Quef

3
Nyatakan peringkat Bimbingan Kelompok dan jelaskan secara ringkas bagaimana ia dijalankan. Bimbingan kelompok kadangkala dikenali sebagai sesi perbincangan. Ia merupakan sesi memberikan maklumat atau penerangan. Kelompok ini sesuai dijalankan untuk menyediakan maklumat pendidikan, vokasional atau peribadi dengan tujuan menolong ahli-ahli menyediakan rancangan untuk hidup yang lebih bermakna. Terdapat lima peringkat dalam bimbingan kelompok iaitu peringkat permulaan, peringkat konflik dan pertentangan, peringkat perkembangan dan kesepaduan, peringkat hasil dan peringkat penamatan. Peringkat Pertama (Permulaan) Kaunselor akan mula memperkenalkan dirinya diikuti dengan setiap ahli kumpulan. Peranan kauselor adalah untuk mengalakkan penyertaan setiap orang ahli. Ahli-ahli masih berada dalam keadaan yang hampa yakni mereka berasa seolah-olah tidak mendapat apa-apa faedah daripada sesi-sesi Permulaan Konflik & Pertentang an Perkembang an & Kesepaduan Hasil Penamatan

description

fewq

Transcript of Quef

Nyatakan peringkat Bimbingan Kelompok dan jelaskan secara ringkas bagaimana ia dijalankan.Bimbingan kelompok kadangkala dikenali sebagai sesi perbincangan. Ia merupakan sesi memberikan maklumat atau penerangan. Kelompok ini sesuai dijalankan untuk menyediakan maklumat pendidikan, vokasional atau peribadi dengan tujuan menolong ahli-ahli menyediakan rancangan untuk hidup yang lebih bermakna. Terdapat lima peringkat dalam bimbingan kelompok iaitu peringkat permulaan, peringkat konflik dan pertentangan, peringkat perkembangan dan kesepaduan, peringkat hasil dan peringkat penamatan.

Peringkat Pertama(Permulaan)Kaunselor akan mula memperkenalkan dirinya diikuti dengan setiap ahli kumpulan. Peranan kauselor adalah untuk mengalakkan penyertaan setiap orang ahli. Ahli-ahli masih berada dalam keadaan yang hampa yakni mereka berasa seolah-olah tidak mendapat apa-apa faedah daripada sesi-sesi kelompok ini.

Peringkat Kedua(Konflik dan Pertentangan)Ahli-ahli mungkin tidak berpuas hati dengan kaunselor. Mereka berasa seolah-olah kaunselor tidak memainkan peranan yang berkesan. Mereka mahu sesuatu yang lebih berstruktur dan belum sedia menerima tanggapan yang ketua kelompok adalah sebagai fasilitator sahaja dan bukan sebagai penyelesai kepada masalah. Kauselor hendak menggalakkan perbincangan itu.

Peringkat Ketiga(Perkembangan dan Kesepaduan)Kepercayaan dalam kalangan ahli telah meningkat. Ahli-ahli berasa lebih selesa dan lebih bersedia berkongsi masalah dan pengalaman. Kaunselor berperanan memberikan dorongan agar kelicinan perjalanan sesi kelompok tidak terjejas.

Peringkat Keempat(Hasil)Ahli-ahli saling mempercayai dan dengan itu rela mengkritik secara terus terang tingkah laku ahli-ahli lain. Ahli yang dikritik itu menerima kritikan secara terbuka dan cadangan-cadangan untuk memperbaik tingkah laku diterima oleh ahli-ahli. Kaunselor hanya memain peranan sebagai peserta dan sumber rujuk.

Peringkat Kelima(Penamatan)Pelbagai perasaan diluahkan pada sesi akhir ini. Kemungkinan terdapat ahli yang tidak mencapai matlamatnya. Walau bagaimanapun, mereka dapat berkenalan dengan ahli-ahli lain serta dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi secara terbuka dan berkesan.