Refleksi laporan akhir

4
REFLEKSI LAPORAN AKHIR FIESTA GALA GEOLOGI ‘15 TARIKH 25 APRIL 2015 TEMPAT DATARAN PAVILION, UKM DEWAN DE SERI ENDON, PUTRAJAYA ANJURAN KELAB GEOLOGI TEMA “WRECKING GEMSTONES AND ONE MAGICAL NIGHT”

Transcript of Refleksi laporan akhir

Page 1: Refleksi laporan akhir

REFLEKSI LAPORAN AKHIR

FIESTA GALA GEOLOGI ‘15

TARIKH

25 APRIL 2015

TEMPAT

DATARAN PAVILION, UKM

DEWAN DE SERI ENDON, PUTRAJAYA

ANJURAN

KELAB GEOLOGI

TEMA

“WRECKING GEMSTONES AND ONE MAGICAL NIGHT”

Page 2: Refleksi laporan akhir

Saya merupakan pelajar Tahun Dua dari Program Geologi telah menyertai suatu acara tahunan program Geologi iaitu Fiesta Gala Geologi dibawah penasihat pensyarah program Geologi sendiri.

Nama : Intan Syahira Mohamed Hazanee

No. Telefon: 013-9614097

E-mel : [email protected]

Nama program : Fiesta Gala Geologi

Tarikh program dijalankan : 25/4/2015

Tempat : Dataran Pavilion,UKM dan Dewan De Seri Endon, Putrajaya.

No. Surat Kelulusan JPPel : DN00739/2014

Fiesta Gala Geologi merupakan gabungan Hari Keluarga Geologi dan Majlis Makan Malam bersama Alumni. Penasihat Fiesta Gala Geologi ’15 ialah Dr. Mohd Rozi bin Umor. Fiesta ini berlangsung selama sehari. Pada waktu pagi sehingga tengah hari, berlangsungnya Hari Keluarga Geologi bersama anak-anak yatim Darul Rukayah. Pada waktu malam pula, Majlis Makan Malam bersama Alumni Geologi telah diadakan.

Peranan saya dalam memenuhi HP Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan, saya perlu menyelesaikan masalah apabila photobooth yang dijanjikan percuma kepada pihak kami, perlu dibayar lebih jika ingin digunakan. Masalah yang berlaku pada saat akhir ini menyebabkan saya terpaksa menukar setiap design yang telah saya finalise. Pihak dewan juga tidak membenarkan pihak kami untuk menggunakan sebarang paku di dinding dan backdrop mereka. Penyelesaian terakhir yang saya ambil adalah dengan menghias photobooth menggunakan pembalut hadiah. Ini kerana pembalut hadiah boleh dilekatkan menggunakan gam pada dinding dan tidak akan merosakkan dinding.

Seterusnya, masalah yang saya hadapi adalah kekangan masa. Segala persiapan tidak dapat dilakukan dengan lebih awal. Ini kerana seminggu sebelum program, kami semua mengikuti kerja lapangan yang diadakan di Terengganu. Penyelesaian yang saya ambil ialah dengan meminta tolong dengan ajk Tahun Satu untuk membeli barangan ketika kami sedang mengikuti kerja lapangan.

Selain itu, kekurangan bajet daripada pihak Majlis Tertinggi menyebabkan kami terpaksa memotong perbelanjaan untuk membeli perhiasan dan peralatan yang akan digunakan. Penyelesaian saya untuk memastikan dewan kelihatan menyerlah dan masih cantik walaupun kekurangan bajet adalah dengan menggunakan idea Do It Yourself (D.I.Y.), saya telah menggunakan kekreatifan diri sendiri untuk mereka bentuk hiasan menggunakan barangan yang boleh dikitar semula dan diguna semula seperti botol air dan kotak. Peralatan pula dengan meminjam dengan rakan rakan seperti gunting dan pisau.

Page 3: Refleksi laporan akhir

Contoh gambar : (gambar lain boleh didapati di bahagian pembuktian)

Seterusnya pada hari kejadian, ahli program lain yang telah membantu mengangkat barangan hiasan ke dalam kereta telah tercicirkan suatu hiasan yang penting. Tanpa stand yang dibuat daripada polistrin, huruf huruf akan sukar untuk didirikan.Saya telah mengambil pendekatan dengan mendirikan huruf huruf berkenaan dengan menggunakan cawan polistrin yang diselotape sekelilingnya. Walaupun agak susah pada mulanya, tetapi akhirnya huruf berkenaan berjaya didirikan.

Sepanjang program ini saya telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Tugas-Tugas Khas yang ditugaskan untuk :

1. Memikirkan idea untuk hiasan dewan.2. Membeli barangan keperluan untuk hiasan dewan.3. Menentukan samada perlu menggunakan banner atau hias sendiri.4. Meminjam peralatan seperti gunting untuk menjimatkan kos.5. Memastikan tema yang dipilih dari undian sesuai dengan dewan.6. Menggunakan kekreatifan sendiri untuk membuat hiasan D.I.Y.7. Mereka bentuk hiasan pentas dan photobooth.8. Meletakkan perhiasan di sepanjang red carpet.9. Menghias dewan sebelum program berlangsung.

Kesimpulannya, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan dari program seperti ini. Selain itu, saya juga telah meningkatkan ilmu soft skills saya apabila ditugaskan oleh Majlis Tertinggi untuk mencari alumni UKM yang memegang jawatan agak tinggi sekarang. Melalui program ini, ia memerlukan saya untuk berfikir dengan pantas dan effisyen sekiranya berlaku permasalahan pada saat akhir. Saya berharap agar program seperti ini lebih diuar-uarkan dan mendapat lebih sambutan pada masa akan datang. Sekian,terima kasih.