Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

14
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093 RANCANGAN PELAJARAN MINGGUAN TINGKATAN ENAM. 5 MINGGU BERTURUT TURUT. (BERDASARKAN MODEL DBAE DAN LANSING) Bidang : Catan Tajuk : Catan cat minyak. Aktiviti : Menghasilkan sebuah catan cat minyak menggunakan bahan, alatan dan teknik yang betul. Objektif : 1. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni Visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. 2. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa. 3. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual, 4. Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya. 1

Transcript of Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

Page 1: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

RANCANGAN PELAJARAN MINGGUAN TINGKATAN ENAM.

5 MINGGU BERTURUT – TURUT.

(BERDASARKAN MODEL DBAE DAN LANSING)

Bidang : Catan

Tajuk : Catan cat minyak.

Aktiviti : Menghasilkan sebuah catan cat minyak menggunakan bahan, alatan dan teknik yang betul.

Objektif :

1. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni Visual yang dapat diamalkan dalam

kehidupan dan kerjaya.

2. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh – tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan

antarabangsa.

3. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual,

4. Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya.

1

Page 2: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Tajuk. Hasi Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM.

1 Catan :

Cat minyak.

Pengenalan dan

sejarah catan.

Pelajar dapat ;

1. Menceritakan sejarah catan.

(Domain kognitif) model lansing.

2. Menyatakan penghargaan

terhadap sumbangan hasil catan

oleh tokoh – tokoh antarabangsa

dan juga tempatan.

(Domain Afektif) model Lansing

3. Menyatakan unsur - unsur seni

dan prinsip yang terdapat pada

contoh karya catan.

(Domain Kognitif) model

Lansing.

Mengenal bidang seni catan.

Sejarah catan.

1. Definisi catan.

(Domain Kognitif) Model Lansing

Tokoh catan Antarabangsa.

Leonardo Da vinci

Michelangelo

Rembrandt

Vincent Van Gogh

Paul Cezzane

Pablo Picasso

Salvado Dali

Claude Monet.

Tokoh catan Tanah Air.

Karya dan aliran ;

Mona lisa ( leonardo da

vinci)Realisme

Stary night (Vincent Van

Gogh)Impressionisme

The persistence of memory

(Salvado Dali)Surealisme

2

Minggu.

Page 3: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

4. Menyenaraikan jenis – jenis

catan.

5. Mengetahui aliran – aliran catan

dan contoh – contoh karya.

DBAE – sejarah, tokoh, sumbangan dan pengaruh.

Yong Mung Sen

Abdullah Ariff

Peter Harris

Mohammad Hoessein Enas

Chuah Thean Teng

Zakariah Noor

Ismail Mustam

Dzulkifli Buyong

Syed Ahmad Jamal

Abdul Latif Mohidin

Aliran – aliran catan.

Realisme

Impresionisme

Kubisme

Ekspresionisme

Surealisme

Abstrak Ekspresionisme

Pago – pago (latiff Mohidin)

Sirih Pinang ( Syed Ahmad Jamal)

Beauty Queen (yong mun

sen)

3

Page 4: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Tajuk Hasil Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM

2.Catan cat minyak

Ciri – ciri dan Teknik

– teknik cat minyak.

1. Mengumpulkan maklumat

berkenaan, bahan, alat, teknik dan

proses membuat catan.

(nilai toleransi)

2. Meneliti alat, bahan, teknik dan

proses penghasilan catan.

3. Membuat latihan mengguna alat

dan bahan dalam menghasilkan

catan cat minyak.

Domain Psikomotor (model

Lansing)

Catan cat minyak.

Kajian : mengumpul maklumat.

Bahan :

I. Cat minyak.

II. Minyak Linsid

III. Kanvas.

IV. Turpentin.

V. Minyak jagung.

Alat :

I. Set berus.

II. Bekas Palet.

III. Pisau Palet.

IV. Kekuda ( easel)

Bahan :

Tube cat minyak.

Minyak linsid.

Kanvas.

Set Berus.

4

Minggu.

Page 5: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Teknik Menghasilkan catan cat minyak.

I. Teknik titik

II. Glazing

III. Hard edge

IV. Impasto

V. Scambling (lembut)

VI. Alla prima

Pisau palet.

Gambar teknik :

Alla Prima.

Impasto.

Teknik titik.

5

Page 6: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Tajuk Hasil Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM

3.Penghasilan catan Cat

minyak.

Catan cat minyak

bertemakan landskap

1. Mengenalpasti tema landskap yang

sesuai untuk menghasilkan catan.

