REFLEKSI

2
REFLEKSI Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah persatuan, seperti Persatuan Rekreasi, Persatuan Alam Sekitar, Persatuan Kembara Lagi, dan sebagainya. Rekreasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang guru. Ini disebabkan, profession guru dikatakan sebagai satu profession yang sress. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang guru itu untuk berrekreasi. Kelas saya telah mengambil keputusan untuk menubukan sebuah Persatuan Rekreasi. Setiap pasangan dikehendaki menubuhkan sebuah persatuan rekreasi yang mengandungi nama, logo, keterangan logo, perlembagaan, kewangan, keahlian, dan sebagainya. Ini merupakan Tugasan 1 kerja kursus kami. Tugasan ini teah memberi banyak manfaat kepada kami yang bakal menjadi guru dan akan mengendalikan persatuan di sekolah nanti. Tidak dapat dinafikan bahawa proses penubuhan persatuan ini telah banyak memberi info-info dan ilmu pengetahuan yang baru. Ini kerana, kami telah mencari maklumat dari banyak sumber termasuk buku-buku di perpustakaan. Kami telah banyak membuat bacaan tentang penubuhan sebuah persatuan dan peraturan- peraturan penubuhan tersebut. Kami juga dikehendaki menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi persatuan tersebut. Ini telah memberi kesedaran kepada kami tentang skop-skop tugas tersebut dan juga kepentingan seseorang ahli jawatankuasa dalam sebuah persatuan. Ini disebabkan, ahli jawatankuasa harus memainkan peranan mereka dalam sesebuah persatuan untuk memastikan persatuan itu sentiasa aktif dan boleh memanfaatkan para ahli persatuan. Sudah terang lagi bersuluh, badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta. Selain ilmu akademik, guru pelatih juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial. Dalam persatuan ini, guru pelatih telah diberi pengetahuan tentang cara-cara membuat perlembagaan persatuan dan mengendalikan sebuah perjumpaan untuk mengambil keputusan. Pengetahuan dan pengalaman ini tidak dapat ditimba daripada buku teks. Sebagai insan yang sempurna guru pelatih tidak boleh bergantung pada pencapaian akademik sahaja. Pengalaman dan kemahiran ini dapat mematangkan fikiran guru pelatih itu. Kami juga didedahkan kepada cara- cara membuat minit mesyuarat. Ini disebabkan, di sekolah nanti, guru-guru akan diberi tuagasan seperti menyiapkan minit mesyuarat. Dengan mengetahui cara- caranya, kami dapat menyiapakan tugasan di skeolah dengan mudah.

description

Persatuan

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam

pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk 

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis

kokurikulum yang mustahak ialah persatuan, seperti Persatuan Rekreasi, Persatuan Alam

Sekitar, Persatuan Kembara Lagi, dan sebagainya. Rekreasi memainkan peranan penting

dalam kehidupan seseorang guru. Ini disebabkan, profession guru dikatakan sebagai satu

profession yang sress. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang guru itu untuk berrekreasi.

Kelas saya telah mengambil keputusan untuk menubukan sebuah Persatuan Rekreasi. Setiap

pasangan dikehendaki menubuhkan sebuah persatuan rekreasi yang mengandungi nama, logo,

keterangan logo, perlembagaan, kewangan, keahlian, dan sebagainya. Ini merupakan Tugasan

1 kerja kursus kami. Tugasan ini teah memberi banyak manfaat kepada kami yang bakal

menjadi guru dan akan mengendalikan persatuan di sekolah nanti.

Tidak dapat dinafikan bahawa proses penubuhan persatuan ini telah banyak memberi

info-info dan ilmu pengetahuan yang baru. Ini kerana, kami telah mencari maklumat dari banyak

sumber termasuk buku-buku di perpustakaan. Kami telah banyak membuat bacaan tentang

penubuhan sebuah persatuan dan peraturan-peraturan penubuhan tersebut. Kami juga

dikehendaki menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi persatuan tersebut. Ini telah memberi

kesedaran kepada kami tentang skop-skop tugas tersebut dan juga kepentingan seseorang ahli

jawatankuasa dalam sebuah persatuan. Ini disebabkan, ahli jawatankuasa harus memainkan

peranan mereka dalam sesebuah persatuan untuk memastikan persatuan itu sentiasa aktif dan

boleh memanfaatkan para ahli persatuan.

