Refleksi Dua

3
REFLEKSI Pada 4 Mac 2015, IPG Batu Lintang telah manganjurkan satu Program Bicara Intelek yang berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012- 2015). Semua guru pelatih dikehendaki menghadiri program ini. Dalam program ini, IPG telah mengundangkan dua penceramah iaitu Dr. Hayati Binti Ismail yang berkhidmat sebagai Pengurus Sektor Komunikasi Dan Perhubungan Padu serta Dr. Rosli Bin Yacob yang bertugas sebagai Ketua Sektor Dasar Keguruan. Pada pukul 8 pagi, ceramah ini pun bermula. Kami pun menyanyikan lagu Negaraku . Setelah itu, ucapan diberikan oleh penganjur program ini. Selepas itu, penceramah pun berkongsi dengan kami tentang perlaksanaan PPPM. Saya amat tertarik dengan peekongsian penceramah kerana beliau merupakan seorang yang aktif, mesra dan berpusatkan pendengar. Bukan itu sahaja, beliau berjalan-jalan sekeliling pendengar dan menyoalkan pendapat kami sepanjang ceramah ini diadakan. Beliau juga seorang yang pandai berjenaka. Oleh itu, kebanyakkan kami berasa minat dan seronok untuk mendengar perkongsian beliau. Selain itu, beliau telah memberi galakkan dan motivasi kepada kami. Antaranya, beliau telah memberitahu kami bahawa terdapat banyak orang yang memohon untuk masuk ke IPG tetapi hanya segelintir daripada mereka berjaya. Kami merupakan orang yang terpilih untuk berkhidmat kepada sekolah, maka kami seharusnya bangga kepada diri sendiri dan menjadi seorang guru yang bertanggungjawab serta cemerlang. Dalam program ini, penceramah juga menyatakan perkembangan teknologi telah membawa kepada transformasi pendidikan kepada murid hari ini. Hal ini demikian untuk memberi alam belajar yang sesuai kepada murid. Dalam hal ini, guru perlu melakukan perubahan supaya menarik minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) diadakan. Para era globalisasi ini, murid-murid sentiasa didedahkan dengan kemudahan teknologi terkini. Sebagai seroang guru kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu teknologi supaya tidak ketinggalan zaman dan menyebabkan PdP menjadi bosan. Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermula pada 2013 hingga 2025 demi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Sasarannya, ialah memastikan pelajar dipersiapkan dengan pelbagai ilmu, nilai dan kemahiran agar mereka dapat bersaing di peringkat global. Oleh itu,, para pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar. Para pendidik perlu mempunyai kualiti dan kecekapan yang tinggi serta mempamerkan personaliti yang cemerlang seterusnya melakukan transformasi pendidikan. Sebagai contoh, pada masa dahulu suasana kelas ialah sehala. Sekarang suasana kelas bertukar menjadi dua hala dan proses PdP menjadi lebih memusatkan murid. Ini merupakan salah transformasi

description

refleksi

Transcript of Refleksi Dua

Page 1: Refleksi Dua

REFLEKSI

Pada 4 Mac 2015, IPG Batu Lintang telah manganjurkan satu Program Bicara Intelek

yang berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012-2015). Semua guru

pelatih dikehendaki menghadiri program ini. Dalam program ini, IPG telah mengundangkan dua

penceramah iaitu Dr. Hayati Binti Ismail yang berkhidmat sebagai Pengurus Sektor Komunikasi

Dan Perhubungan Padu serta Dr. Rosli Bin Yacob yang bertugas sebagai Ketua Sektor Dasar

Keguruan.

Pada pukul 8 pagi, ceramah ini pun bermula. Kami pun menyanyikan lagu “Negaraku”.

Setelah itu, ucapan diberikan oleh penganjur program ini. Selepas itu, penceramah pun

berkongsi dengan kami tentang perlaksanaan PPPM. Saya amat tertarik dengan peekongsian

penceramah kerana beliau merupakan seorang yang aktif, mesra dan berpusatkan pendengar.

Bukan itu sahaja, beliau berjalan-jalan sekeliling pendengar dan menyoalkan pendapat kami

sepanjang ceramah ini diadakan. Beliau juga seorang yang pandai berjenaka. Oleh itu,

kebanyakkan kami berasa minat dan seronok untuk mendengar perkongsian beliau. Selain itu,

beliau telah memberi galakkan dan motivasi kepada kami. Antaranya, beliau telah memberitahu

kami bahawa terdapat banyak orang yang memohon untuk masuk ke IPG tetapi hanya

segelintir daripada mereka berjaya. Kami merupakan orang yang terpilih untuk berkhidmat

kepada sekolah, maka kami seharusnya bangga kepada diri sendiri dan menjadi seorang guru

yang bertanggungjawab serta cemerlang.

