Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data,...
Transcript of Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data,...
Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah
Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.
© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.
ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim
Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
Faiz Abdul Rahim
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.
ABSTRAK: Prinsip pengurusan yang ditonjolkan oleh Baginda s.a.w adalah yang terbaik. Hal
sedemikan menyebabkan sarjana barat mengkaji dan meneliti bagaimana Rasulullah s.a.w
mengurus tadbir ketika baginda masih hidup. Matlamat kajian ini adalah menganalisis peristiwa
perjanjian Hudaibiyah dalam konteks proses pengurusan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif
dengan menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Kajian ini menggunakan metode
dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan beberapa kitab sirah dan
juga buku pengurusan. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif.
Dapatan kajian terdapat empat prinsip pengurusan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah iaitu
perancangan, kepimpinan, pengawasan, dan penilaian yang menyebabkan penyebaran agama Islam
dapat dijalankan secara aman setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah ini.
1.0 Pengenalan
Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan
sistem pengurusan Barat diagung-agungkan
sehingga Islam sebagai model pengurusan yang
unggul diketepikan oleh pentadbir awam.
Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam
ialah Barat lebih berasaskan kepada model
rasional, analitikal causative dan probalistic yang
merangkumi apa yang dinamakan sebagai
konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih
untuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif
yang menekankan etika, perseimbangan antara
kemajuan material dan rohani, berakar umbikan
tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan
menekankan kerjasama, bukannya persaingan
dalam perlakuan. Dengan kata lain menurut
perspektif Islam, ilmu pengurusan Barat adalah
ilmu yang tempang dan sekular yang tidak
menepati kehendak Islam daripada segi asas,
konsep dan falsafahnya (Ahmad Ibrahim Abu Sin
1991).
Sir George Bernard Shaw menyatakan
jika ada agama yang berpeluang menguasai
Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun
dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya
sentiasa menghormati agama Muhammad karena
potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya
agama yang bagi saya memiliki kemampuan
menyatukan dan mengubah peradaban. Saya
sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi
agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian,
dia harus dipanggil ’sang penyelamat
kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam
Muhammad memegang kekuasaan tunggal di
dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi
segala permasalahan sedemikian hingga
membawa kedamaian dan kebahagiaan yang
diperlukan dunia (Anon 2012)
Mahatma Gandhi pula berkata, pernah
saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling
mempengaruhi manusia. Saya lebih dari yakin
bahawa bukan pedanglah yang memberikan
kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia
datang dari kesederhanaan, kebersahajaan,
keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian
luar biasa kepada teman dan pengikutnya,
tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya
pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan
pedang ) menyingkirkan segala halangan (Anon
2012).
Kesimpulan dari dua pandangan tokoh
besar bukan Islam ini ialah mereka mengakui
bahawa kepimpinan di dalam pengurusan
Baginda s.a.w sangatlah sempurna. Ini
menunjukkan apa jua bentuk dan nilai-nilai
pengurusan yang diambil oleh barat adalah
berdasarkan dari Baginda s.a.w. Hal ini terbukti
daripada dua pandangan tokoh ini.
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
2
2.0 KONSEP PENGURUSAN
2.1 Definisi Pengurusan
Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang
melibatkan perancangan, penyusunan,
pengarahan dan juga kawalan. Pada peringkat
perancangan, perkara-perkara yang dititkberatkan
ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif,
pembentukan strategi dan dasar. Proses
penyusunan pula melibatkan aktiviti-aktiviti
menstruktur heirarki pengurusan dan fungsi,
penyelarasan melalui peraturan, dasar dan
tatacara yang ditetapkan dan juga pengurusan
kakitangan. Manakala proses pengarahan pula
merangkumi aspek-aspek kepimpinan dan
menjamin kecekapan dan keberkesanan
organisasi. Sementara pada peringkat
pengawalan, pihak pengurusan mengawasi
perlaksanaan ketiga-tiga proses tersebut dan
mengambil tindakan-tindakan tertentu supaya
matlamat organisasi dapat dicapai (Juhary ali
2004).
Koontz dan O’Donnell (1972)
menyatakan pengurus organisasi itu sebagai
penciptaan dan penyelenggaraan persekitaran
dalaman sebuah perusahaan iaitu individu,
bekerja bersama-sama dalam kumpulan, boleh
melakukan kerja-kerja itu dengan cekap dan
berkesan ke arah pencapaian matlamat kumpulan.
Robbins dan Coulter (2005) pula menyatakan
pengurusan itu merupakan kerja penyelarasan
aktivit-aktiviti supaya dapat dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan melalui dan dengan orang
lain. Sesetengah penulis mengatakan pengurusan
ialah proses mencapai matlamat organisasi
dengan melaksanakan empat fungsi utama, iaitu
perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan
pengawalan.(Bartol, Mactin 2003)
Selain itu Juhary Ali (2000) menyatakan
pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai proses
perancangan, penyusunan, pengarahan,
pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi. Antara lain, ia
sebagai proses pengarahan, penyelerasan, dan
pengaruh ke atas operasi organisasi untuk
mencapai matlamat yang dikehendeki dan
prestasi sepenuhnya.
