Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam...

24

Transcript of Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam...

Page 1: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum
Page 2: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik tr! 4IW. 1tCt'1'1 MALAYSIA SA1tAWAK

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADHMIK

I II iýlýlýlll ll ill Iil IIIII 1000246024 PENYERTAAN PARA PEMILIK TANAH NCR DALAM PROJEK

KELAPA SAWIT SALCRA DI SANGAI, KEDUP

MAHESHVARI APPALANAIDU

Latihan Ilmiah Ini Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat-syarat Pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian

dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan.

FAKULTI SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya latihan llmiah ini dapat saya siapkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan

cabaran.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kzpaca pihak SALCRA dan kakitangannya di Kedup, Serian dan ibu pejabat di Kuching kc-ana sudi membenarkan dan memberikan kerjasama kepada saya untuk menjalankan P: aaiian

ini

sehingga selesai.

Buat Dr. Gabriel Tonga Noweg pensyarah dan selaku penyeli-a- sava. terima kasih atas segala panduan, teguran, nasihat dan membimbing saya di -stpanjang penyediaan latihan ilmiah ini. Tidak lupa juga buat Dr. Dimbab Ngidan` dan Dr. Spencer yang turut memberikan tunjuk ajar dalam penyediaan dan penulis,: -. n latihan ilmiah.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepac:. p_nsyarah- pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Sosial atas segala tunjuk ajar dan b"_ntuan di

sepanjang pengajian selama empat tahun di UNIMAS.

Tidak lupa bagi kedua ibu bapa dan keluarga yang amat kusayan_: sa., -a. Encik Appalanaidu Appanah dan Puan Subuletchumy Samudram, nenek Puar: ThZ: nudama serta keluarga sa, a (Demu, Krishnan, Bala, Letchumy. Naidu. Kali. Siva. Viknesh, Guna, Nageena Rennu, Dinesh Varma, - Ravithraa dan saudara mara saý aý. %-rima kasih yang tidak terhingga kepada kalian kerana doa. restu. sokongan -: oral dan bantuan kewangan anda semua di sepanjang pengajian saya di UNIMAS.

Akhir sekali kepada semua rakan-rakan terutamanya pelajar Perin--is segala suka dan duka tetap kuabadikan. Semoga kesefahaman dan toleransi menge nzkan lagi

erti persahabatan kita.

i

Page 4: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji taraf sosio ekonomi, penerimaan dan persepsi para

pemilik tanah NCR terhadap projek kelapa sawit SALCRA di Kampung

Sangai, Ladang Kedup, Serian. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh

mana rancangan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan mendapatkan

sokongan masyarakat bumiputera Sarawak terutamanya orang Bidayuh dan

mengatasi masalah kemiskinan di kalangan golongan tersebut. Seramai 70

orang pemilik tanah NCR yang terdiri daripada 49 orang peserta dan 21 orang

bukan peserta dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Dalam kajian ini

borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis dengan

kaedah analisis frekuensi dan `crosstab' Keputusan kajian mendapati

responden mempunyai persepsi yang baik terhadap SALCRA dan mereka juga

menerima projek tersebut dengan balk. Di samping itu, taraf sosio ekonomi

para peserta projek didapati telah meningkat selepas menyertai projek

berbanding dengan sebelum im. Im menunjukan kerajaan tidak akan

menghadapi banyak masalah pada masa akan datang untuk melaksanakan

projek-projek pembangunan terutamanya di Sarawak.

ii

Page 5: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

ABSTRACT

This research was undertaken to investigate the household income, acceptance

and perception of NCR land owners towards SALCRA project. This research

was conducted in Kampung Sangai Kedup Estate, Serian. A total of 70 NCR

land owners were selected as subjects using random sampling. This subjects

are comprising of 49 SALCRA project participants and 21 non-participants.

