Prosedur Pemilihan Pengawas PSS
-
Upload
josephineambon -
Category
Documents
-
view
321 -
download
10
description
Transcript of Prosedur Pemilihan Pengawas PSS
Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
Kriteria pemilihan
GPM, guru perpustakaan atau guru kelas bertanggungjawab mencalonkan
pelajar kelas masing-masing sebagai pengawas PSS berdasarkan kriteria di bawah:-
Berminat
Berkepimpinan
Dedikasi
Boleh membahagikan masa antara pelajaran dan tugas
Seorang pelajar yang berdisiplin dan rajin
Kehadiran
Kehadiran setiap pengawas pusat sumber akan direkodkan.
Senarai tugas
1.
Membantu dalam pengedaran bahan buku.
2.
Menyimpan dan menyusun bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat asal.
3.
Memastikan bilik Pusat Sumber sentiasa kemas dan bersih.
4.
Membantu Guru Perpustakaan Media melakukan kerja memproses bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya.
5.
Membantu menguruskan fail tegak, buku skrap, gambar, keratan akhbar dan lain-lain.
6.
Mewujudkan perhubungan baik dengan para pengguna.
7.
Membantu menguruskan perkhidmatan rujukan.
8.
Membantu membaikpulih bahan yang rosak.
9.
Membantu melakukan tugas-tugas perkeranian (yang juga telah diambil alih oleh GPM dan guru perpustakaan).
10.
Membantu memproses buku-buku baru.
11.
Membantu mengemaskini stok bahan dan bahan cetak.
12.
Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku/alatan.
13.
Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti-aktiviti PSS.
Sistem Merit Pengawas PSS
Setiap pengawas akan diberi merit sebanyak 5 mata merit sebagai menghargai jasa mereka kepada Pusat Sumber Sekolah.