Proposal Kertas Kerja
description
Transcript of Proposal Kertas Kerja
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KERTAS PROJEK
NAMA PENSYARAH: DR. MOHD ISA HAMZAH
NO MATRIK PELAJAR: GP03464
NAMA PELAJAR: MOHD ZAILAN AZMEL BIN ZAINAL ARIPIN
PUSAT KULIAH PERTEMUAN 1:KUCHING
TOPIK KAJIAN: PELAKSANAAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DAPAT
MENINGKATKAN KEYAKINAN GURU MENGAJAR DAN MELAKSANAKAN P&P DENGAN
BERKESAN
1.1 Pernyataan Masalah
Kajian literatur banyak menghasilkan input tentang kepentingan organisasi pembelajaran
DuFour, DuFour, Eaker & Karhanek (2004) yang menjurus kepada amalan pembelajaran
sepanjang hayat seseorang dalam kalangan ahli sesebuah komuniti sekolah. Banyak hasil
kajian telah menunjukkan bahawa sesebuah komuniti yang budayanya mencerminkan
budaya pembelajaran secara berterusan mampu mendepani abad yang ke-21. Malahan,
organisasi yang tidak mempunyai ciri-ciri organisasi pembelajaran dikatakan tidak
mempunyai keupayaan untuk meramal dan membuat adaptasi terhadap persekitaran,
lambat membangun, sukar untuk belajar secara efektif, mengambil masa lama untuk
mengimplementasikan perubahan dan tidak berupaya merangsang kemajuan berteraskan
dalam semua bidang (Senge & Hord, 1997)
Pembentukan ahli komuniti pembelajaran dalam dunia pendidikan ini telah menunjukkan
semua warga sekolah yang sentiasa belajar, ingin belajar serta memajukan diri dalam
profesion mereka. Perkara ini dipersetujui oleh Hord (1997) dan Huffman & Hipp (2003)
yang mana menyatakan bahawa seseorang individu yang berhenti menimba ilmu secara
tidak langsung akan menyebabkan kehidupan mereka juga terhenti. Malahan, Handy (1995)
telah mengatakan bahawa komuniti yang terpilih pada masa sekarang adalah komuniti yang
menjadi komuniti pembelajaran (Senge, 1990).
Walau bagaimanapun, konsep komuniti pembelajaran yang diketengahkan oleh Senge
(1990), dalam buku The Fifth Discipline: The Art and Practice of File Learning Organization
yang bertemakan dunia korporat itu lebih menekankan pencapaian matlamat ke arah
persaingan dan keuntungan. Selain daripada itu, cetusan idea Senge (1990), mengenai
pembentukan amalan komuniti pembelajaran di dalam bidang pendidikan yang lebih
menggambarkan komuniti yang melakukan sesuatu tugasan dan amanah secara rela hati
dan bekerja secara bersama-sama (Bitterman, 2000 & St. Clair, 1998). Namun begitu, hasil
daripada perdebatan ini telah membuktikan bahawa seseorang individu atau pasukan guru
di sekolah itu bersaing bukan untuk mendapat keuntungan dari segi gaji semata-mata tetapi
lebih menjurus kepada pembangunan modal insan yang sempurna iaitu kejayaan guru-guru
secara kolaboratif dalam melahirkan kemenjadian murid dan guru di sekolah masing-
masing. Identiti ini lebih bersifatkan Komuniti Pembelajaran Profesional (Hord 1997), yang
lebih tepat penggunaannya istilahnya dalam bidang dunia pendidikan.
Oleh itu, Hord (1997) telah mengambil beberapa pendekatan mengadaptasikannya dan
mengeluarkan model baru yang dapat menyalurkan mesej dan petunjuk yang lebih menonjol
kepada para pemimpin negara serta pengamal-pengamal pendidikan berkaitan kerangka
bentuk budaya pembelajaran sepanjang hayat yang berlaku di sekolah. Walau
bagaimanapun, model Komuniti Pembelajaran Profesional bagi sekolah-sekolah di Malaysia
masih lagi asing dan baharu diperkenalkan. Malah, model ini belum pernah diterokai dan
dijadikan kajian oleh pengkaji-pengkaji tempatan di Malaysia khususnya walaupun di
negara-negara barat mereka telah terdahulu mengkaji model ini dan dijadikan asas
rekabentuk sekolah sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional. Komuniti ini merujuk
kepada komuniti yang pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan pencapaian
profesionalisme guru-guru di sekolah. Banyak kajian mendapati sekolah yang mempunyai
Komuniti Pembelajaran Profesional telah menunjukkan guru-guru lebih berani dan yakin
dalam melakukan perubahan di sekolah melalui pelaksanaan program-program aktiviti
sekolah yang bertujuan meningkatan prestasi pencapaian akademik pembelajaran murid.
1.2 Tujuan Kajian
Mengkaji adakah pelaksanaan amalan Komuniti Pembelajaran Professional di sekolah
pedalaman mampu meningkatkan keyakinan guru sekolah rendah mengajar serta
keberkesanannya dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran.
1.3 Objektif Kajian
Antara objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik ialah;
1. Mengenal pasti pelaksanaan amalan pengajaran Komuniti Pembelajaran Profesional
di sekolah pedalaman.
2. Meningkatkan keyakinan guru-guru mengajar terutamanya murid di sekolah
pedalaman.
3. Memastikan keberkesanan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang digunakan
oleh guru.
1.4 Persoalan Kajian
1. Sejauh manakah pelaksanaan amalan pengajaran Komuniti Pembelajaran
Profesional di sekolah?
2. Sejauh manakah hubungan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional mampu
meningkatkan keyakinan guru mengajar?
