R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...1.9 billion, diikuti oleh Singapura (+RM 1.8...

16

Transcript of R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...1.9 billion, diikuti oleh Singapura (+RM 1.8...

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

    • MANFAATKAN TV PENDIDIKAN UNTUK PDPR LEBIH EFISYEN • KURANGKAN IMPAK COVID-19 MELALUI KOPERASI WANITA • PENGANGGURAN KEMBALI MENINGKAT

    EKONOMI & KEWANGAN

    • PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) DI MALAYSIA

    • NAIK TURUN SEKTOR PERDAGANGAN MALAYSIA

    • KEMENANGAN JOE BIDEN DAN KESAN EKONOMI

    KESEJAHTERAAN SOSIAL

    • 1 DARI 8 PESAKIT COVID-19 BERISIKO MENGALAMI MENTAL

    • WANITA BAWAH 35 TAHUN LEBIH TERKESAN AKIBAT COVID-19

    • SALAH FAHAM TERHADAP VAKSIN COVID-19

    ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI

    • RASUAH DALAM PEMBALAKAN HARAM, PERLU TINDAKAN AGRESIF

    • TEKANAN INDUSTRI SAWIT PADA MASA HADAPAN

    • TINDAKAN TEGAS KE ATAS SYARIKAT YANG LANGGAR EIA

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 2

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

    MANFAATKAN TV PENDIDIKAN UNTUK PDPR LEBIH EFISYEN Rentetan pelbagai rungutan yang timbul terutama

    dalam kalangan ibu bapa berhubung sesi

    Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

    anak-anak, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

    (KPM) digesa menggunakan saluran televisyen

    bagi memastikan sesi PdPR tersebut boleh

    berlangsung dengan lebih efisyen.

    Penggunaan saluran televisyen sebagai saluran

    utama PdPR dilihat merupakan jalan terbaik yang

    bakal memberi situasi menang-menang kepada semua pihak terutama ibu bapa,

    guru-guru dan juga pihak Kerajaan.

    Menurut Ketua Wirawati Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra), Dr Asmah

    Razalli, penggunaan saluran televisyen sebagai wadah PdPR sangat menjimatkan di

    samping tidak membebankan ibu bapa yang bekerja dan tidak mempunyai peranti

    yang cukup untuk sesi PdPR, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak

    yang ramai.

    Melalui inisiatif ini juga, guru-guru dan pelajar-pelajar yang tinggal di pedalaman

    Sabah dan Sarawak mampu menarik nafas lega kerana mereka tidak lagi

    menghadapi masalah capaian internet yang lemah untuk menjalankan sesi PdPR.

    Sementara itu dalam satu kenyataan yang lain, KPM turut digesa mewujudkan

    sebuah pasukan tenaga pakar bidang pendidikan bagi mengkaji satu sistem PdPR

    yang efisyen dan berkualiti. Penubuhan tenaga pakar ini bertujuan menggembeleng

    tenaga pakar teknologi pendidikan, guru-guru pakar mata pelajaran, tenaga kerja

    Institut Pendidikan Guru (IPG) dan warga akademik untuk membina kemudahan

    serta bahan yang tepat untuk sebaran melalui televisyen dan radio.

    Inovasi melalui media elektronik ini dilihat lebih universal bagi memastikan tiada

    generasi yang tercicir daripada mendapat pendidikan akibat pandemik COVID-19. Dr

    Omar juga mencadangkan agar KPM memperkasakan TV Pendidikan dengan

    menambah kandungan, memperbanyak ulang siar rakaman dan akses kepada

    semua saluran termasuk unifi TV serta platform penstriman seperti Netflix.

    Sumber: Sinar Harian (26 Januari 2020) https://www.sinarharian.com.my/article/120339/BERITA/Nasional/KPM-disaran-wujudkan-jawatankuasa-televisyen-PdPR

    https://www.sinarharian.com.my/article/120339/BERITA/Nasional/KPM-disaran-wujudkan-jawatankuasa-televisyen-PdPRhttps://www.sinarharian.com.my/article/120339/BERITA/Nasional/KPM-disaran-wujudkan-jawatankuasa-televisyen-PdPR

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 3

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    KURANGKAN IMPAK COVID-19 MELALUI KOPERASI WANITA Dalam situasi pandemik COVID-19 hari ini,

    wanita turut digesa berusaha membantu

    menaikkan semula taraf kehidupan keluarga

    melalui penyertaan dalam koperasi wanita.

