Refleksi (Arca)

3
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya, Alice Chua Pei Ling, pelajar dari unit 4 PISMP Pendidikan Seni Visual 1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan amali subjek Pendidikan Seni Visual. Dalam sepanjang tempoh menyiapkan tugasan tersebut, saya telah menghadapi kekangan dari segi pengurusan masa, sumber informasi dan kewangan. Walaupun sibuk dengan tugasan projek dari subjek yang berlainan, saya terpaksa meluangkan masa menghasilkan karya kraf 3D yang menggabungkan bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional dan juga penyediaan folio supaya dapat menepati kehendak soalan tugasan. Sesungguhnya, tugasan ini benar-benar membantu saya dalam pembelajaran kerana melalui tugasan amali ini, saya dapat melaksanakan aktiviti penerokaan serta menjana idea dengan penggunaan alat, media dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya kraf 3D. Saya berasa amat gembira kerana dapat lebih mengetahui tentang bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional yang terkandung dalam Pendidikan Seni. Saya turut berpeluang menghayati dan lebih mengenali terhadap kraf tradisional yang wujud di Malaysia. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Dengan ini, saya telah menghasilkan karya yang bertajuk Mysticfall Basket dengan gabungan alat domestik dan anyaman kertas. Karya 3D dihasilkan dengan kemas mengikut

description

psv refleksi

Transcript of Refleksi (Arca)

Page 1: Refleksi (Arca)

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya, Alice Chua Pei Ling,

pelajar dari unit 4 PISMP Pendidikan Seni Visual 1 ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada

saya untuk menyiapkan tugasan amali subjek Pendidikan Seni Visual. Dalam

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan tersebut, saya telah menghadapi

kekangan dari segi pengurusan masa, sumber informasi dan kewangan.

Walaupun sibuk dengan tugasan projek dari subjek yang berlainan, saya

terpaksa meluangkan masa menghasilkan karya kraf 3D yang

menggabungkan bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal

Kraf Tradisional dan juga penyediaan folio supaya dapat menepati kehendak

soalan tugasan.

Sesungguhnya, tugasan ini benar-benar membantu saya dalam

pembelajaran kerana melalui tugasan amali ini, saya dapat melaksanakan

aktiviti penerokaan serta menjana idea dengan penggunaan alat, media dan

teknik yang sesuai dalam penghasilan karya kraf 3D. Saya berasa amat

gembira kerana dapat lebih mengetahui tentang bidang Membentuk dan

Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional yang terkandung dalam

Pendidikan Seni. Saya turut berpeluang menghayati dan lebih mengenali

terhadap kraf tradisional yang wujud di Malaysia. Kreativiti dan kehalusan

seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini.

Dengan ini, saya telah menghasilkan karya yang bertajuk Mysticfall

Basket dengan gabungan alat domestik dan anyaman kertas. Karya 3D

dihasilkan dengan kemas mengikut kreativiti sendiri. Penerokaan penggunaan

bahan untuk menghasilkan karya ini adalah penting kerana ia dapat

meningkatkan kualiti karya yang ingin dihasilkan. Walaupun proses

perkembangan penghasilan karya kraf 3D mengambil masa yang agak

panjang, tetapi saya amat menghargai setiap detik masa dalam menyiapkan

kerja amali ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses ini memerlukan

kesabaran yang amat tinggi supaya dapat menyiapkan kerja amali dalam

tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, saya telah memilih warna semulajadi seperti hijau, choco,

dan merah untuk menghasilkan arca ini. Warna merah dapat menjadikan

Page 2: Refleksi (Arca)

kontra untuk karya kraf 3D supaya ia dapat kelihatan lebih menarik. Terdapat

lima saiz yang berbeza bagi anyaman bakul telah dihasilkan bagi

menunjukkan kepelbagaian serta kecantikkan dan keunikkan arca ini. Tapak

anyaman bakul turut mempunyai ketinggian yang berlainan supaya susunan

anyaman bakul lebih jelas antara satu sama lain. Susunan yang menarik turut

dapat dihasilkan.

Tambahan pula, saya juga belajar untuk mendisiplinkan diri sepanjang

tempoh ini. Saya perlu merancang masa mengikut jadual harian dengan

teratur dan rasional untuk menyiapkan tugasan amali ini supaya tidak

membazirkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan adanya

perancangan dan persediaan yang secukupnya, saya berjaya menghantar

tugasan amali ini tepat pada masanya. Pengorbanan dalam semua aspek ini

banyak mematangkan saya serta mampu menggunakan daya pemikiran pada

tahap yang paling tinggi semasa membuat sesuatu perkara.

Secara kesimpulannya, walaupun saya menghadapi banyak kesukaran

dan rintangan ketika menjalankan tugasan amali ini tetapi saya berasa amat

bangga kerana diberi peluang untuk menjalankan tugasan yang begitu

mencabar dan bermakna bagi saya. Pengalaman serta pengetahuan dalam

menyiapkan tugasan amali ini amat memanfaatkan saya.