qwewqe

16
3756/1 Prinsip Perakaunan Kertas 1 September 2015 1¼ jam SMKA SHARIFAH RODZIAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN LIMA TAHUN 2015 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan 2. Jawab semua soalan 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak diprogramkan. Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

description

weqwe

Transcript of qwewqe

Page 1: qwewqe

3756/1

Prinsip

Perakaunan

Kertas 1

September 2015 1¼ jam

SMKA SHARIFAH RODZIAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

TINGKATAN LIMA

TAHUN 2015

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan

objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak diprogramkan.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 2: qwewqe

2

1 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan perakaunan asas akruan?

A Perabot direkodkan pada harga kos dalam kunci kira-kira

B Komisen terakru perlu diambil kira semasa pengiraan untung perniagaan

C Encik Ahmad tidak merekodkan yuran tuisyen anaknya ke dalam buku perniagaan

D Perniagaan Zubir telah menetapkan kaedah garis lurus dalam pengiraan susut nilai

aset bukan semasa

2 Apakah hasil kendalian bagi sebuah kedai gunting rambut?

A Bayaran perkhidmatan gunting rambut

B Penerimaan wang sewa ruang

C Dividen atas pelaburan

D Faedah atas simpanan

3 Maklumat berikut berkaitan Puan Aznah.

Puan Aznah telah memulakan perniagaan dengan memasukkan tunai ke dalam

bank sebanyak RM50 000 dan sebuah komputer.

Apakah akaun-akaun yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

A Bank dan Alatan Pejabat

B Tunai, Bank dan Alatan Pejabat

C Bank, Alatan Pejabat dan Modal

D Tunai, Alatan Pejabat dan Modal

4 Pemilik Kedai Kasut Sinaran telah memulangkan tiga pasang kasut yang rosak kepada

pembekal. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

perniagaan Kedai Kasut Sinaran?

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

A Bertambah Tiada kesan Bertambah

B Berkurang Tiada kesan Berkurang

C Berkurang Bertambah Tiada kesan

D Berkurang Berkurang Tiada kesan

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 3: qwewqe

3

5 Maklumat di bawah menunjukkan baki-baki akaun Syarikat Fariz pada 1 Jan 2015.

RM

Kenderaan 45 000

Premis 60 000

Penghutang 8 600

Stok 10 200

Overdraf bank 4 500

Tunai 2 000

Sewa diterima terakru 1 200

Pemiutang 5 500

Modal 117 000

Hitungkan Aset Semasa Syarikat Fariz pada 1 Januari 2015.

A RM20 800

B RM22 000

C RM25 300

D RM26 500

6 Maklumat berikut berkaitan Encik Azman

Encik Azman, seorang peniaga pakaian membeli barang daripada Pembekal Manaf.

Maklumat di bawah dipetik daripada invois yang dikeluarkan oleh Pembekal Manaf.

Tarikh Invois: 10 Jun 2015

Jumlah dalam invois : RM5 000

Syarat diskaun:

Diskaun tunai 10% 7 hari, 5% 14

hari

Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Encik Azman jika beliau membuat bayaran

pada 15 Jun 2015?

A RM 5 000

B RM 4 500

C RM 4 185

D RM 4 050

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 4: qwewqe

4

7 Perekodan urus niaga di dalam buku catatan pertama dibuat berdasarkan dokumen

sumber.

Pilih padanan yang tidak tepat.

Dokumen Sumber Buku catatan pertama

A Invois Salinan Jurnal Jualan

B Nota Debit Asal Jurnal Pulangan Belian

C Memo Jurnal Am

D Nota Kredit Salinan Jurnal Pulangan Jualan

8 Dokumen di bawah diterima oleh Pn. Zaliha, seorang kerani akaun.

Memo

Kedai Pakaian Yazid

15, Jalan PPM 7, Plaza Pandan Malim

75250 Melaka

Tarikh: 11 Mei 2014

Peringatan:

Pemilik telah mengambil sehelai baju kemeja batik untuk tujuan promosi.

Yazid Pengurus

Bagaimanakah urus niaga tersebut dicatatkan dalam Jurnal Am?

Debit Kredit

A Ambilan Belian

B Promosi Belian

C Belian Ambilan

D Belian Promosi

9 Antara berikut yang manakah bukan akaun nyata?

A Akaun perabot

B Akaun tunai

C Akaun stok

D Akaun ambilan

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 5: qwewqe

5

10 Berikut merupakan akaun lejar bagi Kedai Runcit Mini Yati di Batu Berendam.

Akaun Tunai

RM

2015

Mei 5

Koperasi SMK Munsyi

Abdullah

550

Akaun Koperasi SMK Munsyi Abdullah

2015 RM

Mei 5 Tunai 550

Apakah urus niaga yang berlaku pada 5 Mei 2015 di atas?

A Menerima cek daripada Koperasi SMK Munsyi Abdullah sebanyak RM550

B Jualan barang niaga secara tunai kepada Koperasi SMK Munsyi Abdullah RM550

C Koperasi SMK Munsyi Abdullah membayar invois sebanyak RM550 secara tunai

D Membayar kepada Koperasi SMK Munsyi Abdullah sebanyak RM550 secara tunai

11 Mengapakah akaun lejar perlu diimbangkan pada akhir bulan?

A Memastikan jumlah kredit melebihi jumlah debit

B Memastikan jumlah debit melebihi jumlah kredit

C Mencari angka terbesar dalam akaun berkenaan

D Mencari perbezaan antara jumlah debit dengan jumlah kredit.

12 Sumber manakah yang digunakan untuk menyediakan Akaun Jualan?

I Buku Tunai

II Jurnal Jualan

III Jurnal Pulangan Keluar

IV Jurnal Pulangan Jualan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 6: qwewqe

6

13 Urus niaga manakah merupakan catatan kontra di dalam Buku Tunai?

A Peniaga telah mendepositkan wang tunai perniagaan ke akaun bank

B Peniaga telah mengambil cek untuk kegunaan peribadinya

C Peniaga membawa masuk tunai sebagai modal tambahan

D Peniaga menggunakan cek untuk membayar pemiutang

14 Antara yang berikut, yang manakah kesilapan catatan dalam Imbangan Duga?

Butir

Debit Kredit

RM RM

I Kenderaan 25 000

II Cukai atas belian 450

III Hutang lapuk terpulih 355

IV Peruntukan Hutang Ragu 120

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

15 Apakah tujuan Imbangan Duga disediakan?

I Menyemak ketepatan catatan urus niaga di dalam lejar

II Memindahkan catatan dari buku catatan pertama ke lejar

III Menyemak ketepatan catatan di dalam buku catatan pertama

IV Memudahkan penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 7: qwewqe

7

16 Antara yang berikut, baki akaun yang manakah akan berada di sebelah debit apabila

Imbangan Duga disediakan?

I Jualan

II Belian

III Pulangan Jualan

IV Susutnilai Terkumpul Kenderaan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

17 Apakah kebaikan perakaunan asas akruan?

I Merekod hasil apabila tunai diterima sahaja

II Merekod belanja apabila tunai dibayar sahaja

III Mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum

IV Memadankan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

18 Maklumat di bawah dipetik daripada Perniagaan Dagang Sutera .

Harga kos peralatan RM10 000

Tarikh belian peralatan 1 Januari 2013

Kadar susut nilai 20% setahun atas kos

Tarikh penjualan peralatan 31 Disember 2014

Harga jualan peralatan RM7 000

Hitung untung atau rugi atas pelupusan peralatan.

A Untung atas pelupusan RM1 000

B Untung atas pelupusan RM3 000

C Rugi atas pelupusan RM1 000

D Rugi atas pelupusan RM3 000

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 8: qwewqe

8

19 Soalan 19 berdasarkan penyataan di bawah.

Pada 3 Februari 2015, penghutang Suzana muncul kembali dan

menjelaskan hutangnya sebanyak RM2 500 yang telah

dihapuskan sebagai hutang lapuk pada 31 Disember 2014 oleh

Bestari Enterprise.

Apakah catatan jurnal yang disediakan oleh Bestari Enterprise untuk merekod urus niaga

di atas ?

Debit

(RM)

Kredit

(RM)

A Penghutang 2 500

Hutang Lapuk Terpulih 2 500

B Hutang Lapuk Terpulih 2 500

Penghutang 2 500

C Tunai 2 500

Hutang Lapuk Terpulih 2 500

D Tunai 2 500

Hutang lapuk 2 500

20 Perniagaan Zarif telah menyewakan sebuah kedai dengan kadar RM1 200 sebulan

bermula 1 Januari 2014. Apabila akaun perniagaaan ditutup pada 31 Disember 2014,

beliau mendapati masih belum menerima sewa untuk bulan November dan Disember

2014.

