refleksi internship

12
Refleksi Mingguan | Program Internship Hari ini merupakan hari pertama Program Internship dilaksanakan. Saya bertemu dengan guru pembimbing untuk membincangkan tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan. Kami cuba perkara yang boleh dilaksanakan. Memandangkan saya guru kelas 5 Unggul saya mencadangkan untuk cuba mengatasi satu perkara yang dihadapi oleh segelintir murid kelas tersebut. Isunya ialah berkaitan rasa malu dan kurang yakin murid kelas 5 Unggul. Walaupun ia dilihat sebagai suatu perkara kecil namun bagi saya, sekiranya ianya tidak diatasi ia akan menjadi lebih besar dari masa ke semasa. Oleh itu saya mencadangkan untuk membuat satu projek inovasi yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Hasilnya tercetuslah inovasi mencipta Papan Mini “Confident”. Pada hari kedua minggu pertama saya mengajar dalam tempoh program internship ini dijalankan saya perhatikan, murid yang sama sahaja menjawab soalan setiap kali saya kemukankan soalan. Kemudian saya mengedarkan Papan Mini “Confident kepada setiap murid. Mereka sangat teruja untuk menggunakannya. Saya terangkan cara penggunaan papan mini tersebut. Pada awalnya, 57 REFELKSI MINGGU PERTAMA

description

refleksi

Transcript of refleksi internship

Refleksi Mingguan

Refleksi Mingguan | Program Internship

REFELKSI MINGGU PERTAMA

Hari ini merupakan hari pertama Program Internship dilaksanakan. Saya bertemu dengan guru pembimbing untuk membincangkan tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan. Kami cuba perkara yang boleh dilaksanakan. Memandangkan saya guru kelas 5 Unggul saya mencadangkan untuk cuba mengatasi satu perkara yang dihadapi oleh segelintir murid kelas tersebut. Isunya ialah berkaitan rasa malu dan kurang yakin murid kelas 5 Unggul. Walaupun ia dilihat sebagai suatu perkara kecil namun bagi saya, sekiranya ianya tidak diatasi ia akan menjadi lebih besar dari masa ke semasa. Oleh itu saya mencadangkan untuk membuat satu projek inovasi yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Hasilnya tercetuslah inovasi mencipta Papan Mini Confident.Pada hari kedua minggu pertama saya mengajar dalam tempoh program internship ini dijalankan saya perhatikan, murid yang sama sahaja menjawab soalan setiap kali saya kemukankan soalan. Kemudian saya mengedarkan Papan Mini Confident kepada setiap murid. Mereka sangat teruja untuk menggunakannya. Saya terangkan cara penggunaan papan mini tersebut. Pada awalnya, saya cuba menguji murid dengan soal secara langsung. Mereka seperti telah terbiasa dengan cara sebelum ini, dengan terjerit-jerit terkial-kial untuk menjawab soalan. Tetapi setelah dingatkan tentang adanya papan mini tersebut, mereka terdiam. Saya membimbing mereka bagaimana untuk menggunakan papan tersebut. Pada peringkat awal, pengunaannya masih belum lancer, tetapi sedikit melegakan kerana tiada bunyi bising seperti selalu.

REFELKSI MINGGU KEDUA

Pada minggu ini saya mengajar tajuk proses hidup tumbuhan. Topik ini sangat menarik kerana bahan yang saya sediakan lebih berwarna warni. Namun saya tetap ingin memberi penekanan dengan memfokuskan kepada murid yang pemalu dan tidak yakin diri untuk menjawab soalan.Seteleh selesai menerangkan isi pelajaran, saya bersoal jawab dengan murid. Saya mengemukakan soalan secara terus dan meminta murid menjawab soalan tersebut. Murid teruja untuk mencatat jawapan mereka pada papan mini tersebut. Saya memberi tempoh beberapa minit untuk mereka menjawab soalan. Setelah selesai tempoh tersebut saya meminta mereka mengangkat jawapan masing- masing. Saya lihat ramai murid dapat menjawab soalan yang dikemukan dengan betul. Sekali pun cara penulisan jawapan tidak kemas namun jawapan yang yang diberikan adalah betul. Tetapi saya masih lagi kurang berpuas hati denagn penglibatan murid yang pemalu ini, kerana mereka masih teragak- agak untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Saya berharap untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya mereka dapat beubah menjadi lebih positif dan yakin diri. Saya akan cuba membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya supaya murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya dengan berkesan.