Data were analysed using crosstab, t-test and frequency analysis. The results

indicate that the NCR land owners have a very positive perception towards

SALCRA development project, implying that they accept SALCRA well. It is

also found that the living standard of the participants have improved somewhat

after participating in the SALCRA project.

iii

Page 6: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

SENARAIJADUAL

Jadual 1 Kadar Kemiskinan di Malaysia

Jadual 2: Kadar Kemiskinan Mengikut Strata Pada Tahun 1985 dan 1990

Jadual 3 Agama Responden

Jadual 4: Bangsa Responden

Jadual 5 Taraf pendidikan responden

Jadual 6: Bilangan Peserta dan Bukan Peserta Projek SALCRA

Jadual 7: Sebab-sebab Peserta Menyertai Projek

Jadual 8 Sebab-sebab Bukan Peserta Tidak ! vtenyertai Projek

Jadual 9 Bilangan ahli keluarga responden yang bekerja dan tidak bekerja dengan SALCRA dan rasa puas hati mereka terhadap pendapatan yang dibayar kepada mereka oleh SALCRA.

Jadual 10 : Bilangan peserta yang ingin meneruskan tanaman sawit dan cara pengurusan ladang mereka.

Jadual 11 : Jawapan responden terhadap kenyataan bahawa SALCRA telah berjaya membangunkan tanah terbiar.

Jadual 12 : Jawapan responden terhadap kenyataan dengan adanya SALCRA kewujudan kemudahan asas seperti (pengangkutan, komunikasi luar, perkhidmatan pos dan lain-lain) telah menyenangkan penduduk kampung.

Jadual 13 : Jawapan responden terhadap kenyataan SALCRA telah menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk kampung.

Jadual 14 : Jawapan responden terhadap kenyataan SALCRA berjaya menyediakan kemudahan seperti pengangkutan anak-anak peserta ke sekolah, klinik dan gotong royong mendirikan rumah dan sebagainya.

Page 7: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

Pusat Kbidmat Maklumat Akademik t1NiYEltSTTI MALAYSIA SA1tAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSRACT

SENARAI JADUAL

KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Definisi Konsep 1.6 Kemiskinan

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

i

11

III

iv

V

I 1 2 3 4 5 5

6 2.1 Teori pembangunan 8 2.2 Teori persepsi 8 2.3 Kemiskinan 8 2.4 Usaha pembangunan 15 2.5 Latar Belakang dan rasional penubuhan SALCRA 20

2.5.1 Amalan pertanian pindah di kalangan petani bumiputera Sarawak

2.5.2 Pembangunan tahan hakmilik bumiputera 2.5.3 Membantu mencepatkan arus pembangunan

luar bandar 2.5.5 Meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat terlibat

2.6 Peranan utama dan konsep pembangunan 2.7 Objektif SALCRA dalam pembangunan tanah 2.8 Kajian lepas

20 21

22 22 22 25 25

V

Page 8: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

BAB 3: METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 3.2 Rekabentuk kajian 3.3 Tempat kajian 3.4 Populasi dan sampel kajian 3.5 Alat kajian 3.6 Penganalisaan data 3.7 Limitasi kajian

32 32 32 32 33 34 36 37

BAB 4: PERBINCANGAN 39 4.1 Pendahuluan 39 4.2 Keputusan ciri-ciri demografi 39

4.2.1 Agama responden 39 4.2.2 Bangsa dan status responden 40 4.2.3 Umur dan tanggungan responden 40 4.2.4 Taraf pendidikan responden 41

4.2.5 Bilangan ahli keluarga responden 42 4.2.6 Pekerjaan responden 43 4.2.7 Pekerjaan responden sebelum bekerja di SALCRA 43

