Proses Teraputik

download Proses Teraputik

of 1

description

Proses Teraputik

Transcript of Proses Teraputik

Proses Teraputik Matlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan masa hadapan. Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya : Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar? Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ? Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ? Tujuan asas teori pemusatan klien adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, rogers (1961) menyatakan beberapa cirri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri : i) Kesediaan menerima,merasai,dan mengalami reality sebenar ii) Yakin pada diri sendiriiii) Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri iv) Kesediaan untuk terus berkembang Ahli terapi tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.