Prosiding Mus

8
ACTIVITI ‘HANDS ON’ : SATU KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM TOPIK PENAMBAHAN PECAHAN MOHD FAIZ EHSAN BIN MARZUKI Abstact This action research is done to improve student achievement and attract students interest to the topic of fractions by using the 'Hands On Activities' in the process of teaching and learning. This study was conducted in 24 pupils in fifth in a school in the outskirts of Kota Bharu. Data collected through two methods of collection of qualitative and quantitative. Quantitative data collected from 12 pre-test and 12 question post-test. Quantitative data were analyzed descriptively by finding the score of percentage marks, the mean score for the percentage marks and the grades frequency. The findings show there is a major improvement in student performance. Questionnaires were given to the students. There are 23 items that answered by the students in 30 minutes time. This questionnaire is divided into two parts that is student’s interest and the approaches technique by the teacher. Descriptive analysis is conducted on questionnaire data to find the mean of each item and the percentage score for each item. The analysis showed that students have a strong interest on the method of 'Hands On Activities' that has been used in teaching and learning process. Qualitative data are collected through observations, interviews and documentations material from student. Uns tructured observation is made on students during the teaching and learning using 'Hands On Activities' method. The analysis showed that students heavily have interest to the method of' ‘Hands On Activities’ which is used by teachers. Interviews were carried out to the students after the treatment. The interview focused only on 10 students who received the lowest marks in the pre-test. This interview process has three items followed by the question why. Interviews conducted at the school library where students feel comfortable and secure over there. The interview analysis showed the same results where it appears students interested in the use of 'Hands On Activities' in the process of teaching and learning. Documentation materials are also collected and analyzed to find the source of students problem in topic Fraction. Students m onthly test papers were collected and analyzed to find the cause of this problem. To make this data more precise, students' exercise books are also collected and analyzed. As a result of finding data, majority of pupils have a problem understanding the basic of fraction concepts. Many students confuse the basic concepts of fraction taught by teachers. Students seem influenced by the method of memorizing than to understand the basic concept of the fraction. PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk mengkaji minat dan peningkatan prestasi murid darjah 5 terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan menggunakan teknik ‘Hands On Activities’. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan murid, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat. Hasil

description

Prosiding maktab

Transcript of Prosiding Mus

Page 1: Prosiding Mus

ACTIVITI ‘HANDS ON’ : SATU KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM TOPIK PENAMBAHAN PECAHAN

MOHD FAIZ EHSAN BIN MARZUKI

Abstact

This action research is done to improve student achievement and attract students interest to the topic of fractions by using the 'Hands On Activities' in the process of teaching and learning. This study was conducted in 24 pupils in fifth in a school in the outskirts of Kota Bharu. Data collected through two methods of collection of qualitative and quantitative. Quantitative data collected from 12 pre-test and 12 question post-test. Quantitative data were analyzed descriptively by finding the score of percentage marks, the mean score for the percentage marks and the grades frequency. The findings show there is a major improvement in student performance. Questionnaires were given to the students. There are 23 items that answered by the students in 30 minutes time. This questionnaire is divided into two parts that is student’s interest and the approaches technique by the teacher.  Descriptive analysis is conducted on questionnaire data to find the mean of each item and the percentage score for each item. The analysis showed that students have a strong interest on the method of 'Hands On Activities' that has been used in teaching and learning process. Qualitative data are collected through observations, interviews and documentations material from student. Unstructured observation is made on students during the teaching and learning using 'Hands On Activities' method. The analysis showed that students heavily have interest to the method of' ‘Hands On Activities’ which is used by teachers. Interviews were carried out to the students after the treatment. The interview focused only on 10 students who received the lowest marks in the pre-test. This interview process has three items followed by the question why. Interviews conducted at the school library where students feel comfortable and secure over there.  The interview analysis showed the same results where it appears students interested in the use of 'Hands On Activities' in the process of teaching and learning. Documentation materials are also collected and analyzed to find the source of students problem in topic Fraction. Students monthly test papers were collected and analyzed to find the cause of this problem. To make this data more precise, students' exercise books are also collected and analyzed. As a result of finding data, majority of pupils have a problem understanding the basic of fraction concepts. Many students confuse the basic concepts of fraction taught by teachers. Students seem influenced by the method of memorizing than to understand the basic concept of the fraction.

PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji minat dan peningkatan prestasi murid darjah 5 terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan menggunakan teknik ‘Hands On Activities’. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan murid, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat. Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama (UBB 1) beberapa orang murid mendapat markah jauh lebih rendah daripada kawan-kawan mereka yang lain. Pemerhatian tingkah laku murid semasa menghadapi proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, murid mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) seperti dalam keadaan terkongkong dengan berdasarkan buku teks semata-mata. Soal selidik daripada murid menunjukkan mereka merasakan minat terhadap mata pelajaran tersebut semakin menurun. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat dan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik dengan menjalankan teknik “Hands On Activities”. Murid telah didedahkan kepada teknik “Hands On Activities” selama 1 bulan mulai tarikh 4 Julai 2010 sehingga 29 Julai 2010 bagi meningkatkan kefahaman serta prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik.

Page 2: Prosiding Mus

FOKUS KAJIAN

Masalah ketidakfahaman konsep asas pecahan dikalangan pelajar bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia Matematik. Daripada hasil tinjauan di sebuah sekolah di pinggir Bandar Kota Bharu mendapati bahawa sekolah ini juga tidak terlepas daripada masalah ini. Banyak kajian telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik professional sebelum in, namun ada yang gagal mencari penyelesaiannya. Mengapa perkara ini terjadi? Pada tahun 5 murid sepatutnya sudah melepasi tahap kemahiran ini. Pemahaman konsep merupakan perkara yang paling penting dalam matapelajaran Matematik. Kajian yang dijalankan oleh Peck dan Jencks (1981) membincangkan jalan kerja yang dilakukan oleh pelajar gred enam. Pelajar menggunakan prosedur yang salah untuk operasi tambah dua nombor pecahan. Jawapan atau alasan yang diberikan oleh pelajar menunjukkan tiada hubungan antara prosedur yang diambil dengan makna jawapan yang diberikan. Contoh jawapan murid dalam kajian Peck dan Jencks (1981):

23 +

14 =

15

Untuk soalan itu, murid menerangkan bahawa jika terdapat 2 nombor yang boleh dibahagikan (2 dengan 4), kena bahagikan. Jadi 3 + 2 = 5. Masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah kajian saya menghampiri dengan masalah murid yang dihadapi oleh Peck dan Jencks (1981). Hasil daripada tinjauan awal saya mendapati kebanyak murid mengalami masalah tidak faham konsep asas. Contoh jawapan murid yang saya perolehi adalah :

58 +

34 =

812

Selain daripada ketidakfahaman konsep, tinjauan awal di sekolah tersebut juga mendapati murid kurang berminat dengan cara pendekatan yang digunakan oleh guru. Guru di sekolah lebih gemar menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar yang utama. Melalui hasil tinjauan awal, murid kurang memberikan tumpuan di dalam kelas semasa guru mengajar. Lebih memeranjatkan lagi, ada murid yang tidur semasa guru mengajar di hadapan kelas. Sabri (2006) dalam bukunya yang bertajuk ‘Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik’ menyatakan bahawa murid menjadi bosan dan tidak minat terhadap Matematik disebabkan oleh cara mata pelajaran itu diajar.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan dalam prestasi murid melalui penggunaan ‘Hands On Activities’ di dalam mengajar penambahan pecahan dan juga penukaran asas pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur dan sebaliknya. Juga untuk mengenalpasti minat murid terhadap penggunaan teknik ‘Hands On Activities’ .

