REFLEKSI

3
REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek WAJ 3105 Literasi Nombor ini. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Pn.Hasmaja Shamsudin, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar- benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk yang telah dipelajari pada semester yang lepas dalam subjek Major saya iaitu Bahasa Melayu. Tajuk tersebut ialah berkaitan pelaksanaan kertas kerja dan pembinaan brosur. Jadi, sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menyiapkan kertas kerja serta mendapatkan contoh brosur dan aktiviti yang ingin dijalankan walaupun banyak maklumat boleh didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Begitu juga dengan pencarian peta lokasi serta jumlah perbelanjaan.. Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya, tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya mengaplikasikan aktiviti berkaitan literasi nombor semasa lawatan. Apa yang lebih penting di sini, saya telah banyak menghabiskan masa diperpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis, membanding, mencari peta lokasi dan memapar data 16

description

rrf

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan

Kerja Kursus Pendek WAJ 3105 Literasi Nombor ini.

Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak

soalan tetapi setelah beberapa kali penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing

iaitu Pn.Hasmaja Shamsudin, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga

saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur

kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk yang telah dipelajari pada

semester yang lepas dalam subjek Major saya iaitu Bahasa Melayu. Tajuk tersebut ialah

berkaitan pelaksanaan kertas kerja dan pembinaan brosur. Jadi, sedikit sebanyak dapat

membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran.

Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menyiapkan kertas kerja serta

mendapatkan contoh brosur dan aktiviti yang ingin dijalankan walaupun banyak maklumat

boleh didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kajian

dan sokongan ilmiah. Begitu juga dengan pencarian peta lokasi serta jumlah perbelanjaan..

Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat.

Pada pendapat saya, tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan

difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk

melaksanakan tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya mengaplikasikan aktiviti

berkaitan literasi nombor semasa lawatan. Apa yang lebih penting di sini, saya telah banyak

menghabiskan masa diperpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu,

saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis, membanding, mencari peta lokasi

dan memapar data kajian secara tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha

mencari maklumat berkaitan melalui internet. Buktinya, saya mendapatkan pelbagai bahan

rujukan yang dikehendaki dan memudahkan lagi saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Kemahiran menganalisis, mencipta brosur, melaksanakan kertas kerja dan

merancang perbelanjaan telah saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ini dengan

menggunakannya dalam menyiapkan kertas kerja serta menyiapkan brosur ini. Melalui

pembinaan brosur, saya dapat belajar menggunakan perisian Microsoft Publisher yang

memudahkan kita melihat perjalanan program dan sebagainya. Selain itu, kertas kerja

membantu saya memahirkan diri dalam melaksanakan perancangan program, pengelolaan

aktiviti dan perancangan perbelanjaan yang sebaiknya.

16

Page 2: REFLEKSI

Walau bagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas

untuk menghasilkan penulisan laporan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan

hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh

kriteria-kriteria tugasan yang baik.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan

mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya

ialah penggunaan masa yang tidak teratur kerana terlalu biasa membuat kerja lewat malam

dan lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain. Justeru, saya

mengambil inisiatif dengan menyiapkan tugasan ini pada cuti minggu di rumah dan juga

kadang-kala menyiapkan tugasan ini pada waktu rehat dan selepas sahur. Alhamdulillah,

saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Tambahan lagi, kekurangan

bahan rujukan di perpustakaan IPGKSAH juga merupakan satu halangan kepada saya. Hal

ini terjadi kerana rakan saya daripada kelas yang lain lebih awal meminjam buku yang

terhad di perpustakaan daripada saya. Jadi, sebagai iktibarnya, saya haruslah meminjam

dengan lebih awal rujukan yang diperlukan di perpustakaan bagi mengelakkan masalah ini

daripada terus berlaku. Lebih-lebih lagi, masalah internet di kolej kediaman masih lagi tiada

jalan penyelesaiannya. Walaupun pelbagai rungutan dan sesi bersemuka telah dijalankan

dengan pihak atasan sebelum ini, namun masih tiada jalan penyelesaiannya. Bagi

mengatasi masalah ini, mengambil jalan alternatif dengan berkongsi rangkaian internet di

rumah sewa senior bagi memudahkan saya mendapatkan maklumat yang sebanyak

mungkin.

Melalui tugasan Kerja Kursus Pendek ( KKP) ini, banyak kebaikan dan manfaat yang

saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya, ialah saya dapat belajar mencipta brosur

serta kertas kerja dan pengurusan perbelanjaan serta melaksanakan aktiviti berkaitan

matematikal dengan sebaiknya. Melalui kemahiran yang saya pelajari semasa menjalankan

kerja kursus pendek ini sedikit sebanyak dapat membantu saya semasa menjadi guru kelak.

Pelaksanaan kertas kerja juga membantu saya memahirkan diri dalam pengurusan aktivtii

dan mematangkan saya untuk menguruskan anak-anak murid saya di masa hadapan kelak.

Hal ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telah pun mencapai

matlamatnya yang tersendiri. Sebagai buktinya, Alhamdulillah saya telah dapat

menyiapakan tugasan yang merangkumi kriteria-kriteria yang dikehendaki.

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang

baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini

dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini

juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Sekian, terima kasih.

17