Refleksi Big Fasa 3 Print

6
REFLEKSI DIRI NAMA : SITTI KHADIJAH BINTI BACHO KELAS : PISMP 3A Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 yang bertemakan khidmat masayarakat ini merupakan salah satu projek yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dan khususnya kelas kami menyertai Zoo Negara Service-Learning. Serta mampu meningkatkan semangat bersosial dan kebertanggungjawaban apabila melakukan aktiviti di luar bilik kuliah. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada para pelatih guru Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) khususnya untuk merasai satu pengalaman menjadi sukarelawan bersama haiwan. Maka secara tidak langsung, program ini dapat mewujudkan perasaan sayang terhadap haiwan. Malah membantu pelajar dalam mempraktikkan cara komunikasi yang betul dan meningkatkan tahap keyakinan dalam berkomunikasi dengan pihak luar dalam setiap pelajar. Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan penampilan seorang para pelatih guru untuk lebih memahami semangat kesukarelawanan di peringkat lebih global serta meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Bagi tugasan saya dalam pogram ini, saya memegang jawatan sebagai Pengeruei Program. Saya telah melantik diri saya sendiri sebagai Pengerusi Program BIG kali ini, seorang pengerusi yang akan meneraju

description

refleksi

Transcript of Refleksi Big Fasa 3 Print

Page 1: Refleksi Big Fasa 3 Print

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITTI KHADIJAH BINTI BACHO

KELAS : PISMP 3A

Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 yang bertemakan khidmat masayarakat ini

merupakan salah satu projek yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan

dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dan

khususnya kelas kami menyertai Zoo Negara Service-Learning. Serta mampu meningkatkan

semangat bersosial dan kebertanggungjawaban apabila melakukan aktiviti di luar bilik kuliah.

Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada para pelatih

guru Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) khususnya untuk merasai

satu pengalaman menjadi sukarelawan bersama haiwan. Maka secara tidak langsung, program

ini dapat mewujudkan perasaan sayang terhadap haiwan. Malah membantu pelajar dalam

mempraktikkan cara komunikasi yang betul dan meningkatkan tahap keyakinan dalam

berkomunikasi dengan pihak luar dalam setiap pelajar.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum

dan penampilan seorang para pelatih guru untuk lebih memahami semangat kesukarelawanan

di peringkat lebih global serta meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan

kebertanggungjawaban, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran

kepimpinan dan kerja berpasukan.

Bagi tugasan saya dalam pogram ini, saya memegang jawatan sebagai Pengeruei

Program. Saya telah melantik diri saya sendiri sebagai Pengerusi Program BIG kali ini, seorang

pengerusi yang akan meneraju dan memainkan peranan terhadap semua perjalanan sebelum,

semasa dan juga selepas daripada program ini. Tujuan saya melantik diri saya ialah kerana

saya merasa inilah masanya untuk saya menimba pengalaman untuk memahami cabaran tugas

pengerusi yang belum pernah lagi saya rasai dan sekali gus menggilap lagi kemahiran

kepemimpinan saya. Saya percaya bahawa tugas yang bakal dipikul oleh saya ini adalah satu

tugas yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun, saya percaya kepada diri saya bahawa

saya akan memberikan yang terbaik bagi menjayakan program pada kali ini.

Sepanjang program ini, saya dipertanggungjawabkan untuk mengawal setiap gerak

kerja yang dilakukan oleh setiap ahli jawatankuasa di bawah saya. Selain itu, saya juga

Page 2: Refleksi Big Fasa 3 Print

bertindak sebagai wakil yang akan berurusan dengan pihak Zoo Negara untuk memastikan

kelancaran program dan pada mulanya saya agak risau kerana ini merupakan kali pertama

saya berurusan dengan pihak luar. Namun, lama-kelamaan setelah mempelajari beberapa

teknik, saya kini lebih yakin untuk berhubung dengan pihak luar dan mengetahui prosedur-

prosedur yang perlu saya lakukan untuk berhubung dengan mereka.