3. Apakah kaedah pembelajaran dan pengajaran guru akan lebih berkesan selepas
melaksanakan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah?
1.5 Takrifan Operasional
Dalam kajian ini, beberapa takrifan operasional dihuraikan agar tidak menimbulkan salah
faham mengenai maksud istilah yang digunakan.
1. Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional
merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif
serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi
yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).
Sehubungan dengan itu, KPM mewajibkan setiap sekolah melaksanakan Komuniti
Pembelajaran Profesional sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi meningkatkan
keyakinan guru mengajar dengan lebih efektif.
2. Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya
sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara
positif atau negatif. (Jamaludin Ramli, 2010). Justeru itu, keyakinan guru dalam
pembelajaran dan pengajaran amat penting agar murid-murid mendapat pendidikan
yang sewajarnya.
3. Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki
pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta
mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T.
1994) dalam Fatimah Affendi. Md Mohtar Manan & Erni Hezliza Inche Amat (2013).
Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman guru amat penting dalam menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian yang berkesan.
2.1 Latar belakang Kajian
Dewasa ini, sekolah memerlukan idea-idea yang baik dan bernas bagi menyokong pihak
sekolah untuk menghasilkan modal insan (murid-murid) yang berketrampilan dalam
kepimpinan, pelajaran dan mempunyai sasiah yang tinggi seperti yang dituntut oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pengenalan Profesional Learning Communities (PLC) atau
Komuniti Pembelajaran Profesional oleh Kementerian Pendidikan diharap dapat menyokong
langkah pihak kementerian bagi merealisasikan Falsah Pendidikan Kebangsaan serta
meningkatkan keberkesanan dan keyakinan guru mengajar di sekolah khasnya sekolah di
kawasan pedalaman. Komuniti Pembelajaran Profesional diperkenalkan oleh kerajaan
melalui program Tranformasi Kerajaan atau GTP untuk meningkatkan kualiti guru
berdasarkan perkembangan pendidikan di negara-negara yang lebih maju. Peningkatan
kualiti guru dari segi ilmu pedagogi dan profesionalisme diharap akan membawa kesan
domino kepada peningkatan hasil pembelajaran dan prestasi murid-murid khasnya kawasan
pedalaman supaya seiring dengan murid-murid sebaya mereka di kawasan bandar.
Dalam kajian keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati bahawa pencapaian
murid dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh dua
elemen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Untuk meningkatkan tahap prestasi
dan Gred Purata Sekolah (GPS), sekolah akan menempuhi satu peningkatan kualiti secara
menyeluruh dan semua sekolah telah diberikan kedudukan melalui proses penyenaraian
dan secara band (band 1-7). Sejumlah sekolah dalam kategori band 4 hingga 7 yang mana
dilabel sebagai berprestasi rendah akan diberikan sokongan dan dorongan untuk
penambahbaikan dari segi aspek kepimpinan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Pemimpin sekolah dan guru akan diberikan latihan melalui Program Peningkatan
Profesionalisme Guru oleh bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti
Institut Aminudin Baki (IAB) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Antara usaha yang
dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk memastikan tahap kualiti guru di
peringkat terbaik ialah dengan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional.
Komuniti Pembelajaran Profesional ialah inisiatif sekumpulan pendidik yang bekerjasama
secara kolaboratif bagi memajukan dan meningkatkan prestasi murid-murid mereka.
Menurut buku model Peningkatan Profesional Guru Sejarah Sekolah Rendah, (2015),
sekolah di kawasan bandar atau luar bandar boleh membawa masuk pihak berkepentingan
dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian
kurikulum. Pihak berkepentingan adalah komuniti pendidik yang terdiri daripada anggota
sekolah berkenaan atau bersama dengan guru-guru dari sekolah lain, pensyarah dan
golongan yang terlibat dengan pendidikan secara langsung atau tidak langsung bersama-
sama memantapkan penyampaian pengajaran guru bagi meningkatkan profesionalisme
guru. Mereka ini bersama-sama terlibat bagi memantapkan penyampaian pendidikan bagi
mempertingkatkan pencapaian murid di kawasan sekolah komuniti itu.
Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional sebagai salah satu usaha dalam
meningkatkan kualiti pengajaran guru adalah berdasarkan gaya masa kini dan kepesatan
perkembangan bidang pendidikan di negara-negara berstatus maju yang mana pengukuhan
Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha yang
dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru. Negara-negara maju mengamalkan
konsep secara kolaboratif iaitu dengan menjemput pihak di luar komuniti sekolah yang
berkepentingan untuk bersama-sama ke dalam bilik darjah untuk membantu guru-guru
dalam pengendalian pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti kolaboratif bersama pihak
sekolah untuk memantapkan lagi penyampaian pendidik bagi meningkatkan tahap
pencapaian pelajar secara keseluruhannya.
Komuniti Pembelajaran Profesional memberi peluang kepada guru-guru untuk bersama-
sama duduk berbincang bagi menambahbaik pengajaran guru-guru yang memerlukan
bimbingan daripada rakan sebaya mereka. Contohnya penggunaan Lesson Study dapat
membantu guru-guru mencari kekuatan dan kelemahan rancangan pelajaran dan
penyampaian guru-guru berkenaan. Ini kerana Komuniti Pembelajaran Profesional berfungsi
berteraskan tiga prinsip utama iaitu pertama memastikan pembelajaran murid. Kedua,
budaya kolaboratif dan terakhir sekali fokus kepada pencapaian.
2.2 KerangkaTeori
Kaedah pendekatan konstruktivisme digunakan dapat memberi idea-idea baru dan bernas
tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran murid. Konstruktivisme merupakan proses
pembelajaran yang menekankan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda seorang
manusia. Tidak semua pengetahuan murid diperolehi melalui pengalaman mata kasarnya
ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental murid. Penekanan ditumpukan kepada
keperluan murid untuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep yang diajar.
Peranan guru-guru yang utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran,
penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada murid semata-mata, tetapi
merupakan penciptaan scenario atau keadaan tertentu untuk membolehkan murid membina
konsep mental yang diperlukan. Ringkasnya, ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara
murid membina sendiri pengetahuan melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh murid yang mana pembelajaran merupakan
hasil daripada usaha murid itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri.
Guru Cuma berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing murid sahaja jika berkalu
kekeliruan dan masalah.
Rajah 2.2.1 Kerangka Teori Konstruktivisme
Sumber: Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin (2013)
Berdasarkan kerangka teori ini, kerangka konsep dalam kajian ini diubah suai dan
diadaptasi daripada model Teori Konstruktivisme bagi memperjelaskan satu proses dalam
meninjau tahap keyakinan guru mengajar dan menghasilkan pembelajaran dan pengajaran
yang lebih berkesan terutamanya bagi guru-guru yang mengajar di sekolah pedalaman.
2.3 Kerangka Konsep
Teori konstruktivisme
Program Pembangunan Professional Guru-Berpusatkan Pelajar-Guru Menerajui-Kolaboratif-Kandungan Pengetahuan-Reflektif
Keberkesanan
Pembelajaran Pelajar
Keberkesanan Pengajaran
Guru
Persepsi Guru
Rajah 2.3.1 Kerangka Konsep Kajian: Keyakinan guru mengajar dan melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan.
Rajah 2.3.1 di atas merujuk kepada kerangka konsep dalam kajian ini yang memfokuskan
keyakinan guru-guru mengajar di sekolah rendah di bahagian pedalaman Kapit dan
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan. Kerangka konsep
dalam kajian ini menyatakan bahawa keyakinan guru mengajar dan melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan berkait rapat dengan tahap pengalaman
mengajar seseorang guru tersebut. Dalam kerangka konsep kajian ini menerangkan lima
faktor yang diambil kira bagi mengenal pasti tahap keyakinan guru mengajar dan
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan menerusi pelaksanaan
program Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah.
Faktor yang pertama ialah perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran seperti biasa bagi
rutin seorang guru. Guru hanya perlu masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa dengan
mengikut apa yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian guru tersebut.
Seterusnya dua atau tiga orang guru dalam bidang yang sama seperti guru yang mengajar
masuk untuk melihat pembelajaran dan pengajaran guru yang mengajar dan mencatat
segala kelebihan dan kekurangan yang dilihat sepanjang waktu pembelajaran dan
Pelaksanaan Pembelajara
n dan Pengajaran
Penambahbaikkan dalam
Pembelajaran dan Pengajaran
Berorientasikan Dapatan (Refleksi)
Perbincangan Kaedah
Mengajar
Kolaborasi Guru-GuruKEYAKINAN GURU
DAN KEBERKESANAN PDP
pengajaran. Faktor yang kedua ialah selepas guru selesai mengajar, guru tersebut akan
berkolaborasi dengan guru yang melihat pembelajaran dan pengajaran sebentar tadi. Guru
yang memerhati tadi boleh mula menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan yang
terdapat dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Faktor yang ketiga
pula ialah perbincangan dijalankan bukan untuk menilai guru yang mengajar tetapi lebih
kepada bersama-sama mencari jalan dan idea tentang bagaimana untuk memantapkan lagi
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas supaya murid dapat mencapai objektif
serta perbincangan dalam penambahbaikan rancangan pengajaran harian yang telah
dihasilkan.
Faktor yang keempat ialah selepas mendapat idea dan sebulat suara bersetuju dengan idea
baru tersebut, maka penambahbaikan boleh dibuat dalam memperbaiki rancangan
pengajaran harian pada kitaran seterusnya (kitaran 2) serta kaedah mengajar yang lebih
sesuai. Faktor yang kelima dan terakhir pula ialah kesemua guru boleh membuat refleksi
kendiri sama ada yang mengajar mahu pun yang menilai tentang sejauh manakah tahap
keyakinan guru mengajar boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran
di dalam bilik darjah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman.
Melalui kelima-lima faktor ini sebagai rujukan asas dalam meningkatkan keyakinan guru dan
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan, ia sedikit sebanyak akan
mempengaruhi tahap pencapaian akademik murid-murid di sekolah pedalaman dan
peningkatan dari segi kualiti pengajaran guru itu sendiri.
2.4 Sorotan Kajian Lepas Berkaitan Objektif 1
Pengkaji Objektif kajian Responden dan kaedah
Dapatan Kajian Rekomendasi drp Pengkaji
Evelyn Wong
Po Lin (2014)
Untuk
mengenalpasti
amalan LINUS
sekolah
kebangsaan di
Zon Parit
Bunga, Daerah
Muar.
R:Semua guru
yang mengajar
tahap 1 iaitu
tahun 1, 2 dan
3
K: Soal selidik
(survey)
Amalan LINUS
sentiasa
dipraktikan
dalam
pelaksanaan
PdP di bilik
darjah
Perlu sentiasa
berjumpa dan
berbincang
untuk mendapat
idea-idea yang
bernas
Mahaliza Mengenal pasti R: 41 buah Guru Guru mesti
Mansor (2013) sejauh
manakah
hubungan di
antara model
pembelajaran
profesional
dengan amalan
guru.
sekolah
menengah
harian mengikut
zon di Malaysia.
Pemilihan
sepuluh orang
guru bagi setiap
sekolah.
