Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 Matapelajaran : Dunia Seni Visual Kelas : 3 Berlian Bil. Murid : 35 orang Tarikh : 5 Mac 2015 Masa : 11.05 pagi – 12.05 pagi (60 minit) Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti : Mobail Tema : Alam Semulajadi Tajuk : Lingkaran Ular Media : Alat – Gunting Bahan – gam, tali, kad manila, kertas warna, pipe cleaner, bahan-bahan lain yang sesuai. Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil karya mobail, laptop, video arca mobail Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Nilai : Kerajinan, Kebersihan, Ketelitian Kemahiran Sedia Ada : Murid sudah tahu menggunting kertas dengan baik . Objektif Pembelajaran

description

RPH PSV

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

Matapelajaran : Dunia Seni Visual

Kelas : 3 Berlian

Bil. Murid : 35 orang

Tarikh : 5 Mac 2015

Masa : 11.05 pagi – 12.05 pagi (60 minit)

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Mobail

Tema : Alam Semulajadi

Tajuk : Lingkaran Ular

Media : Alat – Gunting

Bahan – gam, tali, kad manila, kertas warna,

pipe cleaner, bahan-bahan lain yang sesuai.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil karya mobail, laptop, video arca mobail

Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

Nilai : Kerajinan, Kebersihan, Ketelitian

Kemahiran Sedia Ada : Murid sudah tahu menggunting kertas dengan baik .

Objektif Pembelajaran

1) Murid dapat menyenaraikan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang telah dipelajari dengan baik.

2) Murid dapat menjelaskan media yang digunakan untuk membuat mobail dengan jelas.

3) Murid dapat menghasilkan karya mobail – lingkaran ular

4) Murid dapat membuat apresiasi seni berpandukan bahasa seni visual dengan bimbingan guru.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik

3.1.1 Unsur Seni

3.1.1.1 Bentuk – Konkrit

3.1.1.2 Ruang – Nyata

3.1.2 Prinsip Rekaan

3.1.2.1 Kepelbagaian – bentuk

3.1.2.2 Imbangan – simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan

3.1.2.3 Ritma dan pergerakan – susun atur objek pada mobail lingkaran ular

3.2 Aplikasi Seni

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

3.2.1.1 Alat – gunting

3.2.1.2 Bahan – gam, tali, kad manila, kertas warna, pipe cleaner dan bahan

lain yang sesuai.

3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.

3.3 Ekspresi Kreatif

3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.

3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitul bentuk, ruang, imbangan serta ritma

pergerakan dalam penghasilan karya.

3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

3.4 Apresiasi Seni

3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

3.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

3.4.3 Menggantungkan mobail yang telah dihasilkan.

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN

Set induksi (3 minit)

- Guru menayangkan video mengenai arca mobail.

- Guru menerangkan tentang video arca mobail itu

tadi.

- Guru seterusnya mengaitkan video arca mobail

dengan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.

Persepsi Estetik (10 minit)

- Guru mempamerkan contoh mobail lingkaran ular.

- Guru menyatakan definisi mobail kepada murid.

- Guru meminta murid membanding beza antara

arca mobail dengan stabail.

- Guru membincangkan bahasa seni visual yang

ada pada mobail.

Aplikasi Seni (10 minit)

- Guru menyatakan media yang digunakan dalam

penghasilan mobail lingkaran ular.

- Guru menunjuk demonstrasi cara menghasilkan

mobail lingkaran ular di hadapan kelas.

- Guru menujukkan langkah-langkah:-

Melakar lingkaran ular pada kertas lukisan.

Mewarna atau menampal kertas warna

dengan menggunakan rupa organik atau

gemetri atau kedua-duanya untuk menghias

BBM: Video

“arca mobail”

Teori

kecerdasan

pelbagai:

Kinestetik

Kemahiran

Berfikir:

Banding beza

BBM: hasil

karya

Media:

Alat: gunting

Bahan: kad

manila, kertas

warna, tali,

gam, pipe

cleaner.

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

lingkaran ular.

Menggunting mengikut garisan lingkaran

ular.

Mengikat tali pada bahagian ekor ular untuk

digantung sebagai mobail.

Membuat kemasan pada mobail.

Ekpresi Kreatif (30 minit)

- Murid menghasilkan lingkaran ular.

- Murid menghasilkan mobail lingkaran ular

mengikut seperti cara yang ditunjukkan oleh guru

secara berkumpulan.

- Murid menghias mengikut kreativiti dalam

menghasilkan mobail.

Apresiasi Seni (7 minit)

- Murid mempamerkan mobail yang telah

dihasilkan.

- Murid menceritakan pengalaman menghasilkan

mobail.

- Murid menggantung mobail dalam kelas.

Kemahiran

Berfikir:

menjana idea

EMK: Kreativiti

dan Inovasi

Nilai:

Keselamatan,

kebersihan.

Pembelajaran

Koperatif

Nilai:

kerjasama

HASIL KARYA GURU

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3