4.3. Penerirnaan responden terhadap projek SALCRA 39

4.3.1 Keluasan tanah yang dimiliki dan diserahkan 44

4.3.2 Kadar penyertaan 44

4.3.3 Sebab-sebab peserta menyertai 45

4.3.4 Sebab-sebab bukan peserta tidak menyertai projek 46

4.3.5 Kepuasan pendapatn ahli keluaraga responden 47

4.3.6 Penerusan projek 48

4.3.7 Pendapatan meningkat 49

4.3.8 Simpanan meningkat 50

4.3.9 Menyesal masuk projek 50

4.3.10 Tidak ada kemajuan 50

4.4 Hasil keputusan persepsi responden 51

4.4.1 Peranan SALCRA 51

4.4.2 Kemudahan asas 52

4.4.3 Kemudahan infrastruktur 53

4.4.4 Kemudahan yang disediakan 54

4.4.5 Kepuasan terhadap kemudahan 55

4.4.6 Membangunkan tanah terbiar 55

4.4.7 Tanaman sawit 56

4.4.8 Pendapatan meningkat 56

4.4.9 Kejayaan projek 56

4.4.10 Taraf hiüup meningkat 57

4.4.1 1 Membawa perubahan 57

4.4.12 Membawa kemajuan 58

I

Page 9: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

4.5 Pendapatan isirumah 59 4.5.1 Pendapatan responden 59 4.5.2 Gaji cukup 59 4.5.3 Perbelanjaan responden 60 4.5.4 Pendapatan bersih responden 60 4.5.5 Perbezaan pendapatan peserta & bukan peserta 61 4.5.6 Peningkatan dalam pemilikan barang material 61

BAB 5: KESIMPULAN 66 5.1 Pendahuluan 66 5.2 Saranan Kajian 67

BIBLIOGRAFI 69

LAMPIRAN 72

vii

Page 10: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia begitu pesat membangun dan bersedia untuk melengkapkan diri bagi

menghadapi cabaran abad ke 21 yang akan menjelang tidak lama lagi. Malaysia

bertekad untuk mencapai Wawasan 2020 dalam masa 23 tahun dari sekarang. Salah

satu daripada matlamatnya itu ialah untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang

maju di rantau ASEAN (Association of South East Asian Nation) khasnya dan di

dunia amnya. Demi mencapai cita-cita tersebut, kerajaan telah melancarkan beberapa

dasar yang menyokong ke arah menjadi negara perindustrian seperti Dasar

Pembangunan Nasional dan sebagainya.

Dalam keghairahan untuk mencapai Wawasan 2020 ini, terdapat beberapa

masalah sosio-ekonomi yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Isu yang ingin

diketengahkan oleh pengkaji ialah mengenai isu kemiskinan terutamanya di kawasan

luar bandar. Pengkaji berpendapat tidak sepatutnya terdapat mana-mana golongan

atau kaum yang ketinggalan dalam usaha untuk menjadi negara maju. Semua

golongan rakyat Malaysia harus berkongsi peluang ekonomi dan pembangunan negara

secara adil dan saksama.

1

Page 11: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

2

Salah satu cara untuk mencapai ke arah itu ialah dengan perlaksanaan rancangan

pembangunan di kawasan luar bandar.

1.2 Kenyataan Masalah

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha untuk menangani

masalah kemiskinan dan membangunkan penduduk luar bandar. Ini termasuk

penubuhan agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELCRA, FELDA, KEDA,

IADP, SALCRA dan sebagainya.

Di Sarawak kerajaan telah menubuhkan SALCRA untuk membangunkan

tanah kaum bumiputera di kawasan luar bandar. SALCRA bertanggungjawab

membangunkan tanah NCR milik kaum bumiputera. SALCRA yang akan

menanggung segala kos pembangunan dan penyelenggaraan ladang projek kelapa

sawit tersebut. Di samping itu, SALCRA juga akan menguruskan ladang tersebut

untuk tempoh 25 tahun seperti yang termaktub dalam surat perjanjian dengan pemilik

tanah. Para pemilik tanah NCR hanya perlu menyerahkan tanah kepada SALCRA

untuk dibangunkan. Para pemilik tanah NCR yang merupakan kaum bumiputera tidak

perlu mengeluarkan wang mereka untuk memajukan tanah mereka. Malahan tidak

wujud masalah kewangan di pihak kerajaan untuk membangunkan tanah NCR.

Namum begitu, kerajaan menghadapi masalah lain di mana masih terdapat segelintir

Page 12: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

3

daripada kaum bumiputera Sarawak enggan menyerahkan tanah mereka kepada

SALCRA untuk dimajukan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan di bawah. Kajian ini

juga megkaji kadar penyertaan pemilik tanah NCR dan taraf sosio ekonomi para

peserta sebelum dan selepas menyertai projek SALCRA.

1.3 Objektif kajian

Kajian ini adalah mengenai penerimaan, persepsi dan taraf sosioekonomi para

peserta dalam projek pembangunan tanah melalui SALCRA di kawasan penanaman

kelapa sawit di daerah Serian.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk

1) mengenalpasti kadar penyertaan penduduk dalam projek SALCRA di

ladang kelapa sawit di Kampung Sangai,

2) mengenalpasti persepsi responden termasuk peserta dan bukan peserta

terhadap projek kelapa sawit SALCRA.

3) menentukan perbandingan taraf sosio ekonomi melalui pemilikan barang

material oleh peserta projek sebelum dan selepas menyertai projek penanaman

kelapa sawit SALCRA. Pengkaji menjadikan pemilikan barangan material

sebagai petunjuk taraf sosio ekonomi dalam kajian ini.

Page 13: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

4

1.4 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak-

pihak yang memerlukannya. Kajian ini akan meninjau sejauh mana rancangan

pembangunan tanah yang dijalankan oleh SALCRA berjaya meningkatkan taraf hidup

kaum Bidayuh yang tinggal di kawasan Serian amnya dan khususnya di Kedup.

Data dari kajian ini boleh digunakan oleh pegawai kerajaan yang terlibat

dalam perancangan program pembangunan luar bandar di Sarawak. Para perancang

dapat mengetahui kelemahan dan juga kejayaan yang terdapat dalam perlaksanaan

projek kelapa sawit seperti yang dihadapi oleh SALCRA.

Kajian ini boleh dikatakan satu penilaian semula ke atas usaha-usaha yang

telah dijalankan oleh pihak SALCRA untuk mengubah taraf sosio ekonomi. Selain itu

kajian ini dapat menilai sejauhmana usaha pembangunan tanah yang dilaksanakan

berjaya mengubah corak hidup penduduk di luar bandar. Seterusnya dengan penilaian

semula ini diharapkan akan dapat memberi cadangan alternatif kepada masalah-

masalah yang dihadapi oleh SALCRA di dalam usahanya untuk membawa penduduk

luar bandar ke dalam arus pembangunan.

Page 14: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

Pusat Kbidmat Maklumat Akademik UNIVERSiTT MALAYSIA SARAWAK

5

1.5 Definisi konsep

Definisi pembangunan adalah satu definisi yang merangkumi aspek-aspek

fizikal, minda, budaya (spritual) dan kemanusiaan. Pembangunan bukanlah semata-

mata pertumbuhan ekonomi yang diukur dengan nilai wang. Pembangunan haruslah

dilihat sebagai pelbagai dimensi termasuk proses mengorganisasi dan mengorientasi

ekonomi dan sistem sosial secara menyeluruh (Todaro 1992).

1.6 Kemiskinan

Kemiskinan secara umumnya bermaksud tidak memenuhi keperluan asas

seperti rumah, pakaian, makanan, bekalan air bersih dan sebagainya. Menurut putaran

ganas (vicious circle) kemiskinan berpunca daripada taraf pendidikan yang rendah.

Tanpa pendidikan yang mencukupi seseorang itu tidak akan mempunyai ilmu

pengetahuan, kepakaran, kemahiran, keyakinan diri dan sebagainya. Akibatnya

individu tersebut tidak dapat menambahkan pengeluaran dan pendapatannya.

Seterusnya individu tersebut tidak dapat lari dari keadaan kemiskinan (Siwar, 1988).

Page 15: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

6

BAB 2

SOROTAN KARYA

2.1 Teori pembangunan

Terdapat beberapa teori pembangunan yang berkaitan dengan kajian ini akan

dibincangkan oleh pengkaji dalam bab ini. Di antaranya ialah linear stage theory, neo-

classical structural model dan internatonal dependence model (Todaro 1985).

Teori linear stage dipengaruhi kuat oleh teori Rostow. Menurut Rostow

(1960), sesebuah negara akan melalui 5 peringkat untuk menjadi negara membangun

iaitu:

1. Traditional society. Pada peringkat ini negara tersebut berada dalam keadaan

tradisonal di mana ia mempunyai dua sektor ekonomi sahaja. Ekonomi masih

tradisional dan dasar ekonomi tertutup diamalkan. Pengeluran aktiviti ekonomi seperti

pertanian adalah rendah.

2. Pre-conditions for take-off into self-sustaining growth. Pada tahap ini terdapat

faktor-faktor luaran seperti dasar ekonomi terbuka diamalkan, penggunaan teknologi

moden dalam pertanian dan sektor perindustrian mula berkembang

Page 16: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

7

3. The take-off. Pada tahap ini pelaburan meningkat dengan pesat sehingga 10 peratus.

Pertumbuhan ekonomi lebih tinggi daripada pertumbuhan penduduk. Kebanyakan

negara Dunia Ketiga termasuk dalam kategori ini.

