Proposal

26
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBUNYIKAN SUKU KATA KVKV MELALUI TEKNIK ‘DADU SPONGEBOB’ 1.0 PENDAHULUAN Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pada kebiasaannya ramai murid prasekolah yang masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain. Menurut Liew Phaik Guat Selina ( 1998 ), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang individu. Menurut See Bee Ean ( 2008 ) pula, menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir sImbol dan perkataan dengan sebutan, itonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan 1

Transcript of Proposal

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBUNYIKAN

SUKU KATA KVKV MELALUI TEKNIK ‘DADU SPONGEBOB’

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa.

Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Pada kebiasaannya ramai murid prasekolah yang masih lemah dalam

kemahiran membaca. Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan

mengganggu penguasaan kemahiran lain.

Menurut Liew Phaik Guat Selina ( 1998 ), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti

mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada

seseorang individu. Menurut See Bee Ean ( 2008 ) pula, menyatakan bahawa membaca ialah

keupayaan pelajar mentafsir sImbol dan perkataan dengan sebutan, itonasi, jeda dan kelancaran

yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa membaca amat penting diperolehi

walaupun masih diperingkat awal. Murid yang sudah menguasai bacaan dengan bunyi suku kata

yang betul akan berada pada tahap yang selesa kerana mereka akan dapat menguasai kemahiran

lain yang lebih tinggi dengan mudah. Oleh yang demikian, penguasaan membaca dan

membunyikan suku kata yang tepat harus bermula pada awal lagi jika tidak mahu murid ini

lemah sehingga memasuki sekolah rendah.

1

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Tinjauan awal semasa saya melaksanakan PdP yang lalu saya dapati 5 orang daripada 25

orang murid tidak dapat membaca dan membunyikan suku kata KVKV dengan betul. Saya telah

melaksanakan sesi membaca dan membunyikan suku kata ini beberapa kali, saya dapati bahawa

murid tidak dapat membunyikan suku kata awal KVKV dengan betul. Masalah ini dapat dikenal

pasti apabila saya menyuruh murid membaca dan membunyikan suku kata KVKV ini secara

individu melalui kad bacaan. Perkara ini terjadi mungkin kerana cara saya melaksanakan aktiviti

membaca tidak dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi bacaan.

Penggunaan strategi seperti kad perkataan sering digunakan setiap kali menjalankan

proses PdP. Hal ini mungkin akan menyebabkan murid berasa bosan kerana menggunakan teknik

yang sama setiap kali PdP dijalankan. Oleh yang demikian guru perlu membuat perancangan

yang lebih berkesan dan mempelbagaikan teknik PdP supaya murid akan lebih berminat dan

dapat menguasai aktiviti bacaan dengan baik.

Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi

penekanan ialah meningatkan kemahiran membaca dan membunyikan suku KVKV di kalangan

mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Saya telah menjalankan

beberapa aktiviti untuk meningkatkan penguasaan murid tersebut dalam meningkatkan

kemahiran membaca mereka namun mereka tetap tidak dapat menguasai sepenuhnya. Di sini

saya mungkin tidak menyedari bahawa murid mungkin akan lebih menguasai kemahiran

membunyikan suku kata KVKV dengan menggunakan teknik yang lebih kreatif dan dapat

melibatkan diri murid dengan lebih aktif secara menyeluruh.

2

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Bertitik tolak daripada itu, kesedaran mulai timbul untuk menjalankan satu kajian dalam

mencari kaedah terbaik untuk membantu murid prasekolah menguasai kemahiran membaca dan

menulis. Diharap dengan kaedah yang dijalankan dapat membantu murid lulus dalam semua

matapelajaran yang akan dipelajari disekolah rendah kelak.

Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi

penekanan ialah meningatkan kemahiran membunyikan suku kata KVKV di kalangan mereka.

Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu.