Nyatakan jumlah sewa diterima terakru yang perlu ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira

Perniagaan Zarif pada 31 Disember 2014?

A RM16 800

B RM14 400

C RM12 000

D RM2 400

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 9: qwewqe

9

21 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Jenny Enterprise pada 31 Mei 2015.

RM

Stok pada 31 Mei 2015 4 200

Penghutang 6 000

Pemiutang 3 830

Bank 8 300

Tunai 820

Kadar bayaran terakru 500

Komisen diterima terdahulu 200

Peruntukan Hutang Ragu 300

Berapakah modal kerja pada 31 Mei 2015?

A RM14 490

B RM14 790

C RM14 890

D RM15 490

22 Maklumat berikut diperoleh daripada Airin Enterprise pada 31 Mac 2015.

Butir Debit

RM

Kredit

RM

Penghutang

Hutang lapuk

Peruntukan Hutang Ragu

8 900

300

350

Maklumat tambahan :

Jumlah peruntukan hutang ragu yang dicatat dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun

berakhir 31 Mac 2015 mengalami pertambahan RM95.

Hitungkan peratus pelarasan bagi peruntukan hutang ragu.

A 1%

B 3%

C 4%

D 5%

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 10: qwewqe

10

23 Antara akaun-akaun berikut, yang manakah akan direkod dalam Penyata Pendapatan dan

Kunci Kira-kira ?

A Stok akhir

B Hutang ragu

C Hutang lapuk

D Susut nilai terkumpul

24 Antara berikut, yang manakah dicatat sebagai hasil dalam Penyata Pendapatan?

I Komisen dibayar

II Faedah atas pinjaman

III Faedah atas simpanan tetap

IV Pengurangan peruntukan hutang ragu

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

25 Apakah maksud baki debit dalam Penyata Bank?

A Dikategorikan sebagai aset semasa dalam Kunci Kira-kira

B Menunjukkan peniaga mempunyai wang dalam akaun bank

C Jumlah pengeluaran dalam akaun bank melebihi jumlah simpanan

D Jumlah simpanan dalam akaun bank melebihi jumlah pengeluaran

26 Encik Azman menyediakan belanjawan tunai perniagaannya untuk tempoh 3 bulan

berakhir 30 Jun 2015. Jualan dianggarkan RM80 000 setiap bulan di mana 60%

daripadanya diberi tempoh kredit 30 hari.

Hitung anggaran jualan tunai pada bulan Jun 2015.

A RM32 000

B RM48 000

C RM80 000

D RM112 000

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 11: qwewqe

11

27 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Jazrin Enterprise.

Buku Tunai (ruangan Bank sahaja)

2015 RM

Mei 1 Jualan 585

Penyata Bank (petikan)

Tarikh Butir No. Cek Debit Kredit

RM RM

2015

Mei 8

Deposit

558

Maklumat tambahan:

Jumlah jualan telah tersalah catat dalam Buku Tunai.

Apakah catatan yang perlu dilakukan dalam Buku Tunai untuk membetulkan kesilapan

tersebut?

A Kredit RM558

B Debit RM558

C Kredit RM27

D Debit RM27

28 Butiran manakah yang tidak dikenakan potongan caruman ke dalam KWSP?

I Gaji pokok

II Elaun perjalanan

III Elaun lebih masa

IV Elaun bantuan sara hidup

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 12: qwewqe

12

29 Apakah akan berlaku sekiranya perkongsian tidak mempunyai Ikatan Perjanjian?

A Pekongsi akan diberi faedah atas modal sebanyak 8% setahun

B Pekongsi akan diberi faedah atas pinjaman sebanyak 8 % setahun

C Pekongsi akan dikena faedah atas ambilan sebanyak 8% setahun

D Pekongsi akan dkenakan faedah atas pinjaman sebanyak 8% setahun

30 Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Azlan dan Safuan.

Modal Azlan pada 1 Jan 2015 ialah RM18 000

Pada 1 April 2015, Azlan membawa masuk modal tambahan

sebanyak RM6 000.

Faedah atas modal 5 % setahun.

Tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun

Berapakah faedah atas modal Azlan?

