Refleksi Kem Ub

6
REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 4 DISEDIAKAN OLEH: FARAH HANI BINTI ABD HAMID Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi saya panjatkan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya bersama rakan-rakan saya yang lain dalam Pergerakan Puteri Islam Malaysia untuk menjayakan perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) yang bertempat di Kem Lata Belantan, Besut, Terengganu pada 1 hingga 4 September 2014 baru-baru ini. Perkhemahan ini diadakan adalah untuk memenuhi tuntutan proforma kokurikulum bagi Unit Beruniform pada semester ini. Selain itu, perkhemahan selama empat hari ini telah disertai oleh lima badan Unit Beruniform yang terdiri daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Pandu Puteri, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Saya merupakan salah seorang daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan ini merupakan pengalaman saya yang pertama dalam menyertai perkhemahan Unit Beruniform bagi peringkat IPGKKB ini. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, terdapat banyak manfaat dan ilmu yang dapat saya timba yang mana ianya akan dapat saya gunakan sewaktu menjadi seorang guru kelak. Selain daripada faedah atau kebaikan yang dapat saya peroleh semasa sepanjang perkhemahan, saya juga dapat merasai sendiri bagaimana kekuatan suatu pasukan itu dalam melaksanakan sesuatu perkara iaitu dengan adanya kerjasama yang kuat dan utuh antara kami semua. Saya dapat melihat sendiri perkara ini apabila sejak hari pertama lagi kami sampai ke tapak perkhemahan, kami semua berkerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam mengangkat barangan dan peralatan yang kami bawa ke tapak