4. Drive to maturity. Pada tahap ini sains dan teknologi memainkan peranan yang

penting dalam sektor. Menurut Rostow pelaburan akan meningkat kepada 10-20

peratus daripada pendapatan negara. Negara akan menjalin hubungan dengan luar giat

dalam dagangan antarabangsa.

5. Age of mass consumption. Kuasa pengeluaran sudah meningkat, mempunyai modal

dan kekayaan untuk mempengaruhi negara-negara lain.

Secara kesimpulan Rostow menekan pengumpulan modal sebagai nadi

pertumbuhan ekonomi. Kekurangan modal pada tahap take-off perlu diisi oleh pelabur

asing supaya pertumbuhan ekonomi seterusnya dapat dicapai (Rostow, 1960). Selain

daripada model Rostow, model Harrod-Domar (juga menekankan pelaburan dan

tabungan bagi mencapai pembangunan.

Teori neo klasikal pula memfokus kepada aspek bagaimana perubahan struktur

ekonomi berlaku dari tahap tradisional kepada tahap moden. Model ini berasaskan

model Lewis(1954) clan Chenery (1979). Menurut teori Lewis, ekonomi negara

terbahagi kepada dua sektor iaitu sektor pertanian (tradisional) di luar bandar dan

Page 17: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

8

sektor bandar (moden). Menurut teori ini, penghijrahan lebihan buruh dari luar bandar

ke sektor moden akan menggalakkan perkembangan dan pelaburan dalam sektor

perindustrian. Pelaburan modal yang tinggi dalam sektor perindustrian akan

mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Guna tenaga penuh

akan dapat dicapai akan menampung keperluan tenaga buruh dalam sektor moden dan

ekonomi negara akan menjadi stabil. (Kasim, 1990)

2.2 Teori persepsi

Pendekatan Gestalt adalah berkaitan dengan persepsi dalam kajian ini.

Menurut teori Mohamed Nazar (1992) gestalt berasal dari perkataan Jerman. Matlin

dan Foley (1992) menyatakan gestalt dapat didefinisikan sebagai rupa bentuk. Melalui

pendekatan gestalt ini kits akan melihat objek secara menyeluruh. Menurut Mohamed

Nazar (1992) teori gestalt amat mementingkan konsep keseluruhan. Dalam kajian ini

persepsi responden merujuk kepada pendapat responden terhadap projek SALCRA.

2.3 Kemiskinan

Masalah kemiskinan bukanlah satu masalah baru yang melanda negara kita.

Masalah ini telah lama wujud sejak beberapa abad yang lalu iaitu sebelum zaman

merdeka lagi. Masalah ini agak ketara di kalangan sesetengah golongan rakyat negara

ini terutamanya yang tinggal di luar bandar. Masalah kemiskinan adalah paling tinggi

Page 18: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

9

sehingga tahun 1970 di mana kira-kira 87 peratus daripada isirumah miskin didapati

tinggal di luar bandar dan 83 peratus daripada isirumah miskin tersebut terdiri

daripada kaum bumiputera. Pada masa yang sama didapati 80 peratus daripada

isirumah miskin tersebut, adalah dalam sektor pertanian. Pada tahun 1980 sektor

pertanian mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu kira-kira 46.1 peratus.

Keadaan ini amatlah serius memandangkan sektor pertanian merupakan sektor utama

dan tulang belakang ekonomi negara kita. (Kementerian Pertanian, 1975)

Menurut Todaro (1992), lebih daripada 65 peratus penduduk di negara-negara

sedang membangun tinggal di kawasan luar bandar. Di kawasan luar bandar tersebut

kadar kemunduran dan kemiskinan berleluasa. Beliau juga berpendapat hampir

kesemua penduduk di kawasan luar bandar ini bergiat dalam sektor pertanian.

Mengikut Wilber dan Jameson (1992) pula, sektor pertanian menjadi asas

kepada proses pembangunan di negara-negara Dunia Ketiga. Berdasarkan Laporan

Pembangunan Dunia dari Bank Dunia didapati 33 peratus daripada jumlah keluaran di

negara Dunia Ketiga diperolehi dari sektor pertanian (World Bank, 1990).

