Refleksi Athletic Kids Valar
-
Upload
valar-mathi -
Category
Documents
-
view
37 -
download
5
description
Transcript of Refleksi Athletic Kids Valar
Refleksi Progran Sukan Athletic KidsTahunan 2014
Pada 19 Mac 2014, hari Rabu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Darulaman telah memperkenalkan dan berjaya melaksanakan satu program yang
terbaru iaitu Sukan Athletic Kids yang dikenali sebagai IAAF KIDS ATHLETIC.
Program ini telah dikendalikan oleh kami sebagai pelajar-pelajar PISMP Semester 5
dan merupakan projek bagi subjek GERKO Olahraga (WAJ 3112) kami. Untuk
memudahkan kerja, setiap kelas diberikan satu jawatankuasa dan keseluruhannya
terdapat enam belas kelas bagi kursus PISMP Ambilan Januari 2012. Bagi kelas
saya, iaitu PISMP PSV/BM/PJ 2, kami diberikan Jawatankuasa Pertandingan.
Walaubagaimanapun, AJK induk juga membahagikan beberapa jawatakuasa bagi
setiap kelas dan membuat satu jadual senarai nama yang lengkap.
Program ini merupakan satu anjakan baru bagi memperkasakan semangat
kesukanan yang kreatif dan inovatif bagi kanak-kanak dan menarik perhatian untuk
melibatkan diri dalam sukan ini.Sukan ini meliputi sepuluh jenis permainan kecil
berkumpulan iaitu “8” Endurance Race,Formula one,Cross Hopping, Ladder
Running, Pole Long Jumping “Bends Formula” : Sprint/Hurdles Running, Rotational
Throwing, Overhead Backward Throwing, Sprint/Hurdles Shutter Relay, dan Kids
Javelin Throwing. Kesemua pemainan ini menekankan sifat kerjasama kerana perlu
mempunyai “teamwork” semasa bermain.Walaupun kami tidak mempunyai
pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan program ini kerana sebelum
ini kakak-kakak dan abang-abang kami pernah mengendalikan Kejohanan Olahraga
Tahunan sahaja yang dikenali sebagai KOT.
Walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang program ini,kami
tetap menganjurkan dengan bantuan Pn.Choong dan pensyarah lain.Pn.Choong
telah mengadakan kursus Athletic Kids selan dua hari bagi memberi keterangan
lanjut terhdapa program ini dan menunjukkan beberapa video klip pelaksanaan yang
diambil di luar negara.Kami berasa terharu dan ingin melaksanakan program ini
dengan lancar.Kami juga membuat semua peralatan yang diperlukan secara kreatif
dengan menggunakan bahan terbuang seperti plastik,kotak, botol ,dan
sebagainya.Penyediaan peralatan ini dapat mencungkil minda kreativiti dan inovasi
dalam diri kami.
Saya selaku Ahli Jawatankuasa peralatan bangga membuat kesemua
peralatan ini dengan kerjasama ahli jawatankuasa peralatan lain dengan minda
inovatif menggunakan bahan terbuang terutama bahan kotak untuk membuat karpet
permainan “Cross Hopping”.
Ahli jawatankuasa peralatan juga dibahagikan dengan mengikut kesemua
permainan bagi membuat semua peralatan yang diperlukan.Seterusnya kami juga
dikehendaki membuat penambahbaikan dalam pembuatan peralatan kerana
terdapat segelintir peralatan tidak kukuh dan mudah rosak jika ditimpa sebarang
bencana seperti hujan.Selain itu, saya juga merupakan salah seorang peserta dalam
pertandingan “Atheletic Kids” ini. Walaupun saya tidak mempunyai sebarang
pengalaman bermain permainan ini namun, saya tetap berusaha untuk mempelajari
kesemua taktik yang digunakan dalam permainan ini.Ahli kumpulan saya juga
memebri kerjasama dan sokongan penuh semasa bermain.Pada hari pertandingan
kami dikehendaki berkumpul di Astaka IPG Kampus Darulaman, pada pukul 2.00
1
43
2
tengahari.Seterusnya, kami membuat senam seni yang dikendalikan oleh kelas
Pendidikan khas 2.Seterusnya, bermulalah pertandingan “Athletic Kids” dengan satu
hebahan yang meriah . Kami semua bermain mengikut kelas masing-masing dengan
pergi ke stesen yang disediakan.Walaupun saya berasa letih,saya tidak berputus
asa dan menyambung semua permainan.Antara permainan ini saya serta ahli
kumpulan saya berasa letih dalam permainan “Endurance” kerana kami tidak
mampu berlari selama 8 minit. Namun begitu,saya serta ahli kumpulan saya tetap
tidah berhenti dan menghabiskan beberapa pusingan yang kami mampu berlarinya.
Setelah beberapa miniit sesi pertama pun tamat diteruskan dengan sesi kedua.Skor
pun dicatat di papan skor yang disediakan oleh AJK Urusetia. Akhirnya,pertandingan
pun tamat. Pemenang pun diumumkan.Dalam permainan ini, saya suka permainan
“Pole Long Jumping” kerana perlu meletakkan sasaran yang tinggi bukan sahaja
dalam permainan dan juga
dalam kehidupan untuk
menuju kejayaan.
Kelebihan dan Kelemahan juga turut dimuncul dalam pelaksanaan
pertandingan ini. Kelebihannya adalah kami semua bertuah mengendalikan
pertandingan ini kerana program ini mampu menarik perhatian kanak-kanak dan
dapat meningkatkan sifat kesukana tinggi.Seterusnya,sebagai bakal guru kami juga
perlu mempunyai sifat inovatif dan kreatif dalam diri supaya melahirkan pelajar yang
berbakat tinggi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya,
dengan kekurangan yang terdapat adalah aspek kerjasama yang kurang meletihkan
lagi peserta lain.Misalnya terdapat orang yang tidak hadir ke program ini walaupun
mereka mempunyai tugasan pada hari tersebut.Oleh sebab orang lain terpaksa
menggantikan mereka walaupun mereka berasa letih dengan bermaian permainan
tadi. Cuaca panas terik juga merupakan kekurangan bagi program ini menjadikan
segelintir peserta berasa pengsan dan tidak dapat bermain seterusnya malah
menjadi punca bagi kumpulan tersebut kalah.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah pertandingan boleh
dilaksanakan pada waktu yang sesuai supaya tidak menjadikan pelajar berasa letih
dan mengalami sebarang kecelakaan.Selain itu,saya juga meminta semua orang
agar memberi kerjasama penuh jika program seperti ini dilaksanakan secara
berkumpulan kerana “Teamwork can buliding a World”.Mereka perlu mempunyai
kesedaran terhadap hal ini,walaupun berasa letih biarlah letih bersama-sama.
Kesimpulannya, Program Athletic Kids ini memberikan pengalaman yang
tidak terhingga untuk diri saya. Saya dapat merasai bagaimana mengendalikan satu
projek berunsurkan kesukanan dan pengalaman ini dapat saya bawa semasa saya
bertugas sebagai seorang guru pada masa akan datang nanti. Saya berasa
bersyukur dapat menjayakan program ini dengan kerjasama yang penuuh daripada
rakn-rakan saya walaupun semester ini merupakan semester yang paling kami sibuk
dengan program-program dan kerja kursus serta kesuntukan masa.
Sekian, terima kasih.