Refleksi Koko

11
Nama : Noor Afifah binti Azizan Tarikh : 23 Jun 2015 Aktiviti : Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tempat : Pusat Kegiatan Siswa Bil. Refleksi : 1 Saya telah memilih Persatuan Warisan dan Kebudayaan. Pada minggu pertama perjumpaan Persatuan Warisan Kebudayaan bertarikh 23 Jun 2015 dijalankan di Pusat Kegiatan Siswa. Kami telah melaksanakan mesyuarat untuk membincangkan rancangan aktiviti sepanjang persatuan ini dilaksanakan. Pelbagai idea yang diutarakan oleh para guru pelatih. Bahkan, pelantikan ahli jawatankuasa misalnya cadangan aktiviti untuk dilakukan sepanjang semester, yuran keahlian dan aktiviti serta penentuan tatacara etika pemakaian ketika menghadiri perjumpaan Persatuan Warisan Kebudayaan. Sesungguhnya aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini adalah perkara wajib yang bakal dihadapi apabila bergelar seorang guru kelak. Aktiviti mesyuarat di awal perjumpaan adalah perkara wajib yang sering dilaksanakan untuk menentukan barisan ahli jawatankuasa. Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Di sekolah pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum. Di sinilah daya kepimpinan semakin berkembang dan memerlukan pembinaan yang lebih teratur. Ketika orang lain baru hendak mengilap daya kepimpinan, bekas pemimpin pelajar telah memacu jauh ke hadapan dalam langkahnya tersendiri. Mereka dapat menggunakan pengalaman menjadi pemimpin ketika alam persekolahan untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Nama : Noor Afifah binti Azizan 1

description

koko

Transcript of Refleksi Koko

Page 1: Refleksi Koko

Nama : Noor Afifah binti Azizan

Tarikh : 23 Jun 2015

Aktiviti : Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa

Tempat : Pusat Kegiatan Siswa

Bil. Refleksi : 1

Saya telah memilih Persatuan Warisan dan Kebudayaan. Pada minggu

pertama perjumpaan Persatuan Warisan Kebudayaan bertarikh 23 Jun 2015

dijalankan di Pusat Kegiatan Siswa. Kami telah melaksanakan mesyuarat untuk

membincangkan rancangan aktiviti sepanjang persatuan ini dilaksanakan. Pelbagai

idea yang diutarakan oleh para guru pelatih.

Bahkan, pelantikan ahli jawatankuasa misalnya cadangan aktiviti untuk

dilakukan sepanjang semester, yuran keahlian dan aktiviti serta penentuan tatacara

etika pemakaian ketika menghadiri perjumpaan Persatuan Warisan Kebudayaan.

Sesungguhnya aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini adalah perkara wajib yang

bakal dihadapi apabila bergelar seorang guru kelak. Aktiviti mesyuarat di awal

perjumpaan adalah perkara wajib yang sering dilaksanakan untuk menentukan

barisan ahli jawatankuasa.

Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas

kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli

untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.

Di sekolah pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum. Di sinilah daya

kepimpinan semakin berkembang dan memerlukan pembinaan yang lebih teratur.

Ketika orang lain baru hendak mengilap daya kepimpinan, bekas pemimpin pelajar

telah memacu jauh ke hadapan dalam langkahnya tersendiri. Mereka dapat

menggunakan pengalaman menjadi pemimpin ketika alam persekolahan untuk terus

berjaya dalam bidang yang diceburi.

1

Page 2: Refleksi Koko

Nama : Noor Afifah binti Azizan

Tarikh : 26 Jun 2015

Aktiviti : Mereka Cipta Logo & Lagu

Tempat : Pusat Kegiatan Siswa

Bil. Refleksi : 2

Agenda untuk perjumpaan kali ini adalah untuk mereka cipta logo dan lagu

bagi Persatuan Warisan Kebudayaan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi

membentuk identiti persatuan agar dapat dikenali oleh orang luar di samping

menunjukkan ahli persatuan mempunyai komitmen yang tinggi dalam berpersatuan

dan bekerja keras untuk menaikkan nama persatuan.