Objektif khusus Meningkatkan pencapaian murid dalam topik Pecahan dengan menggunakan

teknik ‘Hands On Activities’.. Mengenalpasti minat murid terhadap penggunaan teknik ‘Hands On Activities’

dalam topik pecahan. Mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dalam

memahami topik Pecahan

1

2

Page 3: Prosiding Mus

Soalan kajian Adakah dengan menggunakan teknik ‘Hands On Activities’ murid Darjah 5

Cemerlang berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran? Adakah dengan menggunakan teknik ‘Hands On Activities’ dapat meningkatkan

pencapaian murid Darjah 5 Cemerlang terhadap topik Pecahan? Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid Darjah 5 Cemerlang

dalam topik Pecahan?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 24 orang murid tahun 5 Cemerlang. Daripada jumlah murid ini, 10 daripadanya adalah lelaki dan 14 orang adalah murid perempuan telah dipilih untuk menjadi responden bagi member peluang semua murid menyertai teknik ‘Hands On Activities’ ini. Kesemua murid ini berumur dalam lingkungan 11 tahun. Tahap kecemerlangan murid ini adalah diparas sederhana dan rendah. Fakta ini disokong oleh keputusan peperiksaan ujian bualanan mereka dan juga hasil pemantauan buku kerja mereka. Oleh kerana kesemua murid ini berada didalam tahun 5, maka mereka semua dianggap telah melalui dan sepatutnya menguasai kemahiran membaca, mengira dan juga menulis. Sekolah ini mempunyai 2 kelas tahun 5 iaitu 5 Cemerlang dan juga 5 Pintar. Tahap pelajar juga berbeza mengikut kelas dimana tahap pencapaian 5 Cemerlang adalah lebih baik daripada 5 Pintar.

TINDAKAN

Untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ‘Hands on Activities’ ini, saya telah menetapkan beberapa langkah yang harus diikuti. Langkah pertama adalah dengan membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan kecil. Selepas kumpulan dibahagikan, arahan ringkas diberikan kepada murid. Murid berhak mengajukan soalan jika ada bahagian arahan yang mengelirukannya. Bahan-bahan aktiviti juga diedarkan kepada setiap kumpulan mengikut bilangan setiap ahli kumpulan. Antara bahan yang diberikan adalah, kertas warna bersaiz A4, marker pen, plastik lutsinar bersaiz A4 dan juga set soalan.

Cari hasil tambah dan

Plastik A4 (Menegak) Kertas Warna A4(Melintang) Ditindankan

+ + =

1

23 1

14

Page 4: Prosiding Mus

Cara penyelesaian :

a) Untuk nombor bulat:( 1 + 1 = 2 )

b) Untuk pecahan :

Pelajar melukis

23 secara menegak diatas plastik A4 menggunakan marker pen dan

juga melukis

14 secara melintang diatas kertas warna A4.

1112

Kedua-dua plastik dan kertas akan ditindakan dan hasilnya adalah 12 bahagian yang sama besar. Terdapat 2 bahagian yang bertindan

Oleh kerana terdapat 2 bahagian yang bertindan, pelajar perlu lorekkan 2 lagi kotak. Hasilnya seperti berikut:

Jadi nilai pecahan ialah

1112

c) Dan hasilnya adalah seperti dibahawah :

= 21112

Bagi langkah ketiga, guru akan meminta murid membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas. Kepada murid yang mendapat jawapan yang tepat akan diberikan hadiah. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ini berlangsung selama 2 minggu. Melalui pemerhatian saya, penggunaan teknik ini meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan. Kesemua murid mengambil bahagian untuk menjawab soalan. Suasana pembelajaran amat seronok.

DAPATAN

Bagi mengetahui samada terdapatnya peningkatan antara ujian pasca dan juga ujian pra, saya telah membuat 2 perbandingan iaitu perbandingan gred dan juga perbandingan min peratus markah murid. Bagi perbandingan gred, saya telah huraikan dalam bentuk ‘line graph’ dalam graf 3. Graf 3 menunjukan perbandingan gred murid antara ujian pra dan juga ujian pasca. Bagi gred A, terdapat peningkatan dapat dilhat iaitu daripada 7 orang pelajar, kepada 12 orang pelajar. Bagi gred E pula, penurunan ketara dapat dilihat iaitu daripada 14 orang pelajar kepada hanya 3 orang pelajar. Peningkatan prestasi murid yang ketara ini disebabkan oleh keberkesanan penggunaan teknik ‘Hands On Activities’ di dalam sesi

Page 5: Prosiding Mus

pengajaran dan pembelajaran. Jelas disini menunjukan bahawa penggunaan teknik ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi murid walau hanya dengan menjalankan selama 2 minggu sahaja.