    Menurut Pengerusi Koperasi Gerak Wanita

    Islam Malaysia (Gerakwanis) iaitu Bibi

    Sunita Sakandar Khan, penyertaan mereka

    dalam koperasi wanita amat bertepatan

    ketika ramai sedang menghadapi kesulitan

    kewangan ekoran wabak tersebut.

    Antara aktiviti utama yang dijalankan koperasi wanita ialah projek keusahawanan.

    Melalui platform ini, wanita akan dibantu untuk meningkatkan ilmu dan ekonomi

    keluarga secara berkumpulan. Ahli koperasi juga berpeluang menimba ilmu teknikal

    keusahawanan pasca norma baharu selain turut menikmati pembayaran dividen

    tahunan yang agak lumayan. Gerakwanis merupakan salah satu koperasi wanita

    contoh di negara ini. Walaupun baru berusia setahun jagung, koperasi ini aktif

    mengadakan program-program keusahawanan dan kemasyarakatan di samping giat

    mempromosikan kepentingan wanita menyertai koperasi di negara ini.

    Melalui penyertaan lebih ramai wanita dalam koperasi wanita ini, Gerakwanis

    berhasrat menjadi peneraju kepada koperasi wanita Islam di Malaysia melalui

    pembabitan dalam sektor ekonomi, pendidikan dan keusahawanan. Di samping itu,

    Gerakwanis turut berhasrat menjadikan bidang ekonomi, pendidikan dan kebajikan

    sebagai teras utama gerakannya. Untuk rekod sehingga hari ini, hanya 252 koperasi

    wanita yang ditubuhkan di seluruh negara. Angka ini disifatkan sesuatu yang

    mengecewakan kerana ia menjadi penanda aras tidak ramai golongan wanita di

    negara ini yang mempunyai kesedaran tentang faedah menyertai koperasi.

    Justeru, untuk menambahbaik situasi ini, Gerakwanis telah mencadangkan

    beberapa saranan termasuklah menubuhkan Majlis Penasihat Koperasi Wanita

    Negara. Antara objektif utamanya ialah melakukan kajian juga untuk mengenal pasti

    koperasi-koperasi wanita yang kurang aktif di negara ini bagi memudahkan proses

    pemenambahbaikan polisi sedia ada.

    Selain itu, turut ditekankan mengenai proses pendaftaran dan penubuhan koperasi

    boleh dilakukan secara dalam talian sepenuhnya seperti yang dilaksanakan di

    negara maju seperti United Kingdom. Kerajaan juga perlu proaktif menyalurkan dana

    dan bantuan kepada koperasi baharu agar koperasi yang ditubuhkan mampu

    digerakkan secara proaktif.

    Sumber: Berita Harian (21 Januari) https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/01/778416/koperasi-wanita-bantu-kurangkan-impak-pandemik-covid-19

    https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/01/778416/koperasi-wanita-bantu-kurangkan-impak-pandemik-covid-19https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/01/778416/koperasi-wanita-bantu-kurangkan-impak-pandemik-covid-19

  • 2 1 J a n – 2 9 J a n 2 0 2 1 | 4

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    PENGANGGURAN KEMBALI MENINGKAT November 2020 mencatatkan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 0.1%

    berbanding bulan sebelumnya menjadikan bilangan rakyat yang tidak mempunyai

    pekerjaan pada suku terakhir tahun 2020 berjumlah lebih kurang 764.4 ribu orang.

    Berdasarkan rekod Jabatan

    Statistik Negara, lebih 80%

    rakyat yang menganggur

    merupakan penganggur aktif.

    Hampir 50% dalam kumpulan

    tersebut tidak bekerja kurang

    daripada tiga bulan, manakala

    yang tidak mempunyai sebarang

    pekerjaan lebih dari satu tahun

    pula sebanyak 10.4%.

    Antara faktor utama menyebabkan berlakunya kenaikan kadar pengangguran secara

    mendadak dalam fasa COVID-19 adalah disebabkan hampir 98% perniagaan

    berdaftar di negara ini berada dalam kelompok Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

    Justeru, apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, banyak perniagaan

    yang terjejas dan sebahagian besar terpaksa mengecilkan operasi syarikat.

    Malahan, kedapatan juga syarikat yang terpaksa gulung tikar ekoran tidak mampu

    bertahan dengan masalah kewangan yang ditanggung. Situasi ini memberi kesan

    kepada hampir dua pertiga pekerja dalam sektor swasta.

    Bagi mengimbangi situasi tersebut, kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan

    beberapa pakej ransangan ekonomi seperti pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS,

    PENJANA dan terbaharu adalah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat

    Malaysia (PERMAI) yang bernilai RM15 bilion. PERMAI diperkenalkan bertujuan

    menambah baik inisiatif sedia ada di samping mempercepat pelaksanaan inisiatif

    berkaitan.