A RM900

B RM1 100

C RM1 200

D RM1 125

31 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Perkongsian Wan dan Jay.

RM

Untung bersih 5 000

Faedah atas ambilan 300

Gaji Wan 2 000

Maklumat tambahan:

i) Untung rugi perkongsian dibahagi mengikut nisbah 1:3

Berapakah jumlah kongsi untung Perkongsian Wan dan Jay?

A RM3 750

B RM3 300

C RM2 700

D RM2 475

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 13: qwewqe

13

32 Apakah akaun yang dibuka sementara menunggu wang terbitan saham dibankkan?

A Akaun Permohonan

B Akaun Bank

C Akaun Modal Saham Biasa

D Akaun Modal Saham Keutamaan

33 Kelab dan persatuan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966. Antara berikut, yang

manakah tidak mematuhi perkara yang terkandung dalam akta tersebut.

A Menyimpan rekod terperinci yang berkaitan dengan hal kewangan.

B Memilih ahli jawatankuasa untuk melaksanakan segala aktiviti kelab dan persatuan.

C Melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam mesyuarat agung tahunan.

D Menghantar laporan kewangan dan senarai ahli jawatankuasa kepada Pendaftar

Syarikat.

34 Data di bawah ini diperoleh daripada buku perakaunan Persatuan Penduduk Taman Paya

Indah yang menjalankan aktiviti perniagaan bagi menambah tabungan kewangan

persatuan.

RM

Stok kedai makan pada 1 Januari 2014 5 260

Stok kedai makan pada 31 Disember 2014 11 500

Jualan 22 024

Belian 10 744

Elektrik dan air 3 200

Upah pembantu kedai makan 4 000

40% daripada elektrik dan air adalah untuk kedai makan.

Hitung untung kedai makan persatuan itu.

A RM12 240

B RM14 800

C RM20 240

D RM22 770

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 14: qwewqe

14

35 Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Iskandar.

RM

Modal pada 1 Januari 2014 52 400

Modal pada 31 Disember 2014 47 600

Ambilan sepanjang tahun 2014 3 520

Peniaga membawa masuk wang tunai RM20 000

untuk membeli alatan kedai.

Apakah yang diperoleh Perniagaan Iskandar pada 31 Disember 2014?

A Rugi RM18 720

B Rugi RM21 280

C Untung RM18 720

D Untung RM21 280

36 Maklumat berikut diberikan oleh Kedai Runcit Marina.

RM

Baki penghutang 1 Januari 2014 3 000

Baki penghutang 31 Disember 2014 4 000

Penerimaan daripada penghutang 8 000

Pulangan jualan 320

Hutang lapuk 280

Berapakah jualan kredit kedai tersebut?

A RM7 320

B RM7 600

C RM9 320

D RM9 600

37 Apakah tujuan Akaun Pengeluaran disediakan?

A Merancang proses pengeluaran

B Mengira untung atau rugi pengeluaran

C Menunjukkan kos yang terlibat dalam pengeluaran

D Menyatakan kedudukan kewangan firma pengeluaran

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 15: qwewqe

15

38 Pusat Rawatan Kecantikan Maya menawarkan perkhidmatan rawatan muka yang

menggunakan minyak argan. Kos yang terlibat dalam perkhidmatan tersebut adalah seperti

berikut:

RM

Kos tetap 3 500

Kos berubah seunit 40

Harga jualan seunit 90

Berapakah bilangan perkhidmatan yang perlu dilakukan sekiranya kos berubah meningkat

sebanyak 10%.

A 70 unit

B 76 unit

C 80 unit

D 88 unit

39 Fatinah Enterprise ingin menilai prestasi perniagaannya untuk tahun 2013 dan tahun 2014

berdasarkan maklumat berikut.

Tahun 2013 2014

Pulangan atas modal 30% 27%

Pilih faktor yang menyebabkan perubahan dalam peratus tersebut.

I Volum jualan telah berkurang

II Kos jualan telah dikurangkan

III Pengendalian perniagaan bertambah cekap

IV Kelemahan dalam pengendalian perniagaan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

Page 16: qwewqe

16

40 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Ismith pada 31 Disember 2014.

Untung kasar RM45 400

Stok purata RM15 000

Kadar pusing ganti stok 4 kali

Berapakah kos jualan?

A RM30 400

B RM49 150

C RM60 000

D RM60 400

KERTAS SOALAN TAMAT

Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online