Refleksi Kilang Kopi

4
CHRISTINA LAI YI TIAN KEE WEE YONG TAN ZI YAN Refleksi KumpulanKilang KopiPada 14 Julai 2015 , persatuan kami iaitu Persatuan Pengguna telah membuat lawatan ke Brazilian Food Industries ( Kilang Kopi Sin Kean Bee) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sebelum persatuan kami berkeputusan untuk melawat ke kilang kopi, kami telah berbincang tentang beberapa tempat seperti kilang tin makanan, kilang 100 plus, kilang coklat dan lain-lain lagi. Tetapi akhirnya kami memilih tempat ini kerana tempat ini lebih dekat dengan kampus kami. Hal ini demikian kerana kami masih ada destinasi yang seterusnya selepas mengunjungi kilang kopi tersebut. Kami tiba di sana pada pukul 9 pagi. Pengurus kilang kopi itu amat mengalu-alukan kedatangan kami. Sebelum kami masuk ke kawasan kilang, kami diberi satu taklimat mengenai produk yang dihasilkan oleh kilang kopi ini. Kilang kopi ini ialah kilang kopi yang bersejarah, pengurus kilang kopi memberitahu kami bahawa kilang ini dibuka oleh ayahnya dan kini beliau sudah berumur 70 lebih. Selepas kami tiba, pengurus kilang pun membawa kami mengunjungi kilang kopinya. Walaupun bangunan kilang kopinya kelihatan lama, tetapi setelah kami masuk ke tempat memproseskan kopi,tempat itu amat besar dan telah diubah suai. Pengurus kilang menjelaskan proses-proses membuat kopi sambil membawa kami melawat ke setiap sudut dalam kilang itu. Beliau mengatakan tujuan memproses kopi ini adalah untuk menanggalkan biji-biji kopi daripada kulit buahnya. Buah kopi

description

persatuan

Transcript of Refleksi Kilang Kopi

Page 1: Refleksi Kilang Kopi

CHRISTINA LAI YI TIANKEE WEE YONGTAN ZI YAN

Refleksi Kumpulan( Kilang Kopi)

Pada 14 Julai 2015 , persatuan kami iaitu Persatuan Pengguna telah

membuat lawatan ke Brazilian Food Industries ( Kilang Kopi Sin Kean Bee) dan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sebelum persatuan kami berkeputusan untuk melawat ke kilang kopi, kami

telah berbincang tentang beberapa tempat seperti kilang tin makanan, kilang 100

plus, kilang coklat dan lain-lain lagi. Tetapi akhirnya kami memilih tempat ini kerana

tempat ini lebih dekat dengan kampus kami. Hal ini demikian kerana kami masih ada

destinasi yang seterusnya selepas mengunjungi kilang kopi tersebut.

Kami tiba di sana pada pukul 9 pagi. Pengurus kilang kopi itu amat mengalu-

alukan kedatangan kami. Sebelum kami masuk ke kawasan kilang, kami diberi satu

taklimat mengenai produk yang dihasilkan oleh kilang kopi ini. Kilang kopi ini ialah

kilang kopi yang bersejarah, pengurus kilang kopi memberitahu kami bahawa kilang

ini dibuka oleh ayahnya dan kini beliau sudah berumur 70 lebih. Selepas kami tiba,

pengurus kilang pun membawa kami mengunjungi kilang kopinya. Walaupun

bangunan kilang kopinya kelihatan lama, tetapi setelah kami masuk ke tempat

memproseskan kopi,tempat itu amat besar dan telah diubah suai. Pengurus kilang

menjelaskan proses-proses membuat kopi sambil membawa kami melawat ke setiap

sudut dalam kilang itu.

Beliau mengatakan tujuan memproses kopi ini adalah untuk menanggalkan

biji-biji kopi daripada kulit buahnya. Buah kopi segar ini dipanggil sebagai "Kopi

Jambu" atau biji kopi berkulit dan apabila diproses dengan buang kulit dinamakan

"Kopi Beras". Memproses kopi dengan mengasingkan buah-buah yang baik dengan

buah yang rosak dan sampah adalah penting. Aktiviti ini juga termasuk

mengasingkan biji-biji kopi mengikut mutu atau kualiti atau gred untuk mendapatkan

harga pasaran yang lebih tinggi. Jika semua gred kopi dicampurkan sekali lazimnya

pembeli hanya akan gunakan satu gred sederhana atau rendah sahaja.Kini terdapat

dua teknik memproses kopi iaitu Teknik Kering dan Teknik Basah. Penggunaan

kedua-dua teknik ini bergantung kepada kemampuan penanam, jenis kopi, jumlah

kopi dihasilkan dan kemahiran.