Sebagai Pengerusi Program, saya perlu memastikan kelancaran gerak kerja bagi setiap

program dan memastikan bahawa krew-krew sentiasa mendapat bimbingan yang secukupnya

untuk menggerakkan program-program mereka. Saya tidak menafikan bahawa kepentingan

milestone dan checklist, kedua-duanya adalah sangat membantu dalam memastikan setiap

perkara yang perlu dititikberatkan oleh saya sebagai Pengerusi Program Khidmat Masyarakat

Zoo Negara. Persiapan program yang berlangsung selama lebih kurang 2 minggu sahaja. Di

dalam program ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa kepentingan untuk menguasai kemahiran

pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah sangat penting dan tidak

boleh dipandang enteng. Sepanjang lebih kurang 2 minggu membuat persiapan program, saya

mempelajari pelbagai aspek pengurusan maklumat dan kepentingan bagi saya supaya kerja

saya sentiasa teratur dan ilmu atau info yang saya dapat bukan sahaja dari apa yang saya

pelajari sendiri malah, daripada infomasi daripada pihak Zoo Negara.

Sebagai Pengerusi Program, saya perlu memastikan diri saya sentiasa siap sepenuhnya

sebelum menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. Walaupun program ini cuma

dijalankan sehari, tapi persedian, dan kawalan yang rapi sangat dititikberatkan. Sebagai contoh,

sebelum memutuskan untuk melakukan program, saya perlu berkomunikasi dengan pihak luar

seperti pihak Zoo Negara untuk bertanyakan info-info berkenaan dengan sukarelawan yang

dijalankan di Zoo Negara.

Kami memilih konsep program khidmat masyarakat yang lebih mendekatkan lagi diri

kami dengan haiwan. Hal ini kerana, pendekatan terhadap manusia seringkali diketengahkan,

walhal haiwan juga perlukan kasih sayang seorang manusia. Setelah mendapat kata putus,

kami meneruskan program ini sehingga berjaya. Perbincangan diadakan bukan sahaja dari

pihak ahli, malah juga bersama penasihat program dan banyak permasalahan yang timbul,

tetapi dapat ditangani dengan kerjasama semua ahli dan kata sepakat.

Sepanjang program dijalankan, Malahan saya juga belajar untuk berkomunikasi dengan

orang luar seperti penjaga haiwan di Zoo Negara dan bukan hanya berkomunikasi malahan

meletakkan diri sebagai salah satu ahli keluarga bagi memudahkan kami berinteraksi, dan

Page 3: Refleksi Big Fasa 3 Print

bertanyakan sebarang jenis soalan kepada mereka bagi menambah ilmu tentang haiwan-

haiwan di Zoo Negara. Ilmu yang saya dapat bukan sedikit, dan bagi saya ianya satu rahmat

yang tidak mampu diungkapkan kerana bukan mudah mendapat sesuatu ilmu dengan cara

yang lebih mendekati haiwan-haiwan dan penjaga Zoo banyak memberi tunjuk ajar kepada

saya bagaimana untuk menjinakkan mereka, memberi makan, membersihkan kandang, serta

membuat uji kaji berkaitan dengan haiwan yang terdapat di sana. Uji kaji dilakukan bagi

memastikan keadaan haiwan terjamin dan tidak mengakibatkan kepupusan mereka terutama

bagi haiwan yang diklasifikasikan sebagai haiwan semakin pupus pada abad ini. Bekerjasama

dengan pihak Zoo Negara, banyak membantu saya dalam membentuk peribadi seorang ketua,

malah banyak membantu saya dari segi komunikasi, bukan sahaja dengan manusia, iaitu pihak

Zoo Negara malah komunikasi dengan haiwan juga.

Page 4: Refleksi Big Fasa 3 Print
Page 5: Refleksi Big Fasa 3 Print