Refleks1

6
REFLEKSI Hairul Anuar B. Ismail 761121-10-6087 Sains 1 PPG Ambilan Jun 2011 Syukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya tugasan ini telah berjaya disiapkan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, En. Benedict Clement D’Silva yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah menerima tugasan ini daripada pensyarah, saya dan ahli kumpulan yang lain telah mengadakan perbincangan bagi menghasilkan idea-idea sebelum pengagihan tugas dibuat. Setelah mengenal pasti apakah pengisian yang diperlukan bagi setiap agihan bahagian, saya mula membuat rujukan. Internet menjadi bahan rujukan utama dibantu dengan buku-buku yang diperoleh daripada rakan-rakan sekerja. Perbincangan dengan rakan satu kumpulan juga amat penting kerana ianya membantu mencetus idea bagi dimuatkan dalam tugasan ini. Kekuatan yang saya dapat lihat semasa saya menyelesaikan tugasan projek bagi Subjek SCE 3108 adalah terdapat pelbagai sumber rujukan daripada buku dan internet. Hal ini membolehkan saya membuat rujukan dan mengumpul maklumat tentang berkaitan Rancangan Pengajaran

Transcript of Refleks1

Page 1: Refleks1

REFLEKSI

Hairul Anuar B. Ismail

761121-10-6087

Sains 1

PPG Ambilan Jun 2011

Syukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya tugasan ini telah berjaya disiapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

pensyarah saya, En. Benedict Clement D’Silva yang banyak memberikan tunjuk ajar dan

sokongan untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah menerima tugasan ini daripada pensyarah,

saya dan ahli kumpulan yang lain telah mengadakan perbincangan bagi menghasilkan idea-

idea sebelum pengagihan tugas dibuat.

Setelah mengenal pasti apakah pengisian yang diperlukan bagi setiap agihan bahagian,

saya mula membuat rujukan. Internet menjadi bahan rujukan utama dibantu dengan buku-buku

yang diperoleh daripada rakan-rakan sekerja. Perbincangan dengan rakan satu kumpulan juga

amat penting kerana ianya membantu mencetus idea bagi dimuatkan dalam tugasan ini.

Kekuatan yang saya dapat lihat semasa saya menyelesaikan tugasan projek bagi

Subjek SCE 3108 adalah terdapat pelbagai sumber rujukan daripada buku dan internet. Hal ini

membolehkan saya membuat rujukan dan mengumpul maklumat tentang berkaitan Rancangan

Pengajaran Tahunan/Semester, Mingguan dan Harian, model-model pengajaran format umum,

model pengajaran 5 Fasa Needham, model pengajaran inkuiri dalam pembelajaran kitaran 5 E,

model pengajaran berdasarkan induktif dan deduktif dan model pengajaran berasaskan

masalah seperti yang dikehendaki oleh tugasan projek.

Walaupun pada mulanya kami berasa agak keliru tentang tugasan yang perlu dibuat,

namun setelah mendapatkan bimbingan daripada pensyarah En. Benedict dan melakukan

perbincangan bersama-sama, akhirnya kami dapat memahami skop tugasan yang diperlukan.

Semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ), saya mendapat bimbingan

daripada pensyarah untuk lebih memahami komponen-komponen yang perlu dinyatakan dalam

Page 2: Refleks1

RPH. Walaupun saya dan rakan kumpulan mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam

merancangkan rancangan pengajaran harian, namun ilmu ini dapat meningkatkan lagi

kemahiran dan keyakinan dalam penyediaan dan pelaksanaan RPH.

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar berdasarkan daripada

RPH yang telah disediakan, saya telah berjaya melaksanakan tugasan tersebut. Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang dihasilkan dan disediakan sepanjang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat murid dan

mampu memberi rangsangan kepada murid-murid untuk belajar. Objektif pengajaran dan

pembelajaran juga berjaya dicapai. Pengalaman yang saya ada dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran selama ini banyak membantu dalam kejayaan pelaksanaannya.

Ilmu yang disampaikan oleh pensyarah juga berjaya menambahkan kekuatan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Banyak peluang yang dapat saya kutip semasa saya menyelesaikan tugasan ini.

