refleksi

2
1.1 Refleksi P&P Yang Lalu Semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dijalankan, didapati murid-murid prasekolah masih lemah dalam menguasai kemahiran meyebut huruf vokal. Guru mencuba mengajar dengan pelbagai kaedah namum keberkesanan murid-murid ini untuk menguasai kemahiran menyebut huruf vokal tidak mencapai objektif yang dirancang. Guru menekankan kaedah latih tubi sebutan secara tradisional namun tidak mencapai matlamat. Guru meneruskan pengajaran menggunakan lembaran bacaan untuk menjadikan murid-murid prasekolah lebih mengingat apa yang dipelajari. Namum masih lagi gagal untuk menjadikan murid-murid prasekolah ini menguasai kemahiran ini. Guru menilai kemenjadian murid-murid ini dari aspek perkembangan lain. Didapati kanak-kanak ini amat lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran. Guru seringkali mengalami kerumitan untuk menyelesaikan masalah mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Guru mengajar murid-murid yang lain dengan cepat namun murid-murid yang mengalami masalah ini sukar untuk menguasai kemahiran yang dikuasai oleh guru.

description

refleksi

Transcript of refleksi

1.1Refleksi P&P Yang Lalu

Semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dijalankan, didapati murid-murid prasekolah masih lemah dalam menguasai kemahiran meyebut huruf vokal. Guru mencuba mengajar dengan pelbagai kaedah namum keberkesanan murid-murid ini untuk menguasai kemahiran menyebut huruf vokal tidak mencapai objektif yang dirancang. Guru menekankan kaedah latih tubi sebutan secara tradisional namun tidak mencapai matlamat.

Guru meneruskan pengajaran menggunakan lembaran bacaan untuk menjadikan murid-murid prasekolah lebih mengingat apa yang dipelajari. Namum masih lagi gagal untuk menjadikan murid-murid prasekolah ini menguasai kemahiran ini. Guru menilai kemenjadian murid-murid ini dari aspek perkembangan lain. Didapati kanak-kanak ini amat lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran. Guru seringkali mengalami kerumitan untuk menyelesaikan masalah mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Guru mengajar murid-murid yang lain dengan cepat namun murid-murid yang mengalami masalah ini sukar untuk menguasai kemahiran yang dikuasai oleh guru.

Guru sering kali mengalami masalah kurang maklum balas daripada murid-murid ini. Guru terpaksa merancang masa yang panjang untuk menjalankan Pdp kepada murid-murid ini. Akibatnya, kanak-kanak yang berjaya menguasai kemahiran diajar akan kurang perhatian. Ini kerana memberikan tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang lemah ini. Tumpuan yang lebih kepada murid-murid ini, aktiviti pengukuhan kepada kanak-kanak yang lain tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Daya ingatan murid-murid ini lemah untuk mengingat huruf vokal dengan baik. Murid-murid ini kerap kali melakukan kesilapan menyebut huruf vokal dengan baik. Sejajar dengan itu, ada kalanya murid-murid ini malu dengan rakan mereka untuk menyebut huruf vokal kerana bimbang sebutan mereka salah. Ini juga menyebabkan mereka menjadi lebih pasif dan menyendiri. Murid-murid ini tidak mahu melibatkan diri dalam sesi pembelajaran secara aktif. Akibatnya mereka sentiasa ketinggalan dalam pembelajaran. Kemahuan untuk meneruskan kemahiran yang lain juga menjadi rendah.