Sudah terang lagi bersuluh,  badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan

dan kemahiran dalam kalangan peserta.  Selain ilmu akademik, guru pelatih juga perlu

melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial. Dalam persatuan ini, guru pelatih

telah diberi pengetahuan tentang cara-cara membuat perlembagaan persatuan dan

mengendalikan sebuah perjumpaan untuk mengambil keputusan. Pengetahuan dan

pengalaman ini tidak dapat ditimba daripada buku teks. Sebagai insan yang sempurna guru

pelatih tidak boleh  bergantung pada pencapaian akademik sahaja. Pengalaman  dan

kemahiran  ini dapat mematangkan fikiran guru pelatih itu. Kami juga didedahkan kepada cara-

cara membuat minit mesyuarat. Ini disebabkan, di sekolah nanti, guru-guru akan diberi

tuagasan seperti menyiapkan minit mesyuarat. Dengan mengetahui cara-caranya, kami dapat

menyiapakan tugasan di skeolah dengan mudah.

Page 2: REFLEKSI

Ko-kurikulum- Persatuan juga dapat mewujudkan kerjasama antara guru pelatih yang

berlainan bangsa. Semasa menjalankan kegiatan, guru pelatih yang berlainan bangsa dapat

bertoleransi,  tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Anggota persatuan berpeluang berinteraksi

dengan anggota dari institut lain bahkan negeri lain sehingga terjalinlah hubungan mesra antara

generasi muda yang berbeza latar belakang. Contohnya aktiviti ke Santuari Penyu yang bakal

diadakan pada bulan Oktober ini sudah tentu akan membolehkan guru pelatih menjalinkan

hubungan dengan ahli persatuan dan sudah tentunya ia menjadi satu medium yang efektif

untuk berkomunikasi dan mengeratkan lagi perhubungan mereka.

Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada kami tentang pentingnya sebuah

oranisasi. Organisasi yang betul dan ahli jawatankuasa yang berkaliber akan sentiasa

berganding bahu membuat kerja untuk memastikan kejayaan program. Di sekolah nanti, kami

akan diberi tugas untuk mengendalikan sesebuah organisasi. Oleh itu, kami harus mengetahui

skop-skop kerja. Kami juga sedar bahawa tugas seorang guru bukan sahaja untuk mengajar

tetapi, harus melibatkan diri dalam pelbahai aktivit yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun

anjuran masyarakat setempat. Penglibatan secara aktif boleh direalisasikan hanya dengan

mengetahui tanggungjawab mereka.

Namun, salah satu perkara yang saya berasa kekurangan sepanjang tugasan ini ialah

semasa membuat keputusan untuk aktiviti-aktiviti persatuan. Kami telah menyenaraikan

pelbagai cadangan. Disebabkan, ahli kelas saya enggan meembelanjakan kos yang tinggi, kami

dikehendaki mengundi balik untuk membut keputusan. Selain itu, kami juga menghadai

masalah dalam menyiapakan tuagasan ini kerana, kami kurang faham tentang perlembagaan

persatuan. Ini kerana kami eranggap bahawa perlembagaan adalah peraturan-peraturan yang

harus ahli-ahli persatuan mematuhi. Akan tetapi, pensyarah kami telah menerangkan

perlembagaan persatuan dan telah memberi bimbingan kepda kami.

Secara tuntasnya, kegiatan persatuan berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti,

iaitu berdisiplin, beramanah, berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta

bersemangat kental dan waja diri . Untuk mencapai pembangunan fizikal dan mental negara,

generasi yang berjati diri dan berwawasan merupakan  elemen yang tidak ternilai seperti

peribahasa “pemuda harapan bangsa, pemudi srikandi negara”.