Menurut Azman Che Omar, pengurusan
daripada segi pandangan Islam ialah satu proses
melakukan kerja dan menyempurnakan kerja
melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah
melalui dan bersama orang lain dalam usaha
untuk mencapai objektif kerja secara berkesan
dan menggunakan sumber-sumber organisasi
dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik
dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif
organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di
akhirat.
Berdasarkan definisi-definisi di atas,
didapati walaupun mempunyai sedikit perbezaan
daripada segi bilangan dan jenis fungsi
pengurusan, tetapi kesemua definisi itu
mengandungi perkataan proses dan matlamat. Ini
bermakna dua aspek penting dalam pengurusan,
iaitu yang pertama, pengurusan sebagai proses
menjalankan kerja sistematik serta memerlukan
hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu
aktiviti yang lain. Kedua, untuk mencapai
matlamat organisasi, iaitu apabila aktiviti
organisasi itu berjalan dengan teratur dan
berhubung atau membantu antara satu dengan lain
akan matlamat organisasi itu dapat dicapai.
Matlamat organisasi dapatdikenalpasti sama ada
dalam bentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif
(objektif).
2.2 Penyusunan Dan Perancangan Pengurusan
Penyusunan ialah mengumpul dan
menyenaraikan segala rancangan dan kegiatan
untuk mencapai sesuatu tujuan. Perancangan pula
ialah mengkaji dan memilih aspek dan perkara
yang pelbagai sebelum melakukan sesuatu
pekerjaan. Pilihan yang terbaik diperlukan untuk
mencapai matlamat dalam masa yang tertentu
mengikut keupayaan, suasana, dan keadaan
tertentu(Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus
1989).
Perancangan itu terbahagi kepada dua.
Pertama, bahagian politik yang bersifat umum
dan luas. Kedua, kerja pentadbiran dan
pengurusan di dalam lingkungan garis panduan
dan program yang diwujudkan untuk mencapai
matlamat politik (Syed Muahammad Dawilah Al-
Edrrus 1989).
Perancangan yang baik ialah keupayaan
menggunakan potensi manusia dan sumber alam
sebaik mungkin. Cara melaksanakan perancangan
itu ialah dengan mengadakan carta organisasi dan
pembahagian tanggungjawab dan tugas.
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
3
Pembahagian dan penyusunan pengurusan itu
mengandungi dua bahagian utama, iaitu membuat
dasar dan tanggungjawab yang dirancang oleh
pihak majikan atau pemerintah.
Penyusunan dan perancangan mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Ia membolehkan
pihak pengurusan membuat garis panduan dan
jadual kerja untuk meningkatkan perkembangan
ekonomi dan kebajikan sosial. Ia menentukan
tempoh pelaksanaan sesuatu projek atau program
seperti setahun, dua tahun atau sebagainya. Ia
merupakan langkah pentadbiran dan pengurusan
yang pertama (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).
Di samping itu, Penyusunan dan
perancangan pengurusan Islam mempunyai
prinsip tertentu. Antaranya ialah kajian atau
penyelidikan, perundingan dengan tenaga pakar
dan syura (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).
Prinsip tersebut perlu dipatuhi agar semua
perancangan dalam pengurusan berkaitan dengan
semua hal kehidupan umat Islam tidak dibuat
secara tergesa-gesa, dan tanpa faedah. Hal ini
diwajibkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran
melalui firman-Nya:
Maksudnya:
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali
orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada
mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang
mempunyai pengetahuan jika kamu tidak
mengetahui (Al-Nahl 16:43).
Dalam konteks kepimpinan Rasulullah
s.a.w, Baginda s.a.w sendiri telah menjadi model
bagi pengurus yang efektif, cekap, cemerlang,
dinamis dan berkualiti tinggi. Tambahan pula,
perancangannya kemas dan rapi. Baginda s.a.w
menguruskan masyarakat Islam sejak awal secara
sistematik. Falsafah pengurusan Baginda s.a.w
ialah menyeru mereka supaya memperkuatkan
iman dan mempertingkatkan ibadat kepada Allah
S.W.T serta menegakkan keadilan.
Kemantapan pentadbiran bergantung
kepada dasar dalam pengurusan organisasi itu
sendiri. Penyelerasan dan tindakan induk
menentukan fungsi dan tanggungjawab jabatan
dan unit di dalam sesuatu organisasi. Penyusunan
dan perancangan dahulu hingga kini masih lagi
mempunyai prinsip yang sama daripada segi
politik, keagamaan, sosial, ekonomi, dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun ia sentiasa berbeza
daripada segi bentuk dan cara perancangan itu
disedia dan dilaksanakan. Pelaksanaan perlu
mengenal pasti perubahan-perubuhan dan
pembentukan yang wajar dilakukan yang
ditentukan oleh tempat dan suasana. Pakar
pengurusan dari semasa ke semasa wajar bekerja
keras untuk menyelidik dan menganalisis
keperluan semasa.
