Refleksi Karnival Permainan Tradisional 2011

3
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2011 Syukur Alhamdulillah diucapkan kerana saya telah menyiapkan refleksi tentang Karnival Permainan Tradisional .Pada 23 April 2011, saya dan rakan-rakan dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan satu Karnival Permainan Tradisional yang diadakan di gelanggang tenis dan gelanggang futsal. Persediaan dilakukan sebaiknya dan semua ahli kelas menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Saya berbincang dan membuat persediaan awal bersama AJK-AJK lain bagi memastikan Karnival berjalan lancar. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk memilih permainan guli, batu seremban, kabaddi, zero point, ketinting, tarik upih,tuju selipar, roundess, galah panjang dan koda kodi. Bagi memeriahkan Karnival pada hari tersebut, kami sebulat suara untuk mengadakan permainan secara berperingkat-peringkat. Pengerusi Karnival Permainan Tradisional ini ialah Ali Khairi Bin Mazlan. Saya pula ditugaskan sebagai AJK permainan Kabaddi. Bagi persediaan sebelum karnival, saya dapat lihat bahawa ada beberapa kebaikan, kelemahan dan penambahbaikan. Kebaikan yang saya lihat ialah kami semua dapat bekerjasama untuk menjayakan karnival ini. Kami semua sanggup bersengkang mata untuk menghias kawasan permainan dan membuat persediaan sebelum carnival. Saya baru sedar bahawa untuk merancang upacara perasmian dengan baik bukannya senang. Ianya memerlukan persediaan yang rapi dan kreativiti. Kelemahan yang dapat dilihat ialah masa yang tidak mengcukupi, hal ini kerana banyak

description

permainan tradisional

Transcript of Refleksi Karnival Permainan Tradisional 2011

Page 1: Refleksi Karnival Permainan Tradisional 2011

 REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2011

Syukur Alhamdulillah diucapkan kerana saya telah menyiapkan refleksi tentang Karnival

Permainan Tradisional .Pada 23 April 2011, saya dan rakan-rakan dipertanggungjawabkan

untuk menganjurkan satu Karnival Permainan Tradisional yang diadakan di gelanggang tenis dan

gelanggang futsal. Persediaan dilakukan sebaiknya dan semua ahli kelas menjalankan

tanggungjawab masing-masing dengan baik. Saya berbincang dan membuat persediaan awal

bersama AJK-AJK lain bagi memastikan Karnival berjalan lancar. Setelah berbincang, kami

bersetuju untuk memilih permainan guli, batu seremban, kabaddi, zero point, ketinting, tarik upih,tuju

selipar, roundess, galah panjang dan koda kodi. Bagi memeriahkan Karnival pada hari tersebut, kami

sebulat suara untuk mengadakan permainan secara berperingkat-peringkat. Pengerusi 

Karnival Permainan Tradisional ini ialah Ali Khairi Bin Mazlan. Saya pula ditugaskan sebagai AJK

permainan Kabaddi.

Bagi persediaan sebelum karnival, saya dapat lihat bahawa ada beberapa kebaikan,

kelemahan dan penambahbaikan. Kebaikan yang saya lihat ialah kami semua dapat bekerjasama

untuk menjayakan karnival ini. Kami semua sanggup bersengkang mata untuk menghias kawasan

permainan dan membuat persediaan sebelum carnival. Saya baru sedar  bahawa untuk

merancang upacara perasmian dengan baik bukannya senang. Ianya memerlukan persediaan

yang rapi dan kreativiti. Kelemahan yang dapat dilihat ialah masa yang tidak mengcukupi, hal ini

kerana banyak permainan yang dijalankan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, kami dapat

menghabiskan carnival ini tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Karnival bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Peserta terdiri daripada

pelajar PISMP semester 5 iaitu kelas RBT 1, RBT 2, RBT 3, PK, dan BC. Sebelum memulakan

Page 2: Refleksi Karnival Permainan Tradisional 2011

carnival ini kami menlakukan senaman aerobik secara beramai-ramai. Seterusnya kami

memulakan acara permainan tradisonal dengan sesi taklimat ringkas. Sebenarnya pada malam

sebelum karnival, Saya bersama ketua permainan lain telah memberikan taklimat kepada peserta.

Oleh yang demikan, mereka telah memahami serba sedikit permainan yang dijalankan. Permainan

bermula dengan begitu meriah dan para peserta amat gembira bermain permainan ini. Ada yang

sudah pakar dan ada yang tidak pernah bermain selama ini. Namun, itu bukan menjadi ukuran tetapi

sikap kerjasama dan toleransi yang amat dititikberatkan. Saya amat berbangga kerana mereka yang

pakar dalam permainan ini membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan. Mereka semua

dapat menimba pengalaman bermain kerana sudah pasti ramai yang tidak berpeluang bermain

sebelum ini. Ini menjadi kesempatan yang baik buat mereka. Saya dapat lihat riak wajah gembira

mereka walaupun mereka tampak keletihan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas tidak melentur

semangat mereka. Keadaan ini amat baik kerana memberi pendedahan kepada mereka untuk

menempuh suka duka sebagai seorang guru. Perkara yang amat penting ialah kami dapat

mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami walaupun sebelum ini tidah pernah bertegur sapa.

Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan sudah pasti ikatan ini berkekalan.

 Kesimpulannya, karnival ini begitu memberi impak kepada saya dan rakan-rakan lain

terutamanya dalam mengurus dan melaksanakan program yang melibatkan penglibatan ramai

peserta. Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara kami walaupun pelbagai masalah yang

perlu kami harungi. Penghargaan dan pujian harus diberikan kepada peserta kerana memberi

kerjasama dan penglibatan yang baik serta memeriahkan karnival ini. Tidak dilupakan pensyarah

pembimbing kami yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasibat bagi memastikan kami dapat

belajar dan terus belajar menjadi guru yang disegani pada masa akan datang.

MOHAMAD AMIER IZUWAN BIN KHOLIL

891224-03-5213

Page 3: Refleksi Karnival Permainan Tradisional 2011

RBT B1 / PISMP / AMBILAN JULAI