Refleksi Big

7
SHARVIN DEVI A/P MOHAN RAW 950330-07-5662 PISMP SEM 1 TESL(SK) REFLEKSI Saya sebagai salah seorang guru pelatih PISMP semester 1, IPG Tun Hussein Onn telah menyertai kem Bina Insan Guru selama 4 hari iaitu mulai 30 September hingga 3 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti yang berkesan telah dilaksanakan dalam kem BIG ini. Antaranya ialah aktiviti keyakinan dalam air, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti kembara, berakit, sesi moral, senaman pagi dan malam kreativiti. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti - aktiviti tersebut. Aktiviti keyakinan dalam air yang dilaksanakan pada hari pertama telah membantu saya untuk mengetahui cara-cara berenang dalam air. Saya juga dapat memberanikan dan menyesuaikan diri saya dalam air. Dalam air, saya juga menghadapi beberapa kesukaran kerana saya tidak pandai berenang. Ombak yang kuat telah menghalang pergerakan saya untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Setelah dipukul ombak beberapa kali, saya berasa letih dan putus asa. Namun, berkat pertolongan, dorongan dan sokongan kawan-kawan serta fasilitator, akhirnya saya kembali bersemangat. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang sangat berfaedah untuk kami terokai sebagai satu langkah untuk menjadikan kami lebih berani dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Semasa menjalankan aktiviti ini saya berasa sungguh gembira dan ia

description

pismp sem 1

Transcript of Refleksi Big

SHARVIN DEVI A/P MOHAN RAW950330-07-5662PISMP SEM 1 TESL(SK)

