Proposal Astaka
-
Upload
cy-arsenal -
Category
Documents
-
view
637 -
download
40
description
Transcript of Proposal Astaka
KERTAS CADANGAN
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF ASTAKA
SMK PUTATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN,
KOTA KINABALU, SABAH.
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1
2
3
4
Pengenalan
Rasional Penyelengaraan dan Kerja Naik Taraf Astaka
Cadangan-cadangan Spek Kerja Naik Taraf Astaka Sekolah
Kesimpulan
2
3
4
6
KERTAS CADANGAN
KERJA NAIK TARAF ASTAKA SEKOLAH
SMK PUTATAN, KOTA KINABALU
__________________________________
Pengenalan
SMK Putatan merupakan antara sekolah yang memiliki kemudahan
astaka di padang bola sepak yang baik dan digunakan secara intensif.
Bagaimanapun sesuai dengan usia pembinaan sekolah sejak 1980-an,
astaka berkenaan telahpun uzur dan mengalami banyak kerosakan;
termasuklah kejadian atap runtuh. Keadaan ini sangat membahayakan
pengguna astaka tersebut, terutamanya pelajar yang berlatih, beriadah
dan guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani (PJ).
Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan
agar astaka tersebut dinaiktarafkan sebagai Mini Grandstand (Tempat
Duduk-berbumbung) untuk kemudahan dan keceriaan perlaksanaan
aktiviti sukan dan permainan di sekolah ini. Realitinya, fasiliti itu nanti
akan dimanfaatkan sebagai ‘grand-stand’ penganjuran sukan olahraga,
permainan bola sepak, hoki, bola baling, kriket, ragbi dan lain-lain.
SMK Putatan pernah melahirkan beberapa atlit dan ahli sukan
yang telah mewakili negeri dan pasukan kebangsaan. Rosdin Wasli (Bola
Sepak), Asli Udin (Angkat Berat), Darwin Tony (Olahraga) dan beberapa
nama lain, adalah antara personaliti sukan tempatan yang mendapat
asas kemahiran masing-masing di sekolah ini. Kita optimis dengan
kemudahan Stadium Mini yang akan dibina kelak, di samping kredibiliti
serta komitmen guru-guru penasihat, lebih ramai lagi bakat sukan dan
permainan berprestasi tinggi mampu dilahirkan.
Rasional
Alasan untuk perubahan/naik taraf ialah kokurikulum sekolah harus
bertindak balas terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam
masyarakat. Sebagai satu organisasi di sekolah, Unit Kokurikulum perlu
berkembang, matang dan menyesuaikan keadaannya pada perubahan
dalaman dan juga luaran. Seterusnya, pembaikan dan naik taraf ini
perlu dilakukan kerana :
1. SMK Putatan menjadi tumpuan masyarakat setelah dinobatkan
sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri 2005.
2. SMK Putatan telah dipilih sebagai sebagai tuan rumah
pertandingan Bola Sepak dan Hoki MSSD/MSSG tahun 2007.
3. SMK Putatan sering menjadi Johan Pertandingan Bola Jaring,
BolaTampar, Hoki peringkat MSSD dan MSSG.
4. SMK Putatan sentiasa diberikan kepercayaan menganjurkan
pertandingan sukan dan permainan peringkat daerah, gabungan
dan negeri. Kita terpaksa menyewa gelanggang diluar dan
menampung kos penganjuran sepenuhnya.
5. Gelanggang tersebut akan menjadi satu ‘Benchmark’ kemajuan
sukan SMK Putatan menjelang 2010 dan melahirkan atlit
berprestasi tinggi. Seterusnya, menjadi pusat aktiviti sukan
permainan yang boleh menjana sumber kewangan persatuan
masing-masing.
6. Ia juga akan dijadikan sebagai Pentas Terbuka untuk tujuan
perhimpunan pelajar, aktviti persatuan dan pusat latihan
kecergasan fizikal para atlit/peserta menjelang sesuatu
pertandingan/kejohanan.
7. Stadium tersebut akan juga direalisasikan sebagai fasiliti untuk
Program Sukan Komuniti, Sukan Massa dan sebagainya.
8. Keselamatan, keselesaan dan persekitaran padang yang menarik
akan meningkatkan lagi prestasi sukan di sekolah ini.
Anggaran Perbelanjaan Kerja Penyenggaraan dan Baik Pulih Padang Sekolah.
BIL BUTIR-BUTIR KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM)
1. Pasir Sungai 50 trip 150.00 7,500.002. Sewa ‘Steam-roll’ 2 buah 100.00 200.003. Upah pekerja
- Meratakan pasir- Menggaris padang- Kerja2 Berkaitan
5 orang 20.00 100.00
Jumlah Keseluruhan 7,800.00
Cadangan-cadangan spek kerja menaiktaraf padang permainan
sekolah
Bil Butir-Butir Keluasan Amaun (RM)
1
2
3
Kerja-kerja ‘Steam-roll’
Meratakan keseluruhan
permukaan padang permainan.
Kerja-kerja Menimbus Pasir
Sediakan permukaan, menimbus
dan ratakan pasir pada seluruh
kawasan padang.
Kerja-kerja ‘Steam-Roll’
Sediakan permukaan, ratakan
keseluruhan kawasan padang.
200m X 90m
200m X 90m
200m X 90m
4
5
Kerja-kerja menanda
Ukur dan tanda garisan
gelanggang mengikut jenis
permainan:
Bola Baling
Bola Sepak/Futsal
Bola Jaring
Kerja-kerja berkaitan
Sediakan rangka bulatan jaring,
tiang gol, tiang sokongan dan
sebagainya
(Ikut saiz tertentu)
(ikut keperluan)
Lampiran Bergambar
Kesimpulan
Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh penyelaras
sukan sekolah, Unit kokurikulum mendapati kerja menaiktaraf padang
permainan berkenaan perlu dilaksanakan seperti yang dirancang.
Dengan terlaksananya kerja penarafan ini, juga diharap dapat
mengekalkan pandangan baik masyarakat luar terhadap status SMK
Putatan; di samping memberi keceriaan baru kepada seluruh warga
sekolah. Kertas cadangan yang dikemukakan ini diharap akan
mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak yang berkenaan.