K: Soal selidik
(survey)
berpandangan
kajian tindakan
lebih banyak
digunakan
dalam
pembelajaran
profesional
berasaskan
sekolah
berbanding
pembelajaran
arahan kendiri,
latihan,
pembinaan
portfolio dan
kumpulan
pembelajaran.
sentiasa
mengasah ilmu
pengetahuan
serta kemahiran
masing-masing
dalam bidang
yang
diceburinya
bagi
menyampaikan
pengajaran
dengan lebih
efektif.
Muhammad
Faizal A. Ghani
(2013)
Menerokai
pengalaman
seorang
pengetua
cemerlang
mengenai
amalan
Komuniti
Pembelajaran
Profesional di
sebuah sekolah
negara maju.
R: Pemilihan
peserta kajian
secara rawak
dan berbentuk
persampelan
bertujuan
(purposive
sampling)
dalam kalangan
seorang
pengetua
cemerlang di
Amerika
Syarikat
K: Protokol
temubual tidak
berstruktur
Aspek utama
dalam
melaksanakan
amalan
Komuniti
Pembelajaran
Profesional
adalah peranan
pengetua yang
seharusnya
bertindak
sebagai
pemimpin.
Penglibatan
semua pihak
sama ada guru-
guru, ibu bapa
dan juga
masyarakat
setempat dalam
memberi
sumbangan
berbentuk
cadangan atau
idea yang boleh
diguna pakai
dalam
pembelajaran
dan pengajaran
di bilik darjah.
Kajian yang telah dijalankan oleh Evelyn Wong Po Lin (2014) adalah tentang mengenal pasti
pelaksanaan amalan LINUS di sekolah dari segi keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah. Kajian lepas ini relevan untuk disoroti kerana mempunyai
persamaan dengan kajian yang akan dijalankan. Responden yang digunakan adalah semua
guru tahap 1 yang mengajar mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains. Kaedah yang digunakan bagi mengumpul data ialah kaedah soal
selidik. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan amalan LINUS di sekolah sentiasa
dipratikkan bagi meningkatkan pencapaian murid LINUS secara berterusan. Pengkaji dalam
kajian ini telah mencadangkan agar guru-guru LINUS sentiasa perlu berbincang dari semasa
ke semasa untuk mencari jalan dan idea bagi memantapkan lagi cara pembelajaran dan
pengajaran murid LINUS supaya dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik murid
LINUS.
Mahaliza Mansor (2013) telah menjalankan kajian bagi Mengenal pasti sejauh manakah
hubungan di antara Model Pembelajaran Profesional dengan amalan guru. Kaedah kajian
yang dijalankan ialah soal selidik yang melibatkan 41 buah sekolah menengah harian
mengikut zon di Malaysia dengan pemilihan sepuluh orang guru bagi setiap sekolah.
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru banyak menggunakan Model
Pembelajaran Professional dalam meningkatkan kemahiran mengajar mereka. Pengkaji juga
turut mencadangkan guru perlulah sentiasa berusaha untuk mengasah kemahiran mereka
dalam subjek yang diajar supaya tahap pemahaman murid lebih tinggi.
Muhammad Faizal A. Ghani (2013) telah mengkaji tentang penerokaan pengalaman
pengetua cemerlang mengenai amalan Komuniti Pembelajaran Profesional di sebuah
sekolah negara maju. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik
tidak berstruktur untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Dapatan kajian ini
menyatakan bahawa peranan seorang pengetua adalah pemimpin kepada guru-guru dalam
menggerakan amalan-amalan Komuniti Pembelajaran Professional di sekolah. Pengkaji
telah mencadangkan bahawa perlunya penglibatan semua pihak sama ada pihak sekolah
atau pun ibu bapa murid dan komuniti masyarakat setempat agar dapat membantu dalam
meningkatkan pencapaian murid.
2.5 Sorotan Kajian Lepas Berkaitan Objektif 2
Pengkaji Objektif kajian Responden dan kaedah
Dapatan Kajian Rekomendasi drp Pengkaji
Farahiyah Murni
Harun (2013)
Mengenal pasti
tahap
keyakinan
pelajar terhadap
ICT.
R: 210 pelajar
diploma
pendidikan
lepasan ijazah
K: Soal selidik
(survey)
Pelajar
mempunyai
tahap
keyakinan diri
yang tinggi
untuk
menyambung
pelajaran
Setiap daripada
pelajar perlu
mengamalkan
sikap positif
yang berterusan
untuk
mendepani
cabaran dalam
bidang yang
diambil.
Salha Mohamed
Hussain (2014)
Pengajaran
Koperatif dapat
menimbulkan
minat dan
motivasi
(keyakinan)
pelajar-pelajar
R: 14 orang
para pelajar
Menengah 4
Normal
Akademik di
sebuah sekolah
menengah.
K: Soal selidik
(survey)
Responden
bersetuju
bahawa
pengajaran
Pembelajaran
Koperatif
membantu
mereka lebih
fokus dan yakin
dalam pelajaran
Pelajar akan
mempunyai
motivasi dan
keyakinan untuk
belajar dan ini
secara
sendirinya akan
mendorongnya
agar lebih fokus
terhadap apa
yang diajarkan
oleh guru
Yahya Bin
Buntat dan
Muhamad
Shahabudin Bin
Hassan (2010)
Mengetahui
tahap
keyakinan
pelajar dalam
komunikasi
semasa
melakukan
aktiviti
pembentangan,
R: Pelajar-
pelajar
Universiti
Teknologi
Malaysia
K: Soal Selidik
Ramai pelajar
masih lagi
gugup ketika
bercakap di
dengan
penonton yang
ramai.
Kemahiran
komunikasi
Kemahiran
komunikasi
dalam aktiviti
pembelajaran
mampu untuk
meningkatkan
keyakinan diri
pelajar.
berkumpulan
dan
pengurusan.
mampu
membantu
pelajar
berkomunikasi
dengan lebih
baik
Farahiyah Murni Harun (2013) telah menjalankan kajian tentang tahap keyakinan pelajar
tentang ICT. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik yang
melibatkan seramai 210 pelajar diploma lepasan ijazah di sebuah universiti. Hasil dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk
menyambung pelajaran diperingkat ijazah dalam bidang ICT. Keyakinan pelajar boleh
dipupuk dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan dan seminar-seminar yang dianjurkan oleh
pihak universiti. Keyakinan diri juga penting untuk bercakap dihadapan orang ramai.
Pengkaji telah mencadangkan pelajar perlu sentiasa mengamalkan sikap positif dalam
setiap aspek pelajaran untuk meningkatkan lagi keupayaan diri.
Salha Mohamed Hussain (2014) dalam kajiannya telah mengkaji pengajaran koperatif dapat
menimbulkan minat dan motivasi (keyakinan) pelajar-pelajar. Kaedah yang digunakan
pengkaji ialah soal selidik untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Responden pengkaji
adalah 14 orang para pelajar Menengah 4 Normal Akademik di sebuah sekolah menengah
di Malaysia. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar bersetuju pembelajaran
koperatif mampu meningkatan keyakinan belajar dan mendorong pelajar untuk lebih
berusaha serta fokus dalam pelajaran mereka.
Yahya Buntat dan Muhamad Shahabudin Hassan (2010) telah mengkaji tahap keyakinan
pelajar dalam komunikasi semasa melakukan aktiviti pembentangan, berkumpulan dan
pengurusan. Komunikasi penting kerana ianya menunjukkan kesediaan pelajar untuk
berhadapan dengan orang ramai. Kaedah yang digunakan ialah soal selidik yang melibatkan
pelajar-pelajar Universiti Tekologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan masih ramai
pelajar tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dan gugup untuk bercakap
dihadapan khalayak ramai. Cadangan pengkaji dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi
perlu lebih dititikberatkan dalam aktiviti pembelajaran supaya dapat meningkatkan keyakinan
berkomunikasi pelajar dengan lebih baik,
2.6 Sorotan Kajian Lepas Berkaitan Objektif 3
Pengkaji Objektif kajian Responden dan kaedah
Dapatan Kajian Rekomendasi drp Pengkaji
Azizi Yahaya &
Rosnani Mohd
Nor (2010)
Melihat
persepsi pelajar
tentang
seorang guru
teknikal yang
berkesan.
R: Pelajar-
pelajar sekolah
menengah
teknik yang
terdiri daripada
6 buah sekolah
K: Soal selidik
(survey)
Responden
mempunyai
persepsi
bahawa guru
mereka
mempunyai
pengetahuan,
kemahiran dan
sikap yang
cemerlang
terhadap
pengajaran dan
pembelajaran
matapelajaran
teknikal.
Seseorang guru
boleh
memainkan
peranan yang
berkesan dalam
bilik darjah
sekiranya dapat
menguasai
empat perkara
iaitu
pengetahuan
pendidikan,
pengetahuan
kandungan
matapelajaran
yang diajar dan
kepelbagaian
kemahiran
dalam
menyampaikan
isi pelajaran
serta memiliki
sikap dan
sahsiah sebagai
seorang
pendidik yang
baik.
Zainal Abidin
Zainuddin &
Afrinaleni
Suardi (2010)
Menguji keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam PdP dan melihat sikap
R: seramai 20
orang pelajar
daripada setiap
kelas dipilih
secara rawak
Pelajar didapati
tidak
memberikan
tumpuan
semasa
Penggunaan
lebih kerap
kaedah
konstruktivisme
dalam
dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran konstruktivisme
berdasarkan
pencapaian
mereka dalam
peperiksaan
UPSR 2008
bagi subjek
matematik
K: soal selidik
(survey)
pembelajaran
dan pengajaran
dijalankan dan
tidak memberi
respon
terhadap soalan
yang
dikemukan oleh
guru.
pembelajaran
dan pengajaran
mampu
meningkatkan
pemahaman
pelajar dan
mendorong
pelajar untuk
lebih berfikir
dalam
menyelesaikan
masalah.
Ishak Baba
(2009)
Mengenal pasti kaedah pembelajaran dan pengajaran dan kaitannya dengan pencapaian akademik pelajar
R: Pelajar dan
Pensyarah
UTHM
K: Soal Selidik
(survey)
Hasil dapatan
kajian telah
menunjukkan
terdapat tiga
perkara asas
yang berkait
secara terus
dan dikatakan
sebagai punca
utama
peningkatan
prestasi pelajar
tersebut iaitu
diri pelajar,
pengajar serta
bahan dan
kaedah yang
digunakan oleh
pengajar.
Pelajar perlu
sentiasa
memperbaiki
kelemahan diri
dan sentiasa
bertanya
kepada
pensyarah.
Pensyarah juga
mestilah
sentiasa
menggunakan
kaedah
mengajar yang
berbeza-beza
bagi
mengelakkan
pelajar merasa
bosan.
Azizi Yahaya & Rosnani Mohd Nor (2010) dalam kajiannya telah menjalankan satu kajian
mengenai persepsi pelajar tentang seorang guru teknikal yang berkesan. Sorotan ini adalah
untuk melihat keberkesanan pengajaran seorang guru terhadap pelajarnya. Responden
kajian ialah para pelajar sekolah menengah teknik yang terdiri daripada enam buah sekolah.
Data dikumpul menggunakan kaedah soal selidik (survey). Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru sekolah teknikal mempunyai tahap kemahiran mengajar
yang tinggi dan sikap yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
Pengkaji telah mencadangkan guru perlu memainkan peranan yang berkesan dalam bilik
darjah sekiranya dapat menguasai empat perkara iaitu pengetahuan pendidikan,
pengetahuan kandungan matapelajaran yang diajar dan kepelbagaian kemahiran dalam
menyampaikan isi pelajaran serta memiliki sikap dan sahsiah sebagai seorang pendidik
yang baik.
Zainal Abidin Zainuddin & Afrinaleni Suardi (2010) telah menjalankan kajian tentang menguji
keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam pembelajaran dan pengajaran dan melihat
sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran
konstruktivisme. Kaedah yang digunakan dalam kajian beliau ialah soal selidik yang mana
melibatkan responden pelajar yang dipilih secara rawak berdasarkan pencapaian mereka
dalam peperiksaan UPSR matematik yang lepas. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan
bahawa pelajar tidak memberikan tumpuan semasa pembelajaran dan pengajaran
dijalankan dan tidak memberi respon terhadap soalan yang dikemukan oleh guru dan ini
menyebabkan mereka tidak faham dengan apa yang diajar oleh guru. Pengkaji telah
mencadangkan penggunaan kaedah konstruktivisme yang lebih kerap dalam pembelajaran
dan pengajaran kerana kaedah ini akan dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan
mendorong pelajar untuk lebih berfikir dalam menyelesaikan masalah.
Kajian Ishak Baba (2009) memfokuskan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan
kaitannya dengan pencapaian akademik pelajar. Responden dalam kajian ini melibatkan
para pelajar dan pensyarah UTHM sebagai alat untuk mengumpulkan data. Hasil dapatan
kajian menunjukkan terdapat tiga perkara asas yang berkait secara terus dan dikatakan
sebagai punca utama peningkatan prestasi pelajar tersebut iaitu diri pelajar, pengajar serta
bahan dan kaedah yang digunakan oleh pengajar. Pengkaji telah mencadangkan pelajar
perlu bergerak aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan sentiasa bertanya kepada
pensyarah. Pensyarah juga mestilah mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajar
tidak cepat merasa bosan.
2.7 Senarai Rujukan
Azizi Yahaya & Rosnani Mohd Nor. 2010. Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Kalangan Guru Matapelajaran Teknikal. Tidak Dinyatakan. [Tidak Diterbitkan].
http://eprints.utm.my/10557/1/3.pdf [18 Ogos 2015].
DuFour, R., DuFour, R., Eaker, R., & Karhanek, G. 2004. Whatever it takes: How a
professional learning community responds when kids don’t learn. Bloomington, IN:
National Education Service.
DuFour R. Eaker R & Many. 2006. Learning By Doing: A Handbook for Professional
Learning Communities At Work. New York: Teachers College Press.
Evelyn Wong Po Lin. 2014. Amalan Linus Sekolah Kebangsaan Di Zon Parit Bunga, Daerah
Muar. Tidak dinyatakan. [Tidak diterbitkan].
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/EVELYNWONGMP111509D
2014TTP.pdf [10 Ogos 2015].
Farahiyah Murni Harun. 2013. Keyakinan Diri Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Terhadap ICT. Tidak Dinyatakan. [Tidak
Diterbitkan].
http://eprints.uthm.edu.my/4172/1/FARAHIYAH_MURNI_HARUN.pdf [18 Julai 2015].
Fatimah Affendi. Md Mohtar Manan & Erni Hezliza Inche Amat. 2013. Pedagogi Dalam Pendidikan. http://pedagogipendidikan.blogspot.my/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html [20 Ogos 2015].
Hord, S.1997. Professional Learning Communities: Communities of Continuous
Inquiry and Improvement. Austin, Texas, Southwest Educational Development
Laboratory.
Ishak Baba. 2009. Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap
Prestasi Akademik Pelajar Uthm.
http://eprints.uthm.edu.my/5572/1/0486.pdf [10 Julai 2015].
Jamaludin Ramli. 2010. Pengertian Konsep Kendiri. Tidak dinyatakan. [Tidak Diterbitkan]
eprints.utm.my/10353/1/bab6.pdf [24 Ogos 2015].
Mahaliza Mansor. 2013. Hubungan Antara Model-Model Pembelajaran Profesional
Terhadap Amalan Guru Sekolah Menengah Harian Di Malaysia. Tidak dinyatakan
[Tidak diterbitkan].
http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.Vol6.Siri5/PB08.pdf [22 Julai 2015].
Muhammad Faizal A. Ghani. 2013. Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional: Perspektif
Pemimpin Sekolah Cemerlang Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik. Bil. 1 Isu 3.
http://repository.um.edu.my/1403/1/Artikel_2_Bil_1_Isu3.pdf [22 Julai 2015].
Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin. 2013. Persepsi Guru Sains Yang
Mengamalkan Lesson Study Sebagai Program Pembangunan Profesional Guru
Terhadap Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran. Tidak dinyatakan. [Tidak
Diterbitkan].
http://worldconferences.net/proceedings/gse2013/papers_gse2013/140%20Muzirah
%20binti%20Ab%20Mokhti.pdf [10 Ogos 2015].
Nurul Atiqah Hani Zainol & Nabihah Md Rodzi. 2010. MURID DAN ALAM BELAJAR: TEORI
KONSTRUKTIVISME.
http://group3pismp2g.blogspot.my/2010/09/definisi konstruktivisme-pendekatan.html
[26 Ogos 2015].