description

UB

Transcript of Refleksi Kem Ub

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 4DISEDIAKAN OLEH: FARAH HANI BINTI ABD HAMIDAssalamualaikum W.B.T. dan Salam Satu Malaysia.Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi saya panjatkan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya bersama rakan-rakan saya yang lain dalam Pergerakan Puteri Islam Malaysia untuk menjayakan perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) yang bertempat di Kem Lata Belantan, Besut, Terengganu pada 1 hingga 4 September 2014 baru-baru ini. Perkhemahan ini diadakan adalah untuk memenuhi tuntutan proforma kokurikulum bagi Unit Beruniform pada semester ini. Selain itu, perkhemahan selama empat hari ini telah disertai oleh lima badan Unit Beruniform yang terdiri daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Pandu Puteri, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Saya merupakan salah seorang daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan ini merupakan pengalaman saya yang pertama dalam menyertai perkhemahan Unit Beruniform bagi peringkat IPGKKB ini. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, terdapat banyak manfaat dan ilmu yang dapat saya timba yang mana ianya akan dapat saya gunakan sewaktu menjadi seorang guru kelak.Selain daripada faedah atau kebaikan yang dapat saya peroleh semasa sepanjang perkhemahan, saya juga dapat merasai sendiri bagaimana kekuatan suatu pasukan itu dalam melaksanakan sesuatu perkara iaitu dengan adanya kerjasama yang kuat dan utuh antara kami semua. Saya dapat melihat sendiri perkara ini apabila sejak hari pertama lagi kami sampai ke tapak perkhemahan, kami semua berkerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam mengangkat barangan dan peralatan yang kami bawa ke tapak perkhemahan. Sememang peralatan dan barangan yang dibawa banyak dan memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat, namun kami semua berjaya untuk mengangkatnya walaupun ahli kami PPIM semuanya perempuan. Malah, sewaktu mendirikan khemah juga saya dapat melihat bahawa kami semua dapat saling bantu-membantu dengan bersama-sama mendirikan khemah supaya cepat selesai dan kami boleh meneruskan dengan aktiviti yang lain. Sehubungan dengan itu, melalui perkhemahan ini juga ia telah banyak mengajar saya tentang erti kesabaran kerana sewaktu perkhemahan banyak perkara yang tidak dijangkakan akan terjadi misalnya seperti hari hujan, barangan yang dibawa rosak dan juga sebagainya. Apa yang paling tidak saya sangkakan adalah sepanjang perkhemahan ini, saya dan rakan-rakan yang lain tidak berpeluang tidur di dalam khemah kerana pada tiap-tiap malam kawasan perkhemahan tersebut telah dilanda hujan yang sangat lebat beserta dengan angin yang kencang. Oleh itu, untuk tujuan keselamatan kami semua tidak dibenarkan tidur di dalam khemah dan dikehendaki tidur secara beramai-ramai bersama badan-badan uniform lain di dalam surau yang telah disediakan. Semasa dilanda hujan lebat dan angin kencang tersebut, ia merupakan salah satu perkara yang agak genting saya rasakan kerana kami semua terpaksa mengalih dan menyelamatkan semua barangan peribadi dan peralatan lain dalam keadaan yang terburu-buru dan situasi menjadi sedikit sukar kerana ruang yang untuk berteduh dari hujan agak sempit.Jadi oleh kerana itu, saya dapat melihat ada segelintir daripada kami yang bertindak mementingkan diri sendiri misalnya sewaktu tidur di dalam surau yang mana mereka hanya bentang tempat tidur mereka mengikut sesuka hati tanpa memikirkan ruang untuk orang-orang yang lain. Keadaan surau sememangnya agak sempit dan kita harus bijak dalam menyusun kedudukan tidur supaya kesemua dapat tidur walaupun dalam keadaan yang tidak selesa. Bagi saya, mereka yang membuat tindakan sebegini tidak rasional sangat pentingkan diri sendiri kerana kita sepatutnya saling bertolak ansur dalam hal sebegini supaya tidak ada yang bermasam muka sekiranya ditegur atau sebagainya dan juga supaya semua dapat merehatkan diri untuk aktiviti keesokkan harinya.Seterusnya ialah saya juga berpeluang untuk beraktiviti jungle trekking setelah sekian lama saya tidak melakukan aktiviti sebegini. Saya amat menyukai aktiviti-aktiviti yang mencabar kerana bagi saya aktiviti yang mencabar dapat mengajar diri saya erti kesabaran dan menghargai sesuatu. Hal ini kerana, walaupun jungle trekking yang dijalankan tidaklah memakan masa yang lama tetapi ia sudah cukup penat bagi saya dan saya juga tidak bersabar untuk menghabiskan aktiviti ini. Sepanjang aktiviti jungle trekking atau kembara hutan ini dijalankan, banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat saya perolehi antaranya ialah kepentingan menjaga alam sekitar, semangat untuk saling bantu-membantu dan juga semangat bekerjasama yang kuat antara kami semua. Lantaran itu juga, melalui aktiviti ini saya juga sedar akan bahawa dalam hidup ini, pasti aka nada cabaran, dugaan dan kesusahan yang perlu kami hadapi demi mencapai kehidupan yang lebih baik pada masa kini dan akan datang.Sehubungan dengan itu, semasa perkhemahan ini juga saya berpeluang untuk menjalankan aktiviti orientaring