Refleksi 1 PBSM
-
Upload
rowena-lim -
Category
Documents
-
view
123 -
download
3
description
Transcript of Refleksi 1 PBSM
Refleksi 1
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan
tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang
telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini
adalah “Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya
telah memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.
Antara ilmu baharu yang telah saya dapat adalah melalui tugasan ini, saya telah
dapat mengenali secara lebih mendalam tentang kehidupan pengasas Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia iaitu Jean Hendry Dunant. Contohnya, saya telah mengetahui bahawa
Jean Hendry Dunant yang pada asalnya dilahirkan di sebuah keluarga yang kaya dan
pernah memegang jawatan sebagai seorang pengurus bank serta seorang peniaga,
akhirnya sanggup mengorbankan perniagaannya dan meninggalkan kehidupannya yang
begitu mewah demi memberi bantuan kepada mangsa peperangan di Solferino dan
memulakan penubuhan Jawatankuasa Palang Merah.
Sifat mulia yang diamalkan dalam diri Jean Hendry Dunant iaitu sanggup berkorban
demi kebajikan orang lain sebenarnya amat saya kagumi. Melalui sifat serta tindakan beliau,
saya telah mendapat kesedaran bahawa kita sebagai seorang bakal guru seharusnya
mencontohi sifat beliau yang sanggup berkorban contohnya mengorbankan masa untuk
mengajar dan membimbing pelajar yang lemah supaya boleh membantu mereka untuk
menjadi seorang pelajar yang berkebolehan seperti pelajar yang lain.
Seterusnya, melalui tajuk sejarah penubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia pula,
saya telah mendapat tahu bahawa cawangan pertama yang ditubuhkan adalah terletak di
Borneo Utara (Sabah) pada Mei 1948 dengan nama Persatuan Palang Merah British
Cawangan Borneo Utara dan seterusnya adalah cawangan di negeri Sarawak. Beberapa
cawangan turut ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu. Selepas zaman kemerdekaan
pula, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1962.
Setelah Malaysia dibentuk pada tahun 1963, satu akta iaitu Malaysian Red Cross Society
(Incorporation) Act 1965 telah digubal untuk menubukan Persatuan Palang Merah Malaysia.
Sebagai seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, sejarah penubuhan persatuan
ini merupakan salah satu perkara yang perlu kita ketahui. Lebih-lebih lagi, kita sebagai bakal
guru perlu memenuhi diri kita dengan segala ilmu yang berkaitan dengan asal-usul
pertubuhan ini agar dapat menyampaikan ilmu yang betul dan tepat kepada anak murid
pada masa hadapan. Intihanya, tajuk ini telah mendatangkan pelbagai ilmu pengetahuan
baharu kepada saya.
Refleksi 2
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan
tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang
telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini
adalah “Struktur dan Organisasi Persatuan Bulan Sabit Malaysia”. Segala isi dalam tajuk ini
sememangnya telah memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.
Antaranya adalah melalui tajuk ini, saya lebih memahami tentang struktur organisasi
dalam persatuan ini. Berdasarkan pengalaman di sekolah sebelum ini, saya hanya
mengetahui bahawa organisasi sesebuah persatuan semestinya terdiri daripada
jawatankuasa induk iaitu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari serta
beberapa orang jawatankuasa kerja. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa
struktur organisasi Persatuan Bulan Sabit Malaysia sebenarnya terdiri daripada 2 bahagian.
Bahagian pertama adalah berdasrkan kepada akta Parlimen dimana penaung
persatuan ialah Seri Paduka Baginda Ynag Dipertuan Agong. Presiden persatuan pula
dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.Terdapat 5 orang naib presiden yang
terdiri daripada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Menteri
Kesihatan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran serta Menteri Pertahanan. Bahagian
kedua adalah struktur organisasi pusat PBSM yang terdiri daripada senat PBSM, Majlis
Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan serta Jawatankuasa-jawatankuasa
Kebangsaan.
Lebih-lebih lagi, melalui tugasan ini juga saya telah dapat mengetahui bahawa
cawangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang terdapat di setiap negeri dikenali
sebagai Cabang yang ditadbir oleh Jawatankuasa Cabang serta cawangan yang terdapat di
setiap daerah pula dikenali sebagai Chapter yang ditadbir oleh jawatankuasa Chapter. Unit-
unit di sekolah yang pernah saya sertai adalah di bawah peringkat Chapter.