    Sebanyak 22 inisiatif diperkenalkan di bawah PERMAI yang berfokuskan tiga objektif

    utama iaitu Memerangai Wabak COVID-19, Memelihara Kebajikan Rakyat dan

    Menyokong Kelangsungan Perniagaan. Antara inisiatif yang diperkenalkan di bawah

    objektif ketiga iaitu Menyokong Kelangsungan Perniagaan ialah menambah baik

    Program Subsidi Upah (PSU), meneruskan program Geran Padanan Khas SME,

    bantuan kewangan secara one-off kepada pemandu teksi dan bas, mempercepat

    pelaksanaan Skim Kredit Mikro, menyokong dan meningkatkan perniagaan dalam

    talian serta beberapa inisiatif lagi bakal membantu usahawan-usahawan untuk

    kembali bertahan sekurang-kurangnya sehingga tempoh kawalan pergerakan ditarik

    semula di seluruh negara.

    Sumber: DOSM, Malaysian Economic Statistics Review, Vol.1/2021

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 5

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    EKONOMI & KEWANGAN

    PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) DI MALAYSIA Menurut laporan yang dikeluarkan oleh

    Persidangan Perdagangan dan

    Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu (UNCTAD) pada 24 Januari 2021,

    pelaburan langsung asing (FDI) di peringkat

    global bagi tahun 2020 menurun sehingga

    42% (bersamaan dengan US$859 billion

    atau RM 3.48 trillion) dan dijangka akan

    mengalami corak yang sama pada tahun ini. Ini menyebabkan usaha pemulihan

    ekonomi menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan.

    Penurunan FDI yang paling ketara berlaku di negara-negara maju di mana 69%

    (bersamaan dengan US$229 billion atau RM 928 billion) daripada penurunan global

    datangnya dari negara ini terutamanya Amerika Syarikat (-49%). Namun begitu, bagi

    negara-negara membangun pula, penurunan FDI secara relatifnya disumbangkan

    sebanyak 12% yang bersamaan dengan US$ 616 billion (RM 2.49 trillion). Walaupun

    peratus penurunannya lebih kecil berbanding negara membangun, jumlahnya adalah

    lebih besar kerana FDI di negara membangun adalah 72% dari keseluruhan FDI

    global. Ketika kebanyakan negara di Asean mengalami penurunan di dalam FDI,

    Malaysia menunjukkan penurunan yang paling banyak iaitu sebanyak 68%

    berbanding negara-negara jiran seperti Vietnam yang turun hanya sebanyak 10%,

    Indonesia (-24%), Singapura (-37%) dan Thailand (-50%). FDI bagi sesebuah

    negara banyak dipengaruhi oleh polisi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan

    semasa yang memerintah negara tersebut. Terdapat beberapa cadangan

    penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dalam usaha

    meningkatkan FDI ke negara ini seterusnya mengupayakan kembali ekonomi.

    Pertama, meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI) dan memperkukuhkan

    asas perusahaan kecil & sederhana (PKS). Kedua, memperkukuhkan kerjasama

    serantau melalui ASEAN dan Regional Comprehensive Economic Partnership

    (RCEP) untuk saling ketergantungan serantau. Ketiga, meningkatkan defisit fiskal

    untuk melabur dalam DDI, termasuk dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) dan

    menghasilkan strategi penciptaan pekerjaan di tengah-tengah strategi makro-

    ekonomi Malaysia. Keempat, mempelbagaikan dan meningkatkan hubungan

    perdagangan dan pelaburan di luar rakan FDI yang biasa dengan melihat potensi

    lain yang mungkin lebih besar dan lebih baik seperti Amerika Latin (Tengah &

    Selatan), Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika Utara, dan Afrika Sub-Sahara.

    Sumber: United Nation Conference of Trade and Development (24 Januari

    2021) https://unctad.org/system/files/official-document/diaeiainf2021d1_en.pdf

    https://unctad.org/system/files/official-document/diaeiainf2021d1_en.pdf

  • 2 1 J a n – 2 9 J a n 2 0 2 1 | 6

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    NAIK TURUN SEKTOR PERDAGANGAN MALAYSIA Unjuran ekonomi Malaysia yang terbaru

    dibuat oleh Bank Dunia adalah pada

    Disember 2020, di mana ekonomi negara

    dijangka meningkat sehingga 6.7% pada

    tahun 2021 setelah mengalami

    kemuncupan sebanyak 5.8% pada tahun

    2020.