(Domain Afektif) model Lansing

2. Membuat lakaran landskap di atas

kertas lukisan.

(Domain Psikomotor) Model

Lansing

Proses menghasilkan catan cat minyak :

I. Mencari sumber idea

berdasarkan tema

Pemilihan lakaran idea untuk

menghasilkan catan cat minyak.

Pengolahan idea

Cadangan reka letak.

Kajian warna

Pemilihan karya akhir.

II. Melakar idea pilihan di atas

kertas lukisan dengan

menggunakan pensel atau

arang.

Melakar menggunakan pensel.

Alat dan bahan Pensel Kanvas.

6

Minggu.

Pesanan : Pelajar perlu melakar idea yang dipilih di atas kanvas sebelum minggu yang keempat.

Page 7: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Tajuk Hasil Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM

4. Penghasilan kerya

catan.

Kemahiran

menggunakan alat

bahan dan teknik

yang betul.

1. Menghasilkan catan cat minyak

yang bertemakan Landskap alam

sekitar.

2. Menggunakan alatan bahan serta

teknik yang telah dipelajari dalam

menghasilkan catan cat minyak.

( Domain Psikomotor) Model Lansing

3. Menyatakan permasalahan yang

dihadapi dalam proses penghasilan

catan untuk menyelesaikan

permasalahan yang timbul.

(nilai kesabaran)

III. Proses mewarna.

Mewarna latar belakang.

(sapuan warna kasar)

Biarkan cat kering.

Perincikan catan. (berus halus)

Mewujudkan perspektif form

dan intensiti warna.

7

Minggu.

Page 8: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

4. Mengaplikasikan kemahiran

menggunakan alat dan bahan

dalam proses penghasilan karya.

( Domain Psikomotor) Model Lansing

Menyapu cat di bahagian objek

untuk memperincikan.

(menggunakan berus halus).

Alat dan bahan untuk mewarna. -Berus,-Cat minyak- Minyak Linsid

8

Page 9: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Tajuk. Hasi Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM.

5. Penilaian Hasil

karya pelajar.

1. Membuat kemasan akhir karya

catan yang dihasilkan.

2. Membuat apresiasi dengan

memberi penekanan kepada

unsur – unsur seni dan prinsip

rekaan yang diaplikasikan.

(nilai : Yakin )

3. Membuat apresiasi dengan

membandingkan karya pelajar

dengan karya tokoh.

(nilai : Bersikap terbuka)

DBAE – Kritikan / Apresiasi.

IV. Kemasan.

Menghasilkan bingkai untuk

kanvas yang telah siap.

Apresiasi karya

Unsur seni dan prinsip rekaan.

Hasil catan cat minyak yang

bertemakan landskap yang

telah siap.

9

Minggu.

Page 10: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Huraian.

Dalam merancang Rancangan Pembelajaran selama lima minggu berturut – turut perkara yang paling dititikberatkan ialah

pendekatan yang digunakan supaya rancangan pembelajaran yang dihasilkan mempunyai hasil pembelajaran yang menepati objektif.

Mengikut Kenneth M. Lansing dalam bukunya iaitu ‘Art, Artist and Art Education’ telah memberikan pandangannya melalui

penulisannya mengenai pembinaan kurikulum yang merupakan aspek yang luas iaitu meliputi objektif dan pendekatan, matlamat am,

dan matlamat khusus yang digunakan oleh perancang dan penggubal kurikulum. Berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Seni

Visual, kumpulan kami telah memilih empat objektif yang mencakupi ketiga – tiga domain yang telah diutarakan oleh Kenneth M.

Lansing iaitu Domain Kognitif, Domain Afektif, dan juga Domain Psikomotor. Ketiga – tiga objektif yang mencakupi ketiga – tiga

domain tersebut ialah yang pertama Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni

Visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Seterusnya Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh – tokoh seni

visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan

penilaian terhadap karya seni visual, dan Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya. Kempat – empat objektif ini merupakan

objektif yang terdapat di dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah. Mengikut kenneth M.Lansing, matlamat umum yang ingin

dicapai melalui kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah untuk menghasilkan penggiat seni yang berpengetahuan serta mempunyai

kemahiran untuk menginterprestasi, menilai serta berkemampuan untuk mentafsir dan berkomunikasi tentang hasilan seni.