A B C D E02468

10121416

ANALISIS PERBANDINGAN GRED ANTARA UJIAN PASCA DAN UJIAN PRA

UJIAN PRA UJIAN PASCAGRED

JUM

LAH

MUR

ID

Graf 3: Perbandingan gred antara ujian pra dan ujian pasca

PEMBOLEHUBAH N MIN SISIHAN PIAWAI

UJIAN PRA 24 39.2 37.468

UJIAN PASCA 24 66.67 32.134

Jadual 10: Perbandingan min ujian pra dan ujian pasca

Tidak cukup dengan analisis perbandingan gred (rujuk graf 3), saya juga telah menjalankan perbandingan min antara ujian pasca dan pra bagi melihat peningkatan prestasi murid tahun 5 ini. Jadual 10 menunjukan perbandingan min antara ujian pra dan juga ujian pasca. Merujuk kepada jadual 10, min bagi peratus markah ujian pra adalah sebanyak 39.2 manakala min bagi peratus markah ujian pasca adalah sebanyak 66.67. Peningakatan min daripada ujian pra (39.2) kepada ujian pasca (66.7) adalah sebanyak 27.47 iaitu bersamaan dengan 70.07%. Peningkatan min ini menunjukan terdapatnya perbezaan diantara ujian pra yang dijalankan sebelum sesi rawatan dan juga ujian pasca yang dijalankan selepas sesi rawatan. Dengan jumlah peningkatan min sebanyak 70.07% itu menunjukan bahawa teknik ‘Hands On Activities’ ini terbukti meningkatkan prestasi murid dalam topic pecahan. Hasil daripada pemerhatian, temubual dan juga soal selidik juga menunjukan murid berminat terhadap teknik yang digunakan ini. kebanyakan mereka menyatakan bahawa pengunaan teknik in meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap topic penambahan pecahan.

PERBINCANGAN

Banyak kajian sebelum ini yang memperlihatkan masalah pemahaman konsep dalam topik pecahan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Streefland (1991), terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kepada masalah ini antaranya adalah guru memandang remeh masalah ketidakfahaman konsep yang dihadapi pelajar dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak menarik minat murid untuk belajar. Masalah ini perlu dirawat semasa murid berada di sekolah rendah, jika tidak ianya akan berlarutan menjadi lebih besar apabila murid berada di sekolah menengah. Kaedah yang sesuai perlu

Page 6: Prosiding Mus

dicipta oleh guru dalam usaha untuk menarik minat murid memberikan perhatian di dalam kelas. Penggunaan kaedah-kaedah baru juga diharap dapat meningkatkan prestasi murid.

Secara keseluruhanya, kajian in memberikan impak yang postif terhadap pencapaian murid. Daripada hasil analisis data, didapati bahawa terdapat minat di kalangan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ‘Hands On Activities’ ini. Melalui hasil analisis juga menunjukan bahawa terdapatnya peningkatan prestasi murid apabila proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ‘Hands On Activities’ dijalankan. Di sini jelas menunjukan kaedah ini sememangnya berkesan terhadap pencapaian dan juga minat murid tahun 5. Kesimpulannya, kedua-dua hipotesis (H0) iaitu tiada terdapat peningkatan terhadap pencapaian murid dalam topic pecahan menggunakan kaedah ‘Hands On Activities’ dan murid tidak berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ‘Hands On Activities’ adalah ditolak sama sekali.

RUJUKAN

Madis b. Araji (1997). Pengaruh Faktor-Faktor yang dikenalpasti terhadap pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 dalam Mata Pelajaran Matematik Sekolah Men. Di daerah Papar Negeri Sabah. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Peter Gates (2001). Issues in mathematics teaching. London: Routledgefalmer

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Kajian 46 Buah Sekolah Rendah Di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993, 2001). Sukatan Pelajaran Matematik KBSR. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Khairuddin Mohd Taib (1992). Berita Matematik No 14. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur : Perniagaan Rita.

Noraini Idris (2006). Teaching and Learning Of Mathematics : Making Sense and Developing Cognitive Abilities.Kuala Lumpur : Utusan Publication