Salha Mohamed Hussain. 2014. Keberkesanan Pembelajaran Kooperatif Untuk
Meningkatkan Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Tidak
dinyatakan. [Tidak Diterbitkan].
http://worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G
%20160%20-%20KEBERKESANAN%20PEMBELAJARAN%20KOOPERATIF%20-
%20SALHA%20MOHAMED%20HUSSAIN.pdf [23 Ogos 2015].
Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan. 2010. Kemahiran Komunikasi Dalam
Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Tidak dinyatakan. [Tidak Diterbitkan]
http://eprints.utm.my/10998/1/Kemahiran_Komunikasi_Dalam_Meningkatkan_Keyaki
nan_Diri_Pelajar.pdf [15 Julai 2015].
Zainal Abidin Zainuddin & Afrinaleni Suardi. 2010. Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
http://eprints.utm.my/10448/1/
Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_M
atematik.pdf [15 Julai 2015].
3.1 Objektif Kajian
Mengenal pasti pelaksanaan amalan pengajaran Komuniti Pembelajaran
Profesional di sekolah pedalaman.
Meningkatkan keyakinan guru-guru mengajar terutamanya murid di sekolah
pedalaman.
Memastikan keberkesanan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
digunakan oleh guru.
3.2 Rekabentuk Yang Dipilih
Rekabentuk yang dipilih untuk kajian ini ialah rekabentuk tinjauan. Kajian tinjauan digunakan
untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan
responden (Marican, 2006). Dalam kaedah tinjauan, penyelidik menggunakan borang soal
selidik bagi mendapatkan data yang diperlukan. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik
mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan
yang jelas, surat dan dokumen bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan
sebelum instrument digunakan (Chua, 2006). Tinjauan dalam aspek-aspek kajian ini adalah
untuk mendapatkan maklum balas terhadap keyakinan guru mengajar setelah program
Komuniti Pembelajaran Professional dijalankan dan melaksanakan P&P dengan lebih
berkesan.
3.3 Pembolehubah Kajian
Tidak berkaitan kerana rekabentuk kajian yang di pilih ialah kuantitatif.
3.4 Instrumentasi
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen yang dibina berdasarkan adaptasi
instrumen yang sedia ada dalam soal selidik kajian-kajian lepas. Item-item soal selidik boleh
menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantic, skala Thurstone
dan skala Gutman (Gay & Airasian, 2000). Penyelidik menggunakan ukuran skala likert
dalam kajian untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Untuk mengkaji populasi yang
besar dan setiap satunya berjauhan antara satu sama lain, kaedah tinjauan merupakan
kaedah yang paling berkesan dan boleh dipercayai dengan menggunakan soal selidik.
Terdapat lima bahagian dalam soal selidik ini iaitu bahagian A, B,C,D dan bahagian E.
I. Bahagian A : Soal Selidik Demografi Responden
II. Bahagian B : Pengetahuan Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
III. Bahagian C : Keyakinan Mengajar Guru
IV. Bahagian D : Pelaksanaan P&P Yang Berkesan
V. Bahagian E : Pencapaian Murid-Murid
3.4.1 Bahagian A: Soal Selidik Demografi Responden
Bahagian ini dibina untuk mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri demografi responden
yang akan dikaji iaitu guru-guru mata pelajaran teras yang terlibat secara langsung dengan
program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Bahagian ini dibina bagi melihat sama
ada faktor-faktor demografi responden akan mempengaruhi tahap keyakinan mengajar guru.
3.4.2 Bahagian B: Pengetahuan Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Bahagian item ini dibina untuk menilai tahap pengetahuan guru-guru di sekolah pedalaman
tentang Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Memandangkan program ini
masih baru diperkenalkan, kemungkinan masih terdapat segelintir guru-guru yang belum
mengetahui tentang kewujudan program ini. Kesimpulanya pembinaan item ini adalah untuk
melihat sejauh mana pengetahuan guru-guru pedalaman tentang program Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) ini dengan lebih mendalam.
3.4.3 Bahagian C: Keyakinan Guru Mengajar
Bahagian item ini dibina untuk memperolehi maklumat tentang keyakinan guru mengajar
selepas mereka menjalankan program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di sekolah
masing-masing. Keyakinan diri mengacu pada persepsi tentang kemampuan individu untuk
mengorganisasi dan mengimplementasi tindakan untuk menampilkan kecakapan tertentu
(Bandura, 1986,). Tahap keyakinan diri guru penting dalam mereka menjalankan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran kerana akan mempengaruhi tahap penerimaan murid-murid.
Item ini dibina berdasarkan aspek-aspek yang ingin dikaji oleh penyelidik.
3.4.4 Bahagian D: Pelaksanaan P&P Yang Berkesan
Bahagian ini mengandungi 10 item berkaitan dengan pelaksanaan P&P yang berkesan
selepas guru menjalani program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Keberkesanan
sesuatu program boleh ditentukan apabila terdapat perubahan tingkah laku pada dari
individu yang terlibat setelah menjalani program tersebut. Penyelidik ingin melihat sejauh
mana perubahan pada perancangan mengajar guru sama ada berkesan atau pun
sebaliknya.
3.4.5 Bahagian E: Pencapaian Murid-Murid
Bahagian ini mengandungi 10 item berkaitan dengan pencapaian murid-murid di dalam bilik
darjah selepas mereka diajar oleh guru yang telah melalui program Komuniti Pembelajaran
Profesional. Pencapaian murid akan dinilai dari semasa ke semasa oleh guru mata
pelajaran untuk melihat sama ada berlaku perubahan atau pun tidak dalam diri murid-murid.