Proses menghasilkan logo bergantung kepada tujuan ianya dihasilkan

samada dalam bentuk logo huruf, logo simbol ataupun logo representasi. Ianya

ditentukan berdasarkan kehendak sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan,

organisasi atau kepentingan individu.

KEKUATAN

Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat di

samping itu saling bekerjasama dalam melaksanakan tugasan. Di sinilah daya

kepimpinan semakin berkembang apabila pelajar menunjukkan bakat dalam

kepimpinan khususnya.

Kerjasama di antara murid akan turut terserlah apabila melaksana aktiviti

bersama-sama untuk menyiapkan sesuatu kerja mahupun tugasan. Daya kreativiti

setiap kumpulan dipaparkan melalui persembahan mereka.

Apabila pelajar mempersembahkan hasil karya mereka, dapat dilihat dari segi

penyampaian mereka khususnya, pelajar akan lebih berani untuk mempertahankan

apa yang dilaksanakan oleh ahli kumpulan mereka apabila di tanya tentang fungsi

dan lirik lagu yang dihasilkan.

2

Page 3: Refleksi Koko

KELEMAHAN

Sudut yang dipilih untuk pembentangan kurang sesuai kerana pelajar yang

berada di bahagian meja belakang kurang mendengar apa yang disampaikan dan

sukar untuk melihat logo yang dihasilkan secara kumpulan.

PENAMBAHBAIKAN

Memilih tempat yang lebih sesuai pada masa akan datang dan lebih selesa.

Menggunakan kertas yang lebih besar untuk menghasilkan logo supaya semua

orang boleh melihatnya serta memberikan tumpuan semasa pembentangan.

3

Page 4: Refleksi Koko

Nama : Noor Afifah binti Azizan

Tarikh : 30 Jun 2015

Aktiviti : Perbincangan Adat Perkahwinan Masyarakat

Tempat : Pusat Kegiatan Siswa

Bil. Refleksi : 3

Untuk perjumpaan kali ini, kami menjalankan aktiviti perbincangan adat

perkahwinan mengikut suku kaum di Malaysia serta pembuatan kraf tangan yang

berunsurkan kesenian menggunakan bahan terpakai seperti surat khabar. Kumpulan

kami diberikan tugasan perbincangan adat perkahwinan masyarakat Melayu.

Pelbagai aspek yang dibincangkan dalam tajuk ini misalnya adat merisik, meminang,

akad nikah serta bersanding. Sepanjang perbincangan, pelbagai pengetahuan baru

sama ada diperoleh hasil daripada penjanaan idea ahli kumpulan ataupun

pengalaman secara langsung ahli kumpulan.

KEKUATAN

Bagi memudahkan cara menyampaikan idea, peta minda diaplikasikan

supaya mudah difahami serta mudah dibentangkan. Hal ini akan memberi peluang

kepada murid untuk membuka ruang dan peluang kepada ahli persatuan untuk

mengenali, mendalami serta mengetahui adat perkahwinan yang terdapat di

Malaysia. Hal ini juga akan mewujudkan perasaan bangga serta melahirkan sifat

syukur sebagai warganegara Malaysia yang bukan sahaja hidup aman damai serta

sentosa malahan mempunyai kebudayaan yang pelbagai serta unik mengikut kaum-

kaum tertentu. Selain itu juga aktiviti seperti ini akan dapat memupuk semangat

untuk mencintai alam sekitar dengan menggunakan bahan kitar semula untuk

membentuk kraf tangan.

Selain daripada itu, murid akan dapat meningkatkan kemahiran

telekomunikasi mereka apabila melaksanakan aktiviti berkumpulan di mana semua

ahli perlu memberi pandangan dan idea masing-masing.