Antaranya adalah, saya lebih memahami akan model-model pengajaran seperti Format Umum,

Lima Fasa Needham, Kitaran Pembelajaran-5E, Pengajaran Induktif & Deduktif dan Pengajaran

Berasaskan Penyelesaian Masalah. Selain itu, saya dapat belajar untuk menghasilkan RPH

yang baik dan lengkap sebagai persediaan untuk memulakan sesi Pengajaran dan

Pembelajaran(P&P). Saya juga telah mendapat pengalaman yang sangat berharga semasa

menjalankan microteaching yang pastinya akan mengajar saya memperbaiki aktivit pengajaran

dan pembelajaran yang biasa saya jalankan.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, ianya telah memberi saya pelbagai pengalaman

dan menambah ilmu. Saya telah dapat meningkatkan daya kefahaman dan pengetahuan saya

tentang isu yang berkaitan dengan tajuk. Ia juga meningkatkan kemahiran saya dalam

menggunakan teknologi maklumat. Ia juga dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar

dengan lebih tekun lagi bagi mendapatkan segulung ijazah.

Saya juga menyediakan jadual kerja bagi memudahkan saya menyelesaikan tugasan

ini. Saya meletakkan sasaran setiap soalan yang perlu diselesaikan. Contohnya, minggu

pertama saya mengumpul maklumat berkaitan rancangan pengajaran dan lima model

pengajaran, minggu kedua menyediakan rancangan pengajaran harian dan melaksanakan

pengajaran tersebut. Minggu ketiga, menyemak kerja kursus, membuat refleksi dan

membukukan kerja kursus. Pembahagian masa sangat penting sepanjang menyiapkan kerja

kursus ini.

Page 3: Refleks1

Setiap kekuatan pasti akan ada kelemahannya, begitu juga dengan diri saya.

Kelemahan yang ketara yang dapat saya kesan adalah sikap saya yang suka menangguhkan

kerja dan melaksanakannya pada saat akhir. Hal ini menyebabkan saya menjadi agak tertekan

dengan bebanan tugasan yang lain juga. Disamping itu, saya lebih memberi keutamaan untuk

membuat persediaan microteaching sahaja. Ini menyebabkan saya mengabaikan tugasan-

tugasan lain sehingga mengganggu proses menyiapkan keseluruhan tugasan projek

Saya kurang memahami kehendak soalan kerana masa tutorial yang amat terhad.

Semasa tutorial, saya tidak berkesempatan untuk mengemukakan soalan tentang tugasan

ini .Saya lebih faham jika sesi soal jawab berjalan secara berdepan bukan melalui email. Ini

menyebabkan permulaan untuk menyiapkan tugasan amat menyusahkan dan membebankan.

Saya tidak tahu ingin memulakan tugasan dari sudut mana. Bagi mengatasi masalah ini, pada

pandangan saya semasa tutorial diadakan masa untuk soal-jawab atau perbincangan antara

pelajar dan pensyarah. Perbincangan dua hala ini penting bagi mendapatkan penjelasan lebih

tepat tentang kehendak soalan tugasan.

Selain itu, saya kurang pengetahuan dan kefahaman tentang langkah-langkah

menjalankan atau menyiapkan kerja kursus. Kelemahan ini kerana saya telah meninggalkan

lama alam pembelajaran secara formal. Kekangan masa juga menjadi penghalang kepada saya

untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Belajar sambil bekerja membuatkan saya terpaksa

menukar rutin harian saya selama ini. Perubahan gaya hidup sebelum belajar terpaksa saya

ubah. Perubahan ini mengambil masa pada saya. Saya juga cepat putus asa jika tidak dapat

maklumat yang berkaitan dengan isi tugasan. Pelbagai masalah di tempat kerja, keluarga dan

tugasan ini sedikit sebanyak mematahkan semangat saya untuk meneruskan tugasan.

Bagi mengatasi kelemahan saya, saya banyak bertanya pada rakan-rakan sekerja,

sekelas dan pensyarah. Saya menyediakan jadual kerja yang sistematik untuk menyiapkan

tugasan. Jadual kerja yang sistematik dapat membantu saya merancang tugasan kerja kursus

tanpa gangguan tugasan rutin harian sebagai seorang guru. Saya juga mencari pelbagai

maklumat yang berkaitan melalui internet. Bagi mendapatkan pelbagai sumber rujukan, saya

sepatutnya meluangkan masa untuk mengunjungi perpustakaan yang berhampiran. Pembelian

bahan rujukan juga perlu bagi menguatkan lagi pengetahuan dan kefahaman tentang isi

tugasan tanpa mengharapkan sepenuhnya daripada sumber internet atau modul PPG.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya

membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain

Page 4: Refleks1

untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya

siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti

sebelum membukukan kerja kursus kumpulan saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil

kerja kumpulan kami ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada

masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan

bantuan anda-anda semua diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih