Refleksi big aq

3
Refleksi Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Bina Insan Guru, (BIG) Fasa IV yang diadakan pada 23 September 2013 berjaya dilaksanakan. BIG pada semester ini berkisarkan lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I (SKSS I). Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2012. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fadzil B. Baharudin selaku Tutor Unit Sains 2 atas bimbingan dan galakan semangat yang diberikan kepada kami sebagai bakal guru yang akan menggalas tanggungjawab besar di sekolah nanti. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah ditujukan kepada ahli jawatankuasa yang bergembleng tenaga dalam menjayakan program BIG ini. Jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran serta warga Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I atas kesudian menerima kunjungan kami ke sana. Ketibaan kami di SKSS I disambut mesra oleh pihak sekolah. Sepanjang sesi lawatan, kami diperkenalkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan SKSS I. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920 dengan nama Kelas Bahasa Inggeris. Pada tahun 1938, sekolah tersebut diberi nama sebagai Sultan Sulaiman English School. SKSS I telah menempa nama sebagai salah sebuah sekolah rendah yang tersohor di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika nama-nama besar seperti Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang merupakan Sultan Terengganu ke-16

Transcript of Refleksi big aq

Page 1: Refleksi big aq

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Bina Insan Guru,

(BIG) Fasa IV yang diadakan pada 23 September 2013 berjaya dilaksanakan. BIG

pada semester ini berkisarkan lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan

Sultan Sulaiman I (SKSS I). Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai

Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2012.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fadzil B. Baharudin selaku

Tutor Unit Sains 2 atas bimbingan dan galakan semangat yang diberikan kepada

kami sebagai bakal guru yang akan menggalas tanggungjawab besar di sekolah

nanti. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah ditujukan kepada ahli

jawatankuasa yang bergembleng tenaga dalam menjayakan program BIG ini. Jutaan

terima kasih kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran serta warga

Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I atas kesudian menerima kunjungan kami ke

sana.

Ketibaan kami di SKSS I disambut mesra oleh pihak sekolah. Sepanjang sesi

lawatan, kami diperkenalkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan SKSS I.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920 dengan nama Kelas Bahasa Inggeris. Pada

tahun 1938, sekolah tersebut diberi nama sebagai Sultan Sulaiman English School.

SKSS I telah menempa nama sebagai salah sebuah sekolah rendah yang tersohor

di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika nama-nama besar seperti Al-Wathiqu Billah,

Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

yang merupakan Sultan Terengganu ke-16 selain Heliza Helmi, seorang penyanyi

dan pelakon tanah air pernah belajar di sana.

Selain itu, kami juga dimaklumkan secara ringkas tentang pencapaian

akademik dan sukan sekolah. Menurut Penolong Kanan Pentadbiran I, Pn. Nor

Asikin Bt. Abdullah, antara kejayaan cemerlang SKSS I dalam bidang sukan ialah

apabila muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Taekwondo Jemputan Sekolah-

Sekolah Malaysia yang berlangsung pada 25 Julai 2012 yang lepas. SKSS I berjaya

meraih 10 pingat emas, 2 perak dan 10 gangsa dalam dua kategori yang

dipertandingkan. Hal ini melayakkan SKSS I mewakili Malaysia dalam Kejohanan

Taekwondo Peringkat Antarabangsa.

Page 2: Refleksi big aq

Dari segi pencapaian akademik, SKSS I menunjukkan peningkatan dalam

keputusan UPSR dari tahun ke tahun sehingga layak dinobatkan sebagai Sekolah

Berprestasi Tinggi sehingga kini. Sepanjang perkongsian, maklumat yang paling

menarik minat saya untuk mendengarnya ialah berkaitan Sekolah Berprestasi

Tinggi. Dahulu, saya faham Sekolah Berprestasi Tinggi adalah sama seperti Sekolah

Berasrama Penuh. Melalui dapatan yang diperoleh, Sekolah Berprestasi Tinggi ialah

sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah

dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang

tinggi dan cemerlang serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Hal ini

bertepatan dengan moto SKSS I iaitu Perkhidmatan Lebih Diutamakan Dari Diri

(Service Above Self).

Dalam sesi interaksi seterusnya, kami diperkenalkan dengan Pn. Masyitah Bt.

Yusuf yang merupakan satu-satunya guru cemerlang dalam bidang kaunseling yang

berada di sekolah tersebut. Saya amat kagum dengan ketokohan beliau sepanjang

berkhidmat sebagai kaunselor sekolah berdasarkan pengalaman yang diceritakan.

Beliau juga ada berpesan kepada kami bahawa jangan mengeluh dalam

melaksanakan tanggungjawab, sebaliknya buatlah yang terbaik dengan niat wang

ikhlas. Usaha gigih pasti beroleh ganjaran di sisi Allah.

Mengikuti Program BIG Fasa IV ini benar-benar memberikan suatu impak

positif kepada saya. Melaluinya, pengalaman dan pengetahuan sedia ada terhadap

dunia pendidikan dapat diperluaskan. Sebagai bakal guru, saya amat menghargai

peluang yang telah diberikan seperti ini. Sesungguhnya peneraju kecemerlangan

sesebuah sekolah terletak pada usaha dan kesepakatan para guru serta pihak

pentadbiran sekolah dalam melahirkan generasi anak muda yang terbilang.