4

Page 5: Refleksi Koko

KELEMAHAN

Hasil kraf tangan yang dihasilkan tidak dapat disiapkan sepenuhnya dengan

kemas kerana kesuntukan masa. Bahkan, pelajar hanya menghasilkan karya yang

sering dilihat sahaja.

PENAMBAHBAIKAN

Pelajar membawa pulang hasil kerja di rumah untuk menyiapkan hasil

tersebut untuk dijadikan sebagai bahan pameran akan datang dan menghargai hasil

kerja kumpulan masing-masing. Selain daripada itu, mempelbagaikan hasil karya

dengan menggunakan bahan-bahan lain serta membuat binaan mahupun hasil kraf

yang lebih unik daripada kebiasaan.

.

5

Page 6: Refleksi Koko

Nama : Noor Afifah binti Azizan

Tarikh : 7 Julai 2015

Aktiviti : Memasak Bubuk Lambuk

Tempat : Pusat Kegiatan Siswa

Bil. Refleksi : 4

Pada minggu ini, kami menjalankan program memasak bubur lambuk untuk

berbuka puasa. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempelajari resipi

masakan bubur lambuk yang menjadikan masakan tradisional masyarakat Melayu

selain meraikan kehadiran bulan Ramadhan.

Bubur ini dihasilkan dengan mereneh beras dengan air untuk beberapa jam

bersama rempah ratus dan daging. Sajian ini sangat sesuai sebagai juadah berbuka

kerana ia berkhasiat, mudah hadam dan sedap rasanya.

KEKUATAN

Walaupun aktiviti yang dilaksanakan berlangsung pada bulan Ramadhan,

semua pelajar dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Pelajar dapat mempelajari

cara masakan dengan melaksanakannya secara beramai-ramai. Hal ini akan

menimbulkan nilai kerjasama di antara murid apabila guru melaksanakan program

seperti ini di sekolah. Bahkan ia juga turut mengajar untuk melatih diri untuk

bersabar walaupun menghadapi masalah. Hal ini juga pelajar dapat mengisi

masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dengan melibatkan diri dalam gotong-

royong ini.

KELEMAHAN

Kekurangan bajet untuk membahagikan bubur kepada orang ramai.

Peralatan yang kurang menjadikan kerja memotong agak sukar dilaksanakan.

Namun ini bukan menjadi alasan daripada program ini tidak diteruskan. Meminjam

alatan daripada pihak surau merupakan langkah yang bijak.

6

Page 7: Refleksi Koko

PENAMBAHBAIKAN

Ahli jawatankuasa hendaklah menjalankan tugas dengan sebaiknya supaya

permasalahan tentang peralatan khususnya tidak berlaku pada masa akan datang.

Selain daripada itu, hendaklah melaksanakan mesyuarat supaya ahli jawatankuasa

ingat akan tugasan masing-masing. Ahli-ahli kelab juga turut perlu menepati masa

dan datang lebih awal untuk membantu rakan yang lain.

7

Page 8: Refleksi Koko

Nama : Noor Afifah binti Azizan

Tarikh : 10 Julai 2015

Aktiviti : Tarian Warisan

Tempat : Pusat Kegiatan Siswa

Bil. Refleksi : 5

Motif utama aktiviti ini ialah untuk memberi peluang ahli persatuan mencari

maklumat tentang jenis-jenis tarian yang terdapat di dalam Malaysia serta

memperkayakan ilmu tentang warisan kebudayaan turun-temurun warganegara

Malaysia. Ini secara tidak langsung akan memberikan pengalaman kepada ahli

persatuan

KEKUATAN

Hasil perkongsian pembentangan ini bukan sahaja membuka ruang kepada

semua ahli persatuan mempelajari tariannya sahaja malahan apa yang tersirat yang

ingin disampaikan di sebalik tarian itu sendiri. Tambahan pula, ahli persatuan juga

perlu memberi komen dan pandangan terhadap pembentangan yang dilakukan. Ini

bertujuan memberi peluang kepada ahli persatuan melontarkan idea tentang

pemikiran generasi muda tentang tarian tradisional. Perjumpaan tamat sebaik sahaja

selesai semua sesi pembentangan dan ahli persatuan dibenarkan bersurai

Aktiviti seperti ini bagus untuk dilaksanakan kerana semua murid dibahagikan

kerja masing-masing sebelum berlangsungnya interaksi. Ini melatih murid untuk

bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing.

KELEMAHAN

Sudut yang dipilih untuk pembentangan kurang sesuai kerana pelajar yang

berada di bahagian meja belakang kurang mendengar apa yang disampaikan dan

sukar untuk melihat slaid tayangan yang dihasilkan secara kumpulan.

8

Page 9: Refleksi Koko

PENAMBAHBAIKAN

Memilih tempat yang lebih sesuai pada masa akan datang dan lebih selesa.

Mencari tempat susunan mejanya lebih selesa untuk melaksanakan tayangan slaid.

9

Page 10: Refleksi Koko

Nama : Noor Afifah binti Azizan

Tarikh : 14 Julai 2015

Aktiviti : Lawatan

Tempat : Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur

Bil. Refleksi : 6

Pada kali ini, saya dan rakan-rakan telah melawat ke muzium Islam untuk

melaksanakan tugasan berkumpulan. Kumpulan kami diberikan tugas menjelajah

kawasan muzium pada bahagian Galeri India. Pengalaman secara langsung ini

memberikan pengetahuan kepada ahli persatuan tentang kebudayaan yang

universal dan antarabangsa. Melalui lawatan, ahli persatuan dapat membandingkan

kebudayaan yang terdapat di Malaysia dengan kebudayaan yang diamalkan oleh

negara-negara lain.

KEKUATAN

Hasil daripada kerja kursus persatuan ini, saya dapat mempelajari untuk

menguruskan dan membina satu persatuan bukan perkara yang mudah. Ini kerana

ia memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama apabila berada di sekolah

nanti, peranan dari pihak sekolah dan pihak ibu bapa amat diperlukan bagi

menjayakan sesuatu program yang hendak dijalankan. Suatu perkara yang penting

dalam persatuan adalah ahli jawatankuasa yang dibentuk mampu untuk

menggerakkan satu-satu persatuan tersebut dan ahli yang menyertai persatuan

tersebut perlu memberikan kerjasama dalam segala aspek.

Program seperti ini sesuai dilaksanakan pada murid sekolah kerana ia

memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman belajar di luar kelas

serta melihat sejarah perkembangan Islam selain daripada melayari internet dan

melihat di kaca televisyen sahaja. Hal ini juga akan membantu meningkatkan

kemahiran interaksi sosial murid selain bersoal jawab dengan guru sahaja, murid

boleh bertanyakan soalan kepada pembantu muzium ini.

KEKURANGAN

10

Page 11: Refleksi Koko

Seharusnya aktiviti seperti ini wajib dilaksanakan pada semua ahli kelab

kerana ini merupakan aktiviti rasmi. Seharusnya pengangkutan menggunakan bas

maktab digunakan supaya semua pelajar dapat sampai mengikut masa yang

ditetapkan.

PENAMBAHBAIKAN

Oleh itu, dalam usaha untuk memenuhi pendidikan yang berkualiti itu, kualiti

guru yang bakal dilahirkan amat penting. Malahan kualiti guru seharusnya tidak

sahaja mencakupi hal-hal akademik, pembangunan fizikal tetapi dalam segi

pengurusan turut berperanan. Pengurusan kokurikulum merupakan komponen yang

penting dalam latihan perguruan, maka penglibatan guru pelatih melalui aktiviti ini

akan dapat memenuhi kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara yang

menekankan pencapaian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial. Jika matlamat ini boleh dicapai melalui penyertaan guru pelatih dalam

aktiviti kokurikulum di peringkat latihan perguruan, maka tidak hairanlah sahsiah

guru pelatih yang akan terbentuk nanti boleh mencerminkan kualiti guru yang bakal

dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru ( IPG)

11