Refleksi Folio Jahitan

download Refleksi Folio Jahitan

of 4

description

KAUB

Transcript of Refleksi Folio Jahitan

REFLEKSITUGASAN FOLIO JAHITANKAUB - PKB3107

Disediakan oleh:

NAMA : NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN

NO. KP : 750506 01 7460

NO. MATRIKS : 28087

SEMESTER : 4

KUMPULAN/UNIT : PPG PJJ AMBILAN JUN 2011 / PENDIDIKAN KHAS

TUGASAN : KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) PKB3107(PENGHASILAN FOLIO JAHITAN) Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek yang telah diamanahkan kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 4 ini. Tugasan inI telah saya terima pada 23 Februari 2013 iaitu pada sesi Interaksi yang kedua bagi Semester 4 ini.

Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) PKB3107. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan En. Kamarul Bahrin Bin Mohd. Radzi selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Semasa menerima arahan tugasan, saya telah mendapat penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti dan menepati elemen-elemen yang dinilai. Tugsan projek kali ini mengkehendakkan kami menyediakan sebuah Folio Jahitan yang lengkap yang boleh digunapakai oleh guru-guru dan murid-murid pendidikan khas bagi mempelajari kemahiran jahitan. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan, panduan dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain daripada itu, saya juga merujuk pada rakan-rakan guru yang lain agar tugasan yang saya laksanakan ini tidak tersasar dan menepati apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Saya memulakan tugasan saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya dapat menjalankan tugasan ini dengan lebih sistematik.

Sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang telah saya perolehi apabila saya membuat rujukan dari buku-buku, jurnal-jurnal dan juga rujukan di internet. Saya dapat melihat tentang betapa pentingnya seorang guru pendidikan khas merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, menarik dan berkesan bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas mengusai setiap kemahiran yang diajar. Sebagai guru pendidikan khas, saya seharusnya bijak dalam menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut perkembangan dan tahap kemampuan murid pendidikan khas. Perkara penting yang saya perolehi semasa menyediakan folio ini ialah tentang kepentingan Analisis Tugasan terhadap murid-murid berkeperluan khas. Bagi setiap kemahiran yang hendak diajar di dalam folio ini, saya perlu merangka, merancang dan menyediakan analisis tugasan yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas. Setiap langkah kemahiran perlu dikecilkan dan diringkaskan agar murid berkeperluan khas dapat memahami setiap langkah yang akan diajar. Pengalaman ini amat bermakna bagi saya kerana penyediaan analisisi tugasan ini memerlukan saya untuk mengkaji, mencuba jaya dan memikirkan kesesuaian langkah-langkah yang saya rancangkan. Untuk itu, saya telah memilih analisis tugasan dalam bentuk arahan bergambar bagi memudahkan murid berkeperluan khas memahami setiap langkah kemahiran.

Bertepatan dengan letusan era teknologi maklumat saya telah memilih melaksanakan pengajaran kemahiran jahitan berdasarkan analisis tugasan menggunakan perisian Power Point. Pembelajaran berbantukan komputer merupakan pendekatan dan bahan bantuan mengajar yang saya kira amat sesuai dan menarik untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu diharapkan Analisis Tugasan yang saya sediakan dalam bentuk persembahan Power Point ini akan dapat memberi manfaat kepada guru dan murid berkeperluan khas dalam mempelajari kemahiran jahitan bagi subjek Kemahiran Hidup Pendidikan Khas.

Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang lebih senior dan lebih berpengalaman dalam penyediaan folio jahitan ini dan juga dalam merancang dan menyediakan analisis tugasan yang bersesuaian dan bertepatan dengan kemahiran yang hendak diajar.. Selain daripada itu, rujukan daripada buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya. Alhamdulillah, dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran jahitan yang seringkali dipandang sebagai kemahiran yang agak sukar diajar kepada murid berkeperluan khas.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekangan yang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Seperti yang sedia maklum, di sekolah memang terlalu banyak urusan pentadbiran yang terpaksa diselesaikan dengan segera. Saya terpaksa bijak menguruskan masa di antara, tanggungjawab di sekolah, di rumah dan juga tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar yang perlu menyempurnakan segala tugasan yang diamanahkan. Namun begitu, kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh suami, ibu dan rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan setugas, telah banyak membantu saya untuk mengatasi segala permasalahan dengan baik.

Semasa menjalankan tugasan ini, perkara yang amat terkesan kepada saya ialah semasa proses pembinaan bahan bagi analisis tugasan dalam bentuk persembahan power point dan juga semasa proses penghasilan bahan jahitan mudah. Jujur dikatakan bahawa amat teruja semasa menghasilkan persembahan Power Point bagi analisis tugasan dan juga produk jahitan ini kerana saya terpaksa sentiasa berdamping dengan kamera untuk mengambil setiap gambar bagi setiap langkah aktiviti yang dijalankan. Alhamdulillah, kemahiran dan ilmu yang saya perolehi dalam kuliah Teknologi Pendidikan bagi semester ini telah dapat saya gunakan dan saya manfaatkan sebaik mungkin dalam menyempurnakan tugasan Folio Jahitan saya ini.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini dari mula hingga akhirnya terutamanya kepada En. Kamarul Bahrin B. Mohd. Radzi selaku pensyarah pembimbing bagi semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Semoga Folio Jahitan saya ini juga dapat memberi info dan manfaat kepada mana-mana individu yang memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada semua.