PT-bahagian 2[1]

download PT-bahagian 2[1]

of 7

description

KAJIAN TINDAKAN

Transcript of PT-bahagian 2[1]

2.0FOKUS KAJIAN

Bahagian ini menghuraikan secara lebih jelas tentang masalah atau isu yang dihadapi oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.2.1Isu Kajian

Pada bahagian ini, pengkaji mengutarakan tentang masalah yang berkaitan menyebut murid Autistik yang tidak lancar dan jelas. Pada pandangan pengkaji murid perlu diberi intervensi menyebut dengan betul untuk mengatasi masalah murid tersebut. dengan penggunaan Boneka Haiwan

Kelainan dalam pertuturan juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering menunjukkan perbezaan yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan. Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham dalam kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini.

Ada juga sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu pengulangan dalam percakapan yang didengar (Ministry of Education British Columbia 2000). Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang lain (Zharulnizam Shah 2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.

Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Boneka Haiwan merupakan salah satu cara yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Melalui pernyataan daripada kajian di atas, pengkaji membuat keputusan bahawa kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah penggunaan boneka haiwan terhadap peningkatan penguasaan menyebut perkataan dalam kalangan murid Autistik yang diambil oleh guru untuk membantu mereka menguasai kemahiran menyebut di sekolah pendidikan khas atau integrasi pendidikan khas di Malaysia.

Kanak-kanak Autistik lemah dalam aspek kemahiran komunikasi dan kemahiran bahasa. Kemahiran menyebut merupakan salah satu komponen dalam kemahiran komunikasi yang membantu meningkatkan perkembangan hubungan sosial kanak-kanak dengan persekitarannya. Masalah menyebut selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran namun masih terdapat ramai kanak-kanak Autistik yang masih belum mampu untuk menyebut dengan baik walaupun tidak mempunyai masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran. Bagi mendapatkan kemahiran menyebut yang lebih baik, adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif seseorang kanak-kanak itu sebanyak mungkin.

Dalam kajian ini, penguasaan kemahiran menyebut difokuskan dengan mendalam mengenai masalah menyebut yang dihadapi oleh kanak-kanak Autistik. Kajian juga meliputi pengkaji serta pendekatan yang biasanya diambil di sekolah untuk membantu murid Autistik menyebut perkataan.

Masalah yang dihuraikan oleh pengkaji ialah perkaitan keberkesanan penggunaan Boneka Haiwan dalam membantu murid Autistik lancar dalam menyebut seterusnya membantu kemahiran menyebut mereka.

2.1.1Tinjauan Awal

Masalah menyebut dengan betul merupakan masalah yang serius yang perlu ditangani segera. Pemerhatian pengkaji selama mengajar murid-murid berkenaan mendapati masalah ini telah dibawa dari tahun sebelumnya lagi. Pada pendapat pengkaji masalah menyebut ini boleh dikurangkan sekiranya guru-guru sebelum ini mengambil tindakan atas masalah yang murid hadapi. Memanglah tidak lengkap bagi seseorang kanak-kanak sekiranya murid-murid hanya boleh menulis dan mewarna tetapi tidak boleh menyebut. Tidak dinafikan bahawa masalah penumpuan murid-murid yang singkat menyebabkan murid-murid tidak boleh beri tumpuan kepada apa yang guru ajar dan apa yang disebut oleh guru. Melalui tinjauan awal yang dijalankan, pengesanan masalah murid membantu pengkaji untuk melihat daerah kelemahan sebenar murid tersebut. Ini sangat penting untuk memastikan pengkaji benar-benar dapat merancang intervensi yang bertepatan dengan daerah kelemahan menyebut murid tersebut. Pada masa yang sama, pengkaji juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat tambahan seperti punca dan faktor yang mendorong masalah ini terjadi. Beberapa kaedah yang telah pengkaji gunakan untuk proses tinjauan awal ini iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen.2.2Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu KajianPada bahagian ini pengkaji akan membuat huraian berkaitan teori ,konsep, model, program yang berkaitan dengan pokok persoalan atau objektif yang dijalankan serta menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan. Pearson (2000) pula ada mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002),komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Menurut Zulkifli (2000), terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi perhatian dalam komunikasi. Ia adalah seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan pergerakan badan, gerak isyarat atau air muka, pakaian dan perawakan, suara dan kepelbagaian, bahasa dan berhenti sejenak dan mendapat penglibatan pendengar. Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses cara guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya.

Che Su dan Mohd Foad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala. Komunikasi lisan juga dilihat dapat mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan.

Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan

Berdasarkan pendapat Jean Piaget (1980) dalam buku Murid dan Alam Belajar, iaitu pelopor teori konstruktivis kognitif yang menyatakan bahawa pembelajaran harus bermula dengan isu-isu agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam usaha mereka membina makna. Seperti yang dinyatakan oleh Jean Piaget (1980), dalam teori pembelajaran konstruktivis kognitif iaitu proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu dan peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut amatlah bertepatan dengan penggunaan teknik boneka haiwan. Ini bermakna murid-murid perlu lalui sesuatu yang dipraktikkan secara sendiri untuk mendapatkan pengetahuan baharu.. Ini jelas berhubungkait dengan pembelajaran murid-murid dalam membina pengetahuan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dalam menyebut dan seterusnya membina perkataan dan ayat yang bermakna. Dalam menjalankan intervensi terhadap masalah menyebut murid di sekolah, keyakinan dan usaha guru adalah sangat penting untuk menghadapi masalah tersebut. Kejayaan adalah terletak kepada keupayaan dan tahap murid mengikuti dan menujukkan perubahan tingkah laku terhadap masalah yang dihadapi. Murid berkeperluan khas contohnya memerlukan kesabaran dan keyakinan yang jitu dalam pelaksanaan intervensi terhadap masalah yang mereka hadapi. Penggunaan bahan bantu belajar yang menarik juga membantu merealisasikan kajian ke atas murid Autistik ini. 2.3Istilah Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang istilah yang terdapat di dalam kajian ini iaitu Autistik dan Boneka tangan2.3.1AutistikMurid-murid pendidikan khas terutama Autistik, berbeza daripada murid-murid normal yang sebaya dengan mereka dalam pelbagai dimensi seperti proses kognitif, perolehan dan penggunaan bahasa, keupayaan fizikal clan motor serta ciri-ciri peribadi clan sosial. Murid berkeperluan khas kurang bermotivasi serta memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan berbanding murid normal (Kunnen & Steenbeek 1999; Bayliss & Collins 2006; Abosi & Koay 2008) .2.3.2 Istilah Boneka

Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar.Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat dilahirkan melalui penceritaan 13