Kerajaan telah lama sedar akan masalah ini dan sentiasa berusaha dengan

menjalankan berbagai program untuk menangani masalah ini sejak negara kita

Page 19: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

10

merdeka lagi. Memandangkan betapa gentingnya masalah ini kerajaan dari awal iaitu

menerusi Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Rancangan Malaysia Ketujuh telah

memberi keutamaan kepada projek-projek pembangunan yang bertujuan untuk

menambahkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup petani.

"Pembukaan tanah baru akan terus menjadi alat utama kerajaan untuk

mengarahkan perkembangan dalam bidang pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan

di masa depan ke negeri-negeri miskin. " (Unit Perancang Ekonomi 1975)

Di samping itu, kerajaan juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 352,300

atau 20.8 peratus peluang pekerjaan dalam sektor pertanian seperti yang termaktub

dalam Rancangan Malaysia Keenam (Unit Perancangan Ekonomi, 1995).

Dijangkakan menjelang tahun 2000 golongan termiskin dapat dihapuskan sepenuhnya

(Unit Perancang Ekonomi, 1996).

Jelas di sini usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan telah

dijalankan selepas merdeka hingga sekarang. Ini kerana masalah kemiskinan adalah

amat serius jika dibiarkan begitu ia boleh membawa kepada rusuhan dan

ketidakstabilan politik negara. Malahan sejarah negara kita telah membuktikan

implikasi akibat jurang kemiskinan di antara kaum telah menyebabkan peristiwa

Page 20: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

11

hitam dalam sejarah Malaysia iaitu peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Bagi

mengelak daripada sejarah berulang lagi, kerajaan telah menjalankan beberapa usaha

seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari tahun 1970 hingga 1990.

Dasar ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menyusun semula

masyarakat iaitu dengan menghapuskan identiti kaum dengan aktiviti ekonomi

tertentu. Selepas tamat tempoh DEB kerajaan teruskan dengan Rancangan Malaysia

Jangka Panjang iaitu dari tahun 1990 hingga 2000.

Kerajaan Malaysia telah banyak menjalankan usaha-usaha untuk membasmi

kemiskinan di kalangan penduduk terutamanya di kalangan mereka yang tinggal di

kawasan luar bandar. Berdasarkan Jadual 1 di bawah didapati melalui perlaksanaan

usaha-usaha tersebut kerajaan dapat mengurangkan kadar kemiskinan tetapi ia masih

belum lagi dapat dihapuskan sama sekali.

Jadual 1. Kadar Kemiskinan Di Malaysia mengikut tahun

Tahun Kadar (%)

1985 20.7 1990 16.5 1995 8.9

Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 1996

Page 21: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

12

Kadar kemiskinan mengikut strata penduduk, jelas terbukti bahawa kadar

kemiskinan di luar bandar adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan di

bandar. Ini jelas dilihat dalam Jadual 2. Walaupun kadar kemisikinan di kedua strata

sudah menurun namun kadar di antara strata masih lagi begitu besar jurangnya.

Jadual 2. Kadar Kemiskinan Di Malaysia Mengikut Strata Pada Tahun 1985 Dan 1990

Strata

Luar bandar Bandar

Peratus Kemiskinan 1985 1990 27.3 21.8

8.5 7.5 Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 1996

Di Malaysia isirumah yang memperolehi pendapatan yang kurang daripada

RM 350 sebulan dikategorikan di bawah paras kemiskinan (Sundram, J. K. 1988).

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Satu Kementerian Pertanian, Datuk Zolkipli

Abdul di dalam akhbar Berita Harian 13 September 1993, lebih daripada dua juta

penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar berada di bawah paras

kemiskinan.

Sumber pendapatan utama penduduk di kawasan luar bandar adalah dari segi

sektor pertanian. Sektor pertanian amat penting memandangkan 62 peratus penduduk

di negara sedang membangun bergiat di dalam sektor tersebut (Todaro 1992). Di

Page 22: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

13

Malaysia sendiri, walaupun tidak dinafikan bahawa secara relatifnya kepentingan

sektor pertanian semakin berkurangan namun ia masih lagi memainkan peranan yang

besar di dalam mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan negara.

