Prosedur penggunaan-inovasi penggunaan jari dalam penukaran unit kg dan g kepada g and vice versa

5
PROSEDUR PENGGUNAAN: 1. Guru menerangkan bahawa tangan kanan akan mewakili gram manakala tangan kiri akan mewakili kilogram. 2. Guru menerangkan setiap jari yang akan digunakan akan mempunyai nilai tempat yang tersendiri. 3. Guru menerangkan bahawa alat yang akan digunakan adalah getah rambut. Getah rambut akan dimasukkan ke jari yang terlibat dan ia akan membawa nilai 1 getah rambut mewakili 1 nombor bagi jari yang diletakkan getah rambut tersebut. Setiap nilai tempat (jari) akan menggunakan warna getah rambut yang sama. Warna getah rambut Nilai tempat Merah sa (tangan gram) g K

Transcript of Prosedur penggunaan-inovasi penggunaan jari dalam penukaran unit kg dan g kepada g and vice versa

Page 1: Prosedur penggunaan-inovasi penggunaan jari dalam penukaran unit kg dan g kepada g and vice versa

PROSEDUR PENGGUNAAN:

1. Guru menerangkan bahawa tangan kanan akan mewakili gram manakala tangan kiri akan

mewakili kilogram.

2. Guru menerangkan setiap jari yang akan digunakan akan mempunyai nilai tempat yang

tersendiri.

3. Guru menerangkan bahawa alat yang akan digunakan adalah getah rambut. Getah rambut

akan dimasukkan ke jari yang terlibat dan ia akan membawa nilai 1 getah rambut mewakili 1

nombor bagi jari yang diletakkan getah rambut tersebut. Setiap nilai tempat (jari) akan

menggunakan warna getah rambut yang sama.

Warna getah rambut Nilai tempat

Merah sa (tangan gram)

Hijau Puluh (tangan gram)

Pink (merah jambu) Ratus (tangan gram)

Oren Ribu (tangan gram)

Biru Sa (tangan kilogram)

Kuning Puluh (tangan kilogram)

gKg

Page 2: Prosedur penggunaan-inovasi penggunaan jari dalam penukaran unit kg dan g kepada g and vice versa

4. Apabila murid sudah mula memahami konsep asas, maka guru boleh memberikan beberapa

unit mass dan meminta murid untuk menunjukkannya menggunakan getah rambut yang

dimasukkan pada jari yang mewakili nilai tempat tertentu bermula daripada mudah kepada

yang sukar.

5. Setelah murid mahir dalam meletakkan getah rambut pada jari yang betul, guru bolehlah

menerangkan mengenai penukaran unit yang melibatkan kg dan g. guru memberikan setiap

murid sticker yang berbentuk bulat dan memberikannya perwakilan sebagai titik perpuluhan.

PENERANGAN PENUKARAN UNIT kg dan g KEPADA g

1. Guru memberikan nilai contohnya 1 kg 341 g dan tukarkan kepada g

2. Letakkan setiap getah rambut mengikut nilai yang diberikan pada jari yang mewakili nilai

tempat bagi setiap nilai yang diberikan.

Menunjukkan nilai 2 kg 341 kg

3. Pindahkan semua getah rambut yang berada pada jari sa di tangan kilogram ke jari ribu pada tangan gram

Page 3: Prosedur penggunaan-inovasi penggunaan jari dalam penukaran unit kg dan g kepada g and vice versa

4. Sekarang guru boleh membimbing murid menyatakan nilai yang ditunjukkan dalam unit g iaitu 1341g.

NILAI kg MELEBIHI 9 kg

1. Sekiranya berlaku nilai kilogram melebihi 9 kg maka guru perlu menjelaskan bahawa ibu jari

pada tangan gram perlu digunakan dan mewakili puluh ribu.

2. Bagi menukarkan unit yang melibatkan kg melebihi 9 kg maka ianya sama seperti sebelum ini

dimana getah rambut di jari sa (tangan kg) akan berpindah ke jari ribu (tangan g) manakala

getah rambut pada puluh (tangan kg) akan berpindah ke jari puluh ribu (tangan g)

12 kg 341 = _____ g

Letakkan mengikut nilai pindahkan sa (tangan kg) ke ribu tangan g

Pindahkan puluh (tangan kg) ke puluh ribu (tangan g) nilai selepas penukaran = 12341 g

Page 4: Prosedur penggunaan-inovasi penggunaan jari dalam penukaran unit kg dan g kepada g and vice versa

PENERANGAN PENUKARAN UNIT kg dan g KEPADA kg

1. penukaran unit kepada kg adalah sangat mudah. Guru hanya perlu memperkenalkan suatu

benda baru iaitu sticker yang akan mewakili titik perpuluhan.

2. Apabila soalan meminta untuk menukarkan unit kg dan g kepada kg maka murid terlebih

dahulu perlu menyusun dan meletakkan getah rambut pada jari yang betul.

3. Murid hanya perlu meletakkan titik perpuluhan pada jari ribu (tangan g) dan bolehlah

membaca nilai yang ditunjukkan dalam g.

Contoh: 2 kg 341 g tukar kepada kg

susun getah rambut dengan betul

Ambil titik perpuluhan (sticker) letakkan pada jari ribu (tangan g)

Menunjukkan 2.341 kg