que paper (2)
-
Upload
narmatha-mani-maran -
Category
Documents
-
view
230 -
download
6
description
Transcript of que paper (2)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS
JADUAL SPEKSIFIKASI TUGASAN KERJA KURSUS
JABATAN : JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATA PELAJARAN : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
KUMPULAN : PPISMP AMBILAN JUN 2011
Tarikh Mula 16 Julai 2012 Tarikh Serahan 27 Ogos 2012
Selama bertahun-tahun Kecerdasan Intelegen ( IQ) telah diyakini menjadi ukuran standard kecerdasan, namun berbeza dalam suasana kehidupan moden yang serba kompleks, ukuran standard IQ ini menjadi pendebatan hangat di kalangan ahli akademik, pendidik, dan masyarakat , terutama sekali apabila dihubungkan dengan prestasi hidup seseorang.
Daniel Goleman ( 1999), adalah salah orang mempopularkan kecerdasan manusia dianggap sebagai faktor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, iaitu kecerdasan emosional atau Emotional Quotient (EQ). Steiner (1997) pula menjelaskan pengertian kecerdasan emosion adalah suatu kemampuan yang dapat memahami emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dapat dikawal dan ditingkatkan sebagai kekuatan pribadi.
Bincangkan bagaimana kita boleh mengamalkan kecerdasan emosi berdasarkan kompetensi personal dan kompetensi sosial?
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menjelaskan konsep dan kepentingan kompetensi kecerdasan emosi2. Menganalisis model kompetensi kecerdasan emosi3. Mengenal pasti tingkah laku bagi setiap komponen kompetensi kecerdasan emosi4. Mengenal pasti dan menggunakan perkataan emosi dengan tepat dan betul5. Menggunakan dialog dalaman yang konstruktif untuk mengurus emosi dalam situasi yang mencabar6. Mengaplikasi pengetahuan Kecerdasan Emosi untuk pembelajaran sepanjang hayat7. Menilai diri dengan menggunakan inventori untuk mengenal pasti tahap Kompetensi Personal diri bagi setiap subkomponen
Kompetensi Personal8. Membuat refleksi introspektif tahap Kompetensi Personal diri9. Menganalisis tingkah laku social dan tindakan watak serta member cadangan untuk meningkatkan Kompetensi Sosial Watak
dalam situasi yang diberi10.Menilai diri dengan menggunakan inventori untuk mengenal pasti tahap Kompetensi Sosial diri bagi setiap subkomponen
Kompetensi Sosial11.Membuat refleksi introspektif tahap Kompetensi Sosial diri
Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 3, 6 dan 9
Objektif Tugasan Kerja Kursus Pendek
1. Menerangkan konsep kompetensi kecerdasan emosi2. Membincangkan penggunaan kompetensi personal dan kompetensi social3. Mengkategorikan jenis-jenis kecerdasan emosi dan menanganinya dengan tepat
Kerja Kursus (100%)
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Kerja kursus ini adalah merangkumi aspek perbincangan dalam pro forma
2. Anda boleh memaparkan data kajian pemerhatian dalam sebarang bentuk visual pilihan anda(jadual, graf, grafik)
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: (WAJIB DIIKUTI)
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Setiap tulisan MESTI mengandungi helaian KANDUNGAN & BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN
4. Amalan plagiat interpersonal dalam kampus atau intra kampus adalah DILARANG SAMA SEKALI
5. Panjang tugasan pada keseluruhan tidak melebihi 20 muka surat(tidak termasuk helaian KULIT, KANDUNGAN, BIBLIOGRAFI/RUJUKAN dan LAMPIRAN)
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeleruh, konsisten dan terperinci
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan mengikut format APA
5. Penulisan anda harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal