Refleksi Bumi Dan Angkasa Lepas
-
Upload
shukry-supaat -
Category
Documents
-
view
30 -
download
1
description
Transcript of Refleksi Bumi Dan Angkasa Lepas
REFLEKSI BUMI DAN ANGKASA LEPAS
(MUHAMMAD SHUKRY BIN SUPAAT)
Tugasan amali yang kami lakukan memberikan pengalaman dan pengetahuan
yang baru serta memantapkan kefahaman kami tentang topik yang telah dipelajari.
Oleh itu, saya akan melakukan refleksi ini dalam bentuk SWOT.
Kekuatan yang ada pada kumpulan saya ialah setiap ahli kumpulan memberikan
komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugasan ini. Setiap ahli kumpulan ada sifat
kebertanggungjawaban untuk memikul dan melaksanakan amanah yang diberikan.
Seterusnya, Seterusnya, perkongsian idea yang bernas dan relevan oleh ahli kumpulan
sangat membantu dalam melengkapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan terdapat
beberapa perkara yang kurang pasti maka ahli kumpulan akan membantu menjelaskan
kepadanya untuk memastikan rakannya faham dan jelas tentang perkara tersebut.
Kami juga membuat pembacaan yang meluas tentang tajuk-tajuk yang ingin
dibentangkan untuk memastikan kami benar-benar mengetahui tentang tajuk tersebut
(mastery learning). Di samping itu, kami selesa bekerja bersama tanpa ada sebarang
masalah yang besar. Hal ini penting bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan dapat
memenuhi kehendak soalan serta memenuhi kepuasan diri dalam bekerja.
Seterusnya, melihat daripada aspek kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan
yang kami hadapi sewaktu menjalankan tugasan ini ialah tidak dapat mengurus masa
dengan baik untuk melengkapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan oleh jadual semester
ini yang sangat padat menyebabkan kami sangat penat dan tidak dapat menguruskan
masa untuk melakukan tugasan ini dengan cemerlang. Selain itu, kami juga mempunyai
kelemahan dalam memahami beberapa perkara di dalam praktikal membuatkan kerja
kami sedikit tergendala namun dapat diselesaikan dengan penjelasan oleh pensyarah
dan rakan-rakan.
Selain itu, melihat daripada aspek peluang. Kami mendapati bahawa rujukan
amat luas dan banyak dan kita hanya perlu memilih yang terbaik dan bersesuaian untuk
memudahkan diri dalam melengkapkan tugasan. Seterusnya, bahan rujukan mudah
diperoleh samada buku mahupun bahan internet. Kami tidak mempunyai masalah
dalam mencari bahan rujukan. Selain itu, kemudahan lain seperti komputer riba, mesin
pencetak dan lain-lain mudah untuk diakses dalam menyiapkan tugasan ini. Kesemua
faktor-faktor ini mempengaruhi hasil kerja yang dikeluarkan. Di samping itu, bantuan
pensyarah dan rakan-rakan turut membantu memudahkan proses pembuatan tugasan
ini. Hal ini kerana penerangan yang jelas dan mudah difahami menjadi punca utama
kami dapat melakukan tugasan ini dengan baik dan kurangnya masalah yang dihadapi.
Aktiviti lawatan yang dilakukan sememangnya memberikan kami pendedahan yang baik
dan kami faham melalui pemerhatian yang dilihat di kawasan lawatan.
Di samping itu, terdapat ancaman yang kami hadapi sewaktu menjalankan
tugasan ini. Antaranya, tempoh masa yang diberikan kami tidak mencukupi. Hal ini
kerana kami benar kami diberi masa tiga hinnga keempat minggu menyiapkan tugasan
kami secara berkala. Tetapi tugas –tugas mendesak yang memerlukan perhatian yang
khusus menyebabkan kami merasakan masa tersebut tidak mencukupi. Kami tidak
mempunyai masa yang banyak untuk membuat rujukan, pembacaan yang lebih luas.
Akhirnya, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah jarak masa
penghantaran tugasan ini secara berkala adalah lebih sediit daipada yang sedia ada
untuk memberikan kami ruang dan peluang untuk memberikan yang terbaik.
Seterusnya, kami perlu berinisiatif dalam meneroka tentang topik-topik yang ddibentang
oleh kumpulan iain untuk memastikan kami mempunyai pengalamam lepas untuk
dibawa ke dalam pembelajaran.