Dalam pada itu, kerajaan telah menubuhkan beberapa badan-badan kerajaan

dan separuh kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian. Di antara agensi-agensi

pembangunan tersebut ialah FELDA (Federal Land Development Authority) atau

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri,

Rancangan Kemajuan Tanah untuk Beliawanis (Negeri), SALCRA (Sarawak Land

Consolidation and Rehabilitation Authority), IADP (Intergrated Agricultural

Development Project) dan sebagainya. Pihak swasta secara persendirian dan secara

usahasama dengan kerajaan turut mengambil bahagian dalam rancangan

pembangunan tanah bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar.

Dalam kertas latihan ilmiah ini penulis hanya memfokuskan masalah

kemiskinan di kalangan kaum Dayak Sarawak terutamanya orang Bidayuh.

Masyarakat bumiputera Sarawak atau kaum Dayak terdiri daripada beberapa suku

kaum seperti than, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Kenyah, Kayan, Kelabit dan

sebagainya. Kaum Dayak ini merupakan ethnik yang terbesar mendiami Sarawak.

Hampir 43 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri Sarawak yang berjumlah

Page 23: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

14

1.8 juts orang terdiri daripada kaum Dayak. Manakala 75 peratus daripada kaum

Dayak ini menjalankan kehidupan harian mereka sebagai petani.

Di Sarawak kerajaan negeri telah menubuhkan SALCRA pada tahun 1973. la

merupakan sebuah badan berkanun separuh kerajaan yang dipertanggungjawabkan

oleh kerajaan untuk membangunkan tanah milik kaum Dayak Sarawak yang dikenali

sebagai Native Customary Rights Land (NCR). Tanah NCR ini adalah sangat luas dan

kebanyakannya dibiarkan begitu sahaja tanpa menjalankan sebarang aktiviti ekonomi

yang menguntungkan. Melihat keadaan ini kerajaan telah membuat rancangan

pembangunan tanah NCR melalui SALCRA. Kerajaan persekutuan dan kerajaan

negeri telah menjalankan pelbagai usaha untuk membaiki taraf sosioekonomi dan

mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan kaum Dayak. Malahan kerajaan negeri

telah membelanjakan wang sebanyak RM6 billion melalui Kementerian Pertanian dan

Pembangunan Komuniti Sarawak sejak dari tahun 1963 (Ngidang 1996). Namun

begitu kejayaan yang diperolehi adalah kecil. Kenyataan akhbar di bawah

membuktikan bahawa kerajaan perlu mencuba alternatif lain untuk membangun

masyarakat miskin negara.

Page 24: Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik - ir.unimas.my para pemilik tanah Ncr dalam... · dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. ... BAB 1 PENGENALAN 1.1 ... peserta sebelum

15

2.4 Usaha pembangunan

Kebanyakan negara di dunia telah melaksanakan pelbagai program atau usaha

untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat terutamanya yang menetap di

kawasan luar bandar dan bergiat dalam sektor pertanian. Dalam usaha untuk

meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar pihak kerajaan haruslah

mencari satu jalan yang dapat menguntungkan semua pihak dan bersifat kekal. Ini

adalah untuk mengelakkan daripada hanya segelintir daripada golongan sasaran yang

menerima manfaatnya manakala sebahagian besar lagi mengalami kerugian kerana

sebarang langkah yang diambil tidak sepatutnya menjadi sia-sia. Oleh yang demikian,

kebanyakan negara melaksanakan program pembangunan tanah untuk meningkatkan

taraf hidup penduduk terutamanya golongan petani di luar bandar.

Di Amerika Syarikat beberapa usaha membantu para petani telah dijalankan.

Di antara usaha-usaha itu ialah Program Sokongan Harga Ladang di bawah Akta

Penyesuaian Pertanian 1933 (Agricultural Adjustment Act 1933). Melalui program ini

menyediakan kemudahan tempat menyimpan keluaran pertanian dan pinjaman

kepada petani. Namun begitu, kesan yang timbul daripada program ini tidaklah seperti

yang djangkakan. Penyimpan keluaran pertanian yang terlalu banyak dan berlebihan

itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban kos penyimpan yang tinggi. Ini

menyebabkan harga keluaran tersebut meningkat. Di samping itu, program yang