Secara kesimpulannya, melalui tajuk tugasan ini saya telah mendapat kesedaran
bahawa sesebuah persatuan seharusnya mempunyai struktur organisasinya yang teratur
dan terdiri daripada para pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa. Hal ini demikian
kerana setiap pemimpin ini telah memainkan peranan yang penting dan mempunyai
tanggungjawab masing-masing bagi memastikan segala urusan dalam persatuan dapat
berjalan dengan lancar dan sempurna.
Refleksi 3
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan
tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang
telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini
adalah “Perlembagaan Pertubuhan”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya telah
memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan yang biasanya dikenali
sebagai peraturan merupakan sesuatu perkara yang wajib diwujudkan dan dititikberatkan di
setiap persatuan yang telah ditubuhkan. Melalui tugasan ini, saya telah berpeluang untuk
mengenali dan memahami secara lebih mendalam lagi tentang perlembagaan Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia. Merujuk kepada subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-
persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta
Kerajaan Malaysia jilid 42, No.11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh
1998, perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia termasuklah 15 perkara,
antaranya adalah nama dan alamat persatuan, matlamat, objektif, keahlian, guru penasihat,
ahli jawatankuasa, bidang tugas ahli jawatankuasa, bahagian kewangan, penyertaan,
aktiviti, peraturan-peraturan, pindaan perlembagaan, perbubaran persatuan, tindakan
disiplin serta hal-hal lain.
Selain itu, saya juga mendapat tahu bahawa terdapat juga beberapa perkara lain
yang turut boleh dimasukkan dalam perlembagaan persaturan. Antaranya termasuklah
lencana atau logo persatuan, cogan kata, tugas persuratan di peringkat institusi pendidikan,
cawangan, daerah, negeri dan cawangan, pendaftaran persatuan serta jawatankuasa kecil.
Tugasan ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa perlembagaan
sebenarnya merupakan satu elemen yang tidak boleh dikurangkan atau diabaikan dalam
proses menubuhkan sesuatu persatuan. Hal ini demikian kerana dengan adanya
perlembagaan atau peraturan yang telah dirancang dan ditetapkan, maka setiap orang ahli
dalam persatuan tersebut perlulah mematuhinya. Setiap urusan pentadbiran juga perlu
dilaksanakan berdasarkan kepada perlembagaan tersebut. Hal ini secara tidak langsung
dapat memastikan segala urusan dalam sesebuah persatuan dapat berjalan dengan lancar
dan teratur. Dengan ini juga, setiap ahli persatuan dapat dilatih untuk menjadi ahli yang
berdisiplin.
Refleksi 4
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan
tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang
telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini
adalah “Pengurusan dan Pentadbiran”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya telah
memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.
Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari tentang visi, misi serta motto Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia. Visi persatuan ini adalah “Untuk dikenali sebagai organisasi
kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”, misinya pula
adalah “Berkhidmat kepada golongan yang memerlukannya dengan berkesan” manakala
motto bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ““Inter arma carita” (di dalam
peperangan ada kebajikan) dan “PerHumanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju
keamanan)”.
Di samping itu, saya juga mempelajari tentang beberapa pelan strategik yang
berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti teras persatuan. Antara aktiviti-aktivit teras persatuan
termasuklah promosi prinsip-prinsip asas pergerakan dan nilai-nilai kemansiaan,
pengurusan bencana, perkhidmatan ambulans, kesihatan dan penjagaan dalam masyarakat
dan latihan pertolongan cemas.
Tambahan pula, sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini, saya juga boleh
mengetahui secara lebih mendalam tentang pembangunan organisasi bagi Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia, Institut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah ditubuhkan
di sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT), serta Belia Persatuan.
Segala pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia ini sememangnya amat berguna kepada saya. Hal ini demikian
kerana dengan adanya pengetahuan ini, saya dapat menguruskan Persatuan Bulan Sabit
Merah di sekolah secara lebih lancar dan teratur sekiranya saya diberi peluang untuk
menjadi guru penasihat bagi persatuan ini pada masa akan datang.