    Sektor perdagangan dalam negara menunjukkan penurunan yang lebih besar bagi

    suku pertama hingga suku ketiga tahun 2020 dengan penguncupan sebanyak 4.6%

    berbanding 2.4% tempoh yang sama pada tahun 2019. Penurunan ini disumbang

    oleh import yang mengecil sebanyak 9.0% walaupun kadar eksport meningkat

    sebanyak 4.3%. Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Sarawak merupakan

    penyumbang utama eksport Malaysia dengan jumlah kumulatif sebanyak 77.6%

    walaupun tiga daripadanya mencatatkan pertumbuhan negatif dengan Johor turun

    sebanyak 2.9% diikuti oleh Selangor (-7.5%) dan Sarawak (-20.0%).

    Selain itu, Pahang, Pulau Pinang dan Perak mencatat pertumbuhan positif masing-

    masing dengan 12.1%, 8.7% dan 6.2%. Pertumbuhan itu disebabkan oleh produk

    elektrik & elektronik di Pulau Pinang, produk getah di Perak dan produk besi & keluli

    di Pahang. Kelebihan yang diperolehi ini sejajar dengan permintaan pengeluaran

    yang berterusan yang dikategorikan sebagai industri penting di Malaysia.

    Secara keseluruhannya, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah

    kekal menjadi rakan dagang utama Malaysia sehingga November 2020 dengan

    sumbangan kumulatif melebih 50.0%. Pertumbuhan eksport yang positif

    disumbangkan oleh Amerika Syarikat yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM

    1.9 billion, diikuti oleh Singapura (+RM 1.8 billion), China (+RM 1.7 billion), Hong

    Kong (+RM 1.3 billion) dan Kesatuan Eropah (+RM 457.4 juta). Namun begitu, tiga

    negara yang mengalami penurunan eksport dari Malaysia adalah Indonesia (-RM 1.1

    billion), Thailand (-RM 570.3 juta) dan Korea Selatan (-RM 555.3 juta). Dari sudut

    import pula, pertumbuhan negatif adalah disebabkan penurunan import dari

    Singapura (-RM 2.2 billion), Kesatuan Eropah (-RM 1.1 billion), UAE (-RM 846.3

    juta), China (-RM 738.7 juta) dan Amerika Syarikat (-RM 705.2 juta).

    Prestasi ekonomi Malaysia untuk suku keempat tahun 2020 adalah sangat

    mencabar berikutan ketidakpastian yang berterusan dalam situasi kesihatan di

    seluruh dunia dan di dalam negara. Selain itu, bencana banjir di beberapa negeri

    menjelang akhir tahun 2020 pelaksanaan semula PKP juga telah melambatkan

    momentum pemulihan ekonomi pada suku keempat tahun 2020.

    Sumber: DOSM, Malaysian Economic Statistics Review, Vol.1/2021

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 7

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    KEMENANGAN JOE BIDEN DAN KESAN EKONOMI Suatu analisis ada mengatakan bahawa kemenangan Joe Biden sebagai Presiden

    Amerika Syarikat akan memberi kesan yang besar pada peta ekonomi global

    terutamanya terhadap perang perdagangan AS-China yang dimulakan oleh Donald

    Trump, dan kemungkinan besar akan cuba diperlahankan oleh Biden.

    Selain itu, Joe Biden juga berjanji untuk memberikan pakej rangsangan fiskal yang

    lebih besar berjumlah US$ 2.5 trilion dari 2021 hingga 2024, yang juga akan

    memberi kesan terhadap ekonomi global. Menurut penyedia perkhidmatan

    profesional, kejayaan Joe Biden dalam meredakan ketegangan perdagangan antara

    Amerika Syarikat dan China akan meningkatkan harga komoditi global secara umum

    dan menjaga kestabilan pasaran kewangan global. Namun, ketegangan yang

    semakin longgar ini juga boleh mempengaruhi rancangan pelabur untuk

    memindahkan kemudahan pengeluaran mereka dari China ke negara lain.

    Pendekatan Joe Biden ke atas China setelah beberapa tahun terakhir hubungan

    perdagangan dingin di bawah Trump boleh memberi kesan kepada Malaysia, yang

    mempunyai industri semikonduktor yang semakin berkembang pesat. Keprihatin

    pentadbiran baru Amerika Syarikat terhadap persekitaran juga kemungkinan dapat

    mempengaruhi bagaimana perdagangan minyak akan dijalankan di peringkat global.