Dalam program ini, penceramah juga menyatakan perkembangan teknologi telah

membawa kepada transformasi pendidikan kepada murid hari ini. Hal ini demikian untuk

memberi alam belajar yang sesuai kepada murid. Dalam hal ini, guru perlu melakukan

perubahan supaya menarik minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) diadakan.

Para era globalisasi ini, murid-murid sentiasa didedahkan dengan kemudahan teknologi terkini.

Sebagai seroang guru kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu teknologi supaya tidak

ketinggalan zaman dan menyebabkan PdP menjadi bosan.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermula

pada 2013 hingga 2025 demi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Sasarannya,

ialah memastikan pelajar dipersiapkan dengan pelbagai ilmu, nilai dan kemahiran agar mereka

dapat bersaing di peringkat global. Oleh itu,, para pendidik mempunyai tanggungjawab yang

besar. Para pendidik perlu mempunyai kualiti dan kecekapan yang tinggi serta mempamerkan

personaliti yang cemerlang seterusnya melakukan transformasi pendidikan. Sebagai contoh,

Page 2: Refleksi Dua

pada masa dahulu suasana kelas ialah sehala. Sekarang suasana kelas bertukar menjadi dua

hala dan proses PdP menjadi lebih memusatkan murid. Ini merupakan salah transformasi yang

dilakukan oleh para guru. Selain itu, kemudahan yang lebih lengkap dan sempurna telah

disediakan di sekolah untuk menghasilkan suasana belajar yang lebih kondusif.

Pada pukul 10.00 pagi, ceramah ini pun tamat. Kami telah bersurai dan bergerak dari

Taza ke Dewan Brooke untuk aktiviti bengkel yang seterusnya. Sebelum bengkel diteruskan,

kami telah diberi makanan. Kami telah berbual-bual antara satu sama lain sambil makan

makanan yang disediakan.

Pada pukul 10.30 pagi, bengkel kami bermula. Penceramah telah memberi satu taklimat

kecil kepada kami. Tajuknya adalah berkaitan dengan aspirasi murid yang telah dinyatakan

dalam PPPM. Seterusnya, kami telah diberi satu tugasan. Kami telah dibahagi 4 orang

sekumpulan, setiap kumpulan mesti terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki.

Tugasan yang diberi ialah mereka cipta susun atur kelas yang akan kami aplikasikan pada

masa akan datang serta menyatakan strategi PdP yang akan diaplikasikan. Selepas siap,

seorang wakil kumpulan akan ditinggalkan untuk membuat penerangan kepada susunan kelas

yang dilukis manakala ahli kumpulan lain akan melawa ke kumpulan lain untuk memerhatikan

hasil kerja mereka.

Dalam aktivti ini, saya dikehendaki menjelaskan kepada guru pelatih lain tentang

tugasan yang telah kami siapkan. Mereka agak berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan saya.

Mereka juga telah mencadangkan saya supaya menyediakan komputer bagi setiap pelajar.

Namun begitu, saya telah menjelaskan kepada mereka bahawa komputer akan menyebabkan

murid kami tidak pandai menulis dan kurang mendengar kepada pengaran guru. Saya juga

telah memerhati bahawa kebanyakkan kumpulan mengaplikasikan teori pembelajaran

kooperatif, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan kaedah memusatkan murid. Selain

itu, kemudahan-kemudahan yang akan disediakan oleh guru pelatih kepada anak muridnya

adalah seperti berikut: komputer, meja, kerusi, tingkap, sudut bacaan, sudut bahan bantu

mengajar dan sebagainya. Secara keseluruhannya, guru pelatih kini amat mementingkan

interaksi dan komunikasi semasa individu serta aplikasi teknologi terkini.

Selepas itu, beberapa orang daripada kami telah diminta untuk menyatakan

pengalaman dan pendapat kami sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sebelum bersurai, kami telah

diminta untuk mengisi borang soal selidik yang telah disediakan. Saya agak berpuas hati

Page 3: Refleksi Dua

dengan program ini dan saya telah memberi komen yang baik kepada aktiviti yang dijalankan.

Pada pukul 12.30, semua aktiviti tamat dan guru pelatih pun balik.

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat mengikuti program ini. Saya telah

mempelajari banyak ilmu baharu yang dapat melengkapkan diri saya sebagai seorang bakal

guru. Saya berharap guru pelatih lain juga telah mempelajari sesuatu daripada program ini.

Akhir sekali, saya akan berusaha untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab pada

masa akan datang.