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumentasi
Instrument soal selidik dibina daripada item-item soalan dari beberapa tinjauan kajian yang
lepas sebagai rujukan untuk membina instrument ini. Selain itu, penyelidik terlebih dahulu
telah membuat penyaringan soalan dan berkolaborasi dengan penyelia bagi kesahan
kandungan item soal selidik yang dibina. Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumentasi
yang dibina ini tinggi, penyelik telah melakukan pengujian item soalan melalui kajian rintis
yang dijalankan.
Bagi kebolehpercayaan instrument soal selidik, penyelidik mewakilkan Penolong Kanan 1
sebagai penyelia pentadbiran soal selidik. Item soalan dalam soal selidik akan dianalisis
menggunakan SPSS 10.0. Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah
sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005,
2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut
dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang
sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990).
3.6 Lampiran Soal selidik
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
Terdapat lima (5) bahagian dalam soal selidik ini:
Bahagian A Latar Belakang Responden
Bahagian B Pengetahuan Program PLC
Bahagian C Keyakinan Mengajar Guru
Bahagian D Pelaksanaan P&P Yang Berkesan
Bahagian E Pencapaian Murid-Murid
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan telus amat dihargai. Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN
Assalamualaikum Dan Salam SejahteraSoal selidik ini dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC) di sekolah pedalaman mampu meningkatkan keyakinan guru mengajar dan melaksanakan P&P dengan berkesan. Segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik
ini adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tinjauan semata-mata.
Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai latar belakang anda. Sila tandakan (√) pada ruang yang disediakan
A. Maklumat demografi
Jantina: Lelaki Perempuan
Umur: 25-35 Tahun 34-45 Tahun 45-55 Tahun
Bangsa: Melayu Cina Iban Lain-Lain
Status: Berkahwin Bujang Lain-lain
Tahap Pendidikan: Diploma/STPM Ijazah Sarjana Phd
Opsyen: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains
Pengalaman Mengajar: <2 Tahun
2-5 Tahun 6-10 Tahun
11-15 Tahun
>15 Tahun
BAHAGIAN B: PENGETAHUAN PROGRAM PLC
Arahan: Sila tandakan (√) di ruangan yang disediakan.
Skala tahap pilihan item adalah seperti berikut:
1. Sangat Tidak Setuju2. Tidak Setuju3. Setuju 4. Sangat setuju
PENGETAHUAN PROGRAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
Bil. Aspek 1 2 3 41 Saya sedar akan kewujudan program PLC ini
2 Saya tidak tahu terdapat program PLC di sekolah
3 Saya mengetahui isi kandungan program ini dengan baik
4 Saya tidak pasti kehendak program ini pada keseluruhannya
5 Saya tahu dan faham item-item yang terdapat dalam program ini
6 Saya keliru dengan pelaksanaan program ini
7 Saya tidak tahu apa itu maksud PLC
8 Saya tidak didedahkan dengan program PLC di sekolah
9 Saya hanya tahu tentang PLC apabila saya turut serta dalam program ini
10 Saya tidak faham bagaimana program PLC ini dijalankan di sekolah
BAHAGIAN C: PENINGKATAN KEYAKINAN MENGAJAR GURU
Arahan: Sila tandakan (√) di ruangan yang disediakan.
Bil. Aspek 1 2 3 411 Saya berasa tahap keyakinan saya lebih tinggi selepas
pelaksanaan program PLC
12 Saya mampu mengajar subjek yang saya kurang mahir sebelum ini dengan baik
13 Saya lebih berani berhadapan dengan murid-murid dari pelbagai tahap kognitif yang berbeza
14 Saya lebih bersikap positif dan proaktif selepas program ini dijalankan
15 Rakan-rakan guru banyak membantu saya dalam segenap aspek pembelajaran dan pengajaran
16 Perkongsian idea-idea dan pendapat dari guru-guru telah membuka satu perspektif baru buat saya
17 Banyak cadangan yang boleh saya pertimbangkan selepas kolaborasi dengan guru-guru lain
18 Saya berasa lebih semangat dan yakin untuk mengajar murid-murid di sekolah saya
19 Saya dapat menggunakan pelbagai teknik pengajaran ke atas murid-murid saya dengan berkesan
20 Saya lebih selesa dan komitmen dengan bidang tugas saya
BAHAGIAN D: PELAKSANAAN P&P DENGAN LEBIH BERKESAN
Arahan: Sila tandakan (√) di ruangan yang disediakan.
Bil. Aspek 1 2 3 421 Berkebolehan mengajarkan mata pelajaran pengkhususan
22 Dapat merancang pengajaran harian berpandukan sukatan pelajaran
23 Boleh menyampaikan isi pelajaran mengikut kebolehan murid
24 Dapat menggunakan pelbagai bahan sumber dalam P&P
25 Boleh melaksanakan penilaian berterusan untuk meningkatkan pembelajaran murid
26 Dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam bilik darjah
27 Berupaya untuk memotivasikan murid semasa dalam P&P
28 Boleh meransang murid untuk berfikir dalam P&P
29 Dapat mewujudkan suasana P&P yang lebih menyeronokan
30 Boleh mengawal disiplin murid semasa mengajar
BAHAGIAN E: PENGNINGKATAKAN PENCAPAIAN MURID-MURID
Arahan: Sila tandakan (√) di ruangan yang disediakan.
Bil. Aspek 1 2 3 431 Pencapaian murid meningkat
32 Murid lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah
33 Murid lebih faham pengajaran guru
34 Murid dapat menjawab soalan dengan baik
35 Minat murid terhadap pembelajaran makin bertambah
36 Lebih banyak berlaku komunikasi dua hala antara murid dan guru
37 Murid dapat memberikan lebih tumpuan kepada guru
38 Murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan
39 Penilaian dapat dilakukan secara berterusan
40 Memupuk nilai murni dalam diri murid
Terima kasih kerana memberi kerjasama.