2.3 Kepimpinan Dalam Pengurusan
Terdapat pelbagai definisi tentang kepimpinan.
Pertama, usaha untuk mempengaruhi individu
atau sekumpulan individu untuk melakukan
sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu.
Kedua, tingkah laku individu apabila dia sedang
mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai
matlamat yang dikongsi bersama. Ketiga, seni
menyusun hubungan antara individu dengan
beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke
arah sesuatu matlamat yang dirancangkan (Subari
Ramli 2012).
Kepimpinan merupakan ciri
kemasyarakatan yang lahir hasil kerjasama
individu dengan orang lain. Ia merupakan suatu
ikatan yang amat diperlukan oleh sesuatu
organisasi, yang tugasnya menyusun interaksi
seluruh anggota masyarakat sama ada dalam
bentuk individu mahupun kumpulan masing-
masing mempunyai tujuan yang tertentu(Ahmad
Ibrahim Abu Sin 1991). Terdapat tiga asas utama
dalam membantu sesuatu kepimpinan. Pertama,
kumpulan manusia itu mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya dua orang atau lebih. Kedua,
kumpulan yang dibentuk mempunyai tujuan dan
hasrat yang sama.
Ketiga, seorang ketua yang dilantik
mendapat sokongan dari semua pihak untuk
menjayakan tujuan kumpulannya. Ketua ini
hendaklah menunjukkan kemampuan
bekerjasama dalam memandu jemaahnya menuju
matlamat yang dicita-citakan (Naccer Jabnoun
1994). Hal ini tidak akan tercapai melainkan
dengan wujudnya jalinan erat antara pemimpin
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
4
dengan pihak yang dipimpinnya tanpa adanya
garis pemisah antara satu sama lain. Justeru itu,
sesuatu takrif kepimpinan itu belum lengkap jika
ketiga-tiga asas tersebut tidak dibincangkan.
Mengikut Pepner dan Prestes dalam buku
mereka al-Idarah al-Ammah, kepimpinan itu
merupakan seni penyusunan hubungan antara
individu dengan beberapa kumpulan yang
mengarahkan mereka ke arah sesuatu matlamat
yang dirancangkan (Ahmad Ibrahim Abu Sin
1991). Pihak sekolah angkatan tentera darat
Amerika pula mentakrifkan kepimpinan sebagai
seni meniupkan semangat dalam diri seseorang
serta mengenali individu itu melalui cara-cara
tertentu membiasakan mereka menjadi orang
yang patuh, hormat dan boleh diarah, serta boleh
mendapatkan kerjasama dalam mencapai
matlamat yang dituju dirancangkan (Ahmad
Ibrarhim Abu Sin 1991).
Definisi ini memberi maksud bahawa
antara ketua dengan orang bawahan hendaklah
ada dua hubungan dua hala serta sentiasa
memberi galakan antara satu sama lain. Ini beerti
ketua bukan sahaja memberi galakan kepada
kakitangannya malahan sanggup menerima
teguran, cadangan serta pandangan dari
kakitangannya. Sikap memberi dan menerima
seperti yang disebutkan di atas merupakan satu
unsur penting dalam institusi kepimpinan.
2.4 Pengawasan Dalam Pengurusan
Pengawasan dalam pengurusan ialah sebahagian
daripada pengurusan Islam itu sendiri. Ia
melibatkan keseluruhan sistem pengurusan iaitu
perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat
keputusan dan pelaksanaannya. Fungsinya utama
ialah untuk memastikan segala pengurusan itu
berjalan mengikut jadual, mendedahkan
kelemahan dan kesilapan bahagian-bahagian
dalam pengurusan dan bertindak segera
memperbetulkan kelemahan khususnya jika
berlakunya penyelewengan (Mustafa Daud 1994).
Daripada segi operasinya ia terbahagi
kepada dua. Pertama, elemen luaran yang
merupakan badan pengawas dari luar. Kedua,
elemen dalaman iaitu pihak atasan, kakitangan
atau pekerja sendiri yang mengawasi dari dalam
organisasi (Mustafa Daud 1994). Sasarannya
ialah individu atau kakitangan pengurusan dari
peringkat atasan hingga ke peringkat rendah.
Sekiranya seseorang melakukan kesilapan ia akan
dicadangkan untuk membuat pembetulan. Islam
telah meletakkan syarat supaya badan pengawas
ini menggunakan segala kebijaksanaan dan
mereka mestilah mempunyai kepakaran dan
kemahiran dalam psikologi, kaunseling,
komunikasi yang baik dan memahami perasaan
pekerja (Mustafa Daud 1994).