Oleh itu saya perlu melaksanakan satu kajian bagi meningkatkan tahap penguasaan

mereka dalam membaca dan membunyikan suku kata awal KVKV dengan betul. Justeru itu,

kajian ini memperkenalkan satu teknik bagi meningkatkan kemahiran membaca dan

membunyikan suku kata awal kvkv dengan betul iaitu melalui permainan ‘Dadu Spongebob’.

Saya akan menggunakan kaedah ini bagi meningkatkan lagi penguasaan murid dalam

membunyikan suku kata KVKV dengan lebih berkesan.

Menurut Froebel, bermain adalah suatu keadaan semulajadi yang membantu kanak –

kanak belajar dan berkembang.Walaupun Montessori tidak bersetuju dengan perkataan

“permainan” bagi menggambarkan tingkah laku kanak – kanakketika meneroka dan memahami

persekitaran, beliau bersetuju bahawa keadaan bermain memberi kanak – kanak peluang

meneroka dan mencuba – cuba sesuatu aktiviti. Oleh itu, dalam proses mencuba, mereka akan

menemui pengetahuan yang baru.

3

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

1.2 PENGUMPULAN DATA AWAL

Pemerhatian

Pada mulanya saya mengumpulkan data melalui pemerhatian di dalam kelas iaitu secara

perbualan dan bacaan suku kata. Ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kebolehan dan

perkembangan murid. Tinjauan juga sering dilakukan kepada murid yang dikesan mempunyai

masalah dalam membunyikan suku kata KVKV dan ia memerlukan bimbingan.

Menurut

Ujian Bacaan

Melalui ujian bacaan ini masalah murid dapat dikesan dengan lebih cepat dan berkesan.

Ujian ini bertujuan untuk mengesan atau mengenal pasti kelemahan murid dalam aspek yang

hendak difokuskan. Melalui cara ini juga ia akan dapat mengetahui tahap kebolehan murid dalam

sesuatu perkara yang dipelajarinya.

Semak Rekod Peribadi Murid

Semakan rekod peribadi murid ini dapat membantu guru mendapatkan maklumat

mengenai murid dan dapat meneliti latar belakang murid . Murid yang dikesan bermasalah akan

diteliti dan direkod data mengenai mereka. Semakan juga dilihat dari segi latar belakang

keluarga, taraf sosioekonomi, persekitaran dan sebagainya.

4

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan menfokuskan kepada kemahiran membunyikan suku kata KVKV

dengan betul. Kajian ini amat penting dijalankan terhadap murid kerana ia dapat membantu

murid dalam meningkatkan penguasaan membunyikan suku kata KVKV mereka . Jika kaedah

ini tidak dilaksanakan berkemungkinan lebih ramai murid yang akan menghadapi masalah

membunyikan suku kata dengan betul.

Menurut Froebel ( 1782 -1852 ) percaya bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan

adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan.

Sebagai guru prasekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji dalam membimbing murid

dan meningkatkan perkembangan kebolehan murid sejak dari peringkat awal lagi. Ini adalah

supaya persediaan untuk murid ke sekolah rendah, menengah dan seterusnya.

2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN

Setelah melaksanakan ujian saya dapati sebilangan pelajar saya lemah dalam membaca

dan menbunyikan suku kata. Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh

pelajar saya, saya hanya akan menfokuskan kajian ini kepada masalah membunyikan suku kata

KVKV sahaja. Pelajar saya mempunyai banyak masalah tentang membunyikan suku kata. Saya

akan fokuskan kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu :-

a) Kesilapan membunyikan suku kata KVKV

b) Membantu pelajar membaca dan mengingat bunyi suku kata KVKV dengan betul

5

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Oleh yang demikian, saya telah merancang cara untuk menangani masalah yang dihadapi

oleh pelajar saya ini bagi meningkatkan penguasaan mereka. Dalam perancangan ini saya juga

telah merujuk kepada pelbagai sumber iaitu rakan, komuniti, kajian- kajian yang lalu dan

daripada buku yang berkaitan. Dengan ini saya dapat membina idea yang baru bagi mengatasi

masalah yang dihadapi oleh pelajar saya dengan lebih berkesan.

Kajian ini akan dijalankan di dalam kelas melalui permainan sambil belajar di dalam

kelas . Ini akan meningkatkan minat pelajar disamping menerapkan maksud utama yang

dikehendaki dalam kajian. Kajian ini sangat penting kerana melalui kajian ini saya akan dapat

mengetahui punca masalah dan cara mengatasi masalah yang di hadapi dengan lebih berkesan.

2.2 TINDAKAN / INTERVENSI

Masalah membaca di kalangan murid amatlah serius dan ketara jika kita lihat pada hari

ini. Bagi mengatasi masalah ini saya telah memilih satu kaedah atau teknik dalam meningkatkan

kemahiran membunyikan suku kata KVKV bagi murid prasekolah. Kaedah yang saya akan

gunakan ialah melalui permainan ‘Dadu Spongebob’.. Permainan ini mudah untuk ditadbir

kerana saya dapat melihat minat murid yang mendalam dalam aktiviti seperti ini. Murid berasa

seronok melaksanakannya disamping dapat menerapkan penguasaan membaca dan

membunyikan suku kata awal tersebut. Kaedah ini boleh dimulakan dari peringkat mudah

kepada sukar jika pelajar sudah menguasai kvkv. Jika tidak permainan ini perlu diulang

sehinggga pelajar faham. Barulah objektif yang kehendaki akan tercapai.

Langkah intervensi saya yang pertama ialah melalui permainan lambungan ‘Dadu

Spongebob’ yang mempunyai suku kata KVKV. Dua dadu diperlukan untuk intervensi ini.

Murid akan melambung satu persatu. Setelah selesai melambung kedua – dua dadu tersebut

6

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

murid akan membaca dan membunyikan dua suku kata KVKV tersebut. Bagi meningkatkan

kemahiran membunyikan suku kata KVKV yang lain guru bolehlah membina lebih banyak lagi

dadu yang mempunyai suku kata yang lain.

Langkah seterusnya ditingkatkan sedikit melalui lambungan ‘Dadu Spongebob’ yang

mempunyai bilangan titik seperti buah dadu dengan ‘Dam suku kata ular dan tangga’. Murid

akan melambung dadu tersebut dan menyatakan bilangan titik yang dapat dilihat. Kemudian

murid akan bergerak bermula dari kotak suku kata yang pertama hingga ke bilangan titik yang

diperolehi. Bagi yang bergerak sampai pada gambar tangga murid akan membunyikan gabungan

suku kata KVKV secara menaik. Manakala bagi yang berhenti pada gambar ular murid akan

membunyikan gabungan suku kata KVKV secara menurun. Aktiviti diteruskan hingga selesai.

Teknik yang saya gunakan ini juga boleh digunakan untuk kelas tahap 1, pemulihan dan

Pendidikan Khas mengikut kesesuaian mereka.

3.0 OBJEKTIF SOALAN KAJIAN

1. Objektif Umum

Mempertingkatkan kemahiran murid dalam membunyikan suku kata KVKV melalui

teknik ‘dadu spongesbob’.

2. Objektif Khusus

1. Murid dapat meningkatkan penguasaan membunyikan suku kata KVKV

melalui permainan ‘ dadu spongebob’.

7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

3.1.SOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah teknik ‘Dadu Spongebob ini dapat meningkatkan kemahiran membunyikan

suku kata KVKV murid.

2. Seajuhmanakah teknik ‘ Dadu Spongebob’ dapat melibatkan diri murid secara aktif dalam

aktiviti membunyikan suku kata KVKV.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya ialah 5 orang murid prasekolah yang berumur 6 tahun yang terdiri

dari 4 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan.Mereka tidak dapat membunyikan suku

kata KVKV dengan betul dan ada sebilangan murid yang gagap.

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1Langkah – langkah pelaksanaan

i. Membina bahan

Membina ‘Dadu Spongebob’.

