ref psv

3
PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 8.0 REFLEKSI Saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA saya dapat menghabiskan kerja kursus ini dengan sempurna bagi kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Saya berasa bersemangat apabila saya membuat kerja kursus Pendidikan Seni Visual ini. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Bordan Bin Hashim di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Hal ini kerana, dengan bimbingan beliau saya dapat menambaikkan lagi bakat melukis saya. Sebelum ini saya tidak berminat akan subjek ini kerana saya tidak yakin dengan bakat saya tetapi selepas saya mula melukis lama-kelamaan saya mula berkeyakinan diri dengan kemahiran melukis saya. Penyediaan kerja kursus ini membolehkan saya berfikir dengan lebih kreatif dalam menghasilkan karya atau bahan seni. Hal ini kerana, melalui penyediaan kerja kursus ini saya bermula untuk meminati, memperkembang keperibadian, mendapat kesedaran dan mempunyai kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. Secara tidak langsung, saya berpendapat bahawa penyediaan kerja kursus ini memainkan peranan dalam memperkembang sifat- sifat di dalam diri saya melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran saya. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual membolehkan saya dapat menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu saya dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasa diri saya sendiri. Selain itu, melalui penyediaan kerja kursus ini saya dapat menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja saya sendiri. Amalan ini melatih saya membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajaran yang dibelajari untuk faedah diri sendiri. Malah, tugasan ini menjurus saya ke dalam memperolehi sifat-sifat seperti harmonis, kritis, kreatif dan produktif. Di samping itu, penyediaan kerja kursus ini membantu saya dalam meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual ini, saya dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antaranya ialah saya telah mempelajari huraian sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan lebih mendalam mengenai 4 bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Oleh yang demikian, ianya memberi pengetahuan luas kepada saya. Peringkat yang terakhir ialah selepas membuat tugasan. Selepas membuat tugasan saya dapat menggunakan atau mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Pengalaman mengkaji tugasan 33

description

hykmgfbfd

Transcript of ref psv

Page 1: ref psv

PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

8.0 REFLEKSI

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah

kurniaNYA saya dapat menghabiskan kerja kursus ini dengan sempurna bagi kursus

Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Saya berasa bersemangat apabila

saya membuat kerja kursus Pendidikan Seni Visual ini. Sekalung terima kasih saya ucapkan

kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Bordan Bin Hashim di atas bimbingan dan tunjuk

ajar yang diberikan. Hal ini kerana, dengan bimbingan beliau saya dapat menambaikkan lagi

bakat melukis saya. Sebelum ini saya tidak berminat akan subjek ini kerana saya tidak yakin

dengan bakat saya tetapi selepas saya mula melukis lama-kelamaan saya mula

berkeyakinan diri dengan kemahiran melukis saya.

Penyediaan kerja kursus ini membolehkan saya berfikir dengan lebih kreatif dalam

menghasilkan karya atau bahan seni. Hal ini kerana, melalui penyediaan kerja kursus ini

saya bermula untuk meminati, memperkembang keperibadian, mendapat kesedaran dan

mempunyai kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. Secara tidak langsung,

saya berpendapat bahawa penyediaan kerja kursus ini memainkan peranan dalam

memperkembang sifat-sifat di dalam diri saya melalui persepsi visual, imaginasi dan daya

pemikiran saya. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni

visual membolehkan saya dapat menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting

kerana ia membantu saya dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian dan

mengenali cita rasa diri saya sendiri.

Selain itu, melalui penyediaan kerja kursus ini saya dapat menyimpan rekod

pengalaman pembelajaran dan hasil kerja saya sendiri. Amalan ini melatih saya membuat

analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajaran yang dibelajari untuk faedah diri

sendiri. Malah, tugasan ini menjurus saya ke dalam memperolehi sifat-sifat seperti

harmonis, kritis, kreatif dan produktif. Di samping itu, penyediaan kerja kursus ini membantu

saya dalam meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual ini, saya dapat menguasai beberapa

pengetahuan dan kemahiran. Antaranya ialah saya telah mempelajari huraian sukatan

pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan lebih mendalam mengenai 4 bidang iaitu

menggambar, membuat rekaan dan corak, membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

Oleh yang demikian, ianya memberi pengetahuan luas kepada saya. Peringkat yang terakhir

ialah selepas membuat tugasan. Selepas membuat tugasan saya dapat menggunakan atau

33

Page 2: ref psv

PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Pengalaman mengkaji tugasan mendapati saya

pergunakan ilmu yang telah dipelajari terhadap diri saya sendiri dan orang lain. Saya juga

mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional dan

unsur seni dalam pendidikan seni visual. Sementara kemahiran yang lain dapat diperolehi

oleh saya ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni

visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,

membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Malah, dalam proses penyediaan kerja kursus ini saya berpeluang dalam membuat

penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan

pelbagai pengurusan grafik. Proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan

kemahiran berhubung dengan manipulasi bahan serta teknik-teknik mudah. Proses

pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada saya untuk belajar secara

tidak langsung dan membolehkan saya mengenali perubahan yang saya boleh lakukan

dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Di samping itu, penyediaan kerja kurusus juga memberikan kepuasan kepada saya

dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej

yang unik mengikut tahap pemahaman saya. Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan

daya sensitiviti pancaindera saya. Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa,

sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada

manusia. Pancainderan ini disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni

membolehkan saya lebih peka terhadap pengamatan semasa mencipta sesebuah karya

seni.

Saya sedar bahawa pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis,

kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Di mana, melalui

penyediaan kerja kurusus ini saya mula mencintai nilai-nilai keindahan kerana seni itu

dianggap cantik, murni dan berestetika. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal

mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian

individu. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi yang dianggap indah,

terutamanya dalam bentuk visual. Hal ini kerana, seni dapat memenuhi keperluan-keperluan

naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan,

kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Malah, seni memenuhi keperluan-

keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan,

kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu.

34

Page 3: ref psv

PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Melalui tugasan ini juga saya dapat mempelajari banyak pengajaran. Antaranya,

ialah saya perlu ada sikap kerjasama dan harus saling tolong-menolong serta

mengkongsikan pengetahuan antara rakan-rakan kita. Malah, saya juga sedar bahawa

kesabaran yang amat tinggi diperlukan bagi mencari maklumat yang tepat dan sikap

kerajinan dalam menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Saya juga telah

menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja

kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan. Saya juga berpendapat bahawa kemahiran

kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan

menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas

rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan

adalah amat diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi yang akan

menjadi seseorang itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni

Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan

berbudaya. Tugasan ini dapat membantu menyediakan bahan bantu mengajar di sekolah.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan ini

saya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam Pendidikan Seni Visual dan dapat

menambahbaikan kemahiran melukis saya. Secara tidak langsung, tugasan ini memberi

tambahan ilmu dan kemahiran kepada saya. Pendidikan Seni juga memainkan peranan

memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan

daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis

visual akan membolehkan menyatakan idea dan ekspresi diri. Apabila saya ditempatkan di

sekolah pada masa akan datang saya akan cuba mengaplikasikan semua pengetahuan dan

kemahiran yang saya pelajari kepada murid-murid saya agar generasi pelajar sekolah

rendah pada masa akan datang.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

35