10

Page 11: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Untuk mencapai objektif Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni Visual

yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya dapat dilihat di dalam rancangan pembelajaran pada minggu – minggu pengajaran

iaitu selama lima minggu tersebut. Iaitu pada minggu pertama kami telah merancang pengajaran mengenai catan cat minyak iaitu

bermula dengan topik asas mengenai sejarah catan, tokoh – tokoh catan dan juga aliran – aliran catan. Melalui pengajaran sejarah

awal catan secara tidak langsung pelajar dapat membina pengetahuan yang luas mengenai catan. Seterusnya aspek – aspek tersebut

dapat membina inovasi serta disiplin melalui pembelajaran tersebut. Pengajaran catan cat minyak tersebut dapat memupuk disiplin

kerana pengajaran catan cat minyak tersebut mempunyai prosedur ataupun proses yang perlu diikuti. Proses dan prosedur tersebut

dapat membina disiplin kepada masyarakat. Manakala bagi objektif yang seterusnya iaitu menghargai sumbangan dan pengaruh

tokoh – tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa dapat dilihat bahawa

pengajaran catan terdapatnya tokoh – tokoh yang terlibat dalam perkembangan catan sama ada di negara ini mahupun luar negara.

Contohnya setelah guru memperkenalkan tokoh – tokoh catan tanah air seperti Syed Ahmad Jamal beserta karyanya secara tidak

langsung membuka minda pelajar tentang ketokohan pelukis tersebut. Selain itu input mengenai biografi pelukis tersebut

membolehkan pelajar mengingati sumbangan – sumbangan tokoh tersebut dan menyebabkan pelajar menghargai tokoh tersebut begitu

juga dengan tokoh catan antarabangsa.

Seterusnya bagi objektif Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual, dapat dilihat

pada minggu kelima pembelajaran iaitu selepas hasil catan cat minyak yang bertemakan landskap siap dihasilkan. Selepas hasil catan

siap sesi kritikan dijalankan bagi membuat penilaian hasil karya pelajar – pelajar. Melalui penilaian ini secara tidak langsung

11

Page 12: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

membolehkan pelajar atau masyarakat menilai hasil karya yang seni visual. Diskripsi, analisis dan juga interpretasi yang telah diajar

oleh guru pada pelajar dapat memberi sedikit sebanyak ilmu mengenai kritikan kepada pelajar – pelajar. Manakala objektif yang

terakhir iaitu menjadikan seni sebagai prospek kerjaya dapat dicapai melalui pengajaran. Objektif ini jelas terdapat di dalam

pengajaran Pendidikan Seni Visual. Iaitu dapat dilihat melalui pengajaran catan yang merupakan salah satu cabang kerjaya seni halus.

Pengajaran catan cat minyak selama lima minggu adalah bertujuan memberikan pelajar kemahiran – kemahiran di dalam

menghasilkan karya. Kemahiran – kemahiran yang diperolehi membolehkan pelajar memilih bidang kerjaya selepas menamatkan

tingkatan enam. Terdapat beberapa universiti yang menyediakan bidang pengajian seni halus untuk prospek perkerjaan.

Rancangan pembelajaran selama lima minggu berturut – turut ini juga menggunakan model DBAE ( Dicipline Based Art

Education). Di dalam model DBAE telah mengesyorkan supaya melakukan pengabungjalinan supaya pelajar mendapat impak yang

maksimum daripada pembelajaran. Mata pelajaran pendidikan seni boleh disepadukan dengan mata pelajaran lain iaitu seperti

matapelajaran sejarah mahupun sains. Selain itu pendekatan DBAE yang digunakan mempunyai penegasan di dalam urutan – urutan

pembelajaran (Seqeunce). Setiap topik pembelajaran mestilah berturutan dan saling berkaitan. Contohnya dalam pengajaran catan cat

minyak dapat dilihat bahawa proses pengajaran bermula dengan menceritakan sejarah catan diikuti dengan tokoh, aliran dan

seterusnya mengaplikasikan maklumat ke dalam penghasilan catan bertemakan landskap semula jadi. Di dalam proses penghasilan

karya juga terdapat urutan – urutan yang perlu diikuti dan dipatuhi.

12

Page 13: Rancangan Pelajaran Mingguan Tingkatan Enam Catan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093

Kesimpulannya kedua – dua model iaitu Model Lansing dan juga DBAE sangat penting di dalam memantapkan pengajaran Pendidikan

Seni Visual. Ini kerana kedua – dua model ini begitu menitikberatkan aspek kurikulum pendidikan seni dan menjurus kepada matlamat, objektif

serta hasil pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Penggunaan model ini sangat memberi kesan positif di dalam perkembangan Kurikulum seni

yang merupakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Seterusnya model ini dapat membolehkan guru merancang pembelajaran secara

berkesan serta sistematik.

13