Membina dam ‘Dadu Spongebob’.

ii. Laksanakan ujian.

a) Aktiviti permainan ‘Dadu Spongebob’

Murid akan melambung dadu spongebob yang mempunyai suku

kata yang yang berlainan warna satu persatu. Kemudian murid akan

membunyikan hasil gabungan suku kata daripada lambungan dadu

spongebob tersebut.

8

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Gambar 1 : Dadu suku kata Spongebob

b) Aktiviti permainan ‘Dadu Spongebob dengan Dam Sukukata Ular

dan Tangga

Murid akan melambung dadu berbentuk spongebob yang

mempunyai bilangan titik 1 hingga 6 titik. Kemudian murid akan mengira

pergerakan mengikut bilangan titik pada dadu yang telah dilambung di

dalam dam ular dan tangga. Setelah pergerakan dihentikan murid akan

membaca dan membunyikan hasil gabungan suku kata pada dam ular dan

tangga. Contohnya jika berhenti pada gambar ular ia akan dibaca secara

menurun seperti kuda dan jika berhenti pada tangga ia akan dibaca secara

menaik seperti laci.

Aktiviti ini diulang dan diteruskan hingga tamat dan jika perlu

boleh diulang lagi.

9

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Gambar 2 : Dam suku kata ular dan tangga

Gambar 3 : Dadu spongebob

5.2 Cara mengumpul data

Sebelum langkah – langkah seterusnya diambil, tujuan mengenal pasti masalah

ialah untuk meneliti dan memahami masalah yang dihadapi dengan lebih mendalam

lagi. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut :-

i. Pemerhatian

10

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Cara mengumpul data bagi kajian ini ialah melalui pemerhatian.

Pemerhatian ini menggunakan 10 item yang menfokuskan kepada kajian

ini. Senarai semak digunakan dalam pemerhatian ini dan ia amat

membantu dalam mengenal pasti tahap kebolehan murid. Berikut adalah

maklumat daripada senarai semak yang diperolehi :-

BIL RESPONDEN ITEM/KEMAHIRAN PETUNJUK

ITEM

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1.Menyebut huruf

vokal dan

konsonan,

2.Menyebut huruf

secara rawak

3.Menyebut huruf

mengikut susunan

4.Mengenal bentuk

huruf kecil dan

besar

5.Mengecam dan

membunyikan

huruf konsonan

dan akhiran

perkataan

1 A /

/

/ / / / / x x x x

2 B / / / / / / x x x x

3 C / / / / / / x x x x

11

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

6.Menyebut suku

kata KV

7.Mencantum dua

suku kata KVKV

8.Memadankan

perkataan dengan

gambar

9.Membina dan

membunyikan

suku kata KVKV

10. Membaca suku

kata KVKV

dengan betul.

4 D / / / / / / x x x x

5 E / / / / / / x x x x

Panduan guru :

Skor penuh ialah 10 markah

Setiap jawapan ya akan ditandakan ( / ) dan jawapan yang salah akan ditandakan ( x )

Jadual 1 : Senarai semak pemerhatian

ii. Latih tubi

Saya juga memperolehi data melalui aktiviti latih tubi membaca

dan menulis semula hasil bacaan dengan betul. Cara ini juga dapat

membantu dalam mengenal pasti murid yang bermasalah. Berikut adalah

senarai semak hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan :-

12

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

BIL RESPONDEN KEMAHIRAN

MEMBUNYIKAN SUKU

KATA KVKV

JUMLAH

MARKAH

/5

sari pasu mata ratu muka

1 A x x / x x 1/5

2 B x / x x x 1/5

3 C x x x x x 0/5

4 D x / / x / 3/5

5 E x / / x x 2/5

Panduan guru :

Skor penuh ialah 5 markah.

1 markah bagi jawapan yang betul dan 0 markah untuk jawapan yang

salah.

Jadual 2 : Senarai semak membunyikan suku kata

BIL RESPONDEN KEMAHIRAN MENULIS

SUKU KATA KVKV

JUMLAH

MARKAH

13

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

/5

sari pasu mata ratu muka

1 A x x x x / 1/5

2 B x / x x / 2/5

3 C x / x x / 2/5

4 D x / / x / 3/5

5 E x / x x / 2/5

Panduan Guru :-

Skor penuh ialah 5 markah.

