Ratapan Anak Tiri

5
Ratapan Anak Tiri Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Izinkan saya memulakan bicara dengan membacakan serangkap pantun, Mari singgah ke Bandar Medan, Santapan bakso enak sekali, Kisah sedih jadikan teladan, Ratapan Anak Tiri tajuk diberi. Aisyah baru saja genap umur tujuh tahun. Dalam usia semuda itu, dia telah menghadapi ujian yang amat pedih, iaitu kematian ibu kesayangannya. Dia begitu terasa kehilangan ibu yang amat disayanginya. Ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah. Kini, tinggallah dia bersama bapanya. Bapa Aisyah

Transcript of Ratapan Anak Tiri

Ratapan Anak Tiri

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Izinkan saya memulakan bicara dengan membacakan serangkap pantun,Mari singgah ke Bandar Medan,Santapan bakso enak sekali,Kisah sedih jadikan teladan,Ratapan Anak Tiri tajuk diberi.Aisyah baru saja genap umur tujuh tahun. Dalam usia semuda itu, dia telah menghadapi ujian yang amat pedih, iaitu kematian ibu kesayangannya. Dia begitu terasa kehilangan ibu yang amat disayanginya.Ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah. Kini, tinggallah dia bersama bapanya. Bapa Aisyah seorang peniaga. Kini, bapanya agak sukar untuk keluar daerah kerana dia tidak mahu meninggalkan Aisyah sendirian.Kebetulan ketika itu, di hujung kampong itu ada seorang janda beranak dua. Wanita itu sudah kematian suami setahun yang lalu. Pak Karsan , iaitu bapa Aisyah selalu berurus niaga dengan janda itu yang bernama Maimunah.Pertemuan demi pertemuan telah nenjalinkan satu ikatan mesra. Tanpa berfikir panjang, pak karsan melamar Maimunah dan kemudian mereka pun berkahwin.Pada mulanya, Aisyah dilayan dengan baik oleh ibu tiri dan dua adik tirinya. Hidup Aisyah kini mula ceria kembali. Walaupun begitu, lngit tidak selalu cerah. Pak Karsan perlu menguruskan perniagaannya. Suatu hari, Pak Karsan telah pergi ke daerah lain untuk menguruskan perniagaannya. Setelah segala persiapan diatur maka Pak Karsan pun berangkatlah ke tempat tujuan.Aisyah bersedih dan menangis kerana terpaksa berpisah dengan bapa tersayang. Namun begitu, ibu tirinya pandai memujuknya maka terubatlah kesedihannya.Selang beberapa minit ketiadaan bapanya, tiba-tiba sahaja, Maimunah mengherdiknya. Apa tunggu lagi, Aisyah? Pergi kemaskan segala barang kamu dan berambus! Jangan kau ingat aku sayang akan kamu!Terkejut Aisyah dengan sikap ibu tirinya yang tiba-tiba berubah perangai seperti singa kelaparan.Selama ini, aku memang bersabar dengan kamu. Lagipun, aku hanya mahukan wang bapa kamu sahaja. Aku tidak boleh terima kamu.Ibu tiri Aisyah menghalau Aisyah keluar dari rumahnya. Ya Tuhan! Apa telah terjadi, begitu cepat hidup aku berubah! bisik Aisyah dalam hati. Dia menangis dan sedih dengan sikap ibu tirinya itu. Namun begitu Aisyah seorang yang tabah. Suatu hari nanti bapanya akan pulang. Segalanya akan berubah kembali. Dia masih terperanjat kerana kebahagiaannya lenyap dalam sekelip mata. Aisyah keluar dari rumah itu. Dia menangis sepuas-puasnya, sambil terus berjalan tanpa mengetahui arah tujuannya. Bagaimana seorang budak sepertinya harus berdikari? Kini dia perlu fikirkan sesuatu. Dia seorang anak yang kuat semangat. Dia pergi ke rumah bapa saudaranya di hujung kampung itu. Dalam pada itu, di rumah bapanya, ibu tiri dan adik beradik tirinya sedang merancang sesuatu untuk menipu bapa Aisyah apabila dia pulang nanti. Mereka bersepakat untuk memberitahu bahawa Aisyah jatuh ke dalam sungai semasa mandi dan hilang dibawa arus. Semasa mereka gembira bercerita tentang rancangan mereka, tiba-tiba terpacul wajah Pak Karsan. Pak Karsan sangat marah mendengar Aisyah telah dianiaya oleh isteri dan anak-anak tirinya. Pak Karsan segera menceraikan Maimunah dan menghalau mereka dari rumahnya. Pak Karsan akhirnya berkahwin lagi dengan seorang wanita yang budiman. Wanita itu sangat menyayangi Aisyah. Kini, Aisyah bahagia mempunyai seorang ibu yang amat menyayanginya. Moral yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah kita mestilah ikhlas, tidak seperti Maimunah yang mengahwini bapa Aisyah kerana mahukan wang sahaja. Kasih sayang merupakan suatu yang amat berharga dalam kehidupan. Tanpa kasih sayang sesebuah keluarga itu tidak akan sempurna.Sekian, terima kasih.