    Selain pengurusan pandemik yang lebih baik dan peningkatan pengeluaran vaksin

    yang selamat dan berkesan, kemampuan pentadbiran baru di bawah Joe Biden

    untuk melancarkan pakej rangsangan kedua akan merancakkan prospek ekonomi

    Amerika Syarikat. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam tinjauan Oktober

    2020 mengunjurkan pertumbuhan 3.1% pada tahun 2021, meningkat daripada

    penguncupan 4.3% yang dijangkakan pada tahun sebelumnya. Pemulihan di

    Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa ekonomi terbesar di dunia akan menyokong

    pertumbuhan global bagi tahun 2021 seterusnya bakal memanfaatkan ekonomi di

    Asia termasuk juga Malaysia.

    Perkara ini diharapkan memberi kesan positif yang

    berpanjangan kepada ekonomi Malaysia, yang

    menjadikan Amerika Syarikat sebagai rakan dagang

    ketiga terbesarnya, merangkumi RM 77 bilion atau

    hampir 11% eksport negara dari Januari hingga

    September 2020. Bagi suku pertama hingga suku ketiga

    tahun 2020, Amerika Syarikat telah menjadi rakan

    dagang yang paling banyak menyumbang kepada ekspot

    negara iaitu peningkatan sebanyak RM 1.9 billion.

    Sumber: The Edge Markets (26 November 2020)

    https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-economic-impact-biden-presidency

    https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-economic-impact-biden-presidency

  • 2 1 J a n – 2 9 J a n 2 0 2 1 | 8

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    KESEJAHTERAAN SOSIAL

    1 DARI 8 PESAKIT COVID-19 BERISIKO MENGALAMI MENTAL Satu daripada lapan orang yang menghidap Covid-19 didiagnosis menghidap

    penyakit psikiatri atau neurologi pertama dalam tempoh enam bulan selepas

    disahkan positif. Analisis baru menunjukkan, banyak bukti yang mengatakan jumlah

    virus pada kesihatan mental dan gangguan otak pada pesakit COVID-19 satu

    perkara yang amat serius.

    Tambahan pula, penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet Psychiatry,

    daripada 69.8 juta orang di AS - termasuk lebih daripada 62,000 yang didiagnosis

    dengan COVID-19, mendapati

    hampir 20 peratus pesakit COVID-

    19 mengalami masalah kesihatan

    mental seperti kegelisahan atau

    kemurungan dalam masa tiga bulan

    dari diagnosis mereka.

    Perkara ini jelas membuktikan

    masalah mental pesakit COVID-19

    merupakan isu runcing yang berlaku

    seluruh dunia. Malaysia juga tidak

    terkecuali, Astro Awani ada

    melaporkan kejadian bunuh diri seorang warga emas akibat kemurungan yang

    melampau. Mangsa sering sesak nafas dan kemurungan setelah disahkan positif

    COVID-19.

    Bahkan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia ada menyatakan bahawa sejak akhir-

    akhir ini, peningkatan kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ada

    yang cuba membunuh diri dikesan daripada pertambahan pembelian ubat anti

    kemurungan sehingga mencecah empat angka sehari.

    Sumber:

    1. The Guardian (25 Jan 2021)

    https://www.theguardian.com/world/2021/jan/25/covid-linked-to-risk-of-mental-

    illness-and-brain-disorder-study-suggests

    2. Astro Awani (22 Jan 2021) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-kemurungan-positif-covid19-dipercayai-bunuh-diri-279291

    3. Shape (21 Jan 2021) https://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/long-term-mental-health-effects-covid-recovery

    https://www.theguardian.com/world/2021/jan/25/covid-linked-to-risk-of-mental-illness-and-brain-disorder-study-suggestshttps://www.theguardian.com/world/2021/jan/25/covid-linked-to-risk-of-mental-illness-and-brain-disorder-study-suggestshttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-kemurungan-positif-covid19-dipercayai-bunuh-diri-279291https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-kemurungan-positif-covid19-dipercayai-bunuh-diri-279291https://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/long-term-mental-health-effects-covid-recoveryhttps://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/long-term-mental-health-effects-covid-recovery

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 9

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    WANITA BAWAH 35 TAHUN LEBIH TERKESAN AKIBAT

    COVID-19 Tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos,

    mendapati wanita di bawah umur 35 tahun lebih cenderung untuk berasa resah dan

    tertekan berhubung situasi pekerjaan. Hal ini disebabkan oleh wanita kurang

    mendapatkan sokongan dari keluarga sama ada suami mahupun anak-anak

    menyebabkan mereka berasa tertekan apabila perlu bekerja dari rumah sepanjang

    tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Perkara ini dibuktikan

    melalui kajian yang sama mendapati walaupun sudah meluangkan lebih sembilan

    bulan bekerja dari rumah, dua pertiga rakyat Malaysia masih berdepan cabaran

    untuk mengimbangkan kehidupan harian dan kerja.

