PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12....

13
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Transcript of PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12....

Page 1: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

 

 

 

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN 

INSTRUMENTASI (CRIM)  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN

(GUP)

Page 2: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

 

DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.

PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN

 

KANDUNGAN

PERKARA Muka surat

1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3

2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 7

3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 7

4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 8

5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 9

6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 10

7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 11

Page 3: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 3 of 13  

1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)

1.1. Pengenalan

Geran Universiti Penyelidikan (GUP) diperkenalkan semula pada tahun 2014. GUP adalah penyelidikan berdasarkan kepada Tema penyelidikan yang telah dikenalpasti oleh setiap Nic Penyelidikan.

1.2. Nic Penyelidikan

Aktiviti penyelidikan GUP adalah meliputi DUA BELAS (12) Nic Penyelidikan UKM iaitu: 1.2.1. Negara Bangsa (NB) 1.2.2. Pembangunan Lestari Wilayah (PLW); 1.2.3. Tenaga Keterbaharuan (TK); 1.2.4. Teknologi Kesihatan Perubatan (TKP); 1.2.5. Perubahan Iklim (PI); 1.2.6. Nanoteknologi dan Bahan Termaju (NBT); 1.2.7. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi (KPB); 1.2.8. Informatik Isian (ICT); 1.2.9. Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan (EKP); 1.2.10. Politik dan Keselamatan (PK); 1.2.11. Pendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB).

1.3. Tema penyelidikan Tema penyelidikan ditetapkan oleh setiap Nic Penyelidikan dan diperakui oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan berdasarkan Tema penyelidikan yang telah ditetapkan.

1.4. Objektif

Tujuan geran ini adalah untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan mengikut keperluan Nic Penyelidikan.

Page 4: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 4 of 13  

1.5. Syarat Permohonan

1.5.1 Semua penyelidik dari kumpulan penyelidikan yang berdaftar layak

mengemukakan permohonan. 1.5.2 Permohonan penyelidikan yang dikemukakan mestilah mengikut Tema

penyelidikan yang telah ditentukan oleh Nic Penyelidikan. 1.5.3 Permohonan baru bagi penyelidik yang telah diluluskan GUP pada fasa

terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75 peratus (75%).

1.5.4 Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan.

1.6. Tempoh Penyelidikan

Jangkamasa projek mestilah dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) tahun.

1.7. Tatacara Permohonan

1.7.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem

Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). 1.7.2. Rujuk Manual Pengguna SMPU (Permohonan) untuk langkah-langkah

permohonan secara atas talian. 1.7.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh

tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak dapat dipertimbangkan.

1.8. Peraturan Perbelanjaan

1.8.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun) Melantik Felo Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.

1.8.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)

i. Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam negara yang berkaitan dengan projek.

Page 5: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 5 of 13  

ii. Perjalanan ke luar negara perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah:- a) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada

kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua penyelidik dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja.

b) Perjalanan ke luar negara untuk tujuan menghadiri persidangan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Menghadiri Persidangan

c) Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan.

iii. Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40 peratus (40%) daripada jumlah keseluruhan projek.

1.8.3. Vot 24000 (Sewaan) Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

1.8.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang dibenarkan.

1.8.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.

1.8.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)

Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan

Page 6: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 6 of 13  

projek penyelidikan. (Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis) Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan geran.

1.8.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan) Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran. Pembelian  aset/inventori  perlu  mengikut  prosedur  universiti  dan 

dilaksanakan dengan teratur. Setiap aset/inventori perlu dikawal dengan baik 

dari segi rekod dan dilabel Hak Kerajaan Malaysia dan No. Siri Pendaftaran.  

Setiap  aset  perlu  dikembalikan  kepada  pihak  CRIM  setelah  selesai  projek 

penyelidikan  tersebut  atau  penyelidik  cuti  belajar.  Ini  termasuklah  laptop, 

kamera,  ipad,  smartphone,  printer,  projector  serta  lain‐lain  peralatan 

penyelidikan. 

