Prosiding Kajian Tindakan Al Quran

6
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENYEBUT HURUF- HURUF HIJAIYYAH BERBARIS SATU DI ATAS BERBANTUKAN VIDEO NASYID DALAM KALANGAN MURID-MURID LEMAH TAHUN 1 EXCELLENT SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU RUSA Oleh: Surayawati bt Abu Bakar Suhaimi bin Ramli Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. ABSTRAK Bidang Tilawah al-Quran merupakan pengantar ilmu bagi Pendidikan Islam sekolah rendah. Bidang ini memfokuskan pelbagai kemahiran yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dicapai oleh semua murid antaranya ialah kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu di atas. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbantukan video nasyid bagi murid-murid lemah Tahun 1 Excellent Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Responden terdiri daripada 6 orang murid yang masih berada pada tahap bacaan Buku Iqra’ 1 dalam Tasmik al-Quran pada penggal pertama. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca serta melalui pemerhatian dan temubual. Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 35%. Semasa ujian pra, pencapaian murid adalah 40%, manakala di dalam ujian pasca adalah 75%. Rumusannya, kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran yang dikaji. Kata kunci: Meningkatkan, Kemahiran mengenal dan menyebut, Kaedah Video Nasyid. PENGENALAN Kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu di atas merupakan kemahiran asas dalam pembelajaran Tilawah al-Quran di sekolah. Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ini akan menyebabkan mereka tercicir dan ketinggalan serta memberi impak negatif terhadap pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian-kajian lepas banyak menunjukkan masih terdapat pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan rendah yang tidak dapat menguasai kemahiran al-quran dengan baik. Dalam satu kajian yang dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam Tilawah al-Quran melalui program j-QAF, dapatan kajian menunjukkan hanya 10.9 % murid boleh membaca al-Quran, manakala 89.1% adalah tidak boleh membaca al-Quran ( Mohammad Naim, 2003). Setelah empat minggu mengajar Tilawah al-Quran bagi murid Tahun 3 Excellent, penyelidik mendapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih lemah dalam membaca al-Quran. Malah terdapat beberapa murid yang

Transcript of Prosiding Kajian Tindakan Al Quran

Page 1: Prosiding  Kajian Tindakan Al Quran

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENYEBUTHURUF- HURUF HIJAIYYAH BERBARIS SATU DI ATASBERBANTUKAN VIDEO NASYID DALAM KALANGAN

MURID-MURID LEMAH TAHUN 1 EXCELLENTSEKOLAH KEBANGSAAN PULAU RUSA

Oleh:Surayawati bt Abu Bakar

Suhaimi bin Ramli

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.

ABSTRAK

Bidang Tilawah al-Quran merupakan pengantar ilmu bagi Pendidikan Islam sekolah rendah. Bidang ini memfokuskan pelbagai kemahiran yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dicapai oleh semua murid antaranya ialah kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu di atas. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbantukan video nasyid bagi murid-murid lemah Tahun 1 Excellent Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Responden terdiri daripada 6 orang murid yang masih berada pada tahap bacaan Buku Iqra’ 1 dalam Tasmik al-Quran pada penggal pertama. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca serta melalui pemerhatian dan temubual. Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 35%. Semasa ujian pra, pencapaian murid adalah 40%, manakala di dalam ujian pasca adalah 75%. Rumusannya, kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran yang dikaji.

Kata kunci: Meningkatkan, Kemahiran mengenal dan menyebut, Kaedah Video Nasyid.

PENGENALAN

Kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu di atas merupakan kemahiran asas dalam pembelajaran Tilawah al-Quran di sekolah. Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ini akan menyebabkan mereka tercicir dan ketinggalan serta memberi impak negatif terhadap pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian-kajian lepas banyak menunjukkan masih terdapat pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan rendah yang tidak dapat menguasai kemahiran al-quran dengan baik. Dalam satu kajian yang dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam Tilawah al-Quran melalui program j-QAF, dapatan kajian menunjukkan hanya 10.9 % murid boleh membaca al-Quran, manakala 89.1% adalah tidak boleh membaca al-Quran ( Mohammad Naim, 2003).