iaitu praktikal penggunaan bearing dan kompas. Ini merupakan satu pengalaman dan ilmu baru yang saya dapat kerana sebelum saya mengetahui tentang bearing dan kompas ini namun tidak berpeluang untuk melaksanakan praktikal aktiviti ini. Selain daripada aktiviti ini, saya juga dapat mempelajari satu ilmu seni kraftangan yang menggunakan tisu untuk membuat bentuk sebuah kapal, tengkolok dan bunga. Aktiviti seni kraftangan ini sangat menarik dan menyeronokkan.Berbicara tentang pengalaman, saya juga telah dapat merasai sendiri bagaimana untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu api dan bagaiman untuk memastikan api tersebut sentiasa hidup di sepanjang proses untuk memasak masakan rimba sewaktu aktiviti ikhtiar hidup dijalankan. Sebelum ini sememangnya telah banyak aktiviti ikhtiar hidup dijalankan tetapi saya tidak pernah merasai sendiri bagaimana untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu api namun pada perkhemahan kali ini saya berpeluang untuk melakukannya dengan jayanya. Bukan itu sahaja malah saya juga banyak melihat usaha kumpulan kami dalam melaksanakan semua aktiviti yang dijalankan dengan penuh usaha dan tanggungjawab. Selain daripada dapat menimba pengalaman, saya juga berpeluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama Puteri Islam dan juga semasa ahli-ahli dari badan uniform yang lain. Hal ini kerana walaupun kami berada di semester yang sama tetapi kami datang dari kelas dan opsyen yang berbeza, maka inilah membuatkan hubungan kami tidak begitu erat dan hanya mengenali satu sama lain.Lantaran itu, melalui aktiviti ikhtiar hidup ini juga ia dapat membantu kami dalam menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif kerana semasa memasak makanan yang bertemakan masakan rimba ini ia telah mengehadkan kami kepada penggunaan beberapa jenis bahan masakan sahaja iaitu tepung gandum, sardin, telur, minyak, garam dan sebagainya. Maka oleh kerana itu, kami haruslah bijak merancang penggunaan bahan masakan kami supaya ianya mencukupi untuk memasak makanan yang akan dinilai oleh pensyarah, Selain daripada bijak merancang penggunaan bahan masakan, saya juga berpendapat bahawa kami semua juga harus bijak memilih tempat untuk memasak supaya mudah untuk menghidupkan kayu api dan supaya makanan tidak tercemar dengan persekitaran yang kurang bersih. Sama seperti perkhemahan-perkhemahan lain yang pernah saya sertai sebelum ini, pada malam terakhir akan diadakan malam kebudayaan bagi memeriahkan lagi perkhemahan ini. Setiap badan-badan Unit Beruniform yang menyertai perkhemahan ini dikehendaki untuk merancang dan mempersembahan satu persembahan pada malam kebudayaan tersebut. Bagi Unit Beruniform Puteri Islam, kami telah merancang satu persembahahan yang menceritakan semula kisah-kisah atau kenangan-kenangan manis yang berlaku sepanjang tempoh unit beruniform ini berlangsung bersama-sama dengan pensyarah-pensyarah penasihat PPIM sendiri. Seterusnya kami juga mempersembahan dua buah lagu yang ditujukan khas untuk pensyarah-pensyarah PPIM dan juga pensyarah lain yang ada pada masa itu. Semasa merancang dan melaksanakan persembahan untuk malam kebudayaan ini, saya dapat melihat akan kerjasama dan kesepaduan antara kami sesama puteri kerana kami saling bantu-membantu memberi pendapat dan menyokong idea-idea yang bernas serta menarik yang diutarakan oleh sahabat-sahabat puteri yang lain.Pada hari terakhir perkhemahan, satu majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform telah dilangsungkan bagi menutup tirai unit beruniform bagi semester ini dan ini juga merupakan kali terakhir kami akan terlibat dengan unit beruniform sewaktu di IPGKKB. Semasa majlis penutupan berlangsung, badan Unit Beruniform Puteri Islam telah dipilih untuk mengetuai kawad bagi semua badan Unit Beruniform dan saya berasa sangat bangga dan terharu kerana pada kali terakhir Unit Beruniform kami diberi peluang dan penghormatan ini. Peluang dan kesempatan ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat diri saya sendiri. Sebelum perkhemahan ini melabuhkan tirainya, seperti biasa kami semua akan mengemas tapak perkhemahan serta barangan peribadi serta peralatan-peralatan yang dibawa untuk dibawa pulang. Walaupun semua dalam keadaan yang penat namun kami semua tetap bekerjasama dan bersemangat mengemas dan memastikan tiada barangan atau alatan yang tertinggal. Bagi saya, tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan haruslah dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang rungutan atau alasan.Oleh itu bagi diri saya sendiri, saya berpendapat dan merasai bahawa perkhemahan ini banyak memberi manfaat, ilmu dan pengetahuan serta juga pengalaman yang berharga kepada diri saya. Mungkin orang kata bahawa setiap perkhemahan sama sahaja namun bagi saya apa yang diperolehi semasa perkhemahan itu adalah berbeza dan itulah ya ng membezakan setiap perkhemahan yang lain. Saya berharap agar dengan adanya ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada perkhemahan ini dapat membantu diri saya semasa di sekolah kelah dan juga pada masa-masa akan datang.Sekian, terima kasih.SAYA BANGGA MENJADI GURU