    Malahan, berhubung stres berkaitan

    tekanan akibat keluarga, sebagai

    contoh melibatkan penjagaan anak,

    tinjauan Ipsos mendapati kadar

    stres di Malaysia mengatasi dengan

    58 peratus berbanding 45 peratus di

    peringkat global. Ini menunjukkan

    kadar stres rakyat Malaysia wanita

    terutamanya lebih tinggi berbanding

    global apabila melibatkan isu

    berkenaan pengurusan keluarga.

    Perkara ini bukan hanya melibatkan isu kekeluargaan bahkan wanita yang

    berpendapatan rendah turut cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung

    situasi pekerjaan. Hal ini kerana, sebanyak 10 peratus pekerja telah kehilangan

    pekerjaan manakala tujuh peratus pekerja telah meninggalkan pekerjaan mereka.

    Justeru, pembabitan wanita dalam gerakan koperasi amat bertepatan bagi

    membolehkan mereka mendapat manfaat, terutama dalam berhadapan dengan

    kesulitan kewangan akibat wabak itu. Antara yang dilakukan oleh koperasi wanita

    (Gerakwanis) termasuk menawarkan latihan dan pemasaran produk bagi membantu

    asnaf dan ibu tunggal yang terkesan akibat COVID-19 melalui program UPDiri di

    Bazaar d'Sultana.

    Sumber:

    1. Astro Awani (21 Januari 2021) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-lebih-terkesan-akibat-covid19-ini-fokus-kajian-impak-pandemik-ipsos-279067

    2. Berita Harian (21 Januari 2021)

    https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/01/778416/koperasi-wanita-bantu-kurangkan-impak-pandemik-covid-19

    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-lebih-terkesan-akibat-covid19-ini-fokus-kajian-impak-pandemik-ipsos-279067https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-lebih-terkesan-akibat-covid19-ini-fokus-kajian-impak-pandemik-ipsos-279067https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/01/778416/koperasi-wanita-bantu-kurangkan-impak-pandemik-covid-19https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/01/778416/koperasi-wanita-bantu-kurangkan-impak-pandemik-covid-19

  • 2 1 J a n – 2 9 J a n 2 0 2 1 | 10

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    SALAH FAHAM TERHADAP VAKSIN COVID-19 Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 di

    Malaysia telah bermula pada 21 Januari lalu di

    sembilan hospital Kementerian Kesihatan

    Malaysia (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian

    Klinikal (CRC).

    Namun begitu, apa yang menggusarkan masih

    ramai golongan ‘anti-vaksin’ cuba untuk

    menafikan manfaat yang terkandung di dalam

    vaksin itu sendiri. Malah, kenyataan yang

    menakut-nakutkan dan berbau ‘pseudosains’

    serta serangan terhadap teknologi ‘messenger

    RNA’ (mRNA) yang diguna pakai oleh salah

    satu daripada vaksin tersebut memberikan kesan negatif kepada masyarakat

    mengenai vaksin Covid-19 secara amnya.

    Salah faham ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah ia turut berlaku di India

    dimana satu pertiga penduduk India dilaporkan tidak hadir untuk menerima suntikan

    vaksin. Manakala beberapa kumpulan di Eropah kini sedang ghairah mendakwa

    vaksin tertentu adalah haram di sisi Islam dan cuba mempengaruhi umat Islam di

    sana supaya menolak suntikan vaksin berkenaan.

    Tidak dinafikan, pembuatan vaksin Covid-19 berlaku dalam masa begitu singkat,

    namun penggunaan teknologi mRNA telah berlangsung sejak awal 2000. Bahkan

    kenyataan yang timbul berkenaan halal haram vaksin yang telah menimbulkan

    keraguan banyak pihak juga perlu dihapuskan kerana vaksin tidak mempunyai

    kandungan protein binatang, khinzir, lemak lembu, merkuri dan sebagainya. Vaksin

    dihasilkan daripada bahan sintetik. Oleh itu, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah

    Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) juga telah mengeluarkan

    fatwa bahawa vaksin harus digunakan serta ia juga merupakan salah satu maslahah

    (kebaikan) yang amat diperlukan bagi mengelak mudarat (keburukan) yang lebih

    besar di kemudian hari.