2.5 Penilaian
Prinsip pengurusan seharusnya diakhiri dengan
melakukan tinjauan evaluatif-introspektif dalam
erti merenung ke dalam diri dengan motif
otokratik (mengkritik diri) (Akademi Pengurusan
YaPEIM 2005). Dalam istilah agama amalan ini
disebut muhasabah. Ia adalah amalan terpuji yang
harus disebatikan dalam cara hidup seseorang
Muslim. Amalan ini tidak hanya relevan untuk
kehidupan peribadi, tetapi juga relevan dalam
konteks organisasi. Setelah seluruh prinsip
pengurusannya selesai dilaksanakan harus segera
dilakukan post moterm atau bedah siasat untuk
mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang
telah berlaku dengan semangat untuk
mencegahnya daripada berulang.
Proses penilaian introspektif sebagaimana
yang dirumuskan oleh Imam al-Ghazali boleh
untuk dijadikan panduan. Proses tersebut meliputi
musyaratah (menasihati diri), muraqabah
(mengawasi diri), muhasabah (menilai diri),
mu’atabah (mengkritik diri). Maksud musyartah
ialah menginsafkan diri tentang betapa
berharganya setiap detik masa yang seharusnya
dimanfaatkan sepenuhnya untuk amal dan
khidmat yang berprestasi setinggi-tingginya.
Masa pada hakikatnya adalah modal terpenting.
Apabila masa itu berlalu maka berakhirlah segala-
galanya. Justeru adanya ungkapan-ungkapan
seperti masa itu emas yang menunjukkan betapa
pentingnya masa (Akademi Pengurusan YaPEIM
2005).
Muraqabah ialah amalan mengawasi diri
atau kepekaan hati yang timbul kesedaran bahawa
Allah Maha Mengetahui segala gerak laku
hamba-hamba-Nya, lahir dan batinnya. Kesedaran
tersebut secara konsekuensial membentuk sikap
muraqabah terutama langkah-langkah dan
tindakan-tindakannya. Seorang petugas
melakukan muraqabah sejak sebelum
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
5
melaksanakan sesuatu tindakan. Ia merenung ke
dalam diri untuk mengawasi niatnya, apakah ia
melakukannya dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
atau motif lain. Jika memang kerana Allah S.W.T
ia meneruskan niatnya itu, tetapi jika tersirat
tujuan lain maka harus segera memperbetulkan
diri dengan melurskan niatnya. Muraqabah
seharusnya berterusan sepanjang proses
pelaksanaan sesuatu tugasan untuk memastikan
segalanya menepati kehendak syara’ dan
dilakukan dengan sesempurna mungkin
(Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).
Muhasabah membawa maksud menilai
diri sesudah melakukan sesuatu pekerjaan. Selain
itu konsep tawbah juga mengandungi makna
menilai pekerjaan masa lalu, mengenal pasti dan
menginsafi kesilapan-kesilapan, lalu bertekad
untuk tidak mengulanginya. Muhasabah dalam
pengertian tersebut ternyata amat relevan dengan
proses pengurusan yang memang perlu
melakukan post-mortem setiap kali selesai
melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya
mengambil langkah-langkah pembaikan demi
mencipta prestasi yang lebih baik pada masa
mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu
harus dipastikan tidak berulang (Akademi
Pengurusan YaPEIM 2005).
Mu’atabah ialah amalan mengkritik dan
menilai diri sendiri. Ia haruslah timbul daripada
kesedaran tentang kelemahan diri. Kejahilannya
terutama dalam mengawal nafsu sehingga
mungkin ia telah terlanjur melakukan
penyimpangan-penyimpangan seperti tamak,
gopoh, berbohong, mungkir janji, melakukan
ketidakadilan dan lain-lain yang tidak diredhai
Allah S.W.T. Amalan mengkritik diri yang diikuti
dengan langkah-langkah korektif dan akan
menghasilkan proses pembaikan yang berterusan
menuju matlamat kesempurnaan dalam erti
martabat ihsan (Akademi Pengurusan YaPEIM
2005).
3.0 Perjanjian Hudaibiyah
Peristiwa perjanjian Hudaibiyah ini dijadikan
sebagai subjek kajian kerana beberapa sebab. Ini
dinyatakan oleh Shafiyyurhaman al-Mubarakfury
(1988)
1. Dakwah Islam semakin tersebar
2. Orang Islam diberikan peluang untuk
menunaikan Haji di Makkah
3. Pengislaman beberapa tokoh seperti
Khalid al-Walid, Amr bin al-As dan
sebagainya.
4. Negara Islam di Madinah diiktiraf kerana
orang kafir Quraisy mengiktiraf kerajaan
Islam di Madinah.
Pada 1 Zulkaedah tahun 6 hijrah
Rasulullah dan pengikutnya seramai 1400 orang
telah berangkat ke Makkah dengan niat
mengerjakan umrah (al-Buti 2008). Antara
sebabnya ialah Rasulullah telah bermimpi
Rajah 2.1: Kerangaka konsep Proses Pengurusan Dalam Perjanjian
Hudaibiyyah
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
6
mengunjungi Baitullah, bercukur rambut,
mengambil anak kunci Baitullah dan Wukuf di
Arafah bersama-sama sahabat. Selain itu juga,
timbul rasa rindu yang mendalam terhadap
keluarga, sanak saudara dan tempat lahir mereka
di Makkah setelah enam tahun meninggalkannya.