1 markah bagi jawapan yang betul dan 0 markah untuk jawapan yang

salah.

Jadual 3 : Senarai semak menyebut dan menulis suku kata

iii. Temu bual

Data juga diperolehi melalui temubual bersama murid dan ibu bapa

mereka. Ianya adalah temubual mudah dan mengambil tahu tentang minat

murid dalam menggunakan kaedah tersebut. Beberapa soalan diajukan

bagi mendapat pandangan responden.

5.3 Cara menganalisis data

14

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Pemerhatian

Senarai semak digunakan dengan menggunakan 10 instrumen iaitu menyebut huruf vokal

dan konsonan, menyebut huruf secara rawak, menyebut huruf mengikut susunan, mengenal

bentuk huruf kecil dan besar, mengecam dan membunyikan huruf konsonan dan akhiran

perkataan, menyebut suku kata KV, mencantum dua suku kata KVKV, memadankan perkataan

dengan gambar, membina dan membunyikan suku kata KVKV dan membaca suku kata KVKV

dengan betul. Data tersebut akan dipindahkan kepada bentuk peratusan.

Latih tubi

Saya juga menjalankan aktiviti latih tubi kepada murid. Dengan cara ini juga akan lebih

mudah untuk mengesan murid yang tidak menguasai kemahiran membunyikan suku kata KVKV

dengan betul. Saya telah menjalankan aktiviti latih tubi membaca dan menulis suku kata KVKV

kepada murid. Hanya 5 item yang untuk latih tubi membaca dan menulis. Jumlah markah dikira

berdasarkan jawapan yang betul. Data ini juga akan dipindahkan ke dalam bentuk peratusan.

Temubual

Temubual bersama murid dan ibu bapa. Sesi temubual ini dijalankan selepas waktu sekolah

bersama murid dan ibu bapa mereka. Temubual ini secara tidak langsung dapat membincangkan

tentang tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan membunyikan suku kata

KVKV dan punca sebenar masalah mereka.

15

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Perkara Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal JUN 2014

2. Menulis kertas cadangan / kajian JULAI 2014

3. Perbentangan kertas cadangan / proposal kajian JULAI 2014

4. Merancang tindakan JULAI 2014

5. Akan Melaksanakan tindakan 1 – aktiviti 1 MAC 2015

6.. Membincangkan masalah dalam menjalankan aktiviti

1

MAC 2015

7. Akan melaksanakan tindakan – aktiviti 2 APRIL 2015

8. Membincangkan masalah dalam menjalankan aktiviti

2

APRIL 2015

9. Refleksi kajian secara keseluruhan APRIL 2015

10. Menulis laporan kajian MEI 2015

Jadual 4 : Jadual pelakasanaan kajian

5.5 Kos Kajian

BAHAN KOS

Manila Kad RM 5.00

Banner sukukata RM 160.00

16

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Gam Polisterin RM 8.00

Kertas A4 RM 5.00

JumlahRM 178.00

Jadual 5 : Kos kajian

6.0 SENARAI RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak ( 2001 ). Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Selangor.

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

17

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad ( 2004 ). Panduan

Kurikulum Prasekolah. Pahang Darul Makmur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah ( 2003 ). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang

Darul Makmur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd..

Othman Lebar ( 2014 ). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Teori Dan Amalan. Tanjung Malim,

Perak.Universiti Pendidikan Sultan Idris

Asmah Haji Omar ( 1989 ). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan

Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Azizah Bt Zain ( 2010 ). Jurnal Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan

Kelancaran Dan Kefahaman Dalam Kalangan Kanak – Kanak Prasekolah. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Nur Nadiyah Binti Indra Gunawan ( 2012 ). Jurnal Meningkatkan Kemahiran Membaca

Perkataan Dua Suku Kata Bagi Murid Tahun Dua. IPG Kampus Kota Bharu

18