Setelah empat minggu mengajar Tilawah al-Quran bagi murid Tahun 3 Excellent, penyelidik mendapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih lemah dalam membaca al-Quran. Malah terdapat beberapa murid yang tertukar-tukar antara huruf-huruf hijaiyyah yang di baca di dalam satu-satu kalimah sedangkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf berkenaan berada pada kemahiran di Tahun 1. Bagi meningkatkan kemahiran asas ini di kalangan murid Tahun 1, kaedah yang sesuai perlu digunakan bagi mengelakkan berlaku masalah yang berterusan pada masa akan datang. Hasil gabungan pembelajaran secara visual dan lisan, penyelidik menggunakan video nasyid dalam membantu murid meningkatkan pencapaian dalam kemahiran yang di uji.

METODOLOGI

a. Reka bentuk Kajian

Penyelidik menjalankan kajian berbentuk kajian tindakan yang mengkaji tentang perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca melalui pembelajaran berbantukan video nasyid bagi murid lemah Tahun 1 Excellent Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Ujian pra dan pos beserta borang pemerhatian

Page 2: Prosiding  Kajian Tindakan Al Quran

digunakan untuk mengumpul maklumat. Manakala bagi data kualitatif ianya diperolehi daripada sesi temu bual pula yang dijalankan keatas semua responden kajian.

b. Sampel

Kajian ini melibatkan seramai 6 orang responden murid. Pemilihan sampel kajian berdasarkan jenis persampelan bukan probabiliti iaitu pensampelan bertujuan. Responden yang dipilih menghadapi masalah dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu di atas. Pemilihan responden dilakukan berdasarkan keputusan ujian saringan secara lisan dan pemerhatian penyelidik berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah serta melalui analisis rekod tasmik Buku Iqra’ murid. Responden adalah terdiri daripada murid-murid yang berpencapaian rendah dan lemah dalam ujian saringan.

c. Instrumen

Kajian ini dijalankan menggunakan instrumen ujian pra dan pasca secara lisan terhadap semua huruf hijaiyyah, instrumen pemerhatian sebelum dan selepas kajian serta temu bual. Instrumen digunakan bagi mengetahui perbezaan pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji selepas pembelajaran berbantukan video nasyid serta mengesan kesan kaedah tersebut terhadap minat murid dalam pembelajaran Tilawah al-Quran melalui transkripsi temu bual bersama murid.

d. Analisis DataData-data telah dianalisis menggunakan secara statistik deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan.

e. Objektif Kajian

Melalui kajian ini, penyelidik dapat;1. Menilai perbezaan min peratusan pencapaian murid-murid lemah Tahun 1 Excellent dalam ujian pra

dan pasca melalui pembelajaran berbantukan video nasyid.2. Mengenalpasti minat murid dalam pembelajaran al-Quran di dalam kelas khatam al-Quran

berbantukan kaedah video nasyid.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperoleh untuk menjawab objektif kajian 1 iaitu menentukan adakah terdapat perbezaan min peratusan pencapaian murid dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah selepas pembelajaran berbantukan video nasyid. Jadual 1 menunjukkan perbezaan peratus pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca.

Jadual 1: Pencapaian Murid dalam Kemahiran Mengenal dan Menyebut huruf-huruf hijiayah bagi Ujian Pra dan Pasca.

Jadual 1 menunjukkan perbezaan peratus pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca. Murid satu merupakan murid yang paling lemah berbanding responden lain. Dalam ujian pra peratus pencapaian Murid 1 adalah sebanyak 17%. Manakala dalam ujian pasca Murid 1 mendapat sebanyak 55 %. Murid 4 memperolehi 48% dan murid 5 mendapat 55 % di dalam ujian pra. Namun, di dalam ujian pasca kedua-dua responden memperoleh skor peratus penuh iaitu sebanyak 100%.

Murid Ujian Pra % Ujian Pasca %

Murid 1 17% 55%Murid 2 31% 48%Murid 3 41% 82%Murid 4 48% 100%Murid 5 55% 100%Murid 6 48% 79%

Page 3: Prosiding  Kajian Tindakan Al Quran

Rajah 1: Perbandingan Pencapaian Murid dalam Kemahiran Mengenal dan Menyebut Huruf-huruf Hijaiyyah bagi Ujian Pra dan Pasca.

Selanjutnya dapatan kajian bagi menjawab objektif kajian ke-2 iaitu mengenalpasti minat murid dalam pembelajaran Tilawah al-Quran selepas pembelajaran berbantukan kaedah video nasyid.