Page 7: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 7 of 13  

1.9. Hasil Penyelidikan

1.9.1. KPI Penerbitan

Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan mengikut jumlah peruntukan yang telah diluluskan seperti berikut: i. RM10,000.00 – RM29,000.00, 1 jurnal terindeks SCOPUS/ERA ii. RM30,000.00 – RM49,000.00, 1 jurnal terindeks ISI WoS / 4 bab dalam

buku / buku penyelidikan dari penerbit yang diiktiraf oleh universiti. iii. Setiap RM50,000.00, 1 jurnal Quartile 1 atau Quartile 2 (Impak faktor

>=2.5) atau kertas Polisi atau Dasar yang diterima pakai di peringkat kebangsaan.

Penghargaan kepada Universiti dan geran penyelidikan mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.

1.9.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan

Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK).

1.10. Tarikh Buka dan Tutup Permohonan

CRIM akan membuat pemakluman mengenai tarikh buka dan tutup permohonan melalui Portal e-Warga dan surat kepada Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/Pusat serta di laman sesawang CRIM (http://research.ukm.my).

Page 8: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 8 of 13  

2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 2.1. Penilaian

2.1.1. Permohonan GUP dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian mengikut Nic Penyelidikan yang telah ditetapkan semasa Bengkel Penilaian GUP.

2.1.2. Perakuan daripada Panel Penilaian Bengkel Penilaian GUP akan dimajukan

ke Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan untuk tujuan kelulusan.

2.1.3. Keputusan permohonan adalah muktamad.

3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)

3.1. Pemakluman Keputusan

3.1.1. Keputusan permohonan GUP akan dimaklumkan kepada pemohon selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan.

3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan dikeluarkan beserta dokumen-dokumen berikut: i. Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan ii. Borang Ubahsuai Cadangan Penyelidikan Dana UP

3.1.3. Ketua Kumpulan diminta mengembalikan semula dokumen di 3.1.2 (a) dan

(b) kepada CRIM DAN Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP) mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Page 9: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 9 of 13  

4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)

4.1. Laporan Kemajuan

Laporan kemajuan perlu dihantar mengikut jadual penghantaran laporan kemajuan seperti berikut:

Penghantaran Laporan Tempoh Laporan Kemajuan

Julai Januari atau dari tarikh mula projek hingga Jun

Januari Julai atau dari tarikh mula projek hingga Disember

Laporan kemajuan perlu menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)

4.2. Laporan Akhir

Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Laporan akhir perlu menggunakan Borang Laporan Akhir Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO02) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)

Page 10: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 10 of 13  

5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)

5.1. Ketua Projek Berhenti

Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.

5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan

Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-BO01). Syarat-syarat permohonan adalah:

i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek.

ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja. iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap

permohonan. iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian

Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).

5.3. Kes Khas

Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keperluan Universiti.

Page 11: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 11 of 13  

6. BAHAGIAN 6 (PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB)

6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti /

institut / pusat. (jika ada); Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi

penilaian; Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik; Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.

6.3. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT

Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan

terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM; Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan; Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan

projek penyelidikan/penyelidik.

6.4. PENYELIDIK Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon; Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki; Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai

objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan dengan jumlah peruntukan yang diberi;

Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan menghantar laporan akhir selepas projek tamat.

Page 12: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 12 of 13  

7. BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)

Mula

Hebahan pemakluman pembukaan geran penyelidikan dan edarkan maklumat berkaitan

Terima dan semak permohonan proposal penyelidikan

Lengkap? Penyelidik lengkapkan permohonan proposal

penyelidikan

Hantar semula ke CRIM

Terima pemakluman agihan peruntukan geran

Asing dan rekod permohonan mengikut Nic penyelidikan

Daftar projek penyelidikan dalam SMPU

Tamat

Maklum Keputusan Penilaian kepada Penyelidik dan BKP

Menyediakan kod projek penyelidikan

Maklum kepada penyelidik

Fail dan rekod

Adakan Bengkel Penilaian Permohonan

Adakan Mesyuarat JKKewDP

Lulus?

Ya 

Ya 

Tidak 

Tidak 

Page 13: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN · PDF filePendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). ... terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)

Page 13 of 13  

-TAMAT-

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 

43600 UKM BANGI 

SELANGOR 

NO. TEL: 03‐89213184/5102/5631/4679/4064 

NO. FAKS: 03‐89254550 

LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my