Prosedur pengajaran ejaan

download Prosedur pengajaran ejaan

of 13

description

mengajar bahasa melayu ejaan, imlak dan karangan

Transcript of Prosedur pengajaran ejaan

Slide 1

PROSEDUR PENGAJARAN DAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

(Ejaan, Imlak, Karangan)

Disediakan Oleh :

Mohammad Hafiz RozaliKEMAHIRAN EJAANMelibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsepTujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan kata muridAktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikanCARA PENGAJARAN EJAANPilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan muridPerkataan itu pernah dipelajariJumlah ejaan tidak terlalu banyakDijalankan selepas aktiviti bacaanGuru menyebut murid mengejaDisemak bersamaKEMAHIRAN EJAANURUTAN DALAM MENGEJAMembezakan bunyiBoleh membezakan bunyi yang hampir samaContoh :b dan d, m dan n, f dan h dan sebagainya.

Mengenal abjadDapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.Dapat membezakan bentuk-bentuk abjad yang hampir serupa.

KEMAHIRAN EJAANMengenal perkataan

Dapat mengenal dan megeja perkataan berdasarkan gambar dan kad perkataan.Murid dapat memadankan gambar dengan kad perkataan.Contoh : batu

ayam

epal

Menghubungkan fonem dengan simbol / abjad

Murid dapat mengecam dan membezakan bunyi huruf dengan simbol atau abjad yang betul.Contoh :Seh s, feh fBeh b, deh dMeh m, neh - nMengeja perkataan mudah dengan ejaan yang betul

Boleh membatangkan suku kata yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutupContoh : satu, batu, buah, basuh.

Boleh membatangkan perkataan yang mempunyai lebih dari dua suku kataContoh : sekolah, kerusi, seluar.

Boleh mengeja perkataan yang mempunyai huruf e taling dan e pepet mengikut situasiContoh : sepak sepak, perang - perangKEMAHIRAN IMLAKAktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan

Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata

Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata

Pastikan tempat hentian bacaan

Petikan perlu dibaca dengan jelasCARA PENGAJARAN IMLAKBerikan petikan teks dan minta murid bacaGuru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkanGuru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulisAspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda bacaDilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membacaKEMAHIRAN MENGARANGPengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANGMelibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

1. Pra mengarang(i) Berbincang untuk menentukan format(ii) Berbincang untuk menentukan isi(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain(iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita(v) Menentukan watak(vi) Menyaring bahan(vii) Menulis draf2. Semasa mengarang(iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan(ii) Menentukan format(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

3. Pasca mengarang(i) Menyemak karangan(ii) Melakukan pembetulan(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu(iv) Menghantar karanganSEKIAN TERIMA KASIH