Kami mendapati kawasan kilang tersebut amat bersih dan semua pekerja ada

memakai penutup mulut, penutup tangan dan juga penutup kepala. Hal ini

Page 2: Refleksi Kilang Kopi

CHRISTINA LAI YI TIANKEE WEE YONGTAN ZI YANmenunjukkan bahawa pihak kilang tersebut amat mementingkan kebersihan produk-

produknya terhadap pengguna. Banyak proses yang hendak dilakukan sebelum

mengeluarkan sebagai bungkusan atau pek-pek kopi. Tetapi kami mendapati harga

kopi tersebut tidak begitu mahal seperti jenama kopi yang lain. Pengurus kilang

mengatakan bahawa mereka tidak menentukan harga dengan sebarang iaitu harga

yang berpatutan. Fokus pasaran mereka ialah pengguna yang berpendapat

sederhana jadi harga tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi. Kami mendapati mereka

dapat memenuhi syarat-syarat iaitu menjaga perasaan dan juga hak-hak pengguna.

Beliau amat mementingkan kualiti kopi yang dihasilkan oleh kilang mereka. Mereka

tidak menurunkan kualiti kopi untuk menjual dengan harga yang berpatutan.

Pengurus kilang itu juga bersifat ramah tamah, jadi semua pekerja di sana amat

suka akan dia. Salah satu pekerja kilang Encik Lim memberitahu kami bahawa

pengurus dan ‘tauke’ kilang tersebut amat baik terhadap pekerja-pekerja dalam

kilang tersebut. Walaupun mereka ialah ‘tauke’ tetapi kadang kala mereka masih

membuat kerja yang sama seperti pekerja lain yang buat seperti mengoreng kopi.

Encik Lim memberitahu kami bahawa beliau tidak sombong dan tidak menunjukkan

perangai sebagai seorang ‘tauke’ tetapi selalu bergurau senda dengan pekerja yang

lain.

Melalui lawatan kali ini, kami mengetahui proses membuat kopi dengan lebih

jelas. Semua pengalaman ini tidak akan kami dapat dari buku. Tujuan persatuan

kami mengadakan lawatan ini adalah mendedahkan guru pelatih dengan komuniti

pendidikan yang wujud di sekola. Pada masa kelak, kami kena mengajar anak murid

kami untuk mengetahui isu berkaitan dengan hak-hak pengguna yang perlu

diketahui untuk melindungi diri sebagai pengguna. Di samping itu, lawatan kali ini

juga memantapkan ilmu dan pengetahuan kami berkaitan dengan kualiti barangan

dan harga mutu. Di samping itu, kami juga mendapati pengiklanan amat penting

dalam membantu kilang kopi tersebut untuk mempromosikan produknya. Pihak

kilang akan membuat pengiklanan melalui televisyen ataupun surat khabar. Mereka

juga akan membuat promosi sekali sekala untuk membantu mereka melariskan

produk-produk mereka. Jadi kami mendapati pengiklanan dan promosi begitu

penting dalam masyarakat hari ini.

Kesimpulannya,lawatan kali ini bukan membazirkan masa kami tetapi dapat

menyedarkan kami hak kami sebagai pengguna yang bijak. Semua maklumat yang

Page 3: Refleksi Kilang Kopi

CHRISTINA LAI YI TIANKEE WEE YONGTAN ZI YANdidapat amat berguna kepada kami yang ingin menjadi guru yang berkualiti dan

berpofesional pada masa depan. Jadi membuat lawatan ini bukan membuang masa,

tetapi sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran untuk menjadi guru yang

bersifat berbudi perkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia

menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu, memelihari suatu

masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin serta

menyanjung warisan kebudayaan negara seperti mana yang dinyatakan dalam

Falsafah Pendidikan Guru.