    Sumber: 1. Sinar Harian (6 Januari 2021)

    https://www.sinarharian.com.my/article/117860/KHAS/Wacana/Masyarakat-perlu-buka-minda-mengenai-vaksin

    2. Sinar Harian (6 Januari 2021) https://www.sinarharian.com.my/article/118275/KHAS/Covid-19/Covid-19-Salah-maklumat-punca-masyarakat-keliru-tentang-vaksin

    3. Berita Harian (20 Januari 2021) https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778233/umat-islam-

    kanada-diingatkan-jangan-terpedaya-teori-konspirasi-anti

    https://www.sinarharian.com.my/article/117860/KHAS/Wacana/Masyarakat-perlu-buka-minda-mengenai-vaksinhttps://www.sinarharian.com.my/article/117860/KHAS/Wacana/Masyarakat-perlu-buka-minda-mengenai-vaksinhttps://www.sinarharian.com.my/article/118275/KHAS/Covid-19/Covid-19-Salah-maklumat-punca-masyarakat-keliru-tentang-vaksinhttps://www.sinarharian.com.my/article/118275/KHAS/Covid-19/Covid-19-Salah-maklumat-punca-masyarakat-keliru-tentang-vaksinhttps://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778233/umat-islam-kanada-diingatkan-jangan-terpedaya-teori-konspirasi-antihttps://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778233/umat-islam-kanada-diingatkan-jangan-terpedaya-teori-konspirasi-anti

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 11

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI

    RASUAH DALAM PEMBALAKAN HARAM, PERLU TINDAKAN

    AGRESIF Isu pembalakan haram merupakan

    perkara yang sering diketengahkan

    saban tahun. Apatah lagi, isu ini tidak

    terkecuali melibatkan kegiatan rasuah

    sama ada dalam kalangan pihak

    atasan mahupun kakitangan

    bawahan yang melindungi

    pembalakan haram di negara kita sehingga dilabelkan “kebal undang-undang”. Pada

    tahun 2010, statistik Global Forest Watch melaporkan Malaysia memiliki 20.3 hektar

    hutan semula jadi, tetapi jumlah tersebut semakin berkurangan sehingga tahun 2019

    dan negara kehilangan 193 ribu hektar hutan semula jadi.Polamik pembalakan

    haram mahupun pengondolan hutan secara berleluasa yang tiada berkesudahan ini

    bukan sahaja menjejaskan aset alam sekitar tetapi turut menyebabkan bencana

    alam seperti tanah runtuh, banjir lumpur dan pencemaran sumber air sekali gus

    menjejaskan kesejahteraan rakyat.

    Negara kita baru sahaja dikejutkan dengan banjir besar yang menimpa negeri Pantai

    Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu). Banjir besar yang bermula awal 2021 ini

    antara terburuk sejak bah besar pada 2014 hingga menyebabkan mangsa banjir

    dipindahkan ke tempat perlindungan sementara. Ia merupakan sesuatu yang sukar

    dikala negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

    Ketika mana adanya salah guna kuasa, tidak berintegriti, penyelewengan dan

    rasuah yang berleluasa dan menghalalkan pembalakan haram berlaku, saban tahun

    khazanah hutan kita dicabuli dengan kerakusan aktiviti manusia. Merujuk laporan

    Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia berada di tempat ke 57 daripada 180

    negara pada tahun 2020 berbanding di tempat ke 51 pada tahun 2019.

    Sehubungan itu, semua pihak perlu mengembleng usaha dalam membanteras

    kegiatan pembalakan haram dengan menghapuskan agenda rasuah dalam

    kalangan kakitangan awam yang berkhidmat untuk melindungi khazanah hutan.

    Pihak berkuasa perlu berfungsi dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh

    berintegriti. Bahkan, penguatkuasaan dalam Akta Perhutanan Negara 1984 juga

    perlu diteliti semula dan diperkukuhkan termasuk dari segi hukuman dan denda

    terhadap penjenayah supaya aktiviti pembalakan haram dapat dibanteras dengan

    agresif.

    Sumber: Astro Awani (27 Januari 2021)

    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pembalakan-haram-pihak-berkuasa-

    didakwa-tutup-mata-279995

    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pembalakan-haram-pihak-berkuasa-didakwa-tutup-mata-279995https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pembalakan-haram-pihak-berkuasa-didakwa-tutup-mata-279995

  • 2 1 J a n – 2 9 J a n 2 0 2 1 | 12

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    TEKANAN INDUSTRI SAWIT PADA MASA HADAPAN Merujuk laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyatakan pengeluaran

    minyak dan sayuran dunia ialah 31% berbanding minyak kacang soya 25 peratus

    dan biji sesawi 11% sahaja. Walau bagaimanapun, industri minyak sawit di Malaysia

    akan mengalami beberapa tekanan pada masa akan datang walaupun harga minyak

    sawit merekodkan prestasi yang memberangsangkan dan merupakan pengeluar

    minyak sayuran terbesar pada tahun lalu.