REFELKSI MINGGU KETIGA

Pada minggu ini, saya menyediakan 3 jenis kad berwarna yang berbeza. Merah kuning dan hijau. Kad- kad ini diberikan kepada setiap orang murid. Fungsi kad ini adalah untuk membantu saya mengenalpasti murid yang tidak faham, sederhana faham dan faham sepenuhnya. Kad hijau menandakan mereka faham. Kad kuning sederhana faham manakala kad merah tidak faham langsung. Semasa guru mengajar murid akan mendengar semua penerangan yang disampaiakn oleh guru. Tindakbalas mereka terhdap pengajaran guru dapat dilihat pada warna yang dipegang. Ini salah satu cara untuk mengurangkan rasa malu untuk memberitahu kepada guru sekiranya mereka tidak faham. Kemudian guru akan mengemukakan soalan kepada murid. Bagi menjawab soalan guru urid aka menulisnya pada papan mini Confident. Saya lihat satu perkembangan yang bagus dimana murid yang kurang yakin pada diri mula menjawab dengan pantas dan semakin berani kerana jawapan yang diberikannya kebanyakkan betul. Ini membuktikan bahawa dia faha apa yang dipelajari. Saya amat berharap semoga, pengajaran seterusnya dia dapat menjawab tanpa mengunakan papan mini tersebut. Papan mini bertujuan untuk melatihnya menjawab soalan dan mengikis rasa malu supaya dia tidak terus tersisih dan terkebelakang.Saya lihat murid- murid yang lain sangat gembira dan lebih berdisplin semasa sesi soal jawab dengan guru kerana tiada lagi bunyi- bunyi bising. Mereka hanya perlu mengangkat jawapan dan guru boleh menyemak secara terus. Jika jawapan yang diberi betul saya boleh memberi peneguhan positif dan sekiranya salah saya dapat membetulkannya pada masa yang sama dan berkesan.REFELKSI MINGGU KEEMPAT

Pada minggu terakhir program ini, saya dapat menyaksikan satu perubahan yang sangat mengembirakan hati saya. Pada minggu ini juga saya melatih murid menggunakan carta alir dan carta buih. Setelah saya kemukakan soalan, murid tanpa bersoalbanyak mereka terus menulis apa yang diarahkan. Tanpa mengambil masa yang lama kesemuanya dapat menjawab soalan dengan baik dan tepat. Murid yang pemali sebelum mengakui sendiri bahawa dia sangat seronok menggunakan papan mini ini. Jelasnya lagi dia juga dapat membantu menerangkan apa yang difahaminya kerapa rakan sebelahnya. Saya amat bersyukur kerana objektif membina Papan Mini Confident ini telah tercapai. Saya berharap murid yang tidak yakin diri ini tidak akan lagi merasa sedemikian kerana mereka sebenarnya terdiri daraipada kumpulan yang pintar tetapi kurang keyakinan diri untuk menjwab soalan yang diberi kerana rasa malu yang tebal.Papan Mini Confident ini juga bleh dugunakan untuk subjek yang lain kerana ia mudah alih, ringan, dan mudah dibawa. Saya akaui program Internship ini beraya menjadikan saya seorang guru ya ng lebih kreatif, inovatif dan bertanggungjawab. Saya sanagt berterima kasih kepada guru pembimbing kerana membantu saya sepanjang program ini dijalankan. Kesemua ini adalah untuk kejayaan anak- anak murid dan masa depan mereka. Semoga suatu hari nanti saya akan menghasilkan lagi inovasi-inovasi yang dapat saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak

57