REFLEKSISaya sebagai salah seorang guru pelatih PISMP semester 1, IPG Tun Hussein Onn telah menyertai kem Bina Insan Guru selama 4 hari iaitu mulai 30 September hingga 3 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti yang berkesan telah dilaksanakan dalam kem BIG ini. Antaranya ialah aktiviti keyakinan dalam air, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti kembara, berakit, sesi moral, senaman pagi dan malam kreativiti. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti - aktiviti tersebut.Aktiviti keyakinan dalam air yang dilaksanakan pada hari pertama telah membantu saya untuk mengetahui cara-cara berenang dalam air. Saya juga dapat memberanikan dan menyesuaikan diri saya dalam air. Dalam air, saya juga menghadapi beberapa kesukaran kerana saya tidak pandai berenang. Ombak yang kuat telah menghalang pergerakan saya untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Setelah dipukul ombak beberapa kali, saya berasa letih dan putus asa. Namun, berkat pertolongan, dorongan dan sokongan kawan-kawan serta fasilitator, akhirnya saya kembali bersemangat. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang sangat berfaedah untuk kami terokai sebagai satu langkah untuk menjadikan kami lebih berani dan mempunyai dayaketahanan fizikal dan mental yang kuat. Semasa menjalankan aktiviti ini saya berasa sungguh gembira dan ia juga meningkatkan keyakinan diri saya. Jadi, selepas BIG ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara.Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh saya ialah aktiviti kembara. Saya sangat gembira kerana saya dapat menghadiri program Bina Insan Guru ini. Aktiviti kembara iaitu aktiviti mendaki gunung dilakukan pada pagi hari kedua. Aktiviti ini amat menarik dan seronok. Kami juga diberi dua tugasan untuk diselesaikan sepanjang kami berada di gunung iaitu melukis peta perjalanan dan mengenalpasti beberapa bentuk daun yang terdapat dalam perjalanan. Semasa aktiviti kembara, kami dibekalkan dengan beberapa bahan seperti tin sardin, beras, telur, bawang merah, air masak dan sebagainya. Kami telah melakukan aktiviti memasak bersama kumpulan semasa di hutan. Aktiviti ini telah memberikan pengalaman yang baru kepada saya kerana itulah kali pertama saya memasak di suasana hutan. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan juga kumpulan yang lain. Hal ini kerana aktiviti kembara ini merupakan aktiviti kumpulan dan setiap ahli kumpulan berganding bahu dan berkongsi idea. Seterusnya ialah aktiviti latihan dalam kumpukan (LDK). Terdapat 3 slot LDK. Melalui aktiviti LDK, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru. Aktiviti ini membolehkan kami menyedari akan kepentingan kerjasama antara kawan-kawan dan kegigihan untuk melakukan sesuatu perkara. Melalui aktiviti LDK ini, saya dapat meningkatkan semangat patriotik dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia adalah golongan yang hidup berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berakit. Saya berasa sangat gembira kerana saya mendapat pengalaman berakit di dalam laut. Cuaca dan keadaan pada hari itu juga sungguh baik dan ini telah membantu aktiviti berakit ini dilaksanakan dengan sempurna dan baik. Saya berasa syukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana saya telah mempunyai pengalaman berakit, dan mendapat pengetahuan tentang cara mengawal keseimbangan rakit dan teknik mengikat rakit. Aktiviti ini juga menjadikan saya lebih berani dalam menempuh cabaran dan menambahkan keyakinan diri saya. Selepas aktiviti ini, saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak mengalah kalah sehingga kita mencuba dengan sedaya upaya. Walaupun kami tidak pernah membina rakit sebelum ini, tetapi kami berani mencuba dan berjaya berakit di laut.Aktiviti sentril juga dikendalikan oleh kami semua mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh ketua sentril. Pada mulanya sentril ini menyebabkan kami berasa letih. Sentril ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pelatih perempuan bagi mengawasi tapak perkhemahan perempuan dan pelatih lelaki perlu mengawasi tapak perkhemahan lelaki. Perempuan perlu mengawasi 2 tempat iaitu tapak perkhemahan perempuan dan tempat memasak. Manakala lelaki perlu mengawasi tapak perkhemahan lelaki dan dewan terbuka. Kami bergilir- gilir membuat sentril malam. Pada mulanya kami berasa takut dan letih semasa membuat sentril ini, tetapi pada hari seterusnya ia menyeronokkan kerana dapat berbual dengan rakan-rakan lain dan dapat menghayati keindahan laut pada malam tersebut. Saya juga sedar bahawa kita haruslah bertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita sama seperti bagaimana kami menguruskan masa untuk berjaga malam kerana ia merupakan suatu amanah untuk menjaga keselamatan rakan-rakan kami. Sebelum majilis penutupan, malam kreativiti dilaksanakan. Malam kreativiti ini diadakan pada hari ketiga. Semua guru pelatih perlu melibatkan diri dalam persembahan tersebut. Melalui aktiviti ini, saya telah memperolehi pengalaman yang amat bagus dan bermakna untuk saya. Saya berasa amat terhibur dengan persembahan kumpulan- kumpulan lain. Saya berasa seronok sekali dengan aktiviti malam kreativiti ini. Saya juga amat kagum dengan bakat-bakat yang ada pada rakan-rakan lain. Program ini amat bermakna bagi mencungkilkan bakat-bakat yang terpendam dalam diri guru pelatih seperti bakat menyayi, menari dan berlakon. Jadi, saya berpendapat bahawa BIG membolehkan setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak perasan selama ini dan dari situlah seseorang itu akan berusaha untuk mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing.Secara keseluruhannya, kem BIG Ini merupakan salah program yang baik yang mampu membina seseorang insan guru yang unggul dan sempurna dari segi JERIS iaitu emosi, jasmani, intelek, rohani dan sosial. Saya berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan program BIG ini kerana program ini dapat dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Saya juga berharap bahawa ilmu yang saya peroleh dalam aktiviti ini akan membantu saya pada masa hadapan. Saya juga amat berminat untuk menyertai kem Bina Insan Guru fasa 2 pada semester hadapan.

LocationFrequency

Klang Valley92.9FM

Alor Setar92.8FM

Penang92.8FM

Ipoh92.7FM

Seremban95.0FM

Melaka93.0FM

Johor/JB97.6FM

Taiping93.6FM

Kuantan93.2FM

Kuala Terengganu94.8FM

Kota Bahru92.8FM

Kuching95.3FM

Kota Kinabalu100.8FM

Langkawi92.4FM

Miri105.8FM