Jadual 2: Transkripsi Temu bual Responden Selepas Pembelajaran Berbantukan Video nasyid dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah.

Murid/Soalan S3: Adakah kamu seronok belajar dengan keadah video nasyid?

Kod

M 1 sebab suka belajar alif, ba, ta dengan nyanyi. 1M 2 Jadi cepat ingat dan suka nyanyi 2,1M 3 boleh menyanyi dan tengok video nyanyi. 1M 4 suka sebab boleh tengok video adik-adik nyanyi alif, ba,ta. 1M 5 suka nyanyi dan tengok video. 1M 6 suka sebab boleh ingat alif,ba,ta. 1,2

Penentuan Kod : 1: Minat murid (6) 2 : Kesan Kaedah (2)

Jadual 2 menunjukkan respond murid yang dikumpul menjadi transkrip dan diberi kod. Kod 1 adalah kod minat manakala kod 2 adalah kod kesan kaedah. Semua responden murid menyatakan berminat mempelajari kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbantukan kaedah video nasyid dengan skor kod minat sebanyak 6 skor. Murid 1 memberikan alasan berminat kerana dapat belajar sambil menyanyi begitu juga dengan murid 2, 3, 5. Kod skor kaedah mendapat 2 skor melalui murid 2 dan murid 6 yang memberikan alasan berminat kerana boleh mengingat dengan mudah huruf-huruf yang dipelajari.

PERBINCANGAN DAPATAN

Majoriti pencapaian murid dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijiayyah adalah pada tahap yang lemah dan sederhana di dalam ujian pra. Peratus bagi keseluruhan pencapaian murid-murid lemah dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu di atas ialah 40%. Murid 1 merupakan murid yang paling lemah berdasarkan pencapaiannya di dalam ujian pra iaitu 17%. Manakala murid 5 mencatat pencapaian paling tinggi di kalangan responden iaitu 55 %.

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 60%

20%

40%

60%

80%

100%

120%Ujian Pra %Ujian Pasca %

Page 4: Prosiding  Kajian Tindakan Al Quran

Manakala di dalam ujian pasca, semua murid meningkat dengan baik terutama Murid 4 yang meningkat sebanyak 52%. Murid 2 pula meningkat paling sedikit iaitu sebanyak 17%.Peratus keseluruhan bagi pencapaian murid dalam ujian pasca pula ialah sebanyak 75%. Secara keseluruhannya peningkatan yang berlaku antara ujian pra dan pasca ialah sebanyak 35 %. Penyelidik tidak mendapati seorang murid pun yang mengalami penurunan pencapaian dan semua murid menunjukkan peningkatan yang agresif. Hal ini dapat dibuktikan dengan analisis temu bual bersama 2 orang guru Pendidikan Islam. Kedua-dua guru berkenaan amat bersetuju bahawa melalui penggunaan video nasyid dalam pembelajaran berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah berbaris satu di atas dengan baik sekali.

Hasil dapatan penyelidik disokong oleh hasil dapatan yang dilakukan oleh kajian Siti Sarah Binti Udzir dan Nur Aznida Binti Talib, Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh dua orang penyelidik ini, mereka telah mendapati pelajar lebih seronok, tidak mengantuk di dalam kelas, memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dan lebih aktif di dalam perbincangan di dalam kelas. Keputusan kuiz menunjukkan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, telah berlaku 100% peningkatan markah pelajar manakala bagi mata pelajaran Biologi ialah sebanyak 75%. Terbukti disini, penggunaan kaedah video nasyid dalam membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf adalah berkesan. Amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah (Al-Syaibani, 1991 dan Atan Long, 1993) dan pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran (Rohizani, 2005).

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik, penyelidik mengetengahkan Teori Pembelajaran Bruner (1915) yang mana peringkat perkembangan kanak-kanak berumur 5-7 tahun berada dalam peringkat simbolik iaitu kanak-kanak sudah mula berfikir dengan menggunakan bahasa. Pembelajaran murid pada tahap ini biasanya dilakukan daripada konkrit kepada perwakilan gambar-gambar, simbol atau huruf-huruf abjad, kemudian kepada abstrak. Namun, menurut beliau lagi pembelajaran tidaklah begitu berkait dengan peringkat perkembangan umur, tetapi lebih rapat dengan jenis pembelajaran. Misalnya, di dalam pembelajaran seperti berenang, menyanyi dan menari (Mok Soon Sang, 2009: hlm 95).

Perbincangan dapatan kajian bagi objektif kedua iaitu menentukan minat murid dalam pembelajaran berbantukan kaedah video nasyid adalah melalui instrumen temu bual. Daripada kategori-kategori yang diwujudkan dapat dikenalpasti minat murid dalam pembelajaran Tilawah al-Quran adalah sangat positif selepas penggunaan video nasyid dalam pembelajaran. Terdapat dua faktor penting murid berminat di dalam pembelajaran berbantukan video nasyid ini, iaitu faktor kaedah yang digunakan kerana murid suka untuk menyanyi dan melihat video nasyid yang ditayangkan semasa sesi pembelajaran. Faktor kedua ialah faktor kesan kaedah yang digunakan oleh guru mempengaruhi pencapaian murid kerana memudahkan mereka untuk mengingat dengan huruf-huruf dengan baik dan mengenal dengan mudah.

Hal ini dibuktikan melalui satu kajian yang dijalankan oleh kajian Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009) dalam kajiannya, Meningkatkan Minat Pelajar Murid dalam Pendidikan Islam dengan Gubahan Lagu. Lagu atau muzik amat penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil dapatan kajian beliau mendapati pelajar lebih aktif dan semangat dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan mudah. Rumusannya, kajian penyelidik ini membuktikan bahawa semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan menyebut mereka dengan berbantukan kaedah yang efektif dan menyeronokkan.

Secara keseluruhannya, daripada analisis keseluruhan data bagi kesemua instrumen yang digunakan oleh penyelidik, penyelidik dapat membuktikan bahawa kesemua objektif kajian yang diingini daripada kajian ini berjaya. Kesemua responden dapat mencapai tahap peningkatan dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah dengan baik sekali. Responden juga amat berminat dengan pembelajaran yang dijalankan berbantukan video nasyid oleh penyelidik berdasarkan temu bual yang dijalankan. Maka jelas disini penggunaan video nasyid dalam pembelajaran memberi kesan positif terhadap pencapaian kemahiran responden yang dikaji dan objektif bagi kajian ini tercapai dengan amat baik.

CADANGAN

Page 5: Prosiding  Kajian Tindakan Al Quran

Kesimpulannya, kajian ini bermanfaat secara umumnya kepada guru-guru yang mengajar Tilawah al-Quran. Manakala secara khususnya bagi guru Pendidikan Islam yang ingin meningkatkan penguasaan pelajar dalam Tilawah al-Quran. Justeru, guru hendaklah mempunyai kemahiran pedagogi Tilawah al-Quran yang tinggi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Tilawah al-Quran. Penyelidik memberi cadangan agar aktiviti pembelajaran menggunakan video nasyid ini digunakan dalam semua bidang pembelajaran Pendidikan Islam dan boleh diaplikasikan kepada mata pelajaran yang lain seperti Matematik, Sains dan Bahasa Melayu yang menghadapi masalah yang hampir sama dengan penyelidik. Pada hemat penyelidik, penggunaan kaedah video nasyid ini perlu dikekalkan dan dikembangkan pada kemahiran mengenal huruf-huruf jawi, abjad dan nombor-nombor dalam Matematik bagi meningkatkan tahap kecekapan murid dalam kemahiran-kemahiran mengenal dan menyebut simbol dan fakta penting dalam pembelajaran. Penyelidik juga berpendapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan prasekolah. Penggunaan media elektronik seperti video dan gabungan seni muzik perlu dilihat dari sudut yang positif, iaitu penggunaannya lebih berkesan untuk tujuan kemahiran lisan dan tulisan.

BIBLIOGRAFI

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Terj.Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.

Atan Long. (1993). Pedagogi kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Mohammad Naim bin Mat Salleh. (2003). Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Program j-QAF bagi Murid-murid Sekolah Rendah Daerah Setiu, Terengganu.

Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna. (2009). Meningkatkan Minat Murid dalam Pendidikan Islam dengan Gubahan Lagu.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. (2005). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Siti Sarah Binti Udzir & Nur Aznida Binti talib. Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video) - Bilik Perdana B, Palm Garden Hotel.