1.2 : Kedudukan Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

Rajah 1.3 : Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa

Rajah 1.4 : Pelan Guna Tanah Kawasan Perindustrian Pengkaan Chepa.

3.3

Metodologi Kajian

MENGENAL PASTI LOKASI KAJIAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PENGKALAN CHEPA

MENGENAL PASTI MATLAMAT SERTA OBJEKTIF KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN

PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN (SOAL SELIDIK UNTUK DATA PRIMER, DAN CARIAN UNTUK DATA SEKUNDER)

ANALISIS KEPUTUSAN MELALUI PROGRAM SPSS

Rajah 1.5 : Carta Alir Metodologi Kajian

3.4

Peringkat pengumpulan data

Kaedah mendapatkan maklumat adalah dengan mengumpulkan data-data yang terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah dimana data diperolehi secara sendiri dan kaedah pengumpulan data primer ini diperolehi melalui penggunaan set borang soal selidik yang disediakan terlebih dahulu. Penggunaan set borang selidik ini melibatkan responden tertentu yang menjadi sampel dalam kajian ini. Pengumpulan data sekunder pula diperolehi melalui carian data daripada jabatan-jabatan tertentu seperti Pihak Berkuasa Tempatan Kota Bharu, dan jabatan-jabatan lain berhubung dengan perancangan kawasan, jumlah industri. 3.5 Peringkat Analisis Kajian

Berdasarkan kepada skop kajian dan maklumat yang diperolehi akan dikumpulkan serta dianalisis. Analisis kajian ini akan menghasilkan data kuantitatif dalam bentuk statistik diskriptif iaitu frekuensi dan peratusan dengan menggunakan kaedah program SPSS bagi kajian yang menggunakan kajian soal selidik. Program SPSS ini merupakan kaedah yang bermutu tinggi dan tepat dalam menganalisis data. Sementara itu data-data dan maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis secara kualitatif. Pemaparan hasil kajian dalam bentuk seperti jadual dan graf akan dapat memudahkan penyampaian maklumat untuk mudah difahami oleh pembaca. 3.6 Sampel dan kaedah persampelan kajian

Dalam kajian ini adalah berkait rapat dengan kegiatan perindustrian di Pengkalan Chepa. Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk di sekitar terutamanya penduduk di kawasan perumahan berdekatan dan lebih difokuskan kepada penduduk di Taman Desa Kemumin dengan menggunakan sampel soal selidik yang dipilih secara rawak mudah. Sampel yang digunakan untuk kajian ini adalah seramai 80 orang responden. Bilangan sampel tidak terlalu ramai kerana ini akan memudahkan pengkaji mendapatkan data daripada sampel dan dapat mengatasi pelbagai masalah yang mungkin timbul seperti masalah kekangan masa dan kewangan untuk menjalankan soal selidik ini. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan kebarangkalian rawak mudah. Teknik persampelan rawak mudah ini sebagai teknik yang sesuai dalam menentukan sampel bagi kajian yang dilakukan terhadap penduduk di sekitar kawasan perindustrian ini. Pengkaji akan mencabut satu sampel secara rawak dalam membuat soal selidik. 3.7 Jadual kerja dan budget.

Jadual 1.1 : Jadual kerja Bil Perkara Minggu Pembelajaran M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 1

Jadual 1.2 : Jadual anggaran penyelidikan.

ITEM 1. Borang soal selidik 30sen x 80helai = RM 24 2. Bayaran tiket bas RM50 X 4 = RM 200 3. Belanja makan

PERBELANJAAN RM 25

RM 200

RM 50

4. Alat tulis Jumlah

RM 15 RM 290

3.8

Kesimpulan

Dalam bab metodologi dan kawasan kajian ini pengkaji lebih fokus membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam menyiapkan kajiannya. Beberapa aspek atau penekanan yang yang telah diambil dan akan dilaksanakan dalam kajian yang akan dijalankan. Pendekatan ini merengkumi kaeadah-kaedah yang digunakan seperti keperluan data dalam melakukan kajian, kaedah pengumpulan data daripada sumber primer dan sekunder dan penjelasan mengenainya, kaedah analisis data, pembentukan hipotesis serta kaeadah persmapelan yang akan digunakan ketika membuat kajian. Dalam pemaparkan kawasan kajian dengan terperinci, penerangan yang jelas mengenai lokasi kajian dan memaparkan peta lokasi kajian. Semua maklumat dan paparan ini bertujuan untuk memantaokan lagi hasil kajian dan memudahkan kerja pengkaji dalam menjalankan kajian .