    Antara tekanan yang dihadapi adalah peningkatan semula kadar pengeluaran

    minyak kacang soya di pasaran dunia. Hal ini kerana pengimport utama China

    meningkatkan kadar pembelian kacang soya bagi memacu perkembangan industri

    ternakan babi di negara itu. Umum mengetahui, penggunaan kacang soya dan

    jagung juga dijadikan sebagai minyak selain makanan ternakan.

    Perkara ini sudah tentu

    mempengaruhi pembelian minyak

    sawit Malaysia oleh negara China

    yang merupakan pengimport minyak

    sawit terbesar selepas India dan

    Kesatuan Eropah. Isu ini dikuatkan

    lagi dengan kenyataan oleh

    penganalisis di China yang

    menyatakan import minyak sawit akan

    digantikan dengan lebihan bekalan

    kacang soya.

    Pada masa yang sama, Malaysia juga menghadapi kekurangan buruh yang

    mengendalikan ladang sawit berikutan penularan pandemik Covid-19 dalam

    kalangan pekerja asing terutama di estet. Perkara ini sekalivgus mencacatkan

    prestasi industri komoditi sawit dengan serius.

    Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), isu kekurangan buruh

    memberi kesan yang sangat serius kepada estet mahupun pekebun kecil

    berbanding penurunan harga global minyak sawit. Bahkan juga, pengurangan buruh

    sebanyak 30% daripada paras semasa turut mempengaruhi kadar pengeluaran

    minyak sawit.

    Sumber: Sinar Harian (29 Januari 2021)

    https://www.sinarharian.com.my/article/120804/BERITA/Nasional/Kekurangan-

    buruh-industri-sawit-lebih-parah-berbanding-turun-harga

    https://www.sinarharian.com.my/article/120804/BERITA/Nasional/Kekurangan-buruh-industri-sawit-lebih-parah-berbanding-turun-hargahttps://www.sinarharian.com.my/article/120804/BERITA/Nasional/Kekurangan-buruh-industri-sawit-lebih-parah-berbanding-turun-harga

  • R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 13

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    TINDAKAN TEGAS KE ATAS SYARIKAT YANG LANGGAR EIA Baru-baru ini, liputan akhbar

    digemparkan dengan kemusnahan

    Air Terjun Tanjung Batu Segari

    akibat daripada projek kuari batu

    seperti yang dilaporkan oleh aktivis

    alam sekitar. Akibat kekeliruan yang

    berlaku, Kerajaan Negeri Perak

    telah menafikan hal tersebut kerana

    pencemaran yang berlaku bukan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu tetapi di

    kawasan aktiviti kuari. Apatah lagi, Kerajaan Negeri Perak turut menegaskan

    bahawa kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih lagi terpelihara.

    Hasil siasatan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mendapati syarikat

    kuari tersebut telah melanggar syarat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada

    Alam Sekeliling (EIA) yang diluluskan pada tahun 2017. Isu ini bukan sahaja

    mendapat perhatian daripada Kerajaan dan agensi Negeri Perak tetapi juga

    Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Tenaga dan Sumber

    Asli (KETSA).

    Syarikat tersebut didapati melakukan enam perlanggaran syarat kelulusan EIA

    termasuk melibatkan kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan

    Langkah Mitigasi (Mitigation Measures) dan Pencegahan Pencemaran-Gangguan

    Tanah (Land Disturbing-Pollution Prevention) (LD-P2M2) yang diluluskan.

    Pada masa yang sama, mereka juga gagal melantik pengawai alam sekitar

    (Environmental Officer) yang bertauliah yang menyebabkan berlakunya hakisan dan

    mendapan di tapak projek. Malahan, mereka turut tidak memaklumkan kepada pihak

    JAS semasa memulakan kerja-kerja tanah seperti yang termaktub di dalam syarat-

    syarat kelulusan EIA.

    Sehubungan itu, operasi syarikat kuari tersebut telah diberhentikan serta-merta di

    bawah Seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Bahkan, kerja-

    kerja pembersihan dan pemulihan dilakukan dengan kadar segera termasuk

    kawalan air larian permukaan, kawalan hakisan tanah, penstabilan cerun dan

    penyelenggaraan. Di samping itu, di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 (Akta 127)

    mengarahkan syarikat kuari tersebut melakukan kerja-kerja membaik pulih termasuk

    pengawasan kualiti air serta mengemukakan laporan kepada JAS Perak dalam

    tempoh yang ditetapkan.

    Sumber: BERNAMA (22 Januari 2021)

    https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1924604

    https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1924604