Di samping itu, terdapat kekuatan iman dan azam
dalam kalangan umat Islam untuk menziarahi
Baitullah. Tambahan pula, Kedudukan umat Islam
sudah kuat dan mantap setelah umat Islam berjaya
mengatasi orang musyrikin Quraisy dalam
beberapa siri peperangan dan mengatasi ancaman
Yahudi di Madinah (Ab Aziz Mohd Zin. 2012).
Apabila rombongan Rasulullah s.a.w
hampir ke Makkah, orang musyrikin menghantar
wakil mereka iaitu Budail bin Warqa' al Khuzai
memberitahu bahawa musyrikin Makkah bersedia
dengan senjata untuk menghalang kemasukan
rombongan Islam. Rasulullah s.a.w mengarahkan
Budail memaklumkan semula kepada pihak
Quraisy bahawa kedatangan muslimin untuk
menziarahi Ka’bah dan bukannya untuk
berperang. Rasulullah s.a.w juga berharap dapat
diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua
belah pihak dalam satu tempoh tertentu (Abdul
Hadi Awang. 2001).
Selepas itu, Musyrikin menghantar pula
‘Urwah bin Mas’ud untuk berunding dengan
Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, rundingan
tersebut gagal. Kemudian Rasulullah s.a.w
mengutuskan ‘Uthman bin ‘Affan r.a pula untuk
berunding dengan kafir Quraisy. Beliau ditahan
selama tiga hari oleh pihak kafir Quraisy.
Rasulullah s.a.w menerima berita bahawa
‘Uthman bin ‘Affan r.a dibunuh. Rasulullah s.a.w
dan rombongannya bermesyuarat dan bersetuju
membuat sumpah setia untuk menuntut bela
kematian Uthman. Sumpah setia ini dinamakan
Bai'ah al-Ridhwan, bersempena dengan tempat
janji setia itu diadakan iaitu di bawah pokok
bernama "Ridhwan"( Abdul Hadi Awang. 2001).
Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T
di dalam al-Quran melalui firman-Nya:
Maksudnya:
Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia
kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia
kepada Allah . Tangan Allah di atas tangan
mereka, Maka sesiapa yang melanggar janjinya
nescaya akibat ia melanggar janji itu akan
menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa
menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan
memberinya pahala yang besar (al-Quran al-Fath
49:10).
Setelah musyrikin Makkah mengetahui
keputusan rombongan orang Islam untuk
membela kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a,
mereka membuat keputusan membebaskannya
semula. Pihak musyrikin Makkah menghantar
Suhail bin Amr untuk berunding dengan
Rasulullah s.a.w dan bersetuju untuk mengadakan
perjanjian dengan pihak orang Islam di
Hudaibiyyah. Perjanjian ini dikenali dengan nama
Perjanjian Hudaibiyyah, bersempena tempat
termeterinya perjanjian tersebut. Penulis kepada
perjanjian ini adalah ‘Ali bin Abi Talib r.a.
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988)
Isi perjanjian tersebut ialah:
1. Orang Islam tidak boleh mengerjakan
umrah pada tahun tersebut iaitu pada 6
hijrah dan boleh mengerjakan pada tahun
berikutnya. Mereka boleh membawa
pedang yang tersarung dan berada di
Makkah tidak melebihi tiga hari.
2. Gencatan senjata dilaksanakan selama 10
tahun. Dalam tempoh itu kedua pihak
tidak boleh mengkhianati dan memungkir
janji.
3. Orang kafir Quraisy yang masuk ke
Madinah, (walaupun telah memeluk
agama Islam), hendaklah dipulangkan
semula ke Makkah.
4. Orang Islam Madinah yang masuk ke
Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke
Madinah.
5. Pihak Musyrikin Makkah dan Islam
Madinah boleh atau bebas membuat
perjanjian dengan mana-mana pihak
yang mereka suka.
6. Kedua-dua pihak tidak boleh membantu
mana-mana kaum yang bersengketa atau
berperang.
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
7
Pada mulanya para sahabat terutama
Umar al -Khattab r.a yang mempertikaikan
syarat-syarat perjanjian itu kerana dilihat
merugikan orang-orang Islam. Para sahabat turut
mempamerkan sikap negatif, seolah-olah
membantah keputusan yang dibuat oleh
Rasullulah s.a.w dalam perjanjian tersebut,
dengan tidak mengikuti arahan Baginda s.a.w
melakukan tahallul. Walaubagaimanapun, setelah
melihat Baginda s.a.w sendiri yang melakukan
tahallul, barulah mereka bertahallul.
Dalam perjalanan pulang ke Madinah,
iaitu setelah berada antara Makkah dan Madinah
turunlah surah al-Fath. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya
Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu
kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberi
ampunan kepada kamu terhadap dosa kamu yang
telah lalu dan yang akan datang serta
menyempurnakan nikmat-Nya atas kamu dan
memimpin kamu kepada jalan yang lurus. (al-
Quran, al-Fath 48:1-2)
4.0 ANALISIS DAN
PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
Sebelum penulis menganalisis prinsp-prinsip
yang terdapat pada peristiwa Hudaibiyah, penulis
ingin menganalisis dahulu isi-isi perjanjian
Hudaibiyah ini. Pertama, Orang Islam tidak boleh
mengerjakan umrah pada tahun tersebut 6 hijrah
dan boleh mengerjakan pada tahun berikutnya.
Mereka boleh membawa pedang yang tersarung
dan berada di Makkah tidak melebihi tiga hari
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Perkara
yang disepakati ini dilihat menguntungkan keuda-
dua belah pihak, iaitu orang Islam dan juga Kafir
Quraisy. Ini kerana orang Islam boleh memasuki
tanpa gangguan dari kafir Quraisy Makkah dan
menzahirkan Islam yang mereka anuti. Bagi
orang kafir pula, mereka boleh mempersiapkan
apa sahaja daripada segi pertahanan, ekonomi dan
juga lain-lain.
Kedua, Gencatan senjata selama 10 tahun
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Dalam
tempoh itu kedua pihak tidak boleh mengkhianati
dan memungkiri janji. Perkara ini sangat
menguntungkan orang Islam kerana mereka boleh
menyebarkan dakwah Islam dengan mudah tanpa
sebarang ancaman. Inilah yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w dengan mengirim utusan dan
perutusan dalam bentuk surat kepada pembesar-
pembesar dan Raja-raja di luar Makkah seperti
Maharaja Rom dan Prasi.
Ketiga, Orang kafir Quraisy yang masuk
ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama
Islam), hendaklah dipulang semula ke Makkah
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988).
Keempat, Orang Islam Madinah yang masuk ke
Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke Madinah
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Kedua-
dua perkara dilihat sebenarnya tidak
menguntungkan pihak Islam.
Walaubagaimanapun, jika diteliti daripada aspek
pengurusan strategi, didapati ia adalah salah satu
metode dakwah yang berkesan walaupun
dilakukan secara tidak langsung. Ini kerana
mereka yang telah memeluk Islam dapat
menjalankan tugas menyampaikan mesej dakwah
kepada penduduk Makkah mengikut cara dan
kaedah yang tersendiri tanpa ada rasa perasaan
takut. Hal ini kerana, mereka dilindungi oleh
perjanjian yang telah disepakati bersama antara
kedua-dua belah pihak.
Kelima, pihak musyrikin Makkah dan
orang Islam Madinah boleh membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak yang mereka suka
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Isi
perjanjian yang kelima ini sangat menguntungkan
kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana, orang
yang tidak beragama dan berbelah bagi boleh
memilih secara aman pihak mana yang mahu
diikuti. Keenam, kedua-dua pihak tidak boleh
membantu mana-mana kaum yang bersengketa
atau berperang. Perkara ini muncul hasil daripada
perkara yang kedua iaitu gencatan senjata selama
10 tahun.
Secara umumnya, perjanjian ini dilihat
berat sebelah kepada orang kafir Quraisy sahaja.
Walaubagaimanapun, Baginda s.a.w melihat
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
8
perjanjian ini adil dan menguntungkan orang
Islam. Ini kerana, melalui perjanjian ini, Islam
dapat disebarkan dengan mudah kepada orang
lain.
4.1 Prinsip Pengurusan (Perancangan)
Baginda s.a.w membuat perjanjian atas dasar
ingin merancang memasuki kota Makkah untuk
melakukan umrah dalam masa yang sama dalam
keadaan berihram serta pedangnya bersarung
supaya orang kafir menganggap orang Islam
datang bukan atas dasar untuk berperang tetapi
hanya ingin berziarah (Abdul Hadi Awang 2001).
Tetapi orang kafir Quraisy tidak membenarkan
Baginda s.a.w serta sahabat unuk memasuki
Makkah. Lalu, Baginda s.a.w menghantar
Uthman bin Affan r.a untuk mengadakan
perundingan awal dengan orang kafir Quraisy
(Abdul Hadi Awang 2001) . Baginda menghantar
‘Uthman bin Affan r.a kerana sifat peribadinya
yang lembut. Ini menyebabkan orang Kafir
berfikir bahawa orang Islam datang bukan atas
dasar berperang akan tetapi orang Islam datang
kerana ingin berzirah ke Makkah sahaja.
Walaubagaimanapun, perundingan itu gagal dan
menyebabkan tercetus peristiwa Ba’iah al-
Ridhwan. Ini kerana orang kafir Quraisy takut
terhadap orang Islam yang semakin kuat dan
ramai.
Semasa perancangan ini berlaku, Baginda
s.a.w memilih Saidina Ali bin Abi Talib r.a
sebagai penulis perjanjian ini. Ini kerana Saidina
Ali r.a adalah orang yang telus dan jujur serta
pakar dalam bidang bahasa. Ini menunjukkan
Baginda s.a.w memastikan orang yang terlibat
dalam perancangan ini mempunyai kelebihan
dalam bidang tersebut supaya segala perancangan
dapat berjalan dengan baik dan juga teratur. Hal
ini disebut oleh Muhamammd Dawilah (1989)
bahawa perancangan harus mengumpul,
meneyenaraikan mengikut keupayaan, suasana,
dan keadaan tertentu. Dengan termetrinya
perjanjian ini, Baginda s.a.w boleh menyebarkan
agama Islam dengan aman. Ini jelas Baginda
s.a.w telah melakukan perancangan jangka masa
panjang dalam tempoh 10 tahun yang akan datang
4.2 Prinsip Pengurusan (Kepimpinan)
Peristiwa Hudaibiyyah juga memperlihatkan
corak dan gaya kepimpinan Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w adalah seorang pemimpin yang
mempunyai wawasan, futuristik, toleransi dan
berlapang dan toleransi mengubah minda dan
keyakinan orang Islam untuk menerima untuk
kejayaan yang lebih besar. Ini menunjukkan gaya
kepimpinan Baginda s.a.w. ada di dalam apa yang
diperkatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu Sin
(1991) seorang kepimpinan boleh mempengaruhi
individu atau sekumpulan individu untuk
melakukan tugas bagi mencapai objektif tertentu.
Rasulullah s.a.w juga mengamalkan
prinsip diplomasi atas dasar ingin memberi
galakan antara satu sama lain (Subari Ramli
2012) bagi menjayakan matlamat kepada
perjanjian Hudaibiyah ini. . Sebagai contoh
Baginda s.a.w bersetuju dengan permintaan orang
Quraisy tentang beberapa perkara dalam yang
lebih menguntungkan orang kafir Quraisy.
Seperti mana terdapat di dalam perkara ketiga dan
juga keempat dalam perjanjian Hudaibiyah
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Dalam
pada itu, Rasulullah s.a.w mengamalkan prinsip
al-awlawiyyat. Al-awlawiyyat bermaksud
menjaga keutamaan dengan mendahulukan
perkara yang lebih utama dalam senarai perkara-
perkara utama. Seperti contoh meminda kalimah
dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang kepada dengan nama tuhan.
Selain itu juga Baginda s.a.w menukarkan
Muhammad adalah pesuruh Allah kepada
Muhammad bin Abdullah. Baginda s.a.w
melakukan perkara tersebut agar perjanjian ini
termetrai kerana Baginda s.a.w melihat kepada isi
perjanjian tersebut buka pada pangkat dan juga
nama.
Walaupun perjanjian itu dianggap tidak
menguntungkan umat Islam sehingga ada
kalangan sahabat seperti Umar bin al-Khattab r.a
memberikan maklum balas yang negatif kepada
Baginda s.a.w dan juga Abu Bakar r.a. Rasulullah
s.a.w menghadapi menghadapi sebarang
komentar dan juga pandangan orang ramai
dengan tenang serta menerangkan hikmah
perjanjian tersebut. Seperti contoh, dialog antara
Umar bin al-Khattab r.a dan juga Baginda s.a.w
di mana Umar r.a mempersoalkan perkara
terakhir di dalam perjanjian tersebut iaitu perkara
ketiga dan keempat isi perjanjian tersebut.
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
9
Namun, akhirnya beliau sangat menyesal atas
sikapnya itu kerana tidak mempercayai kredibiliti
kepimpinan Baginda s.a.w. (Ab Aziz Mohd Zin
2012).
Begitu juga, ketika Nabi s.a.w meminta
para sahabat untuk melakukan tahallul, mereka
enggan berbuat demikian. Walaupun Baginda
s.aw agak terkilan dengan tindakan mereka,
namun hasil pandangan isteri Baginda s.a.w,
Umm Salamah r.a agar Baginda s.a.w
melakukannya terlebih dahulu, barulah para
sahabat bertahllul (Ab Aziz Mohd Zin 2012). Ini
menunjukkan bahawa sebagai pemimpin agung,
Baginda s.a.w tidak kekok menerima pandangan
daripada orang lain ketika berhadapan dengan
krisis keyakinan. Ini juga menunjukkan Baginda
s.aw mempunyai sifat memberi galakan antara
satu sama lain (Subari Ramli 2012).
4.3 Prinsip Pengurusan (Pengawasan)
Prinsip pengawasan ini dapat diperhatikan
melalui kejadian Baginda s.a.w menyerahkan
semula penduduk Makkah yang bernama Abu
Jandal kepada pihak Quraisy. Ini kerana, beliau
telah lari dari keluarganya dan memeluk Islam
apabila termetrinya perjanjian ini. Baginda s.a.w
melakukan ini atas dasar tidak mahu menjadi
seorang memungkiri kepada janji yang telah
dilaksanakan. Ini menunjukkan Baginda s.a.w
memperbaiki keadaan seperti yang diperkatakan
oleh Mustafa daud (1994) bahawa jika
pengurusan itu melihat ada kelemahan mestilah di
baiki ketika prinsip pengawasan ini. Oleh yang
demikian, perjanjian tersebut tidak terbatal.
Jika Baginda s.a.w tidak melakukan
perkara ini, berkemungkinan besar perancangan
Baginda s.a.w yang utama untuk memasuki
Makkah di samping menyebarkan agama Islam
dengan mudah dan aman terbantut.
4.4 Prinsip Pengurusan (Penilaian)
Baginda s.a.w membuat penilaian hasil dari
perjanjian ini, Baginda s.a.w dapat menyebarkan
agama Islam dengan mudah. Sebagai contoh misi
Baginda s.a.w menghantar surat ke Khaibar,
Habsyah, Rom, Farsi dan sebgainya (Ab Aziz
Mohd Zin 2012). Ini disebabkan orang Islam
telah terlindung dari perjanjian Hudaibiyyah
perkara pertama iaitu gencatan senjata selama 10
tahun. Proses ini dinamakan Muhasabah atau pun
post-moterm yang bermaksud Apabila selesai
melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya
mengambil langkah-langkah pembaikan demi
mencipta prestasi yang lebih baik pada masa
mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu
harus dipastikan tidak berulang (Akademi
Pengurusan YaPEIM 2005).
Selain itu juga, apabila perjanjian ini
termetrai, Orang Islam yang berada di Makkah
tidak berasa takut untuk menyatakan dirinya
sudah Islam. Selain itu juga, mereka juga boleh
berdakwah dan memberi kefahaman Islam
terhadap penduduk Makkah mengikut cara dan
metode masing-masing. Ini menunjukkan
penilaian Baginda s.a.w tepat apabila perjanjian
ini berjaya dan menguntungkan agama Islam. Ini
juga dilihat dalam bentuk muhasabah.
5.0 KESIMPULAN
Diskusi tentang pengurusan selalunya dikaitkan
dengan pemikiran pengurusan Barat. Ia
dibincangkan dengan pelbagai sudut termasuklah
aspek perancangan, kepimpinan, pengawasan dan
RUJUKAN
Shiekh Abdullah Basmih, 1980. Tafsir Pimpinan
Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal
Ehwal Agama Islam (BAHIES) Jabatan
Perdana Menteri.
Ab Aziz Mohd Zin. 2012. Strategi Dakwah
Dalam Sirah Nabi Saw. Kuala Lumpur:
Tech. Production.
Abdul Hadi Awang. 2001. Fiqh Al-Harakah Dari
Sirah Nabawiyyah. Cet. Kelima. Jilid 1, 2
& 3. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Ahmad Ibarahim Abu Sin. 1991. Pengurusan
Dalam Islam. (Terjemahan).Kuala
lumpur:Dewan Bahsa dan Pustaka.
Akademi Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan
Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan
Nilai Qurani.
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.
10
Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. Terjemahan
Mohd Darus Sanawi. 2008. Fiqh Al
Sirah. Jilid 1, 2 & 3. Shah Alam: Dewan
Pustaka Fajar.
Al-Umari, Akram Diya’. 1998. al-Sirah al-
Nabawiyyah al-Sahihah. Cet 2 & 3. Jilid
1. Riyadh: Maktabah al-‘Abikan.
Bartol, Kathryn M. dan Mactin, David C. 2003.
Management. Boston: Mc-Graw-Hill.
Juhary Ali. 2000. Asas Pengurusan. Edisi Awal.
Cetakan ketiga. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia. Sinaran Bros.
Juhary Haji Ali. 2004. Prinsip dan Amalan
Pengurusan. Edisi Kedua. Cetakan
Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Koontz, Harold dan O’Donnel, Cyrill. 1972.
Principle of Management: An Analysis of
Managerial Functio. Tokyo: Mc-Graw-
Hill
Muhammad Subari Ramli. Konsep al-Ihsan.
kursus bina taqwa. Inst. Latihan dan
Dakwah Selangor (Ildas) 18 – 19 april
2012
Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam.
Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn Bhd.
Naceur Jabnoun. 1994. Islam And Mangment.
Institusi Kajian Dasar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Pearce, J.A. & Robinson, R.B. 1997. Strategic
manement – formulation, implementation
and control. 6th ed. Chicago: Time
Mirror Higher Education Group.
Robbins, Stephen P. dan Coulter, Mary. 2005.
Management. New Jersey: Pearson
Education.
Safiyyu al-Rahman. 1988. Sirah Nabawiyyah –
Ar-Rahiq Al-Makhtum. Terj. Muhammad
Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia
Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus. 1989.
Pendekatan Islam di dalam Latihan
Pembangunan Sumber Manusia. Seminar
Pengurusan dan Pentadbiran Islam. Pulau
Pinang: Unversiti Sains Malaysia
2012.http://r38life.blogspot.com/2011/02/pandan
gan